Sunday, May 30, 2010

Dikemaskini : Ziarah Da`wah Hubabah Ke Malaysia ♥ Hadirkan Kami!

Terakhir dikemaskini - 01 / 06 / 2010




بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






BismiLlahi rahmannirahim, segala Puji bagi ALLAH تعالى atas segala Nikmat serta Sholawat dan Salam kepada Junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, para Sahabat dan Ahli keluarga Baginda. Insya`ALLAH, julung-julung kalinya Ustazah Halimah Al-`Aydrus (Jakarta) akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 4 -6 Jun 2010 khusus untuk Muslimat di Malaysia.


Sebagai pengenalan, Ustazah Halimah Al-`Aydrus merupakan Pendakwah bebas dan telah mendapat pendidikan di Darullughah wadda`wah, Bangil Pesuruan Indonesia, Attauhidiyah, Tegal Indonesia, Alanwar, Rembang Indonesia dan Daruzzahra, Tarim.


Beliau sering diundang untuk memberi Ceramah di seluruh daerah Indonesia, Malaysia, Singapura, Oman, Yaman. Beliau mempunyai pengajian rutin setiap hari di Jakarta dan pernah menjadi tenaga Pengajar bagi wanita-wanita di Tarim Hadramaut, Yaman.


Beliau sedang aktif melakukan usaha-usaha dakwah untuk menarik minat orang awam dalam menenangkan hati mereka, mendekatkan diri dengan ALLAH, mencintai RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم. Beliau juga dikenali dengan kemampuannya untuk menghidupkan jiwa-jiwa mereka yang sedang menghadapi tekanan mahupun kebingungan gara-gara kepenatan dalam kehidupan seharian. Pendekatan dan penyampaian beliau adalah lembut dan mudah difahami. Beliau juga akan selaraskan topik perbincangan dengan konteks masa kini.


Selain seorang Pendidik, Pendakwah dan Motivator, beliau juga merupakan seorang Penulis. Hasil karya beliau yang diberikan tajuk "Bidadari Bumi" merupakan buku bestseller (www.bidadaribumi.com)


Di Singapura, beliau telahpun memberikan beberapa Ceramah di pelbagai Masjid, Madrasah dan Organisasi semenjak bulan April tahun 2009 dan sambutan terhadap ceramah beliau adalah memberangsangkan. (Ihsan : Nadia Hanim, www.alwafa.sg )







Berikut adalah jadual Majelis Ta`alim di sekitar Kuala Lumpur :

Sabtu, 5hb Jun 2010

Masa : 10.00 pagi
Tempat : Masjid Taman TAR, Ampang, Kuala Lumpur

Masa : 2.30 petang
Tempat : Rumah Dina, 35 Jalan Bandar Utama 1/1, Bandar Utama, Petaling Jaya


Ahad, 6hb Jun 2010

Masa : 10.00 pagi
Tempat : Rumah Syarifah Zainab Bin Hafidh, No 40, Jln Tiara, Setiawangsa 5,
Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur


Semua Muslimat dijemput hadir dan mohon disebarkan.
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi al-Wafa.sg

- info[at]wafaproduction[dot]com
- info[at]alwafa[dot]sg





اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails