Thursday, May 21, 2020

Diantara Niat² Untuk Selepas Bulan Ramadhan



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Bismillah walhamdulillah.


Al-Habib 'Umar Bin Hafiz ditanya, apakah niat-niat yang boleh kita niatkan untuk selepas bulan Ramadhan?


Jawab beliau Hafizahullah, kita niatkan untuk selepas Ramadhan:


1. Untuk bersama-sama mereka yang setiap waktu mereka adalah Ramadhan.


2. Hendaklah kita menterjemahkan hubungan kita dengan Ar-Rahman ﷻ dengan melakuan amal-amal (ketaatan) di malam dan siang.


3. Untuk berkhidmat buat umat dengan sebaik-baiknya dengan berkhidmat pada tiga tujuan: 'ilmu, akhlak dan da'wah.


4. Untuk mendapatkan redha Al-Haq (ALLAH) dan (melakukan perkara-perkara) yang menggembirakan hati Baginda ﷺ.


5. Menguatkan kehadiran hati bersama ALLAH selalu khususnya pada waktu solat, tilawah Al-Qur'an dan zikir.


6. Mengadakan majlis-majlis yang baik bersama teman-teman yang dikasihi kerana ALLAH.


7. Puasa enam hari di bulan Syawal.


8. Berpuasa pada hari-hari mulia seperti hari 'Arafah, Tasua' dan 'Asyura'.


9. Hendaklah puasa kita setiap bulan tidak kurang dari tiga hari - Sumber



Demikian, semoga ALLAH ﷻ redha dan terima dengan keberkahan Baginda Rasulillah ﷺ. Bisirril fatihah.



أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفواً تحب العفو فأعفو عنا يا كريم

اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails