"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Monday, June 30, 2008

Bulan Rejab | شهر رجب


Dengan Asma` ALLAH dan Segala Puji bagi ALLAH
sebanyak bilangan CiptaanNYA di langit,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di bumi,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di antara keduanya
dan Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA...


Ya ALLAH, limpahkanlah Selawat yang sempurna
dan Salam yang sempurna ke atas Junjungan kami
Nabi Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam)
yang dengan keberkahan nya itu
semoga terlepaslah segala simpulan ikatan
dan lenyaplah segala kesusahan,
tertunailah segala hajat dan tercapailah segala keinginan,
kesudahan umur dengan husnul khatimah
dan turunlah air hujan Rahmat dengan Berkat keagungan
dan kemuliaan Nabi Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam).
Dan limpahkanlah juga Selawat dan Salam ke atas Keluarga
dan para Sahabat nya dalam setiap kerlipan mata
dan hembusan nafas sebanyak bilangan pengetahuan
yang Engkau miliki...

- Selawat at-Tafrijiyyah / an-Nariyyah / Kamilah



As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh. Al Hamdulillah wa asy-Syukru liLlah diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita, memberi kesihatan tubuh badan dan sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali...


Insya`ALLAH Ta`ala dalam masa 4 hari lagi, kita akan berada di dalam bulan Rejab, yang juga dikenali sebagai bulan ALLAH, bulan rejam, bulan yang dihormati, bulan tersendiri, bulan ibadah, bulan istighfar, bulan kelahiran hamba yang dhoif ini...


Disamping itu, ummat Islam memperingati bulan Rejab sempena dengan peristiwa-peristiwa yang paling penting dan bersejarah diantara nya ialah peristiwa Isra` Mi`raj Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam wa baraka `alaih wa `ala alih dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterus nya ke Sidratul Muntaha, berlaku nya perang Tabuk, pembebasan al-Quds dan wafat nya Imam asy-Syafi`i RahimahuLlahu Ta`ala. ALLAHu ALLAH...


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
"Ya ALLAH, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya`ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."


* Rejab merupakan pembukaan bulan-bulan kebaikan dan barakah. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, maka Rejab itu ibarat waktu keluar nya daun, Sya`ban ibarat keluar nya bunga dan Ramadhan ibarat keluar nya buah-buah nya.


Maka dari itu, marilah kita bersama-sama mengisi nya dengan memperbanyakkan beribadah seperti solat, puasa, dzikr, selawat, doa, membaca al-Quranul Kareem, istighfar dll.


رب اغفر لي وارحمني وتب علي

"Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku dan aku bertaubat kepadaMU."


Berniagalah dengan amal shalih kita dengan sebanyak mungkin agar kita mendapat keberuntungan yang besar di Akhirat sana nanti...


* Semoga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa kita dan ahli keluarga kita dan ummat Islam seluruh nya dan memasukkan kita semua di dalam golongan yang rajin dalam melakukan amal shalih, yang rajin dalam melakukan ibadah, ya ALLAH ya RABBal `alamin.



Kami adalah insan yang dhoif, yang kurang dari segala sesuatu. Rahmatilah kami ya ALLAH. Berkatilah kehidupan kami, ya ALLAH. Selamatkanlah kami, ya ALLAH. Lindungilah kami dan ummat Islam ya ALLAH, daripada segala bala`, bencana dan kesusahan di dunia dan di akhirat dengan barakah Junjungan kami Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihi wasalam dan dengan barakah para Wali, para Shalihin dan para Mursalin. Amin ya RABBal `alamin.
* Dari Kitab "Kelebihan Bulan Rejab - Keutamaan Dan Amalan" karangan Shohibul Fadhilah al-Habib as-Sayyid Hasan ibn Muhammad ibn Salim al-`Attas, hafizahuLlah.


Ya Abi al-Habib, semoga selamat berangkat dan selamat kembali. Doa kami senantiasa mengiringi setiap langkahmu. May ALLAH `Azzawajalla Guide and Protect you and make all runs smoothly for you. May you always be in the best of Iman and health ya Abi al-Habib. Fi amanALLAH.


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Friday, June 20, 2008

Jadual Habibana...



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين




As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh...
Al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah
kerna kita berada di Sayyidul Ayyam serta diatas ni`mat Iman dan Islam. Apa khabar antum semua nya? Semoga antum senantiasa berada dibawah Naungan Taufiq, Hidayah, `Inayah, Maghfirah, Peliharaan, Perlindungan, Kasih Sayang, Rahmat, Rahim serta keredhaanNYA, ALLAH Jalla Jalaluh. Amiin ALLAHumma amiin.



Disini, insya`ALLAH ana sertakan jadual perjalanan Habibana Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman Almusawa di 3 negara. Habibana merupakan salah seorang murid kepada Guru Mulia nahnu, al-`Allamah al-Hafiz al-Musnid al-Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim ibn Hafiz dari Tarim, Hadramawt. Setelah tamat mengajian nya, Habibana kembali ke Jakarta, Indonesia, untuk memulakan da`wah nya dan al HamduliLlah dengan berkat usaha serta niat nya yang murni, semakin ramai yang mengikuti Majlis Taklim nya, sehingga akhir nya terlahir nama Majlis tersebut sebagai "Majelis RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam". Kerna memang tidak ada yang dibicarakan selain ajaran RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan membimbing mereka untuk MahabbatuLlah wa Rasul, dan pada dasar nya semua Majlis Taklim adalah Majlis RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam.


Al HamduliLlah, dengan kehadiran Majlis yang mubarakah ini, ramai diantara hati saudara-saudara nahnu telah disinari dengan cahaya HidayahNYA, telah kembali melamar dan mencari Redha serta MaghfirahNYA, telah kembali mencintai RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dengan mengisi setiap ruang dihati mereka dengan MahabbatuLlah wa Rasul, telah kembali mengidolakan RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dengan mengaplikasikan sebaik dan sebanyak mungkin sunnah Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam disetiap aspek pergerakan seharian mereka. ALLAHu Akbar...!


Bagaimana tidak, mereka yang hadir di Majlis Taklim nya, setiap ungkapan Habibana bisa mengoncangkan hati dan jiwa mereka yang mendengarkan nya! Bisa bangkit kembali semangat yang sudah sekian lama mundur! Masya`ALLAH... TabarakALLAH!


Disamping kesibukkan Habibana dalam penyampaian da`wah nya, beliau senantiasa sempat meluangkan masa nya di "Forum Majelis RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam". Curahan `ilmu nya tidak setakat sampai hanya di alam nyata tetapi di alam maya juga, masya`ALLAH...! Ana al-Faqir ini, juga tidak terlepas mengambil peluang yang diberikan ini, senantiasa bertanya dan langsung dijawab oleh Habibana sendiri. Al HamduliLlah...!


Semoga ALLAH `Azzawajalla meredhai, memberkati, merahmati setiap pergerakan dan perjuangan yang suci murni ini yang di ketuai oleh Habibana Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman Almusawa. Semoga senantiasa berada di dalam BimbinganNYA agar bisa membimbing ummat di akhir zaman ini untuk kembali ke jalan yang diredhaiNYA. Semoga ALLAH `Azzawajalla memberikan kemudahan, kesihatan wal `afiah kepada Habibana serta sesiapa sahja yang menyertai nya. Amiin ALLAHummma amiin.


Justeru, pertama ana menyeru kepada diri ana dan seterus nya kepada antum yang berkesempatan, ambil dan rebutlah peluang keemasan ini untuk menghadirkan diri ke Majlis yang indah dan mubarakah seperti ini, untuk mengerakatkan lagi ikatan ruh nahnu dengan ruh-ruh para Shalihin, para Pencinta serta para Pembela RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam. Hadirkanlah, sertakanlah dan himpunkanlah dirimu bersama-sama dengan mereka di taman-taman SyurgaNYA...! Insya`ALLAH dikau akan perolehi manfaat serta barakah nya pada zahir dan batinmu, di dunia serta di Akhiratmu...!



Jadual Habibana Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman Almusawa :
di Indonesia - Masjid Istiqlal Jakarta (22/06) , atau Majlis selain nya diSini,
di Singapura - Masjid Khalid (05/07) * untuk kaum Muslimin sahja,
di Malaysia - Masjidil Falah USJ 9 (06/07)



Himpunan Gambar Tabligh Akbar
Majelis RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam
& Majelis Azzikra di Masjid Istiqlal,
Jakarta, Indonesia pada 22hb Jun 2008 :






Doa nahnu tentu nya senantiasa untuk antum sebagai perjuang da`wah
serta penegak sunnah RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam di mana jua antum berada.



اللهم آمين والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, June 19, 2008

Taushiyah Serta Doa Dari Habibana


بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين

اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



"Ini dzikruLlah adalah ubat yang paling besar kepada qalbu, adalah ubat yang paling besar untuk membentukkan akhlak, adalah ubat yang paling besar untuk menghilangkan segala kesusahan kita, adalah ubat yang paling besar untuk menghilangkan segala kerisauan, segala kebimbangan, segala apa yang kita susahkan hati kita ini. Dengan dzikruLlah, insya`ALLAH Ta`ala akan mengampunkan dosa kita, menghilangkan kesusahan kita dan akan menukarkan segala kejadian dan segala apa itu kepada kebahagiaan dan kegembiraan..."
- Sedutan taushiyah Habibana mengenai DzikruLlah – Muat-turun diSini *



"Sadaqah ini apa? Kita gembirakan orang lain... Apabila kita gembirakan hati orang lain, ALLAH akan gembirakan kita. Semoga ALLAH Subhana wa Ta`ala memberikan barakah kepada umur kita yang sedikit ini... Semoga ALLAH Subhana wa Ta`ala memberikan kita husnul khatimah dengan barakah RasulALLAH ShalALLAHu`alaihiwasalam."
- Sedutan taushiyah mengenai Sadaqah dan doa Habibana – Muat-turun diSini *



"Sebelum kita membuat apa-apa, mahu jaga niat kita. Apa amal yang baik atau tidak itu bergantung kepada niat. Kalau niat kita tidak baik, tidak akan sampai, tidak akan sampai sama sekali... Kalau kita keturunan yang Soleh, kita keturunan`alim dan Ulama`, harus kita jaga baik-baik, apa itu? Iaitu, kita jaga diri kita. Janganlah kita bermegah dengan keturunan kita, kalau kita tidak mengikut jalan-jalan apa yang dirancangkan, yang diajarkan oleh datuk nenek kita. Semoga ALLAH Subhana wa Ta`ala memberikan Rahmat kepada kita semua."
- Sedutan taushiyah dan doa Habibana di Majlis Haul al-Imam al-Qutub `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad `06 – Lihat video diSini




* Harap maaf diatas rakaman audio yang kurang memuaskan.

** Gambar diambil seusai Forum anjuran Belia Masjid Ba`alwie yang bertajuk
"Hubungan RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dengan Isteri, Anak dan Keluarga"
yang berlangsung di auditorium, RELC International Hotel pada tanggal 30hb April `08.

Shohibul Fadhilah al-Habib as-Sayyid Hasan ibn Muhammad ibn Salim al-`Attas
adalah diantara mereka yang hadir pada malam itu. Turut kelihatan juga adalah
Habibana Hud Bagir al-`Attas, asy-Syeikh Ali Qaddur dll.

Barisan ahli panel terdiri daripada Habibana Dr. `Abdul Qadir al-Habsyi, Habibana Osman Shihab dan Kiyai Syukran Makmun, hafizakumuLlah. Untuk muat-turun, sila rujuk posting yang lalu ini.



اللهم آمين والله تعالى أعلم بالصواب