"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Sunday, May 31, 2009

Cahaya Diatas Cahaya



Dengan Asma` ALLAH dan Segala Puji bagi ALLAH
sebanyak bilangan CiptaanNYA di langit,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di bumi,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di antara kedua nya
dan Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA.



Wahai ALLAH,
Limpahkanlah Selawat dan Salam
Atas Cahaya segala Cahaya, Rahsia segala Rahsia
Ubat segala penyakit, Pembuka pintu kesenangan
Pemimpin dan Penghulu kami Muhammad yang terpilih
Berserta ahli keluarga Baginda yang suci bersih
Dan para sahabat Baginda yang baik berbudi
Selawat dan Salam sebanyak bilangan
Ni`mat ALLAH dan kelebihanNYA.

Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror




Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat Penghormatan
Kepada Junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat Penghormatan
dan Salam Kesejahteraan Kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم

Wahai ALLAH, Sampaikanlah wasilah perantara kepada Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakanlah darjat utama kepada Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada para Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada Keturunan Nabi صلى الله عليه وسلم

Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada para Guru dan Ulama`
Wahai ALLAH, Kurniakan RahmatMU kepada kedua Ayah Bonda kami
Wahai ALLAH, Sirami kami semua dengan RahmatMU
Wahai ALLAH, Sirami semua kaum Muslimin dengan RahmatMU

Wahai ALLAH, Kurniakan AmpunanMU kepada kaum Muslimin yang berdosa
Wahai ALLAH, Wahai Dzat yang Maha Mendengar permohonan doa kami
wahai ALLAH, Jangan Engkau Putuskan harapan kami

Wahai ALLAH, Sampaikan hajat kami untuk mengunjungi Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Sinari kami dengan Cahaya Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kami mengharapkan Pemeliharaan dan PengamananMU
Wahai ALLAH, Tempatkanlah kami di dalam SyurgaMU

Wahai ALLAH, Lindungi kami dari azab SiksaMU
Wahai ALLAH, Kurniakan kepada kami Petunjuk dengan Kalimat Penyaksian
Wahai ALLAH, Sirami kami dengan kebahagiaan

Wahai ALLAH, Berikan ganjaran baik kepada mereka yang berbuat kebaikan
Wahai ALLAH, Hindarkan diri kami dari segala macam kesulitan
Wahai ALLAH, Kami akhiri permohonan dengan mengharapkan Pertolongan...



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Saturday, May 30, 2009

المناجــــــات





يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث ومن عذابك أستجير
أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي
ولا إلى أحد من خلقك طرفة عين



"Wahai yang Maha Hidup, Wahai yang Maha Berdiri Sendiri, aku memohon Pertolongan dengan RahmatMu, dan aku memohon Perlindungan daripada SiksaMU. Berilah kepadaku kebaikan dalam semua permasalahanku, janganlah Engkau Menyerahkan daku kepada diriku sendiri, dan jangan juga kepada salah seorang pun daripada MakhlukMU walau sekelip mata sekalipun."

Friday, May 29, 2009

Wasiat² dari Habibana



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســـــــلام عليكم ورحمة الله وبركــــــاته






Rahsia Kedua Sayap Seekor Lalat

"Semua yang disembah selain ALLAH berkumpul jadi satu untuk menciptakan seekor lalat, mereka tidak akan mampu, mereka tidak akan mampu untuk menciptakan seekor lalat walaupun berkumpul secara keseluruhan."

Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 18hb Mei 2009M.






Jadilah Kalian Bersaudara Sesama Hamba ALLAH سبحانه وتعالى

Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 25hb Mei 2009M.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, May 28, 2009

Cinta Adalah Api ♥ Mohon Doa



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Berkata Guru Mulia al`Allamah al-Musnid al-Habib Umar ibn Hafiz حفظه الله تعالى :
"Cinta adalah Api, bila digunakan pada tempat nya maka ia akan menghangatkan,
memasak, menerangi dan membawa keindahan, namun bila ditaruh bukan
pada tempat nya, maka akan membakar dan menghanguskan ...

Inilah api yang zahir, bagaimana dengan api yang batin,
ketika berpijar dalam kerinduan kepada ALLAH سبحانه وتعالى ...

Demikianlah jiwa-jiwa yang merindukan ALLAH, insan-insan mulia yang bernafas
dimuka bumi dalam satu nafas ... Nafas Muhammadiy ... Jiwa Muhammadiy ...
Semangat Muhammadiy صلى الله عليه وسلم ...

Oleh sebab itu ALLAH سبحانه وتعالى menamakan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
adalah "Siraajan Muniira" (Pelita yang berpijar terang-benderang),
dan pelita itu terang kerna api nya, Api Cinta Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم
kepada ALLAH, Cinta yang paling Suci dari semua cinta ..."
- al-Habib Munzir ibn Fuad ibn `Abdurrahman حفظه الله تعالى





Al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah, segala Puji dan Syukur kita rafa`kan KehadratNYA, BagiNYA, UntukNYA dan KernaNYA, di atas Limpahan ni`mat Iman dan Islam. Mengikut Tahun Masihi, tanggal hari ini, adalah hari kelahiran hamba ke bumi yang sungguh bertuah lagi diberkahi ini. Mengapakah hamba berkatakan demikian? Kerna sesungguh nya bumi ini, diatas Qudrat dan `Iradah ALLAH سبحانه وتعالى, ia dapat bertemu dengan Jasad Baginda صلى الله عليه وسلم yang Suci lagi Mulia. Lalu bagaimanakah pula dengan diri kita yang mengaku sebagai ummat Baginda صلى الله عليه وسلم? Adakah kita akan diberikan peluang walaupun hanya sedetik untuk melihat wajah Baginda صلى الله عليه وسلم yang Sempurna lagi Indah? ALLAHu ALLAH.


Lantas, dikesempatan ini hamba ingin memohon maaf zahir dan batin kepada antum sekelian, selama mana antum mengenali diri hamba, secara langsung mahupun tidak. Hamba juga memohon agar antum sudi mengulurkan secebis doa, semoga ALLAH senantiasa mendekatkan diri hamba KepadaNYA dan kepada RasulNYA صلى الله عليه وسلم, di dunia dan Akhirat.


Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat pada Ruh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan Limpahkanlah pula pada Jasad nya di alam jasad, dan pada Kubur nya di alam kubur...


Dengan Berkah, Kesucian, Keluhuran dan Syafa`at Baginda صلى الله عليه وسلم, semoga ALLAH Melimpahkan kedamaian, kemakmuran, kebahagiaan, ketenangan dan cahaya Iman serta Taqwa keatas kita semua ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, di dunia dan Akhirat, dan semoga disetiap denyutan nadi serta degupan jantung dan hembusan nafas serta kerlipan mata kita, senantiasa didalam KeredhaanNYA ALLAH سبحانه وتعالى dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...


Wahai ALLAH, sesungguh nya kami mencurahkan KepadaMU keinginkan kami walaupun lemah fikiran kami dan sedikit amalan kami, kami sangat mengharapkan kepada RahmatMU. Wahai ALLAH, hanya Engkaulah matlamat kami dan Redha Engkaulah tuntutan kami, kurniakanlah kepada kami kelazatan MencintaiMU dan MengenalMU. Wahai ALLAH, inilah doa kami dan DariMU `Ijabah, inilah semua kemampuan kami dan KeatasMU kami bertawakkal. Sesungguh nya kami adalah MilikMU dan KepadaMU jualah tempat kami kembali. Tiada daya dan upaya kecuali dengan Pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Wednesday, May 27, 2009

... يا فارج الهم يا كاشف الغم يا من لعبده يغفر ويرحم



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Masya`ALLAH, 1001 perkara di alam maya mahupun di alam nyata ini, harus hamba tempuhi. Ya ALLAH, ya Rabbi, diatas setiap perkara, Engkau Permudahkan dan janganlah Engkau Payahkan dan Kurniakanlah diatas setiap perkara itu kesudahan yang baik. ALLAHumma amiin. Kepada mereka yang ada berkaitan dengan nya, mohon doa dan kesabaran antum sekalian. Kepada mereka yang telah diperlekehkan dan dihina, jangan hiraukan tomahan dan cacian mereka, jangan berdukacita, bersabarlah dan mohon kekuatan iman kepadaNYA. Yang mulia diantara kita hanya ada pada `Ilmu ALLAH. Manusia hanya memandang pada zahir tetapi ALLAH Memandang pada batin nya; hati itu adalah tempat Tilikan ALLAH, bukan paras-rupa dan kekayaan seseorang.


Kepada mereka yang telah dizalimi, jangan sekali-kali kita mendoakan perkara-perkara yang tidak baik kepada mereka yang telah menzalimi diri kita. Walaupun orang yang dizalimi dibahagikan bonus iaitu doa mereka mustajab, sebelum kita menadah tangan dan berdoa, fikir sejenak, apakah kita tidak pernah ataupun terlepas dari menzalimi orang lain pula, secara sengaja ataupun tidak? Apabila ALLAH Mengabulkan doa kita, demikianlah juga ALLAH akan Mengabulkan doa-doa mereka. Justru, disinilah ajaran ALLAH `Azzawajalla menerusi Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam yang Mulia, agar senantiasa mendoakan perkara-perkara yang baik dalam segala perkara dan keadaan, walaupun diri kita dizalimi. Seandai nya kita mudah untuk memaafkan, demikianlah juga dengan mudah ALLAH akan membukakan hati-hati mereka yang pernah kita zalimi ataupun TERzalimi itu tadi, untuk memaafkan kita pula. Semoga dengan itu ALLAH juga Mengampuni segala dosa-dosa kita dan juga mereka, beserta itu pelbagai Kurniaan dari ALLAH, yang Maha Luas lagi Maha Mengetahui akan KurniaanNYA, bakal kita raih, jika tidak di dunia ini, di Akhirat kelak.


Mohon jutaan ampun dan maaf diatas kalam hamba yang mungkin ada yang mengguris hati antum sekalian. Semoga ALLAH Mengurniakan kepada kita semua keimanan Islam yang hakiki sehingga kita berjaya di dunia ini juga di Akhirat kelak didalam keadaan kita diterima dan diredhai ALLAH Subhana wa Ta`ala dan RasulNYA ShalALLAHu`alaihiwasalam. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين