Friday, January 1, 2010

Himbauan Kepada Para Pembaca Blog Ini



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Tiada daya dan upaya hambaMU ini melainkan dengan PertolonganMU wahai ALLAH, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Himbauan hamba kepada para pembaca terutama sekali kepada yang mengikuti blog hamba ini ataupun "followers", ayuh, gunakanlah gambar-gambar yang baik untuk "avatar" antum. Gambar-gambar yang bisa membuat kita ingat dan cinta kepada Pencipta kita, ataupun kepada Kekasih Pencipta kita; ALLAH `Azzawajalla dan RasulNYA صلى الله عليه وآله وسلم. Tafadhdhol untuk mengunakan gambar para Ulama` dan Shalihin, kerna mereka juga mengajak kita kepada kecintaan yang Agung ini.


Blog hamba ini ibarat sebuah bahtera dan antum para pembaca pula, ibarat para penumpang nya. Bertambah nya para pembaca di blog ini, maka bertambahlah juga bebanan tanggunjawab hamba. Justru, hamba sangat-sangat mengharapkan kerjasama dari antum sekalian, agar bahtera yang sedang kita layari ini, berlayar dengan selamat nya hingga ke destinasi yang kita tujui, iaitu Redha ALLAH `Azzawajalla. Insya`ALLAH, dengan kita mengawasi diri dari perkara yang sekecil-kecil ini, semoga ALLAH Membimbing kita kepada perkara-perkara yang lebih besar; ataupun yang lebih kecil dari perkara ini. ALLAHumma amiin.


Kemudahan ini; bisa membaca, bisa menaip dll adalah lambang Keagungan, Kebijaksanaan dan Kedermawanan ALLAH `Azzawajalla. Justru, sebagai tanda kita menzahirkan kesyukuran kehadratNYA, kita gunakanlah segala kemudahan yang telah DIA Berikan ini dengan sebaik-baik nya. Semoga blog ini dapat diterima sebagai suatu amal untuk dijadikan hujjah untuk diri hamba dihadapanNYA kelak dan bukan sebagai hujjah keatas diri hamba. ALLAHumma amiin.


Hamba akan memberi antum masa; 1 minggu dari tarikh himbauan ini. Seandai nya himbauan hamba ini tidak dihiraukan dan hamba mendapati tiada sebarang perubahan, maka hamba terpaksa "block" antum. ALLAHu ALLAH. Semoga ALLAH Mengampuni kita semua, zahiran wa batinan. ALLAHumma amiin. Sebelum dan sesudah nya hamba mohon maaf dan redha, juga mohon teguran insya`ALLAH. Di atas masa serta perhatian antum, hamba ucapkan, barakALLAHu fikum wa jazakumuLlahu khairal jaza`.


_______________________



Live Multaqa Guru Mulia






Ikuti secara langsung,
Live Multaqa Habib Umar Bin Hafiz حفظه الله تعالى
bertempat di Puncak, Bogor, Indonesia.

Program bermula 5hb sehingga 7hb Jan 2010.
* Jadual terperinci akan dimaklumkan kemudian - alMuttaqin.tv




اللهم اجعل خير عمري آخره و خير عملي خواتمه
و خير أيامي يوم ألقاك برحمتك يا أرحم الراحمين

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

5 Ulasan:

Aslm Ya Ukhti,
Di penghulu hari ini didoakan semoga kita semua mendapat manaffat dari blog Ukhti ini. Semoga Allah kurniakan rasa cinta kepada kita untuk mencintaiNya dan Rasulullah kekasihNya dan untuk mencintai semua yang mencintaiNya dan rasulNya. Semoga Allah kumpulkan kita semua agar dapat bersama dengan yang dicintai, amin amin amin ya Rabb

Aslm Ukhti,

Semoga Allah menghimpunkan kita bersama-sama yang dicintai. Mohon agar Allah kurniakan manafaat dalam perkongsian ilmu melalui blog ini dan mengurniakan kita dengan hikmah.

wassalam

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...


Wahai Saudara/ri ku fiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
Al HamduliLlah, syukran jazilan diatas kesudian Anta/ti menziarahi pondok hamba yang serba kerdil ini, semoga bertambah barakah nya dengan ziarah Anta/ti. Amiin ALLAHumma amiin. Mohon nasihat dan teguran insya`ALLAH.

Semoga ALLAH `Azzawajalla Memuliakan Anta/ti beserta keluarga sebagai keluarga yang Nabawi dan Rabbani, zahiran wa batinan. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram.

P/s : Mohon dititipkan nama samaran setidak-tidak nya (bukan anonymous) pada komentar/ulasan seterus nya. Syukran jazilan.

Di atas masa, ziarah serta doa nya hamba ucapkan, barakALLAHu fik wa jazakALLAHu khairal jaza`.
Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

ooo..
jadi merasa tak pantas mau follow blog ini..

ok lah..

gak follow, tapi baca aja...

ukhti...makasi yah udah share video habib munzir di blog ini..

suka....

doa/sholawat atau apa (gak pasti) yang suka dibaca dia seringkali sounds familiar..
mengobati kangen sama abah saya..

and i like the fact that he always doa for all muslims ( yang sudah baik dan belum baik)...

baik sekali kayaknya orangnya...

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...


Wahai Saudarariku fiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
Al HamduliLlah, syukran jazilan kerna sudi menziarahi pondok hamba yang serba kerdil ini, semoga bertambah barakah nya dengan ziarah Anti. ALLAHumma amiin.

Silakan dengan hormat, Anti bisa follow ataupun membaca nya, tetapi percayalah dan ingatlah bahawa apa jua tindakan ataupun perkerjaan yang kita lakukan samaada yang zahir mahupun yang batin, ALLAH `Azzawajalla Maha Mengetahui akan nya.

Justru, hamba ingin kita sama-sama memperhatikan / mengawasi zahir mahupun batin kita oleh kerna itu lahirlah himbauan ini. May ALLAH `Azzawajalla Guide our actions and intentions. ALLAHumma amiin.

`Afwan apakah yang dimaksudkan oleh Anti iaitu dibahagian permulaan dalam setiap taushiyah beliau? Jika ya, maka ia adalah bait-bait indah dari Maulid Addhiya`Ullami, karangan guru beliau; al-`Allamah al-Habib Umar bin Hafiz hafizahuLlahu Ta`ala. Anti bisa rujuk disini.

Di atas masa serta ziarah nya hamba ucapkan,
barakALLAHu fiki wa jazakiLlahu khairal jaza`.
Fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails