Monday, February 14, 2011

Malam 12 Rabi`ul Awwal ♥ Malam Teragung

بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Bagi Tuhan segala Puji tiada bilangan mampu mencakupnya
Atas penghormatan DilimpahkanNYA bagi kita
Dengan lahirnya al-Musthafa al-Hadi Muhammad...


Ya RasuluLlah,
Selamat Datang, Ahlan wa Sahlan
Sungguh kami beruntung dengan kehadiranmu...



Ya Ilahi, ya Tuhan kami...
Semoga Kau Berkenan Memberi ni`mat KaruniaMU
Menyampaikan kami ke tujuan idaman
Demi ketinggian derajat Rasul DisisiMU...


Tunjukilah kami jalan yang ia tempuh
Agar dengannya kami bahagia beroleh kebaikan melimpah
Rabbi, demi mulia kedudukannya DisisMU
Tempatkanlah kami di sebaik tempat disisinya...



Semoga Selawat ALLAH Meliputi selalu Rasul termulia, Muhammad
serta Salam terus-menerus silih berganti setiap saat..."



^ Beberapa bait nan indah dari "Maulid Simthud Durar"
karangan al-`Allamah al-Habib `Ali ibn Muhammad al-Habsyi رحمه الله تعالى








"Jikalau kamu memohon ikatan kehidupanmu bersama ALLAH تعالى ,
manakah ikatan dari kehidupan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dalam dirimu...?


Matamu ini, hidupkannya dengan kehidupan mata Baginda.
Janganlah engkau lihat kepada perkara yang haram.
Telingamu hidupkannya dengan kehidupan telinga Baginda.
Janganlah mendengar dengannya perkara yang haram.
Jangan engkau tuturkan dengan lidahmu melainkan ianya
menyebabkan engkau bertemu dengan RasuluLlah...



Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu,
nescaya engkau tidak bisa
memutuskan silaturrahim yang Baginda laranginya...


Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu,
nescaya engkau tidak sanggup makan
sesuap benda halal walaupun ianya seluruh dunia ini...



Jikalau Nabi itu hidup pada hati mu,
nescaya engkau tidak mengutamakan
sesuatu yang binasa berbanding yang kekal...


Nescaya engkau tidak mencemarkan hatimu
yang hidup dengan RasuluLlah
dengan caci hamun ataupun sikap benci membenci
walaupun terhadap orang yang mencacimu atau menyakitimu...



Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu,
masa itu tidak akan berlalu melainkan engkau
akan memohon rahsia kehidupan
dengan mengingati ALLAH جل جلاله...


Pohonlah perkara sebegini dan hidupkanlah dengannya
rumahtanggamu bersama sunnah RasuluLlah.
Hidupkan masjid²mu dengan membaca kalamuLlah.
Hidupkan jalan²mu dengan adab-adab RasuluLlah.
Hidupkan pasar²mu dengan adab serta hukum-hakam RasuluLlah...



Hidupkan pengertian sebegini,
nescaya engkau hidup dengan kehidupan
yang tidak akan musnah dan berakhir selama-lamanya
Sehingga ALLAH menghimpunkanmu bersama kehidupan
sebenar nya dalam alam barzakh mu...


Kemudiannya di hari kiamat bersama al-Habibi المصطفى
Kemudiannya di Syurga Firdausi yang tertinggi.
Semoga ALLAH menjadikan kita dari mereka yang hidup sebegini...



Ya ALLAH! Hidupkan kami
dengan kehidupan kekasihMu.
Ya ALLAH! Hidupkan hati kami
dengan kehidupan hati kekasihMU.
Ya ALLAH! Hidupkan ruh² kami
dengan kehidupan ruh kekasihMU.
Ya ALLAH! Hidupkan keperibadian kami
dengan hidupnya keperibadian kekasihMU.
Ya ALLAH! Hidupkan akal² kami
dengan kehidupan akal kekasihMU.
Ya ALLAH! Hidupkan jasad kami
dengan adab, sunnah dan hukum-hakam kekasihMU.
Ya ALLAH! Hidupkan seluruh diri kami
dengan kehidupan seluruh diri kekasihMU...


Sehinggalah kami melalui dengan kehidupannya atas kehidupan kalamMU.
Maka kami hidup dengan kalam dan kitabMU.
Kemudiannya kami hidup dengan semua itu beserta ikatan kami denganMU.
Wahai Yang Maha Hidup lagi Menghidupkan, Penggerak langit dan bumi...



Ya ALLAH!
Bantulah kami untuk mengingati, mensyukuri,
serta beribadah kepadaMU dengan sebaiknya...


Ya ALLAH!
Lihatkanlah bagi kami kebenaran itu sebagai kebenaran
dan jadikan kami pengikutnya serta lihatkanlah bagi kami
kebatilan sebagai kebatilan...



Ya ALLAH!
Ampunilah kami dengan taubat nasuha.
Bersihkan kami dengannya pada tubuh badan, hati dan ruh kami...


Ya ALLAH!
Ampunilah kami pada apa yang telah lalu.
Peliharalah kami untuk apa yang masih ada ini.
Ya ALLAH! Peliharalah kami dan layanilah kami...



Ya ALLAH!
Letakkan kami pada jalan mereka yang dicintai.
Hidupkan kami dengan kehidupan mereka itu.
Matikan kami dengan kematian mereka.
Himpunkan kami pada hari kiamat
bersama ketua orang² dikasihi...


Ya ALLAH!
Hidupkan kami dengan mencintainya.
Ya ALLAH! Hidupkan kami dengan mencintainya.
Ya ALLAH! Hidupkan kami dengan mencintainya...



Ya ALLAH!
Hidupkan kecintaannya dalam hati kami...
Ya ALLAH! Hidupkan kecintaannya dalam hati kami...
Ya ALLAH! Hidupkan kecintaannya dalam hati kami...


Ya ALLAH!
Hidupkan cahayanya dalam batin kami.
Hidupkan hidayahnya pada zahir kami.
Hidupkan perjalannya dalam rumahtangga dan kehidupan kami...



Ya ALLAH!
Janganlah Engkau tanggalkan dari hati kami
cahaya ikatan dengan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم..."



^ Taushiyah dan doa munajat nan indah
al-Habib `Ali Zain al-`Abideen ibn `Abd al-Rahman al-Jifri حفظه الله تعالى





اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails