Saturday, July 10, 2010

Sedutan Dari Bahagian 7 : Isra` Mi`raj & Keutamaan Baginda ﷺ



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Apabila sudah tidak ada peluang untuk sesiapapun mendahuluimu
dan orang lain sudah pasti tidak akan sampai ke ketinggian martabatmu,
ketika itu engkau mengatasi segala darjat pada Anbiya, lalu engkau seorang dipanggil dengan penuh ketinggian.


Supaya hanyalah engkau seorang yang dapat mengetahui segala rahsia
yang tersembunyi dari mata manusia dan hanyalah engkau seorang
yang dapat menyaksikan segala hikmah yang tertutup.


Engkau raih segala kebanggaan tanpa seorangpun yang menyertaimu.
Dan engkau lintasi segala darjat ketinggian tanpa ada seorang jugapun
yang menandingimu.


Alangkah hebatnya ketinggian martabatmu. Alangkah mulianya Anugerah
yang Diberikan ALLAH kepadamu.


Berita baik bagi ummat Islam bahawa kita telah Diberikan Syari`at
yang kuat yang tidak dapat diruntuhkan.


Apabila ALLAH سبحانه وتعالى telah Menamakan RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم
dengan sebaik-baik Rasul, maka kita sebagai ummatnya dengan sendirinya
adalah sebaik-baik ummat."



- Dari kitab "Qasidah Burdah" karangan al-Imam al-Bushiri رحمة الله تعالى عليه.
Terjemahan oleh al-Fadhil Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari حفظه الله تعالى.
Al HamduliLlah, syukran jazilan kepada Ustazah al-Mahbubah al-Bazrah
diatas kitab kecil lagi mubarakah ini بارك الله فيها






Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami keinginan sungguh-sungguh
untuk mengikuti jejak langkah Junjungan kami Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم awalnya,
akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya.
Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub صلى الله عليه وآله وسلم.




Syarahan Sempena Isra` wal Mi`raj

- muat-turun diSini

Disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz TM Fouzy Mahid Jumat حفظه الله تعالى
yang berlangsung di Masjid al-Iman, Singapura, pada tanggal 09hb Julai 2009M.
Mohon maaf diatas rakaman yang tidak memuaskan.




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails