"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Tuesday, January 29, 2013

IBUmu... NABImu...♥




بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Pernah terfikirkah kamu bahawa besar kemungkinan di belakang setiap orang lelaki yang ber'ilmu adalah IBU mereka yang telah mendidik dan berkorban tenaga untuk membesarkan mereka dengan sebaiknya?


Pernah terfikirkah kamu bahawa besar kemungkinan pada setiap Imam, orang bijaksana, ahli 'ilmu adalah pengaruh IBU-IBU mereka yang merupakan Madrasah pertama mereka?"


- Ustazah al-Mahbubah Halimah bte Usman al-'Aydrus حفظه الله تعالى


Sumber : Kertas Kerja
'Sejarah Ringkas Tentang Perkembangan Fiqh'.
Konvensyen Muslimah Kontemporari.
Singapura, 19hb Januari 2013M.


----------------------



Dan subhanALLAH, pernah terfikirkah kita bahawa besar kepastiannya di belakang, bahkan di hadapan serta dimana sahja posisi kita, Ibu kita, Ayah kita dan kesemuanya yang DiciptakanNYA, ada seorang NABI yang teramat besar pengorbanan juga perihatiannya terhadap keselamatan dan kesejahteraan kita?


Malah tidak hanya di dunia ini sahja, bahkan sebelum kita dilahirkan hinggalah kita menghadap di hadapan Sang Khaliq..


Wangian keindahan akhlaq Baginda bukan hanya bisa dihidu harum semerbak baunya oleh sesama manusia, namun juga oleh haiwan, tetumbuhan, bebatuan dan kesemuanya diraikan Baginda dengan penuh hangat, kasih sayang, hikmah, kebijaksanaan dan kelembutan..


Tiada siapa yang pernah menjejaki dan berada dimuka bumi ini yang sebanding dengan Baginda. Setitis kasih sayang Baginda tidak akan bisa senilai dengan segala harta yang ada :'(


Shollu 'alan Nabiy!



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Sunday, January 13, 2013

Rabi'ul Awwal




بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته








BismiLlah...



Di Bulan Rabi`ul Awwal, tika bunga sedang mekar ditaman...
Harum wangiannya menyegarkan alam dan fikiran...
Lahirlah dengan Kehendak Tuhan, seorang insan mulia, insan pilihan..
Dialah sebaik-baik Ciptaan yang ALLAH pernah Ciptakan...




Maka akal tidak dapat membayangkan...
Keindahannya lebih indah dari bunga yang pernah kita ketemukan...
Wangiannya lebih harum dari wangian yang bisa kita dapatkan,
samada yang asli atau hasil buatan...



SubhanALLAH, bila disebut namanya, segenap hati dan sanubari terteramkan...
Lalu bagaimana, saat dan ketika dipertemukan, apakah kaki ini bisa tertahankan?
Apakah bibir ini bisa melafazkan kata-kata sambutan?
Atau hanya terpaku kelu disitu kerna rindu yang telah mendalam,
tidak dapat diluahkan?




Ya ALLAH, kami rindu dengan beliau Rasul Junjungan...
Bahkan, sebelum rindu kami ini terlahirkan,
beliau terhadap kami lebih dahulu dirindukan...



Dengan RahmatMU kami pohonkan,
semoga disana kami tersyafa`atkan dan berada di barisan hadapan...
Semuanya ini mustahil buat kami namun tidak mustahil buat ar-Rahman...




Kami mengadu padaMU akan kelemahan kami
dalam mengikuti sunnah dan segala arahan...
Maka Bantulah kami dan Berikanlah kami Bimbingan...



Tiada apa yang kami bawa sebagai bekalan, hanya cinta PadaMU dan pada Kekasih teragung yang diseluruh alam terkenalkan...



Sebagaimana janji beliau ❝ المرء مع من أحب ❞,
maka Perkenankanlah wahai ALLAH, kerna Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu, segalanya dalam GenggamanMU dan juga Perhatian...




- Terimalah kami sebagai ummatmu ya RasulALLAH...
ukht mastura | ukhti27 | fatimah nurussana` mastura
Sabtu, 21hb January 2012M | 27 Safar 1433H








SubhanALLAH, kerna Keistimewaanmu duhai RasuluLlah ﷺ,
maka bulan Rabi`ul Awwal turut teristimewakan...


Inilah Bulan dimana lahirnya Insan teristimewa ke alam dunia...
Inilah Bulan dimana tibanya Insan teristimewa ke kota Madinah...
Inilah Bulan dimana wafatnya Insan teristimewa kembali kepada Penciptanya...





اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين