Sunday, July 20, 2008

Majlis Dzikr dan Selawat



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على سيدنا محمد النبي الأمي
وعلى آله وصحبه أجمعين






As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh, al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah diatas ni`mat Iman dan Islam. Semoga antum senantiasa berada dibawah Naungan Taufiq, Hidayah, `Inayah, Maghfirah, Rahmat, Peliharaan, Kasih Sayang serta keredhaanNYA, ALLAH `Azzawajalla. Amiin ALLAHumma amiin.


Insya`ALLAH Ta`ala, sebagai santapan ruhani kita bersama, ana hidangkan di sini, rakaman "Majlis Dzikr dan Selawat" yang berlangsung di Masjidil Mukminin, Singapura, pada tanggal 19hb Julai 2008.


Bahagian 1 mengandungi alunan dzikr, selawat dan qasidah. Di bahagian 2 pula adalah sambungan nya dan diselang-selikan dengan taushiyah al-Fadhil Ustaz Fahrurazi Kiyai Kassim tentang keutamaan dan fadhilat di dalam berdzikr dan selawat, pengumuman dan nasihat ringkas beliau tentang amalan di bulan Rejab yang mubarakah ini. Majlis tersebut diakhiri oleh beliau dengan sebuah doa yang amat indah. Harap maaf diatas rakaman yang tidak memuaskan.


Majlis Dzikr dan Selawat
- Bahagian 1 (~57 minit) , Bahagian 2 (~39 minit)


`Ala kulli hal, semoga kita perolehi manfaat dari nya pada zahir dan batin, di dunia dan di Akhirat. Kepada mereka yang telah menjayakan nya secara langsung mahupun tidak, semoga ALLAH `Azzawajalla menyambut serta membalas nya dengan sebaik-baik ganjaran pada zahir dan batin, di dunia dan Akhirat. Amiin ALLAHumma amiin.


جزاكم الله خير
والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails