"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Wednesday, October 29, 2008

Wahai Yang Maha Suci





بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ونبيك ورسولك
النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم
تسليما كثيرا بقدر عظمة ذاتك في كل وقت وحين


* Maha Suci Dzat yang disifati dengan Keagungan dan Kemuliaan,
Maha Suci Dzat yang tidak layak semua penyucian kecuali untukNYA,
Maha Suci Dzat yang Mempunyai Anugerah dan Keni`matan-Keni`matan,
Maha Suci Dzat yang Mempunyai Kekuasaan dan Kemuliaan,
Maha Suci Dzat yang Menghitung segala sesuatu dengan `IlmuNYA...



Ya ALLAH, jadikanlah untukku cahaya dalam hatiku, cahaya dalam kuburanku,
cahaya dalam pendengaranku, cahaya dalam pandanganku, cahaya dalam rambutku,
cahaya dalam kulitku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku,
cahaya dalam tulang-belulangku, cahaya dalam uratku,
cahaya dari hadapanku, cahaya dari belakangku,
cahaya dari kananku, cahaya dari kiriku,
cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku...


Ya ALLAH, tambahilah aku cahaya nya dan berilah aku cahaya
dan jadikanlah untukku cahaya dengan RahmatMU...

* dari kitab "Bintang Indah Cemerlang" m.s 29


Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...




ربنا آتنا في الدنيا حسنة
وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Monday, October 20, 2008

Bersama Habibana - Sultanul Ulama`



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم


اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Insya`ALLAH esok, Selasa 21hb Oktober, di Masjid Ba`alwie kita akan berhimpun bersama-sama dengan al-`Alim al-`Allamah al-Habib Salim ibn `AbduLlah ibn Umar asy-Syathiri حفظه الله تعالى, Mudir Rubat Tarim, Hadramawt, mulai waktu Maghrib. Di tempat yang mubarakah ini juga, insya`ALLAH beliau akan menyampaikan kalam-kalam mutiara nya untuk dimanfaatkan bersama.

_________________________


* Dikemaskini *

Jadual Habibana Di Singapura
(Sumber : Blog Habibah `Ummu Yassir)


Tarikh : Khamis, 23hb Oktober Waktu : 11.30 pagi Tempat : Masjid Haji Muhammad Salleh
- Maqam Hb Nuh رضي الله عنه

Tarikh : Khamis, 23hb Oktober Waktu : 7 malam Tempat : Masjid Ba`alwie

Tarikh : Jumaat, 24hb Oktober Waktu : 12 tengahari Tempat : Masjid Sultan

Tarikh : Sabtu, 25hb Oktober Waktu : 5 petang Tempat : Masjid Sultan
- Sempena Majlis Haul al-Marhum Ustaz `AbdiLlah al-Jufri رضي الله عنه

Tarikh : Isnin, 27hb Oktober Waktu : 8 malam Tempat : Masjid an-Nahdhah

_________________________


Kepada mereka yang berkesempatan, janganlah dilepaskan peluang keemasan ini begitu sahja. Semoga kita memperolehi manfaat dan barakah dari nya pada zahir dan batin, di dunia dan akhirat kita dengan barakah nya Junjungan kita, Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم


Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير
والله تعالى أعلم بالصواب

5 perkara



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



Insya`ALLAH, ana sertakan disini 5 perkara mengenai keperibadian seorang Mu`min sepertimana yang telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Haji Burhanuddin SR حفظه الله تعالى semasa Syarahan beliau di bulan Ramadhan al-Mubarak yang lalu, di Masjid al-Khair yang bertajuk "10 Jari Ku Susun Ampun". Semoga kita memperolehi manfaat dari nya, insya`ALLAH.


Keperibadian seorang Mu`min adalah :

1. Diam nya adalah berfikir.

2. Bicara nya adalah da`wah dan nasihat.

3. Langkah kaki nya adalah berjuang di jalan ALLAH.

4. Tangan nya suka menolong.

5. Hati nya penuh cinta dan kasih-sayang.



ALLAHu ALLAH, bahagia sungguh seseorang hamba itu jika hati nya penuh dengan keimanan kepadaNYA dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم. Berbahagia lagi jika ianya di sulamkan bersama dengan ketaqwaan, kecintaan kepadaNYA dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم serta kedambaan redhaNYA dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم. Semoga kita semua tergolong di dalam golongan hamba-hambaNYA yang berbahagia ini.



Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...




بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

... إنا لله وإنا إليه راجعون



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


"Tiadalah kehidupan terkecuali pasti menemui kematian,
tiadalah perkumpulan terkecuali menemui perpisahan,
dan kesemua yang ada diatas tanah akan kembali ke tanah..."



Telah kembali kehadratNYA ALLAH `Azzawajalla,
seorang pejuang Agama ALLAH, Ustaz Haji Embek ibn Ali
pada hari Isnin, tanggal 20hb Syawal 1429H bersamaan 20hb Oktober 2008M.


Semoga ruh nya dilimpahi Rahmat dan RahimNYA, ALLAH `Azzawajalla
dan ditempatkan bersama-sama para Nabiyyin, Shiddiqin, Syuhada`, Shalihin,
Muqarrabin dan KekasihNYA, RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam.




...اللهم آمين... الفاتحة

Friday, October 17, 2008

... للهــــم





Segala Pujian bagi ALLAH, Tuhan yang Mentadbir seluruh alam
iaitu Puji-pujian yang menyamai segala Ni`matNYA
dan sebanding dengan segala tambahanNYA.


Wahai Tuhan kami, bagiMU segala Kepujian
sebagaimana yang selayak nya dengan kebesaran DzatMU
dan dengan kebesaran KekuasaanMU.


Maha Suci Engkau kami tidak mampu
menghitung Puji-pujian atasMU,
Engkau adalah sebagaimana
Engkau telah Memuji-muji akan DzatMU.



Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...



* Tiada Tuhan Melainkan ALLAH, Muhammad adalah Utusan ALLAH pada setiap kerlipan dan nafas menurut bilangan yang telah dimuatkan di dalam `Ilmu ALLAH.


Ya ALLAH, sesungguh nya aku memohon kepadaMU dengan (hak nya) CahayaMU yang Agung dan dengan cahaya tersebut ia mampu berdiri tegak semua alam milik ALLAH yang Maha Agung, limpahkanlah Rahmat teristimewa dan Salam Sejahtera kepada Baginda Nabi Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam) yang mempunyai darjat yang Agung, dan Keluarga beliau, Nabi ALLAH yang Agung sesuai dengan Keagungan Dzat ALLAH yang Maha Agung, dalam setiap kerlipan dan nafas dengan hitungan apa-apa yang tercakup di dalam `Ilmu ALLAH yang Maha Agung, dengan Rahmat yang teristimewa yang abadi sebagaimana keabadian ALLAH yang Maha Agung kerna untuk mengagungkan hak Engkau wahai Junjunganku, wahai Nabi Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam), wahai Nabi Ahmad, wahai Nabi Ayahanda Sayyid Qassim, wahai Nabi yang mempunyai budi pekerti yang Agung dan limpahkanlah Salam Sejahtera kepada beliau dan keluarga nya seperti itu juga, dan kumpulkan aku bersama beliau sebagaimana Engkau satukan antara jiwa dan raga, zahir dan batin, dalam keadaan terjaga dan tertidur. Dan jadikanlah beliau sebagai ruh bagi diriku (jiwa ragaku) dari segala penjuru di dunia ini sebelum di akhirat nanti wahai Tuhan yang Maha Agung.


Aku memohon keampunan ALLAH yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkanNYA, yang Maha Hidup dan Maha Pengatur, Maha Mengampuni dosa-dosa, Maha Agung dan Mulia, dan aku bertaubat kepadaNYA dari segala kemaksiatan dan dosa-dosa dan dari dosa yang aku lakukan dengan sengaja atau tidak, zahir dan batin, ucapan dan perbuatan, dalam semua gerakkan dan diam, angan-angan dan hembusan nafasku semua nya secara terus-menerus, selama nya dan sampai bila-bila pun. Dan dosa yang aku ketahui, dan yang tidak aku ketahui, dengan hitungan yang tercakup dalam `Ilmu ALLAH dan terhimpun dalam buku catatan amal, terguris oleh pena, dengan hitungan apa pun yang telah wujudkan oleh Qudrat dan `Iradat ALLAH, dan dengan hitungan tinta yang dibuat menulis Kalimat-Kalimat ALLAH, sebagaimana layak nya Keagungan Dzat Tuhanku, Keelokan dan KesempurnaanNYA. Dan sebagaimana yang di cintai oleh Tuhanku dan diredhaiNYA. * dari kitab "Bintang Indah Cemerlang" m.s 115



ربنا آتنا في الدنيا حسنة
وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين