Friday, February 12, 2010

Kerna Tangisanmu صلى الله عليه وآله وسلم



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







"Pada suatu masa, ketika Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم sedang tawaf di Ka`bah, terdengar seorang Badwi berzikr, "Ya Karim! Ya Karim!"


RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم meniru dzikr nya. Orang itu berhenti di suatu sudut Ka`bah, tetapi RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم yang berada di belakang nya terus berdzikr, "Ya Karim!


Orang Badwi itu serba salah - apakah dia diejek. Tetapi setelah melihat seorang lelaki yang amat tampan dan gagah yang berdzikr itu, dia bertanya, "Apakah Tuan sengaja mengejek-ejekku kerna aku ini adalah orang Arab Badwi? Kalaulah bukan kerna ketampananmu dan kegagahanmu, akan aku laporkan kepada Kekasihku, Muhammad RasuluLlah."


Mendengar kata-kata sang Badwi itu, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab sambil tersenyum, "Tidakkah kamu mengenali Nabimu?"


"Belum," jawab nya.


"Jadi, bagaimana kamu beriman kepada nya?", tanya RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم.


"Saya percaya dengan mantap atas kenabian nya, sekalipun saya belum pernah melihat nya, dan membenarkan perutusan nya, meskipun saya belum pernah bertemu dengan nya," jawab nya bersungguh-sungguh.


RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم segera menjawab, "Ketahuilah, aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di Akhirat."


Melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di hadapan nya, dia tercengang, seperti tidak percaya, "Bernakah Tuan ini Nabi Muhammad?"


"Ya", jawab Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.



Orang Badwi itu segera menunduk dan ingin mencium kedua-dua kaki RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم. Namun, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم segera menarik tubuh orang Badwi itu lalu berkata, "Usahlah melakukan demikian. Perbuatan seperti itu biasa nya dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuan nya. Ketahuilah, ALLAH Mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang minta dihormati, atau diagungkan, tetapi untuk membawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan kepada orang-orang yang mengingkari nya."


Ketika itulah, Malaikat Jibril عليه السلام turun membawa berita dari langit, lalu berkata, "Wahai Muhammad, Tuhan As-Salam Menyampaikan Salam kepadamu dan berfirman, "Katakanlah kepada orang Arab Badwi itu, agar dia tidak terpesona dengan Belas Kasih ALLAH. Ketahuilah bahawa ALLAH akan Menghisab nya di hari Mahsyar nanti, akan Menimbang semua amalan nya, baik yang kecil mahupun yang besar."


Setelah menyampaikan berita itu, Malaikat Jibril عليه السلام kemudian berlalu.


Orang Badwi itu berkata, "Demi Keagungan serta Kemuliaan ALLAH, jika ALLAH akan membuat Perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNYA. Jika ALLAH akan Memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa Kebesaran MaghfirahNYA. Jika DIA Memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa Luas nya PengampunanNYA. Jika DIA Memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa KedermawananNYA."


Oleh kerna terharu, RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم menitiskan airmata sehingga membasahi janggut nya.


Malaikat Jibril عليه السلام muncul lagi lalu berkata, "Wahai Muhammad, Tuhan As-Salam Menyampaikan Salam kepadamu dan berfirman, "Berhentilah kamu dari menangis, sesungguh nya kerna tangisanmu, penjaga `Arasy lupa dari bacaan Tasbih dan Tahmid nya, sehingga Ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa ALLAH tidak akan Menghisab diri nya, juga tidak akan Memperhitungkan kemaksiatan nya. ALLAH telah Mengampunkan semua kesalahan nya dan akan menjadi temanmu di Syurga nanti."


Betapa gembira dan terharu orang Badwi itu sambil menghapuskan airmata nya." - Dari "Petikan Ringkas - Kisah Hidup RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم", sebuah buku terbitan Jamiyah Singapura.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails