"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Wednesday, December 15, 2010

Selamat Melayari Bahtera Sunnah Junjungan Mulia ﷺ - Mesti Dengar !



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Maka kata-kata ini saya tujukkan kepada Adinda Nadia...
Dan juga ditujukan kepada
Para Pengantin-Pengantin yang lainnya...
Baik Pengantin Baru...
Kemudian Pengantin Lama....
Atau calon-calon Pengantin...
Ataupun barangkali ada bekas Pengantin...
Kata-kata ini saya tujukan kepada semuanya...
Semoga kita semua bisa menjadi Isteri-Isteri yang Shalihah...
Insya`ALLAH, Amiin ya RABBal `alamiin..."



^ Sedutan dari Taushiyah Hubabah Halimah al-`Aydrus,
di Kediaman Ustazah Nadia Hanim, Singapura, Disember 2010M.
Muat-turun [download] : diSini [Full Version], atau diSini [Preview ONLY].
Disertai dengan kata alu-aluan oleh Ibunda Ustazah Nadia Hanim; Ibunda Hanim حفظهم الله تعالى

Mohon maaf diatas rakaman audio yang tidak memuaskan.



♥



بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في الخير


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Monday, December 13, 2010

Dear... We Are Nothing And We Have Nothing...



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Dan semua yang ada di langit dan bumi
akan datang menghadap ALLAH ar-Rahman, selaku hamba."

- Surah Maryam ayat 93



صــــــــدق الله العظيم



"Limpahan Puji kehadirat ALLAH yang telah Menyampaikan kita ayat keluhuran ini, semua yang ada di langit dan bumi, akan datang menghadapNYA سبحانه وتعالى sebagai hambaNYA.


Semua kecuali pasti datang kepada ALLAH selaku hamba, gunung-gunung berdatangan sebagai hamba, matahari datang sebagai hamba, bulan dan seluruh planet dan bintang-bintang yang selalu bergemuruh dengan Dzikir di alam kehidupan ini akan datang sebagai hamba, seluruh malaikat datang sebagai hamba, Syetan dan Iblis datangan sebagai hamba, pepohonan, tetumbuhan dan hewan datang sebagai hamba, aku dan kalian datang sebagai hamba, di hadapan ar-Rahman kesemuanya adalah hamba, tiada yang lain selain hamba, dan selainnya adalah Sang Maha Pencipta yang Maha tunggal dan abadi, ALLAH.


Nama Yang Paling Berwibawa di jagat Raya semesta, Nama yang memecah segenap kemuliaan dunia dan akhirat, Melimpahkannya terbuka dan terpecahkan segenap keluhurannya, sampai dan tumpah ruah kepada hambaNYA dari Rahasia Keluhuran NamaNYAlah tercipta jagat raya dari tiada, dari Rahasia Keluhuran NamaNYA, tercipta dunia dan akhirat dari Keluhuran Rahasia NamaNYA, aku dan kalian hidup dan pasti akan wafat, dan semoga dari Rahasia Keluhuran NamaNYA pula aku dan kalian Dimuliakan dunia dan akhirat, ya ALLAH." - Taushiyah dari Guru Mulia Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى



Mana Milik Kita ?
Munsyid : Nadamurni - Rabbani


Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
ALLAH yang Punya...


Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
ALLAH sudah Sediakannya...


Kita ALLAH Punya
Bumi langit CiptaanNYA
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari CiptaanNYA...


Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada...


Mengapa kita sombong
Memiliki ALLAH Punya
Mengapa tidak malu
Kepada ALLAH yang Empunya...


Patut bersyukur kepada ALLAH
Yang Memberi segalanya
Malulah kepada ALLAH
Kerana milik IA Punya...


Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau ALLAH tidak Beri
Kita tidak punya apa-apa...


Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di SisiNYA
Yang sebenarnya ALLAH Punya...


Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada ALLAH
Bukan mengungkit jasa...


Gunakanlah Ni`mat ALLAH itu
Untuk khidmat kepadaNYA
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya...




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم اغفر لنا ولوالدينا وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, December 10, 2010

Ianya Ada Dalam Dirimu Sendiri...



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Tidak usah mencari jalan keluar diluar dari dirimu,
kerna jalan keluar solusi dari setiap permasalahan
Ada dalam dirimu sendiri;
Ada dalam hubunganmu dengan ALLAH سبحانه وتعالى...


Daripada engkau berusaha payah
Merubah apa yang ada terlihat diluar dirimu,
Lebih baik...
Jauh lebih dekat...
Gerakan apa yang ada didalam dirimu sendiri...
Cubalah kembali kepada ALLAH سبحانه وتعالى"



^ Taushiyah Hubabah Halimah al-`Aydrus حفظه الله تعالى,
di PERGAS; Singapura, September 2010M.
Himpunan taushiyah, muat-turun diSini
.



♥



Jangan lupa temu janji kita bersama Hubabah...


Tarikh : Esok, 11hb Disember 2010M
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Tempat : 74 Pasir Ris Heights off Elias Road
Anjuran : Wafa` Production


Wahai ALLAH, Hadirkanlah & Himpunkanlah
kami bersama-sama dengannya...




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Sholat Juma`at & Shaf Pertama



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Sungguh orang-orang yang beriman akan menikmati memandang Dzat ALLAH سبحانه وتعالى di Surga dan itu merupakan nikmat yang paling luhur.


Waktu hari Jum`at di dunia, disaat itu pula waktu melihat ALLAH سبحانه وتعالى dan KeindahanNYA, dan jika engkau ketika di dunia mendatangi Shalat Jum`at di akhir shaf maka ia juga akan memandang ALLAH dibagian paling belakang, dan siapa yang mendatanginya di awal waktu maka ia akan berada di barisan pertama bersama para Nabi dan para Shalihin untuk melihat ALLAH kelak.


Salah seorang Tabi`in, Sayyidina Yahya bin Mu`adz رحمة الله تعالى berkata: "Jika ALLAH Menyingkapkan penghalang dari jiwa orang-orang Mukmin, dan mereka melihat Tuhan mereka, maka pandangan mereka akan hilang selama 800 tahun dan tidak bisa melihat yang lain karena Keagungan Cahaya ALLAH, dan setelah 800 tahun mereka akan kembali sadar, karena Keindahan memandang Dzat ALLAH سبحانه وتعالى, sebagaimana FirmanNYA: "Wajah-wajah (orang-orang Mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada RABB-nyalah mereka melihat." (QS Al Qiyamah: 22-23)


Semua kenikmatan Surga tidak sebanding dengan nikmat memandang Dzat ALLAH
سبحانه وتعالى" - Taushiyah dari Guru Mulia Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى




_______๑۩۞۩๑_______



"Wahai yang Paling Pertama dari semua yang pertama, yang Paling Terakhir dari semua yang terakhir, wahai yang Memiliki Kekuatan yang Kukuh, yang Menyayangi orang-orang miskin, yang Paling Menyayangi diantara yang menyayangi, Tebarkanlah Kasih SayangMU kepada kami, sehingga dengannya kami berbahagia di dunia dan akhirat. Kabulkanlah hajat kami dan kaum Muslimin di dunia dan akhirat. Berikanlah apa-apa yang pernah Engkau Berikan kepada para Kekasih yang Engkau Cintai, dan Anugerahilah kami kesempurnaan Ma`rifat dan Cinta, Taufiq dan Hidayah, ketaqwaan, kemuliaan dan harga diri, kesihatan dan kekayaan, Keridhaan dan keyakinan. Anugerahilah kami semua kebaikan dunia dan agama dengan keselamatan yang sempurna dari semua fitnah dan bahaya, dari dosa dan keburukan, dan dari sihir serta pandangan mata (pandangan yang jahat).


Wahai ALLAH, kami memohon, Anugerahilah kami, para kekasih kami dan segenap kaum Muslimin, dalam setiap waktu, selama-lamanya, sampai hari Pembalasan nanti, segala kebaikan yang pernah diminta oleh hambaMU dan NabiMU Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, dan hamba-hambaMU yang Shalih. Lindungilah kami dari apa-apa yang pernah dimintakan Perlindungan darinya oleh hambaMU dan NabiMU Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, dan hamba-hambaMU yang Shalih. Engkaulah tempat meminta Pertolongan, Engkaulah yang Menyampaikan segala permohonan. Tiada daya dan kekuatan selain dengan Pertolongan ALLAH." - Bait-bait indah dari doa Asma`ul Husna; sebahgian darinya.



اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, December 3, 2010

Meniti Titian Kehidupan...



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



"Ya Rahman Ya Rahim "Ihdinaash shirathal mustaqiim Shiratalladzina an`amta a`laihim" Tunjukkan kami ke jalan yang lurus, Tunjukkan kami ke jalan yang indah. Kami yang masih terjebak dalam dosa Tunjukkan untuk segera terhindar dari dosa, yang masih terjebak dalam kesulitan Tunjukkan jalan menuju penyelesaian...


Wahai Yang Maha Menerbitkan matahari dan membenamkannya, wahai Yang Menciptakan seluruh sel dan debu menghamparkan ke permukaan bumi, wahai Yang Memahami segala kehidupan dan segala kematian, wahai Yang Menguasai kehidupan dunia, kehidupan barzah dan kehidupan di yaumal qiyamah, kami pasrah kepadaMU Rabbiy Sang Pemilik kehidupan. Kamilah yang menjadi MilikMU, kami adalah MilikMU di dunia, MilikMU di alam barzah, MilikMU di yaumal qiyamah. Kami titipkan diri kami pada gerbang RahmatMU ya ALLAH, pada gerbang Kasih SayangMU Rabbiy. Kepada siapa pendosa ini menitipkan dirinya kalau bukan kepada gerbang PengampunanMU Yang Maha Luas...


Masa lalu kami Ya ALLAH, masa yang akan datang Ya ALLAH, dihadapan Genggaman KodratMU Ya ALLAH. Ya ALLAH Ya ALLAH Ya ALLAH semua yang pernah hidup, semua yang hidup, semua yang telah wafat, semua yang akan wafat, semua yang akan lahir dan akan wafat dalam 1 Genggaman.. Ya ALLAH Ya ALLAH Ya ALLAH.., semua yang pernah terjadi, semua yang sedang terjadi, semua yang akan terjadi dalam 1 Genggaman Illahiyah Ya ALLAH Ya ALLAH Ya ALLAH. DIA Maha Melihat sanubari kita, Maha Merasakan kehendak kita, Ya ALLAH Ya ALLAH Ya ALLAH...






Manusia Diciptakan dalam keadaan lemah, kami mengadukan kelemahan kami Ya ALLAH dari menghindari dosa Ya ALLAH Ya ALLAH Ya ALLAH kami ingin menjadi orang yang tidak pernah berbuat dosa tapi kami selalu terjebak dan tidak mampu Ya ALLAH Ya ALLAH Ya ALLAH kami ingin banyak berbuat amal, ingin beribu-ribu rakaat melakukan shalat tiap harinya, tapi kami tidak mampu Ya ALLAH, pada siapa kami mengadu?


Ya ALLAH Ya ALLAH Ya ALLAH jangan Biarkan keadaan kami seperti ini, Ganti dengan keadaan yang indah Ya ALLAH Ya ALLAH Ya ALLAH, jika keadaan kami telah mulia Tambahkan kemuliaannya Ya ALLAH Ya ALLAH Ya ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim.., Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim.., Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim.., Ya ALLAH...


Rahman dan Rahim adalah sifat Kasih Sayang ALLAH kepada seluruh MakhlukNYA di dunia dan di akhirat, seluruh kenikmatan yang pernah ada di muka bumi dan terus hingga yaumal qiyamah dan terus hingga ke Surga yang abadi. Berawal dari Rahman dan Rahim.. maka serulah : Ya Rahman Ya Rahim.., Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim.., Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim.., Ya ALLAH Kami pasrahkan hari esok kami kepada Yang Maha Menentukan, kami terus berusaha, maka Tentukan sebaik-baik ketentuan, Ya Rahman Ya Rahim Ya ALLAH, Tentukan sebaik-baik Ketentuan untuk hari esok kami Ya ALLAH kami tidak tahu esok apa yang akan terjadi...






Ya Rahman Ya Rahim Ya ALLAH gelombang kenikmatan terus KAU Limpahkan, gelombang Pengampunan terus KAU Bukakan, gelombang Hidayah terus KAU Tebarkan, gelombang Kenikmatan dan Kebahagiaan terus KAU Bagikan, kami memintanya Ya ALLAH Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim Ya ALLAH. Namun sebesar apapun dosa kami, kami tidak menyembah selainMU Ya ALLAH, maka sumpah setia kami adalah : LaillahailALLAH.., LaillahailALLAH.. LaillahailALLAH MuhammadurrasuluLlah...


Wahai ALLAH Yang Maha Luhur, Limpahkanlah kami lebih dari apa yang kami minta, Limpahkan permintaan kami lebih dari apa yang kami harapkan, ampuni semua dosa yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui, kami titipkan masa lalu kami dalam samudera PengampunanMU, kami titipkan masa depan kami kepada samudera gerbang KebahagiaanMU." - Himpunan doa nan indah Guru Mulia Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى



๑۩۞۩๑ Selamat Tahun Baru 1432H ๑۩۞۩๑
Mohon Maaf Zahir dan Batin.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين