Wednesday, November 10, 2010

لبيك اللهم لبيك



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك
إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك


"RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم berangkat ke haji dengan menunggang kenderaan yang tua, beralaskan tikar yang buruk, harganya tidak sampai 4 dirham sahja. Selagi seorang haji itu merendah diri, menunjukkan kemiskinan nya dan serba rendah dan mudah untuk mengharapkan keredhaan ALLAH تعالى, maka sikap serupa itu adalah lebih baik, lebih bersih, lebih sempurna dan lebih mulia dalam pandangan ALLAH تعالى.


Berkata Hujjatul Islam Imam Ghazali رحمة الله تعالى عليه : "ALLAH تعالى telah mengumpamakan keberangkatan ke haji itu, seperti keberangatan ke akhirat. Setiap anda mengurus sesuatu urusan dalam pelayaran itu, hendaklah anda menggambarkan sesuatu perkara dari urusan akhirat yang menyamai atau setanding dengannya. Ketika memberikan selamat tinggal kepada keluarga dan teman dan rakan, hendaklah anda merasakan seperti mengucapkan selamat tinggal ketika dalam sarakatil-maut. Ketika menyiapkan bekal untuk perbelanjaan, hendaklah anda niatkan seperti menyediakan bekal untuk menuju ke akhirat.


Ketika mengingati jauhnya perjalanan yang akan ditempuh, atau khuatirkan halangan dan rintangan di dalam perjalanan itu, hendaklah mengingat pula jauhnya perjalanan ke akhirat, mengingat juga fitnah Munkar dan Nakir dan siksa yang akan dirasakan di dalam kubur kelak. Ketika merenungkan pakaian ihram yang serba putih itu, hendaklah anda mengingat pula kain kafan yang akan membalut tubuh anda sesudah mati.


Ketika bersa`i antara Safa dan Marwah, hendaklah anda mengambarkan betapa gusarnya anda ketika berulang-alik antara dua neraca Mizan (timbangan) di akhirat untuk menentukan mana satu neracanya yang berat. Ketika berwuquf di `Arafah, anda menggambarkan betapa keadaannya berwuquf di Padang Mahsyar."


Ini adalah keringkasan yang saya petik dari maksud yang dibacarakan oleh Imam Ghazali dalam perkara ini. Memanglah tepat apa yang dianjurkan oleh Imam Ghazali itu, moga-moga ALLAH mencucurkan Rahmat keatas ruhnya, dan dibalasNYA dengan yang baik atas petunjuknya kepada kaum Muslimin." - Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم


_______๑۩۞۩๑_______



Kepada para jemaah Singapura yang telah berangkat ke tanah suci Makkah bermula pada 08hb November 2010M yang lalu, didoakan agar mereka selamat berangkat dan selamat kembali dengan ibadah haji yang mabrur, sa`i yang masykur dan amalan-amalan shalih yang makbul. Semoga tetap istiqamah dalam ketaatan dan kebajikan sehingga nafas yang terakhir. Semoga kita juga diantara hamba-hambaNYA yang DipilihNYA kelak untuk berada disana, tanah suci yang penuh dengan sejarah, Rahmat serta Keberkahan. Dan seterusnya dapat menziarahi maqam kekasih ALLAH dan kekasih yang sangat mencintai kita, Nabi Muhammad ibn `AbdiLlah صلى الله عليه وآله وسلم, yang saat itu benar-benar berhampiran dengan jasad kita. Amiin ALLAHumma amiin.


Kepada sesiapa yang berminat, antum bisa ikuti pengajian yang dibimbing oleh al-Fadhil asy-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى atau al-Fadhil Ustaz Tengku Mohamad Fouzy ibn Tengku Mahid Jumat حفظه الله تعالى serta al-Fadhil Ustaz Hassan Saifouridzal حفظهم الله تعالى mengenai adab, manasik dan lain-lain yang berkaitan dalam mengerjakan ibadah fardhu haji. Disamping itu, antum juga bisa rujuk di lelaman MUIS untuk buku-buku panduan yang telah disediakan dalam 3 bahasa; Melayu, Inggeris dan Tamil. JazakumuLlahu khairal jaza` di atas segala usaha dan jasa. Semoga kita semua memperolehi manfaat serta barakah darinya. Amiin ALLAHumma amiin.


Akhirul kalam, semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan setiap nafas dan masa yang ALLAH سبحانه وتعالى Berikan ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan shalih yang wajib mahupun yang sunnat. Insya`ALLAH تعالى, semoga kita juga dapat mengerjakan puasa sunnat pada Hari `Arafah yang jatuh pada 9 Dzulhijjah kelak; 16hb November 2010M, puasa pada hari tersebut pahalanya penghapus dosa 1 tahun sebelumnya dan 1 tahun sesudahnya. ALLAHu akbar wa liLlahil Hamd!


_______๑۩۞۩๑_______



"Ya Rahman, telah KAU Jadikan setiap ibadah di hari-hari Dzulhijjah ini, KAU lipat-gandakan 700X lipat ibadah kami dan RABBi kami berdoa di malam ini Dilipat-gandakan 700X lipat dari doa-doa kami, Ampuni dosa ayah bunda kami, bagi mereka yang masih hidup, Limpahi Keberkahan dalam hidupnya, ayah bunda kami yang telah wafat, Muliakan arwah mereka bersama Muqarrabin. Ya Rahman, Muliakanlah ayah bunda kami dunia dan akhirat, zahiran wa batinan. RABBi kami mengadukan keadaan kami, segala kesulitan kami, segala hambatan kami, segala hajat kami yang masih belum terkabul hingga malam ini, maka jangan sisakan 1 hajat pun dari semua yang hadir terkecuali KAU Kabulkan.


Ya Rahman Ya Rahim, demi kemuliaan `Arafah, demi kemuliaan Muzdalifah, demi kemuliaan Mina, demi kemuliaan Thawaf dan Sa`i, demi kemuliaan Ka`bah al-Musyarrafah, demi kemuliaan Madinah al-Munawwarah dan Raudhatul Syarif. Ya Rahman Ya Rahim, Muliakan langkah-langkah mereka yang menghadiri Haji dan Umrah, Muliakanlah keberangkatan mereka dan Jadikanlah Haji mereka Mabrur. Dan Limpahkan Keberkahan dan Kemudahan bagi mereka dan Kembalikan atas kami 700X lebih besar dari doa dan munajat kami. Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzal Jalali wal Ikram, inilah dosa-dosa kami dan RABBi kami juga berdoa untuk teman-teman kami yang masih terjebak dalam narkoba, yang masih terjebak dalam perzinahan, yang masih terjebak dalam perjudian, yang masih terjebak dalam kekufuran aqidah, hujani mereka dengan Hidayah, hujani mereka dengan keinginan untuk sujud, untuk bertaubat.


Ya Rahman Ya Rahim, kami yang masih hidup di alam dunia dan menanti saat-saat kematian kami, Panjangkan usia kami dalam ketaatan dan keberkahan, Ya Rahman Ya ALLAH, Tambahkan keberkahan dan ketaatan dalam usia kami, Terangi hari-hari kami dengan indahnya sujud, Terangi hari-hari kami dan nafas-nafas kami dengan doa dan munajat, Terangi segala apa yang kami lewati dengan Cahaya kemudahan dan Cahaya penyelesaian yang menyingkirkan segala kesulitan dan hambatan kami, Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzal Jalali wal Ikram...


RABBi saksikan kami tidak akan menyembah Tuhan selainMU RABBi, kami tidak sujud pada selainMU Ya ALLAH, dan kami tidak memilih Nabi lain selain NabiMU Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, Ya Dzal Jalali wal Ikram Ya Dzatthouli wal In`am...


Pandanglah seluruh wajah ini dengan Cahaya RahmatMU ya Rahman, pandanglah seluruh wajah ini dengan Cahaya PengampunanMU ya Rahim, Pandanglah seluruh wajah ini dengan kepastian Husnul Khatimah, Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzal Jalali wal Ikram. RABBi Terangi jiwa kami dengan Cahaya doa, RABBi Terangi nafas-nafas kami dengan Cahaya munajat, Terangi sisa usia kami dengan lazatnya sujud, kami mengadukan buruknya jiwa kami yang selalu menghindar dari ibadah, kami mengadukan jiwa kami yang mencintai dan merindukan selainMU...


RABBi ya Rahman, kepada siapa kami mengadu kalau bukan kepada NamaMU Ya ALLAH, pada siapa kami mohon Pengampunan atas buruknya dosa dan tiada rahsia antara kami denganMU Ya Rahman, Bukakan pintu PengampunanMU Ya ALLAH, bila hamba yang demikian banyak berbuat dosa, dan pintu MaafMU selalu terbuka bagi para pendosa, masukkan seluruh nama kami dalam samudera MaafMU Ya Rahman, Hapuskan dosa-dosa kami, dosa-dosa ayah bunda kami, ayah bunda kami yang masih hidup, Curahkan keberkahan dalam hidupnya, ayah bunda kami yang telah wafat, Muliakan arwah mereka bersama para Muqarrabin....






Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, Jadikan kami orang-orang yang mencintaiMU dan mencintai NabiMU صلى الله عليه وآله وسلم melebihi dari segala-galanya...


RABBi paling tidak, satu kejab dua kejab KAU Rasakan pada kami kelazatan iman, KAU Rasakan pada kami lazatnya menyebut NamaMU, KAU Rasakan pada kami lazatnya kebersamaan denganMU hingga kami terlupakan dari seluruh keni`matan dan seluruh masalah ketika kami menyebut NamaMU, ketika bibir ini bergetar memanggil NamaMU...


Wahai Nama Yang Maha Dermawan, Wahai Nama Yang Maha Pemurah, Wahai Nama Yang Maha Baik, Wahai Nama Yang Maha Menyejukkan Semua Jiwa, Tenangkan jiwa kami dalam kehidupan yang sementara ini dan Tenangkan hari-hari kami dan Tenangkan juga malam kami sampai kami wafat, Jadikan selalu ketenangan dan kesejukkan iman bersama kami...


Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzal Jalali wal Ikram, tidak lupa kami berdoa agar KAU Hentikan dan KAU Cukupkan musibah yang terus turun daripada hujan yang terus mendera Muslimin. Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali wal Ikram, kami mengadukan keadaan kami Wahai Yang Memiliki Kami, Wahai Yang Memiliki Bumi dan Langit, Wahai Yang Memiliki panca indera kami, Wahai Yang Mengetahui dimana kami akan pulang dan kami akan berpisah selainMU, berpisah dengan semua kekasih, berpisah dengan semua teman, berpisah dengan semua harta dan jabatan. Tinggallah Engkau Yang Maha Tunggal...


Wahai yang Maha Tunggal, Melihat apa yang ada didalam jiwa kami, wahai yang selalu Memperhatikan setiap lintasan pemikiran kami, wahai yang Mengetahui kejadian hari esok dan dalam keadaan apa kami wafat, Ya Rahman Ya Rahim, KAU Lihat esok barangkali musibah yang akan datang kepada kami, atau cubaan pada fulan, atau masalah pada fulan, RABBi Singkirkan segala-galanya malam ini dari segala musibah Gantikan dengan kebahagiaan dan Rahmat, Ya Rahman Ya Rahim, kami tidak salah jika memanggil NamaMU, kami tidak salah jika berharap kepadaMU, kami tidak salah jika kami bermunajat kepadaMU Ya Rahman Ya Rahim....


RABBi Terangi jiwa kami dengan Cahaya, Terangi penglihatan kami dengan Cahaya, Terangi pendengaran kami dengan Cahaya, Terangi depan kami dengan Cahaya, Terangi belakang kami dengan Cahaya, Terangi seluruh penjuru kami dengan Cahaya, Terangi darah kami dengan Cahaya, Terangi tulang tubuh kami dengan Cahaya, Terangi pemikiran kami dengan Cahaya, Terangilah hari-hari kami dengan cahaya, Ya Rahman Cahaya KeindahanMU, wahai yang Menamakan DiriMU an-Nuur, Maha Bercahaya, Terangilah hari-hari kami, Terangilah sakaratul maut kami, Terangi kubur kami kelak, dan Bangkitkan kami di Yaumil Qiyamah bersama yang terang-benderang, bersama orang-orang yang bersama RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم...


RABBi Pastikan nama kami tertulis bersama mereka, Pastikan wajah kami bercahaya terang-benderang di Yaumil Qiyamah...


Pastikan seluruh wajah kami ini tidak melihat api neraka, Pastikan kami semua ini haram dari api neraka, Pastikan kami semua akan masuk ke dalam SyurgaMU, Ya Rahman Ya Rahim, Limpahi kami Kebahagiaan di dunia dan Kebahagiaan di akhirat dan Jauhkan kami dari api neraka. Ya Rahman Ya Rahim Dzal Jalali wal Ikram, Terbitkan bagi kami Matahari Kebahagiaan yang tiada pernah terbenam hingga kami menghadapMU kelak di Yaumil Qiyamah, Ya Rahman Ya Rahim." - Himpunan doa Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى




๑۩۞۩๑ Salam `Eidul Adha 1431H ๑۩۞۩๑
Mohon Maaf Zahir dan Batin.




اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails