"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Tuesday, May 31, 2011

Rakaman² Video : Kuliah al-Hikam `Ibn `Athaillah as-Sakandari رحمة الله تعالى عليه



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Siri Pertama :








Siri Kedua :








Siri Ketiga :








Siri Keempat :








Kuliah al-Hikam `Ibn `Athaillah as-Sakandari رحمة الله تعالى عليه
beserta terjemahan dalam Bahasa Melayu, bimbingan
asy-Syeikh Dr. `Ali Jum`ah حفظه الله تعالى; Mufti Besar Mesir. - Sumber




_______๑۩۞۩๑_______




Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami keinginan sungguh²
untuk mengikuti jejak langkah Junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ awalnya,
akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya.
Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ...
♥




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Monday, May 30, 2011

Pemimpin Yang Muslim - Mesti Lihat!



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar




الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Hadiths yang disyarahkan oleh Guru² Mulia حفظهم الله تعالى :
"Sabda RasuluLlah ﷺ : "Maka siapapun yang menjadi Pemimpin dari Ummat Muhammad ﷺ, maka ia berbuat semampunya, lalu membawa dampak buruk pada seseorang, lalu membawa dampak baik pada orang lain, maka terimalah kebaikannya dan maklumilah kesalahannya.""
~ Shahih Imam Bukhari رحمه الله تعالى


"Sabda RasuluLlah ﷺ : "Barangsiapa melihat pada Pemimpinnya sesuatu yang ia benci, hendaknya ia bersabar akan perbuatan pemimpinnya, maka sungguh siapa yang memisahkan diri dari kelompok Muslimin (yang dipimpin oleh Pemimpin tersebut), lalu ia wafat (dalam keadaan memisahkan diri), maka wafat dengan kematian Jahiliyah.""
~ Shahih Imam Bukhari رحمه الله تعالى


Durasi : ~ 78 minit
Muat-turun / dengar MP3 : diSini
Versi teks baca : diSini




^ Taushiyah asy-Syeikh Ridwan al-Amri beserta diikuti dengan taushiyah Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظهم الله تعالى yang telah disampaikan di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 16hb Mei 2011M. Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo. Ziarahi juga, lelaman Kios Majelis RasuluLlah ﷺ Singapura, untuk mendapatkan produk² Islami, diantaranya Kitab serta CD dll.


^ Siaran langsung Majlis Ta`lim bersama Habibana adalah pada setiap hari Isnin bermula pada jam 09.30 malam; waktu Singapura. Antum bisa mendengar ataupun melihatnya secara langsung melalui Lelaman Habibana. Majlis Ta`lim akan dimulakan dengan bacaan Maulid Adh-Dhiya`Ullami kemudian diikuti dengan Pengajian Hadiths bimbingan Habibana, dan diakhiri dengan dzikr, qasidah serta doa munajat.




_______๑۩۞۩๑_______




Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, saudara² kami yang telah Engkau Pilih sebagai TetamuMU, Muliakanlah langkah dan keberangakatan mereka. Jadikanlah ibadah umrah mereka umrah yang mabrur, sa`i yang masykur dan amalan² shalih yang makbul. Semoga mereka dan kami Diberi kesihatan wal`afian dan istiqamah dlm ketaatan dan kebajikan sehingga nafas kami yang terakhir, dlm penuh keimanan dan rindu dan Dirindui olehMU dan RasulMU ﷺ..


Amiin ALLAHumma amiin ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim, demi kemuliaan `Arafah, demi kemuliaan Muzdalifah, demi kemuliaan Mina, demi kemuliaan Thawaf dan Sa`i, demi kemuliaan Ka`bah al-Musyarrafah, demi kemuliaan Madinah al-Munawwarah dan Raudhatul Syarif. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ dan dengan barakah para `Auliya , para Ulama` dan para Shalihin. al-Fatihah..





اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, May 29, 2011

الحمد لله رب العالمين



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد السابق للخلق نوره
ورحمة للعالمين ظهوره عدد من مضى من خلقك ومن بقى
ومن سعد منهم ومن شقى صلاة تستغرق العد وتحيط بالحد
صلاة لا غاية لها ولا منتهى ولا أنقضاء صلاة دائمة بدوامك
وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً مثل ذلك
- Selawat Sultanul Auliya asy-Syeikh `Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar




الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Al HamduliLlah, dengan memujiNYA penuhlah timbangan amal. Insya`ALLAH, ingin rasanya hamba berkongsi sama kebahagiaan ini, Pemberian dari yang Maha Pemberi, dan hamba yakin Pemberian ini adalah juga dengan barakahnya doa dari kalian; hamba-hamba ALLAH yang dekat denganNYA سبحانه وتعالى.



Al HamduliLlah, malam semalam, tanggal 28hb Mei 2011 di Masjid Ba`alwie Singapura, sebelum bermulanya Majlis yang penuh barakah iaitu Majlis Tahlil al-Marhum asy-Syeikh `Abdul Qadir Masooruddin al-Jailani رحمه الله تعالى; Ayahanda Maulana asy-Syeikh Afeefuddin al-Jailani, hamba telah mendapat doa khusus secara langsung dari al-Mukarram al-Habib as-Sayyid Hasan ibn Muhammad ibn Salim al-`Attas حفظهم الله تعالى.



SubhanALLAH, beliau sebagai Shohibul Bait, sebagaimana kita maklum, memainkan peranan penting dan dipenuhi pula dengan pelbagai tanggungjawab; memantau keadaan dsb, namun beliau sempatkan masa seketika untuk hamba. Al HamduliLlah, setelah hamba menyampaikan permintaan kepada Sidti Nora; salah seorang sukarelawan bagi pihak Muslimah, agar al-Habib sudi untuk mendoakan hamba yang hina dina ini sempena menyambut ulang tahun kelahiran hamba, beliau al-Habib, redha dan sudi.



SubhanALLAH, beliau dengan wajah tenang namun ceria, terus berjalan menghampiri hamba yang sedang berdiri berhampiran dengan salah sebuah pameran, iaitu di hadapan kain kelambu yang sangat indah bersulamkan surah Yaasiiin. Ianya pernah digunakan sebagai kain kelambu penutup maqam Sultanul `Auliya asy-Syeikh `Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره.







SubhanALLAH, ianya diatas KehendakNYA jua; al-Habib mungkin bisa berada dimana-mana di bahagian Masjid, namun ALLAH Mengkehendaki beliau al-Habib untuk mendoakan hamba disitu, di hadapan pameran tersebut. Lalu di tempat yang penuh barakah itu, beliau dengan sangat tawadhu` dan pemurahnya, mengangkat kedua tangan beliau mendoakan hamba yang hina dina ini, diantara doa yang beliau ucapkan, "بارك الله". Beliau akhiri doa dengan bacaan suratul Fatihah dihadiahkan kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Sebelum al-Habib beredar dari tempat itu, beliau meminta Anakandanya, Hubabah Najad, untuk memberikan sesuatu sebagai hadiah.



SubhanALLAH, beliau sangat patuh kepada perintah Ayahandanya al-Habib, seketika kemudian, hadiah itu sampai ke tangan penerima hadiah. Masya`ALLAH, demikian indahnya akhlaq beliau al-Habib dan Ahli keluarganya beserta sukarelawan mereka, segalanya terwariskan dari insan yang paling indah lagi teragung, Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Al HamduliLlah, ianya mengingatkan hamba akan sebuah nasihat dari al-Quthub al-Habib `Abd al-Qadir bin Ahmad as-Saqqaf رحمه الله تعالى :

"Kegembiraan yang engkau masukkan dalam hatinya (saudaramu),
mengundang Rahmat ALLAH سبحانه وتعالى untuk dirimu..."



Al HamduliLlah, para hadirin dihadiahkan dengan sebuah buku bertajuk, "Taubat : Abu Madyan Shu`aib al-Andalusi رحمه الله تعالى". Buku tersebut adalah terjemahan dari bahasa Arab, dari beberapa bahagian kitab karangan Abu Madyan Shu`aib ibn Husayn al-Andalusi رحمه الله تعالى, yang diterjemahkan oleh al-Habib. Masya`ALLAH wal HamduliLlah... Bonda telah mengkhatamkan buku tersebut pada malam semalam juga. Al HamduliLlah, hadiah ini dan sebelum ini justru adalah untuk beliau, untuk beliau dan untuk beliau, بارك الله فيها :)



Al HamduliLlah, Majlis Tahlil dipimpin oleh Imam Besar Masjid Ba`alwie, al-Mukarram al-Habib as-Sayyid Hasan ibn Muhammad ibn Salim al-`Attas, diikuti dengan penyampaian taushiyah dari Maulana asy-Syeikh Afeefuddin al-Jailani, juga taushiyah ringkas dari al-Habib sendiri, dan diikuti dengan sebuah doa yang dilantunkan dalam bentuk qasidah oleh al-Habib Hud al-Haddad, Majlis diakhiri dengan Solat Isya` berjema`ah dan Solat Ghaib; dikhabarkan bahwa salah seorang dari kekasih ALLAH telah pulang kerahmatuLlah, doa penutup dan jamuan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran para Ulama` dari Singapura yang diantaranya mantan Mufti Singapura, as-Sayyid Isa ibn Semait حفظهم الله تعالى.



Masya`ALLAH wal HamduliLlah... Semoga Majlis tersebut dan semua Majlis-majlis yang khair, yang telah dan bakal diadakan, Diterima dan Diberkahi ALLAH سبحانه وتعالى. Semoga mereka dan kita semua dalam Perliharaan dan Perlindungan, Redha dan Rindu ALLAH سبحانه وتعالى, dan Dipertemukan kembali disana dengan Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, di dalam Istana termegah iaitu Istana Baginda Nabi Muhammad ibn `AbdiLlah صلى الله عليه وآله وسلم. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub dan dengan barakah para `Auliya , para Ulama` dan para Shalihin. al-Fatihah...





اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, May 26, 2011

Keutamaan Yang Utama



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







"Orang-orang yang ingin dekat kepada ALLAH, orang yang ingin mencapai kesuksesan hakekat dari segenap kesuksesan, puncak dan akhir dari semua karir, jabatan-jabatan tertinggi dari semua jabatan yaitu kedekatan kepada ALLAH di istana-istana kemewahan yang abadi.


Hadirin-hadirat yang Dimuliakan ALLAH, sehingga mereka yang jiwanya dipenuhi dengan asyik dan rindu kepada ALLAH, dan itulah seindah-indah jiwa. Mereka tidak lagi terfikirkan pedihnya neraka dan tidak lagi terfikirkan indahnya Syurga. Tapi yang mereka dambakan adalah Dekat dan Dicintai ALLAH. Itulah yang mereka inginkan.


Maka kita bertanya, kenapa Sang Nabi صلى الله عليه وآله وسلم selalu meminta Syurga dan minta jauh dari neraka, apakah Sang Nabi صلى الله عليه وآله وسلم masih menginginkan Syurga dan masih risau pada neraka?


Bukan itu maksudnya, tapi mereka para Shiddiqin dan Muqarrabin mengetahui bahwa Syurga adalah tempat orang-orang yang Dicintai ALLAH dan neraka adalah tempat orang-orang yang dimurkai ALLAH. Maka mereka meminta Syurga, karena Syurga adalah tempat orang-orang yang Dicintai ALLAH."
- al-Habib Munzir al-Musawa حفظه الله تعالى




"Sementara dirimu,
engkau menginginkan puncak gunung tertinggi,
tetapi engkau terus menerus berada di dasar lautan.
Engkau menginginkan Syurga,
tetapi tidak sedikit pun amalan ahli Syurga engkau kerjakan."
- as-Syeikh `Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره





_______๑۩۞۩๑_______



Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami keinginan sungguh-sungguh
untuk mengikuti jejak langkah Junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ awalnya,
akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya.
Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ... ♥




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Sebuah Kepastian Yang Pasti



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







Kematian itu adalah pasti..
Diriku, dirimu tiada yang terkecuali..


Bila, dimana dan bagaimana, tiada siapa yang mengetahui..
Yang tua, yang muda, persiapkanlah diri..
Yang sakit, yang sihat, jangan berlengah lagi..


Gedung Kasih SayangNYA tiada terkunci..
Tawaran AmpunanNYA sentiasa Diberi..
DIA Maha Memaafkan sesiapa sahja tanpa peduli..
Maha Mengampuni tanpa DipersoalkanNYA lagi..


Andainya kita mengerti,
pasti takkan kita lepaskan peluang ini..
Betapa kita telah Dimanjakan DIA, Tuhan yang Maha Baik, RABBul `Izzati...


Mereka yang wafat dalam keadaan rindu dan Dirindui Ilahi, daku iri..
Semoga demikian keatasku, keatasmu, tika pulang menghadap Kekasih Sejati..


Saati itu pasti terjadi, kerna kematian itu adalah pasti..
Itulah permulaan kehidupan kita dinegara yang abadi...



~ yang sedang menanti gilirannya;
ukht mastura aka ukhti27




_______๑۩۞۩๑_______



Wahai ALLAH, Jadikanlah sebaik-baik umur kami adalah akhirnya, Jadikanlah sebaik-baik dari amalan kami adalah penutupnya dan Jadikanlah sebaik-baik hari-hari kami adalah hari dimana kami bertemu denganMU wahai ALLAH.. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ... ♥




يا الله بها يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة
برحمتك يا أرحم الراحمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب