"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Monday, January 25, 2010

إنك لا تخلف الميعاد







بســـــــم الله الرحمان الرحيم


"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali ALLAH itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di Akhirat. Tidak ada perubahan bagi Kalimat-Kalimat (Janji-Janji) ALLAH. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar."
- Surah Yunus ayat 62 - 64



صــــــــدق الله العظيم

Thursday, January 14, 2010

يا الله بحسن الخاتمة



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم sendiri sentiasa mengucap di dalam doa nya kata-kata berikut : "Ya ALLAH! Ya Tuhanku! Aku berlindung kepadaMU dari dunia yang menghalang kebajikan untuk Akhirat. Aku berlindung kepadamU pula dari kehidupan yang menghalang kebajikan untuk mati. Dan aku berlindung kepadaMU dari cita-cita yang menganggu kebajikan untuk beramal."



"Adapun pendek harapan untuk hidup terus, memperbanyak mengingati mati serta menyediakan diri untuk menghadapi mati itu ada banyak manfaat nya dan besar guna nya bagi manusia. Sebab siapa yang merasa ajal nya sudah dekat dan sentiasa mengingati mati pada sepanjang masa, nescaya dia kan bergiat bersungguh-sungguh untuk beramal shalih di setiap masa dan meninggalkan kerja-kerja yang tidak berguna, atau bermalas-malas untuk beramal. Di samping itu ia akan sentiasa berzuhud terhadap matabenda dunia, sambil berusaha untuk mengejar kebaikan untuk akhirat. Ia akan segera bertaubat dari segala dosa nya, kembali kepada ALLAH تعالى, menjauhkan diri dari segala kelakuan yang boleh menghalangi nya dari berbuat taat kepada ALLAH تعالى, dan sentiasa memilih jalan yang diredhaiNYA.


Sebalik nya, orang yang panjang harapan untuk hidup lama di dunia ini, dan kurang ingatan kepada mati, akan bersikap berlawanan dengan yang di atas tadi.


Berkata al-Imam Ghazali رحمه الله تعالى di dalam kitab nya "al-Bidayah" : Hendaklah anda sentiasa renungkan umur mu yang pendek itu, meskipun anda rasa boleh hidup selama seratus tahun, jika dibandingkan dengan tempat tinggal mu di negeri akhirat, yang kekal sepanjang masa. Renungkan juga betapa susah-payah dan hina nya anda ketika mengejar dunia, sebulankah atau setahunkah, dengan harapan anda boleh hidup senang-lenang selama dua puluh tahun misal nya. Tetapi mengapa tidak anda menanggung susah sedikit masa ketika hidup di dunia, agar anda merasakan kerehatan nya di akhirat kelak sepanjang abad.


Oleh itu, hendaklah anda tidak memanjangkan harapan untuk hidup lama di dunia, sehingga anda merasa diri mu berat untuk beramal. Malah hendaklah anda mengira-ngira bahwa maut itu sudah hampir tiba, dan bisikkan ke dalam diri mu : Biarlah aku menanggung susah hari ini, kerna mungkin aku akan mati nanti malam! Kalau tidak malam ini, mungkin esok! Sebab maut itu tidak akan meregut nyawa ku pada masa yang tertentu, atau pada keadaan yang tertentu, atau pada umur yang tertentu. Namun maut itu akan tiba, dan tidak ditentu masa nya. Maka lebih baiklah aku bersedia untuk nya dari pada menyediakn diri untuk dunia. Aku mengerti bahwa hidup ku di dunia ini hanya sementara sahja dan mana tahu yang sisa dari hidup ku itu hanya untuk menyedut satu nafas sahja, ataupun hanya tinggal satu hari sahja.


Ucapan-ucapan seperti itu harus diulang-ulang di hati setiap hari. Paksalah diri supaya cekal dan sabar untuk menjalankan tugas-tugas yang diperintah oleh Agama, hari demi hari. Sebab kira nya anda telah ditakdirkan boleh hidup selama lima puluh tahun, lalu anda kerahkan diri mu untuk bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada ALLAH تعالى, nescaya ia akan berontak dan menentang keputusan mu itu, kerna diri mu telah mengetahui bahwa masa nya masih lama lagi.


Jadi, jika anda terus mengingatkan diri mu tentang ketibaan maut yang tidak diketahui bila masa nya itu, nescaya apabila anda mati anda akan merasakan kegembiraan yang tidak ada kesudahan nya. Tetapi, jika anda mencuaikan nasihat itu dan tidak memperdulikan nya, tiba-tiba maut pun sampai sedang anda belum bersedia untuk nya, maka tentulah anda akan merasakan kekecewaan yang tidak ada kesudahan nya lagi. Baka kata pepatah : Apabila muncul pagi, barulah orang yang berjalan di waktu malam itu akan memuji dan berterima kasih. Begitu pula apabila tiba maut kelak, barulah anda tahu tentang berita nya yakin dan benar. Dan berita itu tidak jauh dari anda, sekelip mata lagi akan tiba." - Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم



يا الله بها يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة
برحمتك يا أرحم الراحمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Wednesday, January 6, 2010

Sertakanlah Dia Dalam Doamu



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Anakanda Mawaddah ♥

Insan istimewa yang DititipkanNYA juga kepada insan² istimewa;
yang Dipilih dan DikasihiNYA, ALLAH `Azzawajalla.
Sila rujuk disini untuk maklumat lanjut.




بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Tuesday, January 5, 2010

LIVE : Multaqa Ulama` IV @ al-Muttaqin TV



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته Di Majelis al-Muwasholah
Baina Ulama` al-Muslimin, Puncak, Bogor, Indonesia.

Turut dihadiri oleh Guru Mulia
al-Musnid al-`Allamah al-Habib Umar bin Hafiz حفظه الله تعالى


Tarikh :
Selasa, 05hb Januari 2010
Masa : 5.00 petang - 6.00 petang & 8.00 malam - 9.00 malam

Tarikh : Rabu, 06hb Januari 2010
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tarikh : Khamis, 07hb Januari 2010
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi


Sumber : al-Muttaqin TV : Siaran `Ilmiah Anda
* waktu Malaysia / Singapura



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Saturday, January 2, 2010

Duduk 1 Saat Bersama Orang² Shalih, Lebih Bermanfaat Bagi Seorang Hamba Dari 100 Atau 1,000 Kali `Uzlah - Hb Zein ibn Ibrahim ibn Semait



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Di Wardah Books, Singapura
26hb Disember 2009, bersama Habib Hassan al-Kaff حفظه الله تعالى .
Syarah Qasidah Burdah, lihat Video : disini
Bacaan Qasidah Burdah & Doa, lihat Video : disini
Ihsan dari : Sidi Ibrahim Tahir (Wardah Books)


Di Senayan, Jakarta, Indonesia
31hb Disember 2009, bersama Habib Umar bin Hafiz حفظه الله تعالى .
Terjemahan oleh Habib Munzir al-Musawa & Habib Jindan bin Naufal حفظه الله تعالى .
Harap maaf di atas rakaman yang tidak memuaskan; hasil dari streaming.
Muat-turun MP3 : disini


Di Masjid Darul Aman, Singapura
02hb Januari 2010, bersama al-Fadhil Ustaz Mohd Hasbi Hassan,
Ustaz Tengku Mohd Fouzy & Ustaz Firdaus Yahya حفظه الله تعالى

Forum bertajuk : "Muharram Membawa Seribu Harapan & Pembaharuan"
Muat-turun MP3 : disini
Ihsan dari : Wirid.Com



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Friday, January 1, 2010

Himbauan Kepada Para Pembaca Blog Ini



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Tiada daya dan upaya hambaMU ini melainkan dengan PertolonganMU wahai ALLAH, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Himbauan hamba kepada para pembaca terutama sekali kepada yang mengikuti blog hamba ini ataupun "followers", ayuh, gunakanlah gambar-gambar yang baik untuk "avatar" antum. Gambar-gambar yang bisa membuat kita ingat dan cinta kepada Pencipta kita, ataupun kepada Kekasih Pencipta kita; ALLAH `Azzawajalla dan RasulNYA صلى الله عليه وآله وسلم. Tafadhdhol untuk mengunakan gambar para Ulama` dan Shalihin, kerna mereka juga mengajak kita kepada kecintaan yang Agung ini.


Blog hamba ini ibarat sebuah bahtera dan antum para pembaca pula, ibarat para penumpang nya. Bertambah nya para pembaca di blog ini, maka bertambahlah juga bebanan tanggunjawab hamba. Justru, hamba sangat-sangat mengharapkan kerjasama dari antum sekalian, agar bahtera yang sedang kita layari ini, berlayar dengan selamat nya hingga ke destinasi yang kita tujui, iaitu Redha ALLAH `Azzawajalla. Insya`ALLAH, dengan kita mengawasi diri dari perkara yang sekecil-kecil ini, semoga ALLAH Membimbing kita kepada perkara-perkara yang lebih besar; ataupun yang lebih kecil dari perkara ini. ALLAHumma amiin.


Kemudahan ini; bisa membaca, bisa menaip dll adalah lambang Keagungan, Kebijaksanaan dan Kedermawanan ALLAH `Azzawajalla. Justru, sebagai tanda kita menzahirkan kesyukuran kehadratNYA, kita gunakanlah segala kemudahan yang telah DIA Berikan ini dengan sebaik-baik nya. Semoga blog ini dapat diterima sebagai suatu amal untuk dijadikan hujjah untuk diri hamba dihadapanNYA kelak dan bukan sebagai hujjah keatas diri hamba. ALLAHumma amiin.


Hamba akan memberi antum masa; 1 minggu dari tarikh himbauan ini. Seandai nya himbauan hamba ini tidak dihiraukan dan hamba mendapati tiada sebarang perubahan, maka hamba terpaksa "block" antum. ALLAHu ALLAH. Semoga ALLAH Mengampuni kita semua, zahiran wa batinan. ALLAHumma amiin. Sebelum dan sesudah nya hamba mohon maaf dan redha, juga mohon teguran insya`ALLAH. Di atas masa serta perhatian antum, hamba ucapkan, barakALLAHu fikum wa jazakumuLlahu khairal jaza`.


_______________________



Live Multaqa Guru Mulia






Ikuti secara langsung,
Live Multaqa Habib Umar Bin Hafiz حفظه الله تعالى
bertempat di Puncak, Bogor, Indonesia.

Program bermula 5hb sehingga 7hb Jan 2010.
* Jadual terperinci akan dimaklumkan kemudian - alMuttaqin.tv




اللهم اجعل خير عمري آخره و خير عملي خواتمه
و خير أيامي يوم ألقاك برحمتك يا أرحم الراحمين

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين