Monday, October 26, 2009

لبيك اللهم لبيك



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك
إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك


"RasuluLlah صلى الله عليه وسلم berangkat ke haji dengan menunggang kenderaan yang tua, beralaskan tikar yang buruk, harga nya tidak sampai 4 dirham sahja. Selagi seorang haji itu merendah diri, menunjukkan kemiskinan nya dan serba rendah dan mudah untuk mengharapkan keredhaan ALLAH تعالى, maka sikap serupa itu adalah lebih baik, lebih bersih, lebih sempurna dan lebih mulia dalam pandangan ALLAH تعالى.


Berkata Hujjatul Islam Imam Ghazali رحمة الله تعالى عليه : "ALLAH تعالى telah mengumpamakan keberangkatan ke haji itu, seperti keberangatan ke akhirat. Setiap anda mengurus sesuatu urusan dalam pelayaran itu, hendaklah anda menggambarkan sesuatu perkara dari urusan akhirat yang menyamai atau setanding dengan nya. Ketika memberikan selamat tinggal kepada keluarga dan teman dan rakan, hendaklah anda merasakan seperti mengucapkan selamat tinggal ketika dalam sarakatil-maut. Ketika menyiapkan bekal untuk perbelanjaan, hendaklah anda niatkan seperti menyediakan bekal untuk menuju ke akhirat.


Ketika mengingati jauh nya perjalanan yang akan ditempuh, atau khuatirkan halangan dan rintangan di dalam perjalanan itu, hendaklah mengingat pula jauh nya perjalanan ke akhirat, mengingat juga fitnah Munkar dan Nakir dan siksa yang akan dirasakan di dalam kubur kelak. Ketika merenungkan pakaian ihram yang serba putih itu, hendaklah anda mengingat pula kain kafan yang akan membalut tubuh anda sesudah mati.


Ketika bersa`i antara Safa dan Marwah, hendaklah anda mengambarkan betapa gusar nya anda ketika berulang-alik antara dua neraca Mizan (timbangan) di akhirat untuk menentukan mana satu neraca nya yang berat. Ketika berwuquf di `Arafah, anda menggambarkan betapa keadaan nya berwuquf di Padang Mahsyar."


Ini adalah keringkasan yang saya petik dari maksud yang dibacarakan oleh Imam Ghazali dalam perkara ini. Memanglah tepat apa yang dianjurkan oleh Imam Ghazali itu, moga-moga ALLAH mencucurkan Rahmat keatas ruh nya, dan dibalasNYA dengan yang baik atas petunjuk nya kepada kaum Muslimin." - Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم





Kepada para jemaah Singapura yang akan berangkat ke tanah suci Makkah bermula pada 28hb Oktober ini, didoakan agar mereka selamat berangkat dan selamat kembali dengan ibadah haji yang mabrur, sa`i yang masykur dan amalan-amalan shalih yang makbul. Semoga tetap istiqamah dalam ketaatan dan kebajikan sehingga nafas yang terakhir. Semoga kita juga diantara hamba-hambaNYA yang DipilihNYA kelak untuk berada disana, tanah suci yang penuh dengan sejarah, Rahmat serta Keberkahan. Dan seterus nya dapat menziarahi maqam kekasih ALLAH dan kekasih yang sangat mencintai kita, Nabi Muhammad ibn `AbdiLlah صلى الله عليه وسلم, yang saat itu benar-benar berhampiran dengan jasad kita. Amiin ALLAHumma amiin.


Kepada sesiapa yang berminat, antum bisa ikuti pengajian yang dibimbing oleh al-Fadhil asy-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى atau al-Fadhil Ustaz Tengku Mohamad Fouzy ibn Tengku Mahid Jumat حفظه الله تعالى serta al-Fadhil Ustaz Hassan Saifouridzal حفظه الله تعالى mengenai adab, manasik dan lain-lain yang berkaitan dalam mengerjakan ibadah fardhu haji. Disamping itu, antum juga bisa rujuk di lelaman MUIS untuk buku-buku panduan yang telah disediakan dalam 3 bahasa; Melayu, Inggeris dan Tamil. JazakumuLlahu khairal jaza` di atas segala usaha dan jasa. Semoga kita semua memperolehi manfaat serta barakah dari nya. Amiin ALLAHumma amiin.


Akhirul kalam, semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan setiap nafas dan masa yang ALLAH سبحانه وتعالى Berikan ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan shalih yang wajib mahupun yang sunnat. Insya`ALLAH تعالى, semoga kita juga dapat mengerjakan puasa sunnat pada Hari `Arafah yang jatuh pada 9 Dzulhijjah kelak; puasa pada hari tersebut pahala nya penghapus dosa 1 tahun sebelum nya dan 1 tahun sesudah nya. ALLAHu akbar wa liLlahil Hamd!


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, sesungguh nya kami memohon kepadaMU keselamatan pada Agama, kesihatan jasad, bertambah `ilmu pengetahuan, keberkahan rezki, bertaubat sebelum mati, Rahmat ketika mati dan Keampunan setelah mati. Wahai ALLAH, Ringankanlah ke atas kami semasa sarakatil-maut, Lepaskanlah kami dari api neraka dan Berikanlah Kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau Sesatkan hati kami setelah Engkau Memberi Pertunjuk kepada kami. Berikanlah kami Rahmat dari SisiMU, sesungguh nya Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi. Wahai ALLAH, ini adalah doa kami dan dariMU `Ijabah dan inilah semua kemampuan dan atas Engkau kami Bertawakal dan sesungguh nya kepadaMU jua kami akan kembali. Tiada daya dan upaya kecuali dengan Pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.



اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails