"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Friday, January 30, 2009

Salam Penghulu Segala Hari



Dengan Asma` ALLAH dan Segala Puji bagi ALLAH
sebanyak bilangan CiptaanNYA di langit,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di bumi,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di antara keduanya
dan Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA.



Wahai ALLAH, limpahkanlah Selawat keatas Junjungan kami
Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم);
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau lepaskan kami dari segala huru-hara dan bala bencana;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tunaikan bagi kami segala hajat;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sucikan kami dari segala kesalahan;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tinggikan kedudukan kami di sisiMU;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sampaikan segala matlamat kami
dari sekalian kebajikan dalam hidup ini dan selepas kematian;
Limpahkanlah juga Selawat ke atas ahli Keluarga
dan para Sahabat Baginda (صلى الله عليه وسلم)
dengan disertai Salam Sejahtera.

- Selawat Munjiyyah.


As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh wa Maghfiratuh. Al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita, memberi kesihatan tubuh badan, memberi kita peluang untuk kembali dan bertaubat kepadaNYA, sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali. Semoga curahan Kasih Sayang dan RahmatNYA ALLAH `Azzawajalla senantiasa menyejukkan sanubari antum beserta keluarga hingga senantiasa dalam `InayahNYA setiap saat. Amiin ALLAHumma amiin.




Kehadiran al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى dan Sultanul Ulama` al-`Alim al-`Allamah al-Habib Salim asy-Syathiri حفظه الله تعالى ke Singapura, merupakan saat-saat yang amat dirindui dan dinanti-nantikan. Al Hamdulillah diatas kesempatan yang telah diberikan untuk dapat menghadirkan diri dan berhimpun bersama-sama dengan para Pembela AgamaNYA dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم. Sungguh, tiada kata yang dapat diungkapkan diatas PemberianNYA ini. Walaupun pada mula nya agar sukar untuk memilih kerna jadual Kuliah dan Ceramah oleh kedua-dua Ulama` ini seringkali jatuh pada hari yang sama tetapi akhir nya hamba redha dan bersyukur diatas PemilihanNYA kerna Dia Maha Bijaksana, Maha Adil lagi Maha Mengetahui. - Gambar : Sultanul Ulama` (kiri), Tuan Guru (kanan)


al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى hadir bersama-sama dengan Isteri beliau yang tercinta, Ummi Husna. Mengajian kitab "40 Mutiara Hadiths dari 40 buah Kitab" bersama Guru Mulia sungguh berkesan. Beliau cukup bertenaga, penuh bersedia dan sangat pemurah didalam mencurahkan `ilmu beliau. ALLAH. Sungguh, mengaji bersama seorang Guru secara online tidak akan pernah sama dengan mengaji secara live! Suasana nya, Ruh nya. ALLAH. Indah nya sungguh luar biasa! Hadirlah agar antum juga dapat merasai nya!


Suka cita dimaklumkan bahwa mengajian kitab bersama Tuan Guru akan terus bersambung selagi ALLAH `Azzawajalla Mengizinkan; setiap 2 bulan Tuan Guru akan hadir ke Singapura. ALLAHu Akbar wa liLlahil Hamd! Peluang keemasan sudah diberi hanya tinggal kita untuk merebut nya. Al HamduliLlah, Maha Memiliki, Maha Kasih Sayang dan Maha PemberiNYA Dia. - Gambar : Suasana di Masjid al-Mukminin bersama Tuan Guru seusai pengajian.


Turut sama memberkahi Negera kita yang kerdil ini adalah Sultanul Ulama` al-`Alim al-`Allamah al-Habib Salim asy-Syathiri حفظه الله تعالى. Sungguh berkarisma dan tawadhu` nya beliau. SubhanALLAHu wa biHamdih. Insya`ALLAH, diakhir posting kali ini akan hamba sertakan juga rakaman-rakaman yang telah sempat hamba rakamkan untuk manfaat kita bersama. Hamba memohon jutaan ampun dan maaf diatas rakaman yang tidak memuaskan. Kepada yang telah menjayakan nya, barakALLAHu fikum diatas segala usaha dan niat yang murni. Semoga Cahaya Istiqamah senantiasa membimbing kita untuk terus sejiwa dengan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم dan para pembela Baginda صلى الله عليه وسلم sepanjang zaman, di mana sahja mereka berada yang senantiasa memikirkan keadaan ummat. Amiin ALLAHumma amiin.


"Wahai ALLAH, aku memohon kepadaMU keni`matan yang sempurna dan daripada perlindungan yang tidak terhenti dan aku memohon Rahmat yang menyeluruh dan daripada kesihatan yang diharapkan, kehidupan yang makmur, daripada umur yang penuh kebahagiaan dan daripada kebaikkan yang sempurna, daripada ni`mat yang menyeluruh, keutamaan yang penuh keindahan dan belas kasih yang bermanfaat dan bukan bahaya. Jadikanlah Engkau atas kami kemanfaatan dan jangan Engkau jadikan atas kami kemudharatan.


Wahai ALLAH, akhiri hidup kami dengan kebahagiaan, nyatakanlah tambah nya amalan-amalan kami, temanilah pagi kami dan petang kami dengan kesihatan, jadikanlah RahmatMU tempat kembaliku dan tempat akhirku. Dan Anugerahilah atas kami dengan memperbaiki ke`aiban kami dan jadikanlah taqwa sebagai bekal kami di dalam AgamaMU, kesungguhan dari kami hanya kepadaMU. Kami berpasrah diri dan berpegang teguh dan tetapkanlah jalan IstiqamahMU dan kami berlindung di dunia ini dari sesuatu yang mewajibkan penyesalan pada hari Kiamat, ringankanlah beban berat dosa kami, berilah rezki, kehidupan yang bahagia, cukupkanlah dan palingkanlah kami dari segala keburukkan dan bebaskanlah kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, kaum kerabat kami dan keluarga kami dari siksa kubur dan siksa Neraka. Wahai Dzat yang Maha Perkasa, yang Maha Pengampun yang penuh dengan Kemuliaan serta yang Menutupi ke`aiban. Wahai Dzat yang Maha Bijaksana, Wahai Dzat yang Maha Memaksa, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH yang Maha Penyayang." - Doa Hujjatul Islam al-Imam Ghazali رحمه الله تعالى dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"


_____________________


al-Fadhil Tuan Guru Syeikh
Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى


Di Masjid al-Iman
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun


Di Masjid al-Mukminin
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun


Di Masjid Mujahidin
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun

_____________________


Sultanul Ulama` al-`Alim
al-`Allamah al-Habib Salim asy-Syathiri حفظه الله تعالى


Di Masjid Kassim
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Tajuk : "Azam 1430 Hijrah - Perjalanan Ihsan"

_____________________


al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Affandi حفظه الله تعالى

Di Masjid al-Khair
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Tajuk : "Iblis Delima Dengan Masyarakat Islam Singapura Jika..."

_____________________


al-Fadhil Ustaz Muhammad Mazdiuky, Ustaz Abu Zaki Yusof,
Ustaz Hassan Saifouridzal, Ustaz Ghouse Khan Surattee
dan Ustaz Tengku Mohamad Fouzy حفظه الله تعالى


Di Singgahsana Hall,
Kampung Melayu Geylang Serai

klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Mengandungi Mau`idzoh Hasanah, Qasidah, Burdah, Selawat, Doa Munajat
dan Ceramah bertajuk "Depression (Kemurungan)?
Tiada Bagi Orang-Orang Mukmin!"



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Thursday, January 29, 2009

Kemuliaan Yang Tersimpan Dalam Adzan Dan Shalat



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







Taushiyah sambungan dari bahagian yang pertama
oleh Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 26hb Januari 2009M.
Diakhiri dengan alunan Burdah Muhammadun oleh Hadrah Majelis RasuluLlah صلى الله عليه وسلم


Insya`ALLAH, ziarahi ana juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Saturday, January 24, 2009

Rakaman Majlis Dzikr Akbar



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم


اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Semulia-mulia Tuhan adalah Tuhan kalian. Sang Pemilik kalianlah yang paling Indah. Bermohonlah kepadaNYA dengan sanubarimu dan seluruh sel tubuhmu. DIAlah yang Maha Tunggal, yang Maha Mampu menyingkirkan semua musibah yang datang kepadamu dunia dan akhirat. DIAlah pula yang Maha Tunggal yang Maha Melimpahkan semua kebahagiaan dunia dan akhirat, maka mintalah kepadaNYA dan berharaplah."


Insya`ALLAH, ziarahi ana juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, January 23, 2009

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم


اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



Al HamduliLlah, segala Puji keatasNYA dan Syukur diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita sehari lagi untuk kita beribadah dan bertaubat kepadaNYA, yang telah memberikan kita kesihatan tubuh badan dan sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali...


Al HamduliLlah kerna di Negara kita yang kerdil ini, samada pada hari-hari biasa mahupun dihujung minggu, senantiasa meriah dengan Majlis-Majlis yang penuh dengan barakah. Terlihat kehijauan Taman-Taman SyurgaNYA ada dimana-mana dan terkadang itu payah untuk kami memilih Taman yang mana satu untuk kami menghadirkan diri. ALLAHu ALLAH. Semoga ALLAH `Azzawajalla Redha dan Menerima segala niat dan usaha yang murni ini. Semoga ALLAH `Azzawajalla Melimpahkan Rahmat, Keberkahan, Kemudahan, Kesihatan kepada antum agar dapat beristiqamah dalam kemuliaan. ALLAHumma amiin.


Masya`ALLAH tabarakALLAH, telah dimaklumkan bahwa insya`ALLAH, al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى akan berada di Singapura mulai pada hari Sabtu ini, tanggal 24hb Januari `09. Beliau hadir diatas undangan al-Fadhil Ustaz Fahrurazi Kiyai Kassim حفظه الله تعالى. Sila rujuk jadual Ceramah beliau insya`ALLAH, di akhir posting ini.

Rebutlah peluang keemasan ini dengan meluangkan sedikit masa untuk menghadirkan diri dan berhimpun bersama-sama dengan seorang Ulama` yang tidak asing ini. Semoga curahan keberkahan dari kalam nasihat serta `ilmu beliau mengalir kedalam diri kita agar kita semakin dekat kepadaNYA dan kepada Baginda صلى الله عليه وسلم pada setiap saat dan kejap.


_________________________


Ceramah Bersiri Di Hari Cuti


Tarikh : Sabtu, 24hb Januari Waktu : Ba`da Maghrib Tempat : Masjid asy-Syakirin

Tarikh : Sabtu, 24hb Januari Waktu : Ba`da Isya` Tempat : Masjid al-Mukminin

Tarikh : Ahad, 25hb Januari Waktu : 9 pagi Tempat : Masjid Mujahidin

Tarikh : Ahad, 25hb Januari Waktu : Ba`da Isya` Tempat : Masjid Darul Makmur

Tarikh : Isnin, 26hb Januari Waktu : 9 pagi Tempat : Masjid Sultan (Auditorium)

Tarikh : Isnin, 26hb Januari Waktu : Ba`da Isya` Tempat : Masjid al-Iman

_________________________


* Dikemaskini *




Ya ALLAH, Ya RABBi, hadirkanlah dan himpunkanlah kami bersama-sama dengan mereka dengan barakah Junjungan Mulia kami, Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم


Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Thursday, January 22, 2009

Tujuh Kelompok Yang Dinaungi ALLAH - Bhg1



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Hadirin-hadirat yang dimuliakan ALLAH, Istana termegah dan termewah di Syurga adalah Istana Muhammad صلى الله عليه وسلم. Semoga aku dan kalian diizinkan ALLAH kelak sering berkunjung ke Istana Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Berjumpa dengan Ahlul Badr, berjumpa dengan Muhajirin dan Anshar dan semua orang-orang yang shalih dari zaman ke zaman, dari generasi ke generasi. Amiin."


Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 19hb Januari 2009M.
Diakhiri dengan alunan Burdah Muhammadun oleh Hadrah Majelis RasuluLlah صلى الله عليه وسلم


Insya`ALLAH, ziarahi ana juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب