"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Wednesday, April 29, 2009

Dikemaskini - Majlis Cinta Rasul صلى الله عليه وسلم



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Sedutan dari Majlis yang mubarakah.
Harap maaf diatas rakaman yang tidak memuaskan.




بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, April 26, 2009

Dikemaskini - أهلا وسهلا ومرحبا بكم



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




:: Sila klik diSini untuk maklumat lanjut ::


* Maklumat Tambahan *
- Syukran jazilan ya Mu`allim diatas maklumat ini


Tajuk Syarahan : Perkhawinan : Pengertian Cinta Yang Sebenar
Tarikh : Sabtu, 09hb Mei Waktu : Ba`da Maghrib Tempat : Masjid an-Nahdhah


Tajuk Syarahan : Kesabaran Dan Hikmah Bagi Orang² Yang Di Timpa Musibah
Tarikh : Isnin, 11hb Mei Waktu : 12.30 tengahari Tempat : Masjid Hj Md Salleh (Maqam Hb Nuh)



بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Saturday, April 25, 2009

Dari Habibana Untuk Habibana ♥



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة





"Sejahteralah jasad Baginda setelah melalui hari-hari nya yang memenatkan serta meletihkan disebabkan kita... Sejahteralah jasad Baginda dapat berehat setelah perut nya yang diikat dengan batu kerana kelaparan disebabkan kita... Sejahteralah jasad yang pernah dilemparkan dengan batu sehingga melukakan nya disebabkan kita...


Sejahteralah jasad yang pernah dipatahkan geraham nya disebabkan kita... Sejahteralah jasad yang pernah dilukakan dahi nya dan mengalirlah darah nya lalu Baginda menahan nya dengan tangan nya untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah sebagai rahmat bagi mereka dan kita dari kemurkaan ALLAH... Sejahteralah jasad yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipi nya disebabkan kita....


Sejahteralah jasad yang mana kaki nya bengkak disebabkan pengabdian nya pada ALLAH serta da`wah untuk kita... Sejahteralah jasad yang memikul kesukaran, keletihan, kesakitan dan kelaparan disebabkan kita.... "




Dari Taushiyah Habibana `Ali Zain al-`Abideen ibn `Abd al-Rahman al-Jifri حفظه الله تعالى
yang bertajuk "Saat Kewafatan RasulALLAH صلى الله عليه وسلم" Dan hamba al-Faqir wal-Haqir ini, telah dan akan senantiasa mengulangi penyampaian kalam yang indah ini selagi mana diberi keizinan dariNYA ALLAH عز و جل


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Thursday, April 23, 2009

Cahaya Keindahan ALLAH سبحانه وتعالى



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"... Hariku dan malam kita di hari ini tidak akan pernah kembali sepanjang usia kita, tidak akan pernah bisa kembali lagi terkecuali yang datang adalah waktu yang akan datang dan waktu yang silam telah terlewat maka merenunglah berapa banyak dari dosa dan kehinaan yang mencoreng wajah kita saat kita berdiri di hadapan ALLAH. Berfikir dan merenunglah, berapa banyak dosa yang kita lakukan dari sejak kita baligh sampai kita diturunkan ke dalam bumi untuk dikuburkan, sampai nafas kita berakhir yang kesemua nafas kita itu milik ALLAH, yang kita tidak mampu mencipta nafas kita, tidak mampu mencipta paru-paru dan jantung kita, yang kesemua itu Anugerah dari Yang Maha Memberi dan Maha Dermawan dan Maha Baik, diberi nya kita dan bagaimana jawaban kita atas pemberian ALLAH? Jawaban nya adalah jiwa yang menyeru ALLAH, jiwa yang memohon maaf kepada ALLAH karena hari esokmu ditangan ALLAH dan hari lalumu juga ALLAH yang Berkuasa dalam keadaan abadi.


Hari yang lalu dari dosa-dosa, tiada yang bisa menghapus nya di alam semesta ini terkecuali Sang Pencipta alam semesta yaitu ALLAH سبحانه وتعالى. Dan pahala yang terdahulu bisa menjadi berlipat ganda dan semakin dahsyat dan besar kalau dikehendaki oleh ALLAH. Dan keadaan yang akan datang, bagaimana dengan nasib kita, musibah dan bala yang akan datang atau keni`matan dan kebahagiaan yang akan muncul? Semua jawaban nya satu adalah ALLAH ALLAH ALLAH. Terangi jiwamu dengan Cahaya ALLAH, terangi jiwa kita dengan terang-benderang Cahaya nya ALLAH. Akan kau lihat hari-harimu semakin indah karena bukan diterangi cahaya matahari ataupun lampu tetapi diterangi Cahaya terang-benderang ILlahi, Cahaya Anugerah, Cahaya Keni`matan, Cahaya Kasih Sayang Yang Maha Memberi dari masa ke masa dan dari zaman ke zaman, Dialah (ALLAH) Dialah (ALLAH) Dialah (ALLAH)..."


Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 20hb April 2009M.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.

_______________


"Wahai ALLAH, sesungguh nya aku memohon Keampunan dari setiap dosa yang badanku kuat melakukan nya kerna kesihatan yang Engkau berikan kepadaku atau aku mendapatkan segenap kemampuan dengan keutamaan Ni`matMU atau dosa itu aku lakukan dengan kemampuanku kerna Anugerah Keni`matanMU atau aku hulurkan tanganku kepada nya dengan rezki yang telah Engkau berikan kepadaku atau aku pasrahkan dosa-dosa itu atas keamanan dariMU ketika aku takut padaMU atau aku percaya dengan Kemurahan dan KesabaranMU atau aku percayakan dosa-dosa itu pada Mulia nya PengampunanMU...


Wahai ALLAH, sesungguh nya aku memohon KeampunanMU dari segala dosa-dosa yang kerna dosa itu bererti aku mengkhianati amanahku sendiri atau aku menipu diriku dalam dosa-dosa itu atau aku mendahulukan kesenang-senangan dalam dosa itu atau aku kerjakan demi orang lain, atau aku sesatkan orang yang mengikuti dalam dosa, atau aku menang dalam dosa kerna kelebihanku dalam berusaha, dikernakan aku terhalang dariMU dalam dosa wahai Tuhanku, maka Engkau tidak Memberi kemenangan kepadaku untuk mengalahkan perbuatanku, sekira nya Engkau, Maha Suci Tuhanku tidak Menyukai terhadap kemaksiatanku yang telah mendahului dalam pilihanku dan di dalam pelaksanaan kemahuanku dan pilihanku, maka Engkau Sayangi aku sehingga tidak Kau terjerumuskan aku dalam pilihanku secara paksa dan tidak Menghantarkanku dalam satu keterpaksaan. Serta Engkau tidak Menganiayakan aku sedikit pun. Aku memohon KeampunanMU wahai yang Maha Penyayang.


Wahai Temanku ketika susah, wahai Penenangku ketika aku sendiri, wahai Penjagaanku dalam keni`matanku, wahai Penghilang kesusahanku, wahai Dzat yang Mendengarkan doaku, whai Dzat yang Mengasihani cucuran air-mataku, wahai Dzat Pengampun kesalahanku, wahai Dzat yang patut menjadi Tuhanku, wahai Tiangku yang kukuh, wahai Tetanggaku yang terdekat, wahai Junjunganku yang Belas Kasihan, wahai Tuhan Ka`bah yang lama. Keluarkan aku dari persekitaran yang sempit pada jalan yang luas, dengan jalan keluar dariMU yang kuat dan kukuh, hilangkanlah dariku segala kesengsaraan dan kesempitan, cukupkanlah diriku dari keburukkan dan yang menyakitkan, yang aku mampu ataupun tidak. Wahai ALLAH, hilangkanlah dariku segala kesusahan dan yang menyedihkan, keluarkan aku dari kesusahan, wahai Dzat yang Menghilangkan kesedihan, wahai Dzat yang Menurunkan rintahan hujan, wahai Dzat yang Mengkabulkan doa nya orang yang didalam keadaan yang rumit, wahai Dzat yang Maha Penyayang dunia dan akhirat dan yang Mengasihani di dunia dan akhirat, limpahkanlah Selawat kepada orang pilihanMU dari makhlukMU, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan keluarga Baginda yang baik, yang suci.


Hilangkanlah dariku sesuatu yang menyempitkan hatiku dan menghilang kesabaranku bersama hal tersebut dan sedikit usahaku, lemah sudah kekuatanku, wahai Dzat yang Menghilangkan segala bahaya dan malapetaka, wahai yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang rahsia dan yang samar, wahai yang paling Belas Kasihan. Aku serahkan segala urusanku kepada ALLAH. Sesungguh nya ALLAH Dzat yang Maha Mengetahui hamba-hambaNYA, tiada yang Memberi Taufiq padaku kecuali ALLAH. Hanya kepada ALLAH aku berserah dan DIA adalah Tuhan nya `Arsy yang Agung." - Musnad al-Imam `Ali ibn Abi Thalib كرم الله وجهه. Istighfar ini juga termaktub didalam kitab "Bintang Indah Cemerlang".


ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من أمرنا رشدا
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انك انت الوهاب
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Sunday, April 19, 2009

Kehadiranmu Dinanti Penuh Kerinduan



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




"Menyatu nya seorang murid dengan Guru nya merupakan permulaan di dalam menyatu nya dengan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم. Sedangkan menyatu nya dengan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم merupakan permulaan untuk fana pada ALLAH (lupa selain ALLAH)."


ربنا فاغفر لنا ذنوبنا وكفر عنا سيئاتنا وتوفنا مع الأبرار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, April 17, 2009

Wasiat² Nan Indah



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






ALLAH Bersama Hamba Yang Mengingat Dan Menyebut NamaNYA

Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 06hb April 2009M.







Berlindunglah Kepada ALLAH سبحانه وتعالى Dari Bisikan Syaitan

Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 13hb April 2009M.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, April 12, 2009

Bahaya Menangguhkan Ketaatan



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




"Hendaklah anda sentiasa menyegerakan amal taat dan jangan sekali-kali menangguhkan nya ke masa yang lain kerna dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya. Setiap manusia terdedah oleh berbagai-bagai bencana dan pekerjaan yang tidak ada akhir nya.


Sabda RasuluLlah صلى الله عليه وسلم :
"Rebutlah peluang lima sebelum lima: Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup sebelum tiba mati."


Sabda nya lagi صلى الله عليه وسلم :
"Segerakanlah mengerja amal-amal shalih sebelum kamu sibuk, dan adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan memperbanyakkan dzikr (ingatan) kepadaNYA."


Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم lagi :
"Kebanyakkan manusa terpedaya dalam dua ni`mat, iaitu masa sihat dan masa lapang."


Maksud nya : Ia terpedaya dalam dua ni`mat itu, jika ia hidup dalam keadaan sihat dengan banyak masa yang lapang. Malang nya ia menghabiskan masa-masa itu dengan membuat kerja yang sia-sia dan amal-amal yang merugikan; iaitu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha keduniaan yang boleh mengalpakan diri dari mengingat ALLAH تعالى serta mengabaikan amal taat. Nyatalah orang ini akan rugi serugi-rugi nya kelak sesudah mati, kerna ia akan melihat dengan mata sendiri apa yang telah luput daripada nya, dari darjat dan pangkat yang tinggi, yang sekira nya di masa hidup di dunia dahulu, ia menghabiskan semua masa lapang nya dengan mengerjakan amal-amal shalih, nescaya ia akan memperoleh segala darjat dan pangkat itu.


Berkata Sayyidina `Ali كرم الله وجهه :
"Kebanyakkan manusia lalai, kelak sesudah mati baru sedar."


ALLAH تعالى berfirman :
"Tatkala ALLAH mengumpul kamu pada hari pertemuan, itulah hari perdayaan (kerugian)." - Surah at-Taghabun ayat 9


Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
"Ahli Syurga tidak akan merasa kesal sama sekali, melainkan terhadap masa-masa yang berlalu, yang pada nya mereka tiada menyebut nama ALLAH."


Iaitu setelah mereka melihat kerugian darjat dan keni`matan yang disebabkan oleh kelalaian pada masa-masa lapang yang terluput tanpa amal shalih.


Adapun orang yang menghabiskan masa sihat dan masa lapang dengan mengerjakan berbagai-bagai maksiat terhadap ALLAH تعالى serta menimbulkan kemurkaanNYA, maka ia bukan lagi terpedaya, malah rugi dan terkutuk. Kerna orang yang terpedaya itu ialah orang yang menghabiskan masa nya pada perkara-perkara yang sia-sia dan perbuatan yang harus.


Mungkin terpedaya itu dimaksudkan juga dengan seseorang yang tidak dapat mengecap ni`mat sihat dan masa lapang, kerna sepanjang masa ia ditimpa bala`, seperti sakit, tidak berdaya-upaya ataupun terlampau banyak urusan, sehingga kerna nya ia tidak mungkin mengerjakan amal shalih, sebagaimana yang dikerjakan orang sihat dan orang yang menghabiskan masa lapang nya untuk beramal.


Cuba anda renungkan firman ALLAH تعالى berikut :
"ALLAH mengutamakan orang-orang yang berjuang ke atas orang-orang yang duduk dengan memberi pahala yang berlipat-ganda." - Surah an-Nisa` ayat 95


Sabda RasuluLlah صلى الله عليه وسلم :
"Orang Mu`min yang kuat lebih utama dan lebih dikasihi ALLAH daripada orang Mu`min yang lemah. Namun demikian, masing-masing ada kebaikan nya."


Maka hendaklah anda pelihara segala perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepadamu, dan mintalah Pertolongan ALLAH dalam melaksanakan nya tanpa malas. Jika anda gagal oleh sesuatu sebab, maka terimalah yang demikian dengan berlapang dada, kerna ia telah ditakdirkan ALLAH, dan apa yang ALLAH Kehendaki pasti akan berlaku. Awas, jangan suka sebut jikalau, kerna yang demikian itu akan membuka jalan bagi gangguan syaitan.


Pada pendapatku, jikalau itu biasa nya disebutkan oleh orang malas yang tiada berupaya, sentiasa meluputkan amal kebajikan, padahal ia boleh mengerjakan nya, disebabkan oleh sikap tidak kuasa dan malas itu. Ataupun ia suka bergantung atas daya-upaya dan kekuatan nya, atau atas usaha dan tipu-daya nya. Ia mengira bahwa ia akan terselamat kerna ia cekap dan pandai mengelakkan diri dari apa yang telah ditakdirkan oleh ALLAH تعالى ke atas diri nya.


Sabda RasuluLlah صلى الله عليه وسلم :
"Tiada berguna menjaga diri dari apa yang ditakdiri."


Renungkanlah segala kata-kata ini, dan fikirkanlah dalam-dalam, kerna ia mengandungi makna yang mendalam dan rahsia yang banyak. Hanya kepada ALLAH sahjalah kesudahan segala perkara."


- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم



اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Thursday, April 9, 2009

A Date With al-Fadhilah Ustazah ♥



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Al HamduliLlah and here`s the recording of al-Fadhilah al-Habibah Ustazah Halimah al-Aydrus`s taushiyah; delivered in Bahasa Indonesia. She was a student of al`Allamah al-Musnid al-Habib Umar ibn Hafiz حفظه الله تعالى in Dar az-Zahra in Tarim, Hadramaut, Yemen.


At The Arab Association Singapore, al-Wehdah

Click HERE to Listen or click HERE to Download.
`Afwan, sincerely apologies for the audio quality.


May ALLAH سبحانه وتعالى inculcate in our hearts the excellent Love of our Beloved Prophet صلى الله عليه وسلم. No praise or description is befitted to Him صلى الله عليه وسلم; He is the Best of Humans and Greatest Benefactor of mankind. May ALLAH سبحانه وتعالى increase our Iman and Taqwa, and Bless us to be amongst those who, when tested are patient, and when blessed are thankful, and when sinful are repentant...


اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Friday, April 3, 2009

Rakaman Majlis Maulid & Ta`lim (II)



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده




اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Pesanan dari Penaja : Posting ini adalah kesinambungan perkongsian yang lalu. Adalah besar harapan hamba dengan perkongsian rakaman-rakaman ini, ia sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat antum untuk menghadiri nya. Sepertimana jasad kita dicharge dengan makanan-makanan yang berkhasiat lagi halal, begitu jugalah ruh kita, ianya perlu dicharge dengan menghadiri Majlis-Majlis yang mubarakah seperti ini.


Segala PemberianNYA kepada kita samada masa mahupun kesihatan tubuh badan, telah kita peruntukkan untuk hal-hal duniawi, maka sudah sepantas nya kita juga turut memperuntukkan pemberian-pemberian tersebut untuk mengingatiNYA serta RasulNYA ShalALLAHu`alaihiwasalam dan mempelajari segala sesuatu yang berkaitan dengan Agama kita yang suci lagi mulia ini; benih `ilmu kita disemai dan terbaja dari keringat kesungguhan kita.


Seandai nya ALLAH `Azzawajalla mengizinkan kita untuk dapat melihat segala apa yang telah dikurniakan dan dicurahkan kepada kita didalam Majlis-Majlis tersebut, pastilah kita akan senantiasa mendambakan dan berkorban apa sahja untuk mendapatkan nya; yang sudah pasti kita tidak dapat memperolehi nya di Majlis-Majlis yang lain. Setiap saat kita berada didalam Majlis tersebut, adalah kita berada didalam rahsia pengampunan dariNYA kerna berada di dalam Majlis yang mubarakah seperti Majlis sambutan Maulidur Rasul ShalALLAHu`alaihiwasalam, Majlis `ilmu, ta`lim, dzikr, selawat dll adalah kaffarah bagi dosa-dosa kita. Apakah kita senantiasa ingin diselimuti dengan dosa dan noda? Lantaran itu doa kita senantiasa terhijab, keimanan dan ibadah kita semakin merosot dll. Justru inilah salah satu cara yang telah Dia berikan untuk kita menghapuskan nya dan menyucikan diri kita. ALLAHu Akbar wa liLlahil Hamd!


Apabila kita berada di Majlis-Majlis yang mubarakah seperti ini, perhatikan dan jagalah pula peradaban kita. Tentu yang menghadiri nya bukanlah hanya kita sahja malah ada juga makhluk-makhluk ALLAH yang tidak terlihat turut berhimpun bersama-sama dengan kita. Setiap saat kita berada didalam Majlis tersebut sungguh mahal harga nya namun kita memperolehi nya secara percuma oleh ALLAH `Azzawajalla, tinggal sahja kita ingin menghadiri nya ataupun tidak.


Sungguh, Syurga ALLAH Subhana wa Ta`ala tidak akan terbeli dengan segala apa yang terkandung didunia ini, justru rugilah seandai nya kita tidak merebut perluang keemasan yang telah Dia berikan untuk kita berada di Taman-Taman SyurgaNYA ini serta dengan menjaga peradaban kita tika berada didalam nya. Sungguh, dengan menjaga peradaban kita terhadap `ilmu dan terhadap sesiapa sahja yang menyampaikan `ilmu tersebut juga terhadap sesiapa sahja yang turut serta mempelajari nya, akan memberikan kesan dan impak yang besar untuk kita mempelajari serta mengamalkan nya. Justru, mohonlah akan Taufiq dan `Inayah dariNYA, agar dikurniakan keikhlasan, khusyu` dan istiqamah juga bermohonlah kepadaNYA agar kita senantiasa dapat menjaga perabadan kita dimana jua kita berada. Pesanan ini adalah juga untuk diri penaja.


al-Fadhil Ustaz Ismail Ahmad, Ustaz Abu Zaki Yusof,
Ustaz Muhammad Mazdiuky, Ustaz Hassan Saifouridzal,
dan Ustaz Masruhan Kiyai Choteb حفظه الله تعالى


Di Singgahsana Hall,
Kampung Melayu Geylang Serai

klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Mengandungi Dzikr Munajat Dan Syarahan Bertajuk :
"Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam) - Nabi Of Love"


_____________________


Maulid Di Singapore Expo Dewan 3

al-Fadhil Dato` Ahmad Faizul Ghazali حفظه الله تعالى
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Bacaan al-Quranul Kareem
Surah Furqan ayat 71-77 Dan Suratul Ikhlash



al-Fadhil Ustaz Farid Ravi `AbduLlah حفظه الله تعالى
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Syarahan Bertajuk : "Keluarga Sakinah"


Kumpulan at-Tawakkal
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Himpunan Selawat Dan Qasidah


Kumpulan Nowseeheart
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Himpunan Selawat Dan Nasyid


al-Fadhil Dato` Ahmad Faizul Ghazali,
Ustaz Fahrurazi Kiyai Kassim, Akhina Fauzi حفظه الله تعالى

klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Himpunan Selawat Dan Qasidah

_____________________


al-Fadhil Ustaz Mohd Noor Tijany حفظه الله تعالى

Di Masjid al-Iman
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Maulid Dan Syarahan Bertajuk : "Insan Terpilih"

_____________________


al-Fadhil Ustaz Mohamad Hasbi Hassan حفظه الله تعالى

Di Masjid al-Iman
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Syarahan Bertajuk : "Telah Terbit Bulan Purnama"

_____________________


al-Fadhil Tuan Guru Syeikh
Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى


Di Masjid Mujahidin
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Hadiths No.13 : "Keampunan Dan `Afiat"


Di Masjid al-Mukminin
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Hadiths No.10 : "Fitnah Kaum Hawa"


Di Masjid Sultan
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Hadiths No.11 : "Pemimpin-pemimpin Yang Menyesatkan"


Akhirul kalam, hamba memohon jutaan maaf diatas segala kesilapan serta kekurangan hamba dan diatas rakaman-rakaman tidak memuaskan. Kepada yang telah menjayakan nya secara langsung mahupun tidak hamba ucapkan, syukran jazilan.


Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram, jadikanlah kami senantiasa mengambil ingatan dari AmaranMU, mengikut jejak langkah Kitab dan RasulMU, senantiasa berkumpul dalam ketaatan kepadaMU. Wafatkanlah kami, wahai ALLAH, dalam beragama Islam dan himpunkanlah kami bersama-sama dengan Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam, para Nabiyyin, Shiddiqin, Syuhada`, Shalihin dan Muqarrabin. Turunkanlah Rahmat keatas kami, wahai Tuhan yang Maha Pemurah...



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Thursday, April 2, 2009

Belahan Jiwa RasuluLlah صلى الله عليه وسلم



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 30hb Februari 2009M.


Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب