Sunday, July 31, 2011

Madrasah Tarbiyyah Cinta Kian Hampir... ♥ Insya`ALLAH



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
Wa laa haula wa laa quwwata illaa biLlahil `aliyil `adzhim...
SalamuLlahu`alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...




Wahai Saudara dan Saudariku fiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH...
Al HamduliLlah, mulai tercium keharuman indah bulan Ramadhan, Penghulu segala Bulan. Semoga Pemilik bulan Ramadhan dan Pemilik diri kita; ALLAH Jalla Jalaluh, Menjadikan bulan Ramadhan sudi untuk menjadi tetamu bagi kita, kini dan selamanya. TetamuNYA yang Mulia, kehadirannya dinanti-nantikan, dirindu-rindukan oleh orang-orang yang Beriman, semoga kita semua tergolong bersama dengan mereka. Amiin ALLAHumma amiin.



SubhanALLAH, dalam rangka kita menyambut bulan Ramadhan yang Mulia ini, ALLAH telah Membukakan pintu hati kita untuk menyampaikan salam mohon maaf dari hati yang terdalam, di antara sesama kita. Suatu perkara yang luar biasa indah, semoga tetap demikian bahkan semoga diluar bulan Ramadhan juga. Justru, dikesempatan ini, hamba ingin memaklumkan bahwa, hamba senantiasa telah memaafkan sesiapa sahja dan telah menghalalkan segala-galannya kerna ALLAH.



Insya`ALLAH, hamba yang hina-dina ini sedang berusaha untuk tidak ingin menyempitkan hati ini dengan perkara-perkara yang remah dan kecil sahja, yang mana seandai ianya dibiarkan begitu sahja akan menjadi sebuah penyakit, lalu yang akan terkorban dirinya sendiri. ALLAHu ALLAH.. Sungguh, ALLAH telah Menciptakan penyakit sekaligus ubatnya. Lalai adalah penyakit maka dzikr adalah ubatnya. Kecurangan adalah penyakit maka ketaatan adalah ubatnya. Durhaka adalah penyakit maka taubat adalah ubatnya. Zalim adalah penyakit maka berlaku adillah ubatnya. Perasaan dendam adalah penyakit maka memberi/meminta kemaafan adalah ubatnya.



Insya`ALLAH, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengejar perkara yang lebih besar, yang jauh lebih penting, yang bukan fana namun yang kekal abadi, yang akan menjadi hati ini tenang dan bahagia senantiasa, iaitu ALLAH, kebersamaan dengan ALLAH, merindukan untuk melihat DzatNYA yang Maha Indah kelak, dengan RahmatNYA, dengan Syafa`at KekasihNYA yang Mulia, ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam.



Semoga ALLAH yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Mengampuni dan Menyayangi kalian, dan semoga kalian sudi memaafkan hamba diatas kesilapan hamba selama ini. Ramadhan Kareem, semoga kita DiberiNYA kekuatan untuk ber`ibadah guna untuk mendekatkan diri kepadaNYA, dan semoga kita Diredhai dan Di`itiraf ALLAH sebagai hambaNYA.



Semoga ALLAH memenuhi hati kita dengan kecintaan kepadaNYA; ALLAH Jalla Jalaluh dan kepada Shohibur Ramadhan, Shohibul Qiyaam wa Shohibus Shiyaam, Sayyidina Muhammad ibn `AbduLlah ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam, semoga dengan itu, ALLAH Memilih kita tergolong bersama mereka yang ketika saat kembali kehadratNYA DipanggilNYA dengan seruan :


"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang senantiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala ni`mat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKU yang berbahagia dan masuklah ke dalam SyurgaKU!" (Suratul Fajr ayat 27-30)



Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum,Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam. Semoga ALLAH Membalas Sayyidina Muhammad ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam apa-apa yang selayaknya buat Baginda dari kami.



Sebelum dan sesudahnya, hamba mohon maaf dan redha. Andai bisa mendapat kemanfaatannya, maka Puji Syukur hanya Bagi ALLAH, UntukNYA dan KernaNYA, andai dilanda kerugian, masa dsb, maka hamba memohon Keampunan dan Kemaafan dariNYA dan dari kalian.



Di atas masa, perhatian serta kebaikan kalian, hamba ucapkan...
BarakALLAHu fikum wa jazakumuLlahu khairal jaza`.
Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.





أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفواً تحب العفو فأعفو عنا يا كريم

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك
من سخطك والنار برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails