Wahai ALLAH yang mengetahui hal hamba
Kepada-MU aku hadapkan segala cita-cita
Kurniakanlah kami nikmat perkenan dari-MU
Serta belas kasihan dan tenteramkan hati kami
Wahai ALLAH yang Maha Mencukupi
Berilah kami sihat afiat
Kerana tiada yang sulit atas-MU
Segala sesuatu dalam pengetahuan-MU
Ia telah datang pada-MU dengan dosa
Dan kesedihan dan kefakirannya
Angkatlah dengan kemudahan-MU segala kesusahannya
Dengan Berkat kemurahan dan kurnia-MU
Kurniakanlah
padanya taubat
Yang dapat menghapus segala dosa
Jagalah ia dari segala bahaya
Dari segala yang akan menimpa padanya
Engkau adalah Tuhan seluruh hamba
Yang Esa dalam kesempurnaan-MU
Dalam ketinggian
dan keagungan-MU
Maha suci ALLAH
dari semua keserupaan
Kemurahan, kurnia, dan kebaikan-MU
Sungguh sangat di harapkan
Murka dan marah-MU
Sungguh sangat di takutkan
Berdzikr dan bersyukur pada-MU adalah lazim,
Demikian pula memuji dan mengagungkan-MU
Selawat pada setiap masa
Di atas Nabi penghapus kesesatan
Kepadanya rusa bercakap
Iaitu Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam)
Penunjuk jalan
Segala puji bagi ALLAH sebagai tanda syukur
Atas nikmat-NYA yang tidak putus
Kami memuji pada-NYA dengan rahsia dan terang
Siang malam setiap waktu...
Nukilan Indah :
al-Imam AbduLlah bin Alawi al-Haddad RahimahuLlah.
ALLAHu a`lam bisawab.