"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Saturday, October 31, 2009

... فاتبعوني



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Semua manusia di alam semesta ini buta, yang bisa melihat hanya Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Maka orang buta sepatut nya mengikuti orang yang melihat, maka dia akan selamat. Tapi kalau orang buta tidak mahu mengikut orang yang melihat, maka manusia tersebut akan tersesat dan dia akan masuk jurang..."
- Habib Sholeh ibn Muhammad al-Jufri حفظه الله تعالى

"Niatkanlah untuk menghidupkan sunnah nya pada pakaianmu, penampilanmu dan percakapanmu. Begitu juga dalam makan dan minummu, hidupkan sunnah nya. Adakah kamu semua perlu menghidupkan sunnah-sunnah itu? Adakah kamu dapati sesuatu yang lebih mulia dari nya? Ataupun yang lebih baik dan lebih indah? Hidupkan sunnah-sunnah Muhammad صلى الله عليه وسلم!

Pada waktu kemungkaran berleluasa. Telah datang satu berita gembira : "Barang sesiapa yang menghidupkan sunnahku ketika ummatku menjadi rosak, maka bagi nya pahala seorang syahid." Dalam riwayat yang lain : "Barang sesiapa yang menghidupkan sunnahku ketika ummatku menjadi rosak, maka bagi nya pahala seratus orang syahid."

Berdasarkan keikhlasan kita dalam menghidupkan sunnah-sunnah, kita mendapat pahala seorang syahid demi seorang syahid demi seorang syahid hingga sampai kepada seratus orang syahid. Maha Suci ALLAH yang Maha Pemberi dan Disisi ALLAH ada Penambahan nya, dan Disisi ALLAH ada Penambahan nya."
- al-`Allamah al-Musnid Habib Umar ibn Hafiz حفظه الله تعالى


_______๑۩۞۩๑_______



* Wahai ALLAH, Tuhan nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan keluarga nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم. Aku bermohon dengan hak nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, agar Engkau Berikan Rahmat yang Agung kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, dan agar Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم ada rasa cinta kepada kami dan diisikan rasa cinta kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم kepada kami, dan agar Engkau Membentuk akhlaq kami seperti akhlaq nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan agar kami Diberi rezki mengikuti ajaran dari Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan agar Engkau Mengangkat tirai penghalang diantaraku dengan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, dan agar Engkau Mengumpulkan kami dan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam permulaan hingga akhir, zahir dan batin di dalam rahsia dan secara terang-terangan dan di dalam terjaga dan tidur, hidup dan mati, di dalam dunia dan akhirat, di dalam kelembutan dan kesihatan dariNYA. - * Doa yang diriwayatkan oleh al-Imam Habib Ahmad ibn Hasan al-`Attas نفع الله تعالى به


** Wahai ALLAH, Pindahkanlah kami dan orang-orang Muslim dari kecelakaan kepada keberuntungan, dari neraka ke Syurga, dari azab ke Rahmat, dari dosa kepada Keampunan, dari berbuat keburukan kepada berbuat kebaikan, dari takut kepada aman, dari miskin kepada kaya, dari hina kepada kemuliaan, dari kesempitan kepada kelapangan, dari tidak elok kepada yang bagus, dari kesusahan kepada kemudahan, dari berpaling kepada mengadap bersungguh-sungguh, dari penyakit kepada kesihatan, dari Kemurkaan kepada Keredhaan, dari kelalaian kepada ingat, dari kurang bersungguh-sungguh kepada bersemangat, dari terhalang kepada tertolong, dari bid`ah kepada Sunnah, dari tidak adil kepada keadilan.


Wahai ALLAH, Tolonglah kami atas Agama kami dengan dunia dan di dunia dengan ketaqwaan, dan Taqwa dengan amal, dan amal dengan Pertolongan, dan semua nya itu dengan KelembutanMU yang mendatangkan KeredhaanMU, yang menghantarkan ke SyurgaMU, yang disertai dengan melihat DzatMU yang Mulia, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Penolongku, wahai Penolongku, wahai Penolongku. Wahai Dzat yang paling Mulia dari yang mulia, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Dzat yang Agung dan Mulia. Wahai Dzat Pemberi Pemberian yang Agung.
- ** Doa Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad ibn `Ali Ba`alwi نفع الله تعالى به


*** Wahai ALLAH, Hidupkanlah aku di atas Islam dan Sunnah, dan matikanlah aku dalam keadaan Iman dan Taubat. - *** Doa yang diriwayatkan oleh Abu Turob al-Nakhsyabi رضي الله تعالى عنه
- Himpunan doa dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, October 29, 2009

Rakaman Haul al-Imam al-Habib `AbduLlah al-Haddad رحمة الله تعالى عليه



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Tema Tahun 2009M / 1430H : Akhlaq & Adab.

Lokasi : Masjid Baitul Aman, Masjid al-Bukhary & Pondok Baitul Qurra`.

Kandungan Rakaman : Mau`idhoh hasanah dari Habib `Ali ibn Hassan al-Bahar, Habib `Abdur Rahman ibn `Ali al-Haddad, Syeikh Muhammad Fuad ibn Kamaluddin al-Maliki, Habib Hussein ibn `Alawy ibn Agil, Habib Sholeh ibn Muhammad al-Jufri, Habib `Abdur Rahman ibn Hussein as-Saqqaf, bacaan Wirdul Latif, bacaan Ratibul Haddad dengan ijazah diberikan oleh Habib Muhsin
ibn Hamid al-Haddad & Qasaid pimpinan Habib Musthaffa ibn `Ali al-Haddad نفع الله تعالى بهم

Rakaman Ihsan Dari : Akhina fiLlah Abu Mukhtaar & Azayief.
Insya`ALLAH, akan dikemaskini dari masa ke semasa.



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Wednesday, October 28, 2009

P.H.D



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Penyakit Hasad Dengki : "Di antara bencana yang membinasakan lagi, ialah : sifat hasad dan dengki terhadap kaum Muslimin, suka melihat seseorang mendapat kesusahan, memendam permusuhan, dengki, busuk hati terhadap orang lain, tidak mempunyai perasaan rahmat dan belas-kasihan serta suka menyangka buruk terhadap orang lain; semua sifat-sifat ini adalah termasuk bencana yang membinasakan.


Adapun sifat hasad dan dengki itu, maka memadailah gambaran cela dan buruk nya, bahwasa nya ALLAH تعالى telah Memerintahkan RasulNYA صلى الله عليه وسلم supaya senantiasa Berlindung diri daripada bencana orang yang mendengki, dan Berlindung diri daripada bencana syaitan.


ALLAH تعالى telah Berfirman :
"Dan dari bencana pendengki, apabila ia mendengki." - Suratul Falaq ayat 5


Sabda RasuluLlah صلى الله عليه وسلم :
"Awas diri kamu dari sifat dengki, kerna sesungguh nya dengki itu memakan kebajikan, sebagaimana api membakar kayu api.


Sabda nya صلى الله عليه وسلم lagi :
"Tidak akan berkumpul di dalam batin seseorang hamba itu, iman dan dengki."


Hadiths ini amat berat kesan nya pada diri seorang Mu`min. Sabda صلى الله عليه وسلم lagi :
"Jangan kamu dengki-mendengki, jangan benci-membenci, dan jangan musuh-memusuhi."


Erti hasad atau dengki, ialah apabila seseorang itu merasa sempit dan serba salah di dada dan hati nya, sambil kurang senang terhadap ni`mat yang Dikurniakan ALLAH kepada salah seorang hambaNYA, sama ada di dalam urusan agama mahupun urusan dunia. Sebalik nya, ia mengharap-harapkan agar ni`mat itu terhapus dari orang itu, dan kalau boleh biarlah dia sahja yang mendapat ni`mat itu, meskipun hal itu mustahil akan berlaku. Itulah kemuncak nya keburukan hasad dan dengki. Barangsiapa mendapati di dalam diri nya ada sesuatu dari sifat hasad terhadap seseorang dari kaum Muslimin, maka hendaklah ia membenci serta menyembunyikan nya di dalam batin nya. Jangan sampai ia melahirkan nya kepada orang lain, sama ada dengan ucapan mahupun dengan kelakuan. Moga-moga ia akan terselamat dari bencana sifat hasad itu, kira nya ia mengikut nasihat ini.


Di dalam sebuah hadiths tersebut :
"Tiga perkara tiada seorang pun yang boleh terlepas daripada nya, iaitu : Hasad, sangkaan buruk dan memandang celaka terhadap sesuatu. Mahukah kamu saya tunjukkan jalan keluar daripada nya? Jika anda mendengki, jangan melampui batas. Jika anda menyangka buruk, jangan anda benarkan. Dan jika anda merasa celaka, hendaklah anda teruskan."


Yakni, jangan anda batalkan perkara yang anda mencita-citakan itu kerna semata-mata menganggap nya celaka. Tugas seorang pendengki, hendaklah melawan perasaan hati nya yang diselaputi oleh sifat hasad itu, dengan memuji-muji orang yang didengki nya itu, berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memuliakan nya atau membantu nya. Kalau ia boleh lakukan demikian, itu memanglah lebih baik, kerna ia merupakan penawar yang paling mujarrab untuk menghapuskan perasaan dengki di hati, atau mengurangkan nya.


Adapun perasaan irihati pula, maka itu tiadalah salah. Tidak menjadi salah, jika anda mencita-citakan sesuatu ni`mat yang sama, yang kini ALLAH تعالى sedang Menganugerahkannya kepada saudaramu. Lebih-lebih lagi, jika ni`mat itu ada kaitan nya dengan urusan Agama, seperti `ilmu pengetahuan, amal ibadat, maka irihati serupa itu malah dikira terpuji. Tetapi jika ni`mat itu berkaitan dengan urusan dunia, seperti banyak harta dan mempunyai kedudukan dan pangkat, maka irihati terhadap yang demikian menjadi harus dan mubah.


Adapun mencita-citakan kecelakaan terhadap seseorang Muslim, ataupun menyimpan perasaan penipuan, permusuhan atau dengki, maka larangan keras terhadap nya memadai dengan sabda-sabda Nabi صلى الله عليه وسلم berikut :
"Tiada sempurna iman seseorang kamu, sehingga ia mencintai saudara nya sebagaimana ia mencintai diri sendiri."

"Barangsiapa yang menipu kaum Muslimin, maka ia bukanlah dari golongan mereka."

"Kira nya anda boleh berpagi dan berpetang, sedang hati anda tiada menyimpan perasaan tipu dan khianat kepada seseorang, maka hendaklah anda kekalkan perilaku itu, kerna yang demikian itu adalah dari sunnahku (perjalananku).""

- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم


"Aku memohon Keampunan ALLAH yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkanNYA, yang Maha Hidup dan Maha Pengatur, Maha Mengampuni dosa-dosa, Maha Agung dan Mulia, dan aku bertaubat kepadaNYA dari segala kemaksiatan dan dosa-dosa dan dari dosa yang aku lakukan dengan sengaja atau tidak, zahir dan batin, ucapan dan perbuatan, dalam semua gerakkan dan diam, angan-angan dan hembusan nafasku semua nya secara terus-menerus, selama nya dan sampai bila-bila pun. Dan dosa yang aku ketahui, dan yang tidak aku ketahui, dengan hitungan yang tercakup dalam `Ilmu ALLAH dan terhimpun dalam buku catatan amal, terguris oleh pena, dengan hitungan apa pun yang telah wujudkan oleh Qudrat dan `Iradat ALLAH, dan dengan hitungan tinta yang dibuat menulis Kalimat-Kalimat ALLAH, sebagaimana layak nya Keagungan Dzat Tuhanku, Keelokan dan KesempurnaanNYA. Dan sebagaimana yang Dicintai oleh Tuhanku dan DiredhaiNYA."
- Istighfar yang diriwayatkan oleh Sayyid al-Imam al-Arif BiLlah Ahmad ibn Idris al-Maghribi رضي الله عنه



اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك
وحسن عبادتك برحمتك يا أرحم الراحمين
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Keadaan Jenazah Ketika Wafat



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Hadirin hadirat... Di sana keputusan tergantung pada Yang Maha Abadi, ALLAH. Di mana tempat kita, apakah di dalam penjara alam kubur, penjara alam kubur lebih dahsyat dari penjara di dunia, (dan selain itu) ada yang ditidurkan, ada yang diperjumpakan dengan arwah kerabatnya yang sudah wafat juga, ada yang diperjumpakan dengan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم, mana yang kau pilih, ini pilihan sudah di hadapan kita, A B C D E F mana yang kau pilih?, Hadirin hadirat... Beruntung mereka yang memilih ingin bersama ruh Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, maka jawablah dengan perbuatan, jawablah dengan niat, jawablah dengan penyesalan atas dosa-dosa kita, jawablah dengan membenahi diri kita."


Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 26hb October 2009M.
Doa penutup : Habibana Hud Bagir al-`Attas حفظه الله تعالى
Qasidah penutup : Ya ArhamarRohimin.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Monday, October 26, 2009

لبيك اللهم لبيك



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك
إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك


"RasuluLlah صلى الله عليه وسلم berangkat ke haji dengan menunggang kenderaan yang tua, beralaskan tikar yang buruk, harga nya tidak sampai 4 dirham sahja. Selagi seorang haji itu merendah diri, menunjukkan kemiskinan nya dan serba rendah dan mudah untuk mengharapkan keredhaan ALLAH تعالى, maka sikap serupa itu adalah lebih baik, lebih bersih, lebih sempurna dan lebih mulia dalam pandangan ALLAH تعالى.


Berkata Hujjatul Islam Imam Ghazali رحمة الله تعالى عليه : "ALLAH تعالى telah mengumpamakan keberangkatan ke haji itu, seperti keberangatan ke akhirat. Setiap anda mengurus sesuatu urusan dalam pelayaran itu, hendaklah anda menggambarkan sesuatu perkara dari urusan akhirat yang menyamai atau setanding dengan nya. Ketika memberikan selamat tinggal kepada keluarga dan teman dan rakan, hendaklah anda merasakan seperti mengucapkan selamat tinggal ketika dalam sarakatil-maut. Ketika menyiapkan bekal untuk perbelanjaan, hendaklah anda niatkan seperti menyediakan bekal untuk menuju ke akhirat.


Ketika mengingati jauh nya perjalanan yang akan ditempuh, atau khuatirkan halangan dan rintangan di dalam perjalanan itu, hendaklah mengingat pula jauh nya perjalanan ke akhirat, mengingat juga fitnah Munkar dan Nakir dan siksa yang akan dirasakan di dalam kubur kelak. Ketika merenungkan pakaian ihram yang serba putih itu, hendaklah anda mengingat pula kain kafan yang akan membalut tubuh anda sesudah mati.


Ketika bersa`i antara Safa dan Marwah, hendaklah anda mengambarkan betapa gusar nya anda ketika berulang-alik antara dua neraca Mizan (timbangan) di akhirat untuk menentukan mana satu neraca nya yang berat. Ketika berwuquf di `Arafah, anda menggambarkan betapa keadaan nya berwuquf di Padang Mahsyar."


Ini adalah keringkasan yang saya petik dari maksud yang dibacarakan oleh Imam Ghazali dalam perkara ini. Memanglah tepat apa yang dianjurkan oleh Imam Ghazali itu, moga-moga ALLAH mencucurkan Rahmat keatas ruh nya, dan dibalasNYA dengan yang baik atas petunjuk nya kepada kaum Muslimin." - Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم





Kepada para jemaah Singapura yang akan berangkat ke tanah suci Makkah bermula pada 28hb Oktober ini, didoakan agar mereka selamat berangkat dan selamat kembali dengan ibadah haji yang mabrur, sa`i yang masykur dan amalan-amalan shalih yang makbul. Semoga tetap istiqamah dalam ketaatan dan kebajikan sehingga nafas yang terakhir. Semoga kita juga diantara hamba-hambaNYA yang DipilihNYA kelak untuk berada disana, tanah suci yang penuh dengan sejarah, Rahmat serta Keberkahan. Dan seterus nya dapat menziarahi maqam kekasih ALLAH dan kekasih yang sangat mencintai kita, Nabi Muhammad ibn `AbdiLlah صلى الله عليه وسلم, yang saat itu benar-benar berhampiran dengan jasad kita. Amiin ALLAHumma amiin.


Kepada sesiapa yang berminat, antum bisa ikuti pengajian yang dibimbing oleh al-Fadhil asy-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى atau al-Fadhil Ustaz Tengku Mohamad Fouzy ibn Tengku Mahid Jumat حفظه الله تعالى serta al-Fadhil Ustaz Hassan Saifouridzal حفظه الله تعالى mengenai adab, manasik dan lain-lain yang berkaitan dalam mengerjakan ibadah fardhu haji. Disamping itu, antum juga bisa rujuk di lelaman MUIS untuk buku-buku panduan yang telah disediakan dalam 3 bahasa; Melayu, Inggeris dan Tamil. JazakumuLlahu khairal jaza` di atas segala usaha dan jasa. Semoga kita semua memperolehi manfaat serta barakah dari nya. Amiin ALLAHumma amiin.


Akhirul kalam, semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan setiap nafas dan masa yang ALLAH سبحانه وتعالى Berikan ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan shalih yang wajib mahupun yang sunnat. Insya`ALLAH تعالى, semoga kita juga dapat mengerjakan puasa sunnat pada Hari `Arafah yang jatuh pada 9 Dzulhijjah kelak; puasa pada hari tersebut pahala nya penghapus dosa 1 tahun sebelum nya dan 1 tahun sesudah nya. ALLAHu akbar wa liLlahil Hamd!


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, sesungguh nya kami memohon kepadaMU keselamatan pada Agama, kesihatan jasad, bertambah `ilmu pengetahuan, keberkahan rezki, bertaubat sebelum mati, Rahmat ketika mati dan Keampunan setelah mati. Wahai ALLAH, Ringankanlah ke atas kami semasa sarakatil-maut, Lepaskanlah kami dari api neraka dan Berikanlah Kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau Sesatkan hati kami setelah Engkau Memberi Pertunjuk kepada kami. Berikanlah kami Rahmat dari SisiMU, sesungguh nya Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi. Wahai ALLAH, ini adalah doa kami dan dariMU `Ijabah dan inilah semua kemampuan dan atas Engkau kami Bertawakal dan sesungguh nya kepadaMU jua kami akan kembali. Tiada daya dan upaya kecuali dengan Pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.



اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, October 25, 2009

"ALLAH سبحانه وتعالى Gives, But Man Must Open His Hand"






بســـــــم الله الرحمان الرحيم


"And your Lord says :
"Call on ME; I will Answer your (Prayer)...""
- Suratul Mu`min (al-Ghafir) verse 60



صــــــــدق الله العظيم

Saturday, October 24, 2009

الســـــــلام عليك يا حبيب الله



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة





"Sejahteralah jasad Baginda setelah melalui hari-hari nya yang memenatkan serta meletihkan disebabkan kita... Sejahteralah jasad Baginda dapat berehat setelah perut nya yang diikat dengan batu kerana kelaparan disebabkan kita... Sejahteralah jasad yang pernah dilemparkan dengan batu sehingga melukakan nya disebabkan kita...


Sejahteralah jasad yang pernah dipatahkan geraham nya disebabkan kita... Sejahteralah jasad yang pernah dilukakan dahi nya dan mengalirlah darah nya lalu Baginda menahan nya dengan tangan nya untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah sebagai Rahmat bagi mereka dan kita dari Kemurkaan ALLAH... Sejahteralah jasad yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipi nya disebabkan kita....


Sejahteralah jasad yang mana kaki nya bengkak disebabkan pengabdian nya pada ALLAH serta da`wah untuk kita... Sejahteralah jasad yang memikul kesukaran, keletihan, kesakitan dan kelaparan disebabkan kita...."



اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور




Gambar : Akhina fiLlah
Kalimah : Habibana `Ali Zain al-`Abideen ibn `Abd al-Rahman al-Jifri حفظه الله تعالى
Selawat di bahagian atas : Riwayat dari Ruwayfi` ibn Tsabit al-Anshari رضي الله تعالى عنه
Selawat di bahagian bawah : Riwayat dari al-Imam al-Fakihani رضي الله تعالى عنه



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Sebesar-Besarnya Kejahatan Diantara Muslimin



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Sang Nabi sampai di `Arsy ar-Rahman tidak Diperintah untuk melepas sandal nya, bukan berarti sandal nya lebih mulia dari seluruh makhluk bagaimana Jibril عليه السلام kok tidak bisa naik tapi sandal Rasul صلى الله عليه وسلم bisa sampai ke Hadirat ALLAH? Hingga muncul satu syair "Mana sih yang lebih mulia Jibril atau sandal Rasul? Kok sandal Rasul bisa sampai ke Hadirat ALLAH?," Tentu nya (sangat lebih mulia) Jibril عليه السلام, sandal hanya terbuat dari kulit kambing yang tidak ada arti nya, tapi masalah nya karena terikat di kaki Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم! Ini adalah hukum taba`iyyah. Tentu nya pakaian Rasul صلى الله عليه وسلم yang dipakai beliau bukan berarti lebih mulia dari semua makhluk, tapi karena hukum taba`iyyah yaitu terikat di pakaian Sang Nabi صلى الله عليه وسلم, nah kalau sandal yang terikat di kaki beliau bisa sampai ke Hadirat ALLAH, terlebih lagi jiwa yang terikat kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم!"


Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 19hb October 2009M.
Qasaid penutup : Burdah Muhammadun dan Ya ArhamarRohimin.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, October 23, 2009

Keutamaan Hari Jumaat



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Ketahuilah moga² ALLAH Membahagiakan anda, bahwasa nya hari Jumaat itu adalah Penghulu segala hari. Ia mempunyai keutamaan yang istimewa di sisi ALLAH تعالى. Padanyalah ALLAH telah Mencipta Nabi Adam عليه السلام. Pada nya juga hari Kiamat akan jatuh, dan ALLAH akan Mengizinkan ahli Syurga untuk mengunjungi Syurga. Para Malaikat menamakan hari Jumaat itu sebagai Hari Penambahan, disebabkan banyak nya pintu² Rahmat Dibuka pada hari itu. Pada hari itu juga ALLAH akan Melimpahkan KurniaNYA dan Menabur KebaikanNYA.


Pada hari itu pula ada sesaat yang mulia, di mana segala pohon dan doa akan Dikabulkan. Saat yang mulia itu Dirahasiakan, sebagaimana yang dibicarakan oleh al-Imam Ghazali dan selain nya رحمة الله تعالى عليهم أجمعين. Lantaran itu, hendaklah anda melazimkan diri berbuat amalan² yang shalih, dan kerja² yang berkaitan dengan urusan Agama pada hari itu. Janganlah hendak nya anda berbuat kerja² yang lain dari itu, kecuali kerja² yang penting yang tidak boleh tidak mesti anda lakukan. Jadikanlah hari Jumaat itu sebagai hari yang dikhususkan untuk kerja² Akhirat semata-mata. Memadailah hari² yang lain itu pula untuk kerja² dunia yang dikira sebagai sesia dan tidak menguntungkan.


Tambahan pada itu, hendaklah seseorang Mu`min itu menjadikan semua siang dan malam nya tidak terluput dari amalan² untuk Akhirat. Jika yang demikian itu tidak mungkin disebabkan tenaga nya telah habis dibolot oleh kerja² dunia, maka sekurang-kurang nya hendaklah ia peruntukkan walau sedikit masa nya untuk amalan² Akhirat pada setiap hari." - Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم






"Wahai ALLAH, aku memohon kepadaMU keni`matan yang sempurna dan daripada Perlindungan yang tidak terhenti dan aku memohon Rahmat yang menyeluruh dan daripada kesihatan yang diharapkan, kehidupan yang makmur, daripada umur yang penuh kebahagiaan dan daripada kebaikkan yang sempurna, daripada ni`mat yang menyeluruh, keutamaan yang penuh keindahan dan belas kasih yang bermanfaat dan bukan bahaya. Jadikanlah Engkau atas kami kemanfaatan dan jangan Engkau jadikan atas kami kemudharatan.


Wahai ALLAH, Akhiri hidup kami dengan kebahagiaan, nyatakanlah tambah nya amalan² kami, Temanilah pagi kami dan petang kami dengan kesihatan, Jadikanlah RahmatMU tempat kembaliku dan tempat akhirku. Dan Anugerahilah atas kami dengan memperbaiki ke`aiban kami dan Jadikanlah taqwa sebagai bekal kami di dalam AgamaMU, kesungguhan dari kami hanya kepadaMU. Kami berpasrah diri dan berpegang teguh dan tetapkanlah jalan IstiqamahMU dan kami berlindung di dunia ini dari sesuatu yang mewajibkan penyesalan pada hari Kiamat, Ringankanlah beban berat dosa kami, berilah rezki, kehidupan yang bahagia, Cukupkanlah dan Palingkanlah kami dari segala keburukkan dan Bebaskanlah kami, bapa² kami, ibu² kami, anak² kami, saudara² kami, kaum kerabat kami dan keluarga kami dari siksa kubur dan siksa Neraka. Wahai Dzat yang Maha Perkasa, yang Maha Pengampun yang penuh dengan Kemuliaan serta yang Menutupi ke`aiban. Wahai Dzat yang Maha Bijaksana, Wahai Dzat yang Maha Memaksa, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH yang Maha Penyayang." - Doa Hujjatul Islam al-Imam Ghazali رحمة الله تعالى عليه dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"



اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Keistiqamahan = Kebahagiaan






بســـــــم الله الرحمان الرحيم


"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : "Tuhan kami ialah ALLAH",
kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka
dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni Syurga,
mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan."
(اللهــــم أجعلنا منــــهم)
- Suratul Ahqaf ayat 13-14



صــــــــدق الله العظيم

Wednesday, October 21, 2009

Malu & Baik Sangka Kepada ALLAH سبحانه وتعالى



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Al HamduliLlah, diatas KehendakNYA jua, posting berikut ini menjadi pilihan para Pembaca yang budiman sekalian dan sekaligus menduduki tangga teratas untuk "Entry Page" pada minggu yang lalu. SubhanALLAH. Semoga kita memperolehi manfaat serta barakah dari nya. Amiin ALLAHumma amiin. BarakALLAHu fikum wa jazakumuLlahu khairal jaza`.


Hadiths 1 : Daripada Sa`id bin Yazid رضي الله تعالى عنه kata nya :
"Sesungguh nya ada seorang lelaki meminta wasiat kepada RasuluLlah صلى الله عليه وسلم : "Wasiatkanlah sesuatu kepadaku!" Lalu Baginda bersabda : "Aku berwasiat kepadamu supaya malu kepada ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar sepertimana kamu malu kepada seorang lelaki Shalih daripada kaummu." - Maksud Hadiths Riwayat Imam Ahmad رحمة الله تعالى di dalam al-Zuhdi ms. 59.

Pengajaran Hadiths : Pertama : Hadiths ini mengajar kepada kita supaya rajin-rajin menziarahi orang-orang Shalih dan meminta nasihat kepada nya untuk bekalan akhirat kita. Kedua : Yang dimaksudkan dengan malu kepada ALLAH ialah mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang. Kenapa kita disuruh malu kepada ALLAH seperti malu kepada orang yang paling kita segani daripada kaum kita? Memang begitulah tabiat manusia, mana ada yang nama nya manusia mampu mengerjakan sesuatu yang tidak baik apabila dilihat oleh orang yang paling dia segani? Begitulah juga sekurang-kurang nya supaya kita malu kepada ALLAH تعالى apabila kita melakukan benda yang tidak baik. Di sinilah perlu nya maqam Muraqabah (meyakini ALLAH Melihat kita) ialah maqam permulaan kewalian atau juga disebut dengan maqam taqwa.


Hadiths 2 : Daripada Fadhalah bin Ubaid dan Ubadah bin al-Shamit رضي الله تعالى عنهم bahawasa nya RasuluLlah صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Apabila tiba hari Kiamat kelak, dan pengadilan terhadap MakhlukNYA sudah hampir selesai, maka ketika itu tinggal lagi dua orang, lalu diperintahkan kepada dua orang itu supaya diheret ke neraka, maka salah seorang daripada mereka itu menoleh, lalu Dzat yang Maha Perkasa berfirman : "Kembalilah dia ke sini!" Maka segeralah ia dikembalikan ke hadapanNYA. Kemudian ia ditanya : "Mengapa engkau menoleh?" Jawab nya : "Hamba benar-benar berharap kira nya Tuan sudi Memasukkan hamba ke dalam Syurga." Jelas RasuluLlah صلى الله عليه وسلم lagi : "Lalu diperintahkan supaya hamba tadi digiring ke dalam SyurgaNYA." Kemudian RasuluLlah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguh nya aku benar-benar dilimpahi kurnia yang banyak oleh ALLAH, sehingga sekira nya aku berikan makan kepada semua penduduk Syurga nescaya tidak menghabisi barang sedikitpun yang ada di sisiku." - Maksud Hadiths Riwayat ibnu Abid Dun-ya رحمة الله تعالى di dalam bab Husnu al-Dzan BiLlah ms. 67 Hadiths 58.

Pengajaran Hadiths : Hadiths ini menerangkan kepada kita tentang fadhilat baik sangka kepada ALLAH تعالى. Terkadang di antara kita ini ada yang disempitkan rezeki nya, diuji satu demi satu tidak berhenti, cacat anggota badan, dimadukan dan lain-lain. Semua ini ada hikmah disebalik nya, baik semua, cuma kita sahja yang terkadang buruk sangka dengan ALLAH.


Pernah satu hari ada seekor semut masuk telinga saya sekitar pukul dua pagi. Kejadian ini mungkin kecil pada anggapan kebanyakkan orang, tetapi memang benar-benar pedih dan menyakitkan. Saya rasakan semut itu seakan-akan memegang kayu dan memukul-mukul gendang telinga saya. Berjam-jam saya dalam kesakitan ini dan berbagai cara yang saya lakukan untuk mengeluarkan nya; mengorek telinga, menuang air dan macam-macam lagi, tetapi semua nya gagal. Akhir nya saya diilhami supaya mengakui bahawa semua ini ada hikmah nya. Kemudian saya seru ALLAH dengan "يا حكــــم" (Dzat yang Maha Bijaksana!) Setelah saya seru ALLAH dengan NamaNYA, tidak sampai lima kali semut itu keluar dengan berkat baik sangka kepadaNYA. Semoga perkara yang kecil ini dapat menjadi iktibar dalam menghadapi perkara kita yang lebih besar.



Sumber : Kitab "40 Mutiara Hadiths dari 40 buah Kitab" karangan al-Fadhil Tuan Guru
asy-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Monday, October 19, 2009

Tiada Ada Yang Menolak Qada` Kecuali Doa



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





يالطيف لم يزل ألطف بنا فيما نزل
إنك لطيف لم تزل ألطف بنا والمسلمين
"Wahai Tuhan yang Amat Mengasihani, yang sentiasa Berlemah Lembut terhadap apa² yang turun, Kasihanilah kami pada apa² yang turun (dari segala bala dan wabak). Sesungguh nya Engkau yang Amat Mengasihani terhadap apa² yang turun. (Yang Tiada Berubah) Kasihanilah kami dan sekalian kaum Muslimin."


Apa yang Tuhan Turunkan berupa takdir. Apa yang telah Ditakdirkan ALLAH pasti akan turun; tidak boleh diubah. Tetapi kita boleh memohon akan Kelembutan di atas takdir yang telah Ditetapkan oleh ALLAH kepada kita sebagaimana doa nya Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه yang masyhur :

اللهم يا لطيف نسألك اللطف فيما جرت به المقادر
"Wahai ALLAH, aku memohon kepadaMU di atas NamaMU yang Maha Lembut, Berilah kepada kami Kelembutan di atas apa yang telah Ditakdirkan (olehMU)."


Dalam sebuah Hadiths Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Tiada ada yang menolak qada` kecuali doa."

Insya`ALLAH dengan doa yang ikhlas, ALLAH تعالى akan Menghindarkan segala bala dan bencana daripada kita.


Kiyai Anwar Musaddad dan Keropok


Pada suatu masa dahulu, sedang saya makan bersama bapak Kiyai Anwar Musaddad, Pemimpin Yayasan al-Musaddadiyah, di Garut, Indonesia, keropok yang dipegang nya jatuh ke bawah.


Beliau tersenyum dan berkata الحمد لله. Saya bertanya kepada Pak Kiyai kenapa beliau berkata
الحمد لله apabila keropok nya jatuh. Beliau menjawab :
"Munkgin dalam takdir Tuhan, kapal terbang yang saya bakal naik akan jatuh. Tetapi oleh kerna saya banyak membaca doa dan wirid², ALLAH تعالى Menggantikan nya dengan keropok. Apa yang Tuhan telah Takdirkan tetap akan terjadi, cuma insya`ALLAH dengan banyak berwirid, ALLAH تعالى Mengalihkan ke barang yang lain. Jatuh tetap akan jatuh, tetapi bukankah lebih baik keropok daripada pesawat yang dinaiki!" ujar Pak Kiyai.

Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas
رحمة الله تعالى عليه" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى




وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, October 15, 2009

Doα Sαηg Nαbi صلى الله عليه وسلم Uηtυk Bєrliηdυηg Kєpαdα ALLAH سبحانه وتعالى



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 12hb October 2009M.
Qasaid penutup : Burdah Muhammadun dan Ya ArhamarRohimin.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

ALLAH سبحانه وتعالى Kαbυlkαη Doα Ummαt Pαdα Mαsα² Tєrtєηtυ



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




"Dan apabila hambaKU bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah, bahwasa nya Aku Dekat. Aku Mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila mereka memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala PerintahKU) dan hendaklah mereka beriman kepadaKU, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." - 2 : 186


"ALLAH سبحانه وتعالى Mengabulkan doa pada masa² tertentu, sepanjang tahun. Antara saat² yang baik ialah selepas solat, selepas azan, antara dua azan, sewaktu hujan lebat, sewaktu peperangan apabila askar Islam bertempur dengan tentera kafir dalam perang sabil, sewaktu sakit, pada bulan Ramadhan dan sewaktu berpuasa. Maka rendahkanlah diri pada waktu itu.


Tidak ada rugi orang yang berdoa. Usah memperkecilkan doa atau berkata doa itu membuang masa dengan ungkapan seperti "buat apa doa tanpa usaha" atau "asyik doa sahja!"


Doa adalah ibadah. Sebagai Mu`minin, kita perlu berusaha dengan melakukan kerja, yang penting kerja itu halal. Jangan lupa Akhirat dan peranan doa. Usah lupa bahwa apa yang kita dapat adalah atas RestuNYA dan Rahmat bagi kita. Kadangkala orang yang derhaka juga mendapat rezki, malah lebih. Namun, yang penting ialah apa yang kita peroleh, ia disusuli dengan Rahmat dan bukan azab. (Nakmah adalah ni`mat yang disusuli dengan azab) - wal `iyadzubiLlah


Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud bahwa ALLAH سبحانه وتعالى Malu kalau hambaNYA menadah kedua-dua tangan lalu ditolak begitu sahja. Biasa nya, jika kita meminta pertolongan dari manusia budiman dan mulia hati, mereka tidak menolak nya. Sedikit sebanyak mereka akan memberi. Ini hanya manusia. ALLAH سبحانه وتعالى Maha Pemberi dan Pemurah dan tidak akan Mensia-siakan orang yang mengangkat tangan. Cara berdoa ada syarat nya seperti memakan makanan yang halal dan dengan mengangkat tangan.



Dalam sebuah hadiths, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda bermaksud seorang hamba harus berdoa kepada ALLAH سبحانه وتعالى dengan sesuatu doa yang tidak ada dosa (jangan berdoa perkara dosa seperti meminta menang dalam loteri) dan tidak pula dia berdoa untuk memutuskan silaturrahim atau mendoakan bala daripada seseorang yang tidak sepatut nya. Maka itu, kalau ada orang yang menyakiti kita, kita dibenarkan berdoa pembelaan, tetapi dinasihati jangan sampai doa melebihi apa yang dibuat kerna jika dikabul oleh ALLAH سبحانه وتعالى, ini bermakna kita berhutang kepada nya. Serahkan perkara itu kepada ALLAH سبحانه وتعالى.


Jika kita berdoa perkara baik, ALLAH سبحانه وتعالى akan Memberi satu daripada tiga - pahala doa; sama ada apa yang diminta Diberi (Diperkenankan), atau ALLAH سبحانه وتعالى tidak Memberi, tetapi Disimpan di Akhirat (misal nya dia ingin kesenangan dunia, tetapi tidak dikabulkan). Jangan susah hati kerna ada hikmah nya. Ada manusia yang rosak apabila kaya dan ALLAH سبحانه وتعالى Mahu Melindungi orang itu daripada kerosakan kekayaan. Sebalik nya, ALLAH سبحانه وتعالى Mengurniakan nya dengan kesenangan Akhirat.


Dalam sejarah, ada manusia miskin dan meminta kaya. Setelah Diberi kekayaan, mereka rosak. Karun asal nya miskin. Dia akrab dengan Nabi Musa عليه السلام. Tetapi apabila doa kaya nya Diperkenankan, dia mula menentang Nabi Musa عليه السلام. Dalam zaman Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, ada sejarah seorang miskin yang datang berjumpa Baginda صلى الله عليه وسلم dan meminta Baginda صلى الله عليه وسلم mendoakan agar dia kaya. Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda adalah lebih baik dia bersyukur dengan sedikit yang dimiliki daripada tidak bersyukur langsung apabila dia mempunyai banyak. Dia pun berjanji akan bersedekah dan beribadah apabila kaya kelak. Malang nya, setelah kaya, dia menjadi bakhil, tidak mahu berzakat dan menjadi munafik. Inilah fitnah dunia. - wal `iyadzubiLlah


Hidup Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم amat sederhana dan hidup Baginda صلى الله عليه وسلم di dunia amat berpada. Pakaian Baginda hanya beberapa helai. Mintalah kepada ALLAH سبحانه وتعالى sesuatu yang baik. Orang sufi tidak meminta dan hanya menerima apa sahja yang ALLAH سبحانه وتعالى Beri. Mereka tidak risau pada dunia. Sebalik nya, mereka risau jika tidak dapat beribadah." - Tafsir ini dipetik daripada Tafsir al-Quran yang disampaikan oleh al-Marhum Ustaz Syed `AbdiLlah ibn Ahmad al-Jufri رحمة الله تعالى عليه di Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah, semasa hayat nya.




Beserta posting kali ini adalah jadual Haul Ustaz Syed `AbdiLlah ibn Ahmad al-Jufri dan Haul al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad رحمة الله تعالى عليهم أجمعين. Untuk pengetahuan bersama, tanggal Haul Ustaz Syed `AbdiLlah al-Jufri (1 Dzulqa`idah) dengan Haul al-Imam al-Habib `AbduLlah al-Haddad (7 Dzulqa`idah) sebenar nya tidaklah begitu jauh. Kecintaan al-Marhum Ustaz Syed `AbdiLlah al-Jufri kepada al-Imam al-Habib `AbduLlah al-Haddad adalah diantara asbab musabab tanggal Haul diantara mereka saling berdekatan, demikian menurut Sultanul Ulama` al-`Alim al-`Allamah al-Habib Salim ibn `AbduLlah ibn Umar asy-Syathiri حفظه الله تعالى, pada Haul al-Marhum Ustaz Syed `AbdiLlah al-Jufri tahun lalu di Masjid Sultan, Singapura. ALLAHu ALLAH. Sungguh Maha Pemurah Tuhan kita, ALLAH سبحانه وتعالى, yang RahmatNYA Meliputi segala sesuatu. Mengingatkan hamba kepada sabdaan Baginda RasuluLlah صلى الله عليه وسلم bahwa seseorang akan bersama orang yang ia cintai...


Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Memuliakan ruh beliau bersama RasuluLlah صلى الله عليه وسلم, para Shalihin dan Muqarrabin. Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Menguatkan hubungan ruh kita khusus nya dengan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم, Menyatukan ruh kita bersama para Pencinta ALLAH سبحانه وتعالى dan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم serta turut merasakan manis nya kekhusyu`an dan mahabbah cinta mereka pada ALLAH سبحانه وتعالى dan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم zahiran wa batinan, fid dunia wal Akhirah. Semoga Majlis yang mubarakah ini Diterima, Diredhai dan Diberkahi ALLAH سبحانه وتعالى. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram.



اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, October 9, 2009

Sємαηgat Bαrυ Uηtυk Ibαdαh



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد السابق للخلق نوره
ورحمة للعالمين ظهوره عدد من مضى من خلقك ومن بقى
ومن سعد منهم ومن شقى صلاة تستغرق العد وتحيط بالحد
صلاة لا غاية لها ولا منتهى ولا أنقضاء صلاة دائمة بدوامك
وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً مثل ذلك
- Selawat Sultanul Auliya as-Syeikh `Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




"Al-HamduliLlah dengan Rahmat dan Kasih SayangNYA kita masih bisa meni`mati tarikan nafas kita, masih Diberikan panjang umur oleh Sang yang Mulia ALLAH سبحانه وتعالى, sehingga kita masih Diberi kesempatan untuk selalu beribadah kepadaNYA.


Bulan yang Mulia Ramadhan telah meninggalkan kita, bulan yang mana kita mendapatkan Pendidikan langsung dari ALLAH سبحانه وتعالى untuk bisa mengendalikan hidup kita untuk bisa lebih baik lagi, hikmah yang ada wahai kaum Muslimin dan Muslimat sangat besar sekali. Sekarang Ramadhan telah berlalu memberikan kita semangat yang baru untuk selalu mendekatkan diri kepadaNYA, salah satu alamat kita meni`mati bulan Suci itu, kita akan lebih bertaqwa kepadaNYA, bisa lebih mengendalikan diri dan hati kita. Berdzikir selalu kepadaNYA, dimanapun kita berada. ALLAH سبحانه وتعالى berfirman :
"Ingatlah ALLAH di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring." - 4 : 103


Beribadah kepada ALLAH hendaklah selalu disertai al-Khauf (takut) dan ar-Raja` (berharap) serta al-Mahabbah (cinta). Mengharapkan pahala ketika beribadah adalah benar dan memang itulah diantara ajaran al-Qur`an dan as-Sunnah akan tetapi tentu saja kita harus memahami hikmah, tujuan dan pesan moral dari ibadah itu sendiri, seperti puasa Ramadhan tujuan utamanya adalah menjadikan seseorang bertaqwa. ALLAH تعالى berfirman :
"Hai orang² yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang² sebelum kamu agar kamu bertaqwa." - 2 : 183


Apalah ertinya seseorang yang ahli beribadah akan tetapi ibadah tersebut tidak merubah akhlaqnya yang buruk. Orang yang memperoleh kemenangan dan kesuksesan pada bulan Ramadhan adalah orang yang tetap istiqamah dan baik setelah selesai Ramadhan karena ibadah bukan hanya pada bulan Ramadhan akan tetapi seorang Mu`min beribadah kepada ALLAH sampai datang kepadanya kematian. ALLAH تعالى berfirman :
"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)." - 15 : 99


Janganlah kita menjadi orang² yang hanya mengenal ALLAH di bulan Ramadhan saja, setelah Ramadhan pun kita harus lebih dekat lagi kepada ALLAH سبحانه وتعالى, kerjakan ibadah baik itu yang wajib nya dan juga yang sunnah² nya.


Bersemangat dalam melaksanakan ibadah² sunnah meskipun hanyak sedikit, karena sesungguhnya amalan sunnah yang senantiasa kita kerjakan meskipun sedikit itu lebih Disukai ALLAH تعالى ketimbang amalan yang banyak tapi tidak selalu dikerjakan sebagaimana yang telah di sabdakan oleh RasuluLlah صلى الله عليه وسلم


"Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau Jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau Memberi Petunjuk kepada kami, dan Kurniakanlah kepada kami Rahmat dari Sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (Kurnia)." - 3 : 8


Mudah-mudahan kita bisa menjadi hamba² yang selalu bertaqwa kepadaNYA." - Sebuah Tazkirah dari Majelis Ta`lim dan Tadzkir al-Anwar pimpinan al-Habib Muhammad Syahab حفظه الله تعالى



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Sυrαtυl Kαhfi Ayαt 10 ♥ Khαsiαt & Kαifiαt Bєrαмαl



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Doa Agar Beroleh Keselamatan :


ربــنـا آتــنــا مـــن لـدنــك رحــمــة وهيئ لنا من أمرنا رشـــداً

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami Rahmat dari SisiMu dan Berilah Kemudahan² serta Pimpinan kepada kami untuk keselamatan Agama kami." - 18 : 10



Keterangan ayat :

Ketika pemuda² Ashabul khafi melarikan diri ke dalam gua (al-Kahf) itu, mereka berdoa kepada ALLAH agar mendapat Rahmat dan HidayahNYA agar terus istiqamah dalam menjaga iman mereka. Walaupun mereka berasal dari keluarga bangsawan tetapi keyakinan terhadap aqidah yang suci mengakar dalam diri menyebabkan mereka sanggup melarikan diri daripada menyertai raja dan masyarakat kafir terhadap ALLAH. Rahmat yang dimaksudkan dalam ayat ini merujuk kepada "Keampunan, Rezki dan Keselamatan". Rasyadan pula merujuk kepada "`Ilham dan Hidayah yang membawa kepada Hidayah di dunia dan Akhirat." Pemuda² itu memohon Kasih Sayang ALLAH agar Memberkati usaha mereka di dunia dan Akhirat. (Tafsir Ruhil Ma`ani, tafsir ayat 10 surah al-Kahfi)



Khasiat dan kaifiat beramal :

Justeru, kita dituntut mengamalkan doa ini untuk memperolehi Keredhaan, Keberkatan dan RahmatNYA. (Tafsir Ruhil Ma`ani, tafsir ayat 10 surah al-Kahfi) - Dari kitab "101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam al-Quran - Khasiat & Kaifiat Beramal" karangan al-Fadhil Ustaz Haji Zahazan Mohamed حفظه الله تعالى



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, October 8, 2009

إنك سميع قريب



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar







"Maka telah aku isyaratkan untuk menyifatkan budi pekerti Beliau (صلى الله عليه وسلم) yang menghidupkan dan mengguncang luruhkan kegundahan dan ALLAH telah Memuji nya maka apalah erti nya pujian kita dan bagaimana pujian kita ini dinamakan pujian akan tetapi cinta kasih dalam sanubari telah menuntut untuk memuji Hamba Pilihan Pencipta kita yang telah menyeru kita dengan kelembutan...


Maka setelah kita bersatu dengan cinta dan kasih sayang (terhadap Nabi صلى الله عليه وسلم) maka disinilah kita mengangkat kedua tangan kita yang hina untuk berdoa kepada Tuhan yang Maha Tunggal dalam KeEsaanNYA serta Maha Mulia dengan mengambil perantara pada yang telah menyeru kita kepadaNYA; HambaNYA yang Terpilih, KekasihNYA serta HambaNYA yang Terkemuka dan sebaik-baik Ciptaan di alam semesta yang dengan nya (صلى الله عليه وسلم) ALLAH telah Menciptakan kita...


Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami, Demi Nabi yang Terpilih Terimalah kami dan Kabulkanlah doa kami hanya Engkau Harapan kami, hanya Engkau Harapan kami, wahai Satu² nya tempat Memohon dan Harapan di dunia dan di Akhirat kami...


Perbaikilah keadaan kami dan Ampunilah dosa kami dan Janganlah Engkau Murkai kami apabila kami berbuat kesalahan dan Jadikanlah kami selalu berjalan pada ajaran Nabi Thaha (صلى الله عليه وسلم) yang Terpilih dan Kuatkanlah serta Tetapkanlah langkah² kami pada jalan yang telah dilalui oleh Sang Kekasih...


Dan Perlihatkanlah kami demi AnugerahMU, wajah NabiMU dalam gemilang nya kegembiraan dengan pandangan kasih sayang serta Keredhaan yang selalu Menaungi kami dan ikatlah kami selalu dengan Beliau (صلى الله عليه وسلم) dalam segala gerak-geri kami, dan juga orang² yang mengikuti kami dan mencintai kami...


Demikian pula orang² yang beramal shalih dan orang² yang mendengar da`wah kami, orang yang kami berhutang budi pada mereka dan orang² yang memohon nasihat dari kami juga atas para hadirin dan penyelenggara, maka wahai ALLAH, inilah kami dihadapaMU dan Engkau Melihat kami...


Dan bahwasa nya sungguh kami mengharapkanMU, maka Kabulkanlah permohonan kami dan Dengarlah demi KemurahanMU, doa kami wahai yang Maha Mendengar dan Pilihlah kami sebagai penolong sunnah Thaha (صلى الله عليه وسلم) diseluruh pelosok bumi dan Hancurkanlah semua yang memusuhi kami...


Dan pandanglah kami dengan Kasih SayangMU dan Berilah kami minuman dari cangkir² (Mahabbah Rasul صلى الله عليه وسلم) dan Sembuhkanlah penyakit yang ada pada kami dengan segera dan Kabulkanlah segala hajat kami dan Akhirilah hidup kami dengan kebaikan dan Jadikanlah kebaikan pula di hari kemudian...


Wahai ALLAH, Kumpulkanlah kami bersama Kekasih kami di Syurga FirdausMU, wahai yang hanya kepadaNYA harapan kami. Wahai ALLAH, Kumpulkanlah kami bersama Kekasih kami di Syurga FirdausMU, wahai yang hanya kepadaNYA harapan kami. Wahai ALLAH, Kumpulkanlah kami bersama Kekasih kami di Syurga FirdausMU, wahai yang hanya kepadaNYA harapan kami, demi Hamba (صلى الله عليه وسلم) yang Terpilih yang Limpahan Selawat selalu atas nya dan atas keluarga serta keturunan nya sebanyak hembusan angin di pagi hari." -
Doa Munajat dalam Maulid ad-Dhiya`Ullami bacaan Habibana `Ali Zain al-`Abideen ibn `Abd al-Rahman al-Jifri حفظه الله تعالى



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Hαti ♥ Bєrhαti-hαti



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Ketahuilah, wahai Saudara² sekalian, moga² ALLAH تعالى Menggolongkan kita sekalian ke dalam kumpulan orang² yang lurus dan bersih naluri nya lahir dan batin serta mengikuti jejak langkah dan kepercayaan yang hak (benar) dan mengamalkan dengan nya. (Amiin ALLAHumma amiin) Bahwasa nya antara perkara² yang terpenting atas setiap Mu`min, ialah memerhati dan mengamat-amati gerak-geri hati dan segala anggota tubuh, mengawas kedua nya, berusaha sesungguh yang boleh untuk memelihara dan menahan nya dari terjerumus ke dalam perbuatan yang dimurkai ALLAH dan dibenciNYA sambil menganjur dan menggalakkan nya untuk berkecimpung ke dalam perbuatan² yang diredhai dan dikasihiNYA.


ALLAH سبحانه وتعالى telah berfirman :
"Sesungguh nya pendengaran, penglihatan dan hati (kebatinan), semua itu akan dipertanggungjawabkan." - al-Isra` ayat 36


Hati dan semua anggota badan itu merupakan ni`mat² utama ALLAH bagi hamba²NYA. Barangsiapa yang menggunakan nya untuk ketaatan terhadap ALLAH تعالى, dan menyerikan nya dengan perbuatan² yang menimbulkan Kasih-SayangNYA, itu bermakna ia telah mensyukuri ALLAH تعالى, dan memelihara kehormatan anggota² itu serta meletakkan perkhidmatan nya pada tempat nya yang baik, kerana itulah anggota² itu dicipta dan dijadikan oleh Tuhan. Sebab itu, maka ia akan memperolehi pahala orang² yang bersyukur kepada ALLAH تعالى serta balasan orang² yang berbuat kebajikan terhadapNYA, kerna ALLAH سبحانه وتعالى tidak akan mensia²kan pahala orang² yang berbuat baik.





Barangsiapa membiarkan hati nya serta seluruh anggota nya melanggar larang² ALLAH تعالى, mencuai dan mensia²kan perintah²NYA, tidak pernah menunaikan nya, maka ia telah mengkufuri ni`mat ALLAH pada anggota² itu, dan kerna itu ia harus membayar denda dan menerima siksaan ALLAH تعالى. Di hari Kiamat kelak semua anggota² itu akan menjadi saksi di hadapan ALLAH تعالى atas segala maksiat yang dikerjakan dahulu di dunia.


Firman ALLAH تعالى :
"Di hari lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan yang telah mereka kerjakan." - an-Nur ayat 24


FirmanNYA lagi :
"Pada hari itu, KAMI Tutup mulut mereka, akan tetapi tangan mereka akan berkata² kepada KAMI, dan kaki mereka akan menjadi saksi terhadap apa yang mereka lakukan." - Yasin ayat 65


Adapun peranan hati itu, maka ia sebagai kepala anggota dan ketua nya. Pada nya tergantung segala baik atau buruk nya gerak-geri anggota. Nabi صلى الله عليه وسلم telah bersabda :
"Ketahuilah, bahwasa nya di dalam tubuh itu ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah seluruh tubuh itu. Jika buru, buruk pula seluruh tubuh. Ia tiada lain melainkan hati."


Adapun anggota² yang dimaksudkan itu ialah tujuh kesemua nya; iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki." - - Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم



Wahai ALLAH, Tuhan yang telah Menciptakan kami, kami Berlindung kepadaMU dari keburukan
yang kami lakukan, dan kami Berlindung kepadaMU, dari segala sesuatu yang mengundang KemurkaanMU baik dari perkataan, perbuatan, niat serta keyakinan,
sesungguh nya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Dekat...



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Wednesday, October 7, 2009

Doα Sαηg Nαbi صلى الله عليه وسلم Uηtυk Yαηg Sαkit



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 05hb October 2009M.
Qasaid penutup : Burdah Muhammadun dan Ya ArhamarRohimin.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Monday, October 5, 2009

هو الله



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Wahai Pemilik Ruh dan Jasadku,
TanpaMU aku lemah dan tiada bererti...

Wahai Pemilik Ruh dan Jasadku,
Jangan Haramkan diriku untuk menyebut NamaMU lantaran dosa²ku...

Wahai Pemilik Ruh dan Jasadku,
Bimbinglah diriku dalam setiap gerakan dan nafasku...

Wahai Pemilik Ruh dan Jasadku,
NamaMU semoga menjadi kalimah terakhirku...








Kali pertama hamba mendengar lantunan dzikr diatas ini ^ adalah semasa Majlis Ta`lim
bersama al-Fadhil Ustaz Tengku Mohamad Fouzy ibn Tengku Mahid Jumat حفظه الله تعالى
di Masjid Darul Aman, Singapura; sebagai lagu latar belakang.
Hamdan liLlah, sungguh syahdu dan menginsafkan...




لا إله إلاَّ الله محمد رسول الله صلى الله عليه وسلم
كلمة حق عليها نحيا وعليها نموت وعليها نبعث
إن شاء الله تعالى برحمته و كرمه من الأمنين

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, October 4, 2009

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Demi ALLAH, sungguh apabila diperdengarkan nama Sang Kekasih
(Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم) pada orang yang mencintai nya maka
akan tersentak gembira dan hilanglah segala kesusahan...


Dimanakah para Pencinta (Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم) yang mereka itu rela
berkorban dengan nyawa dan meremehkan hal² yang bersifat duniawi...


Tidaklah mereka mendengar sebutan nama "Thaha al-Musthafa (Nabi Muhammad
صلى الله عليه وسلم)", maka bangkitlah semangat dan hilanglah segala kegundahan hati...


Maka bergetarlah ruh² merindukan perjumpaan dan merintih
memohon Keredhaan dari Tuhan nya...


Begitulah keadaan para Pencinta (Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم), maka dengarkanlah perjalanan hidup Sang Pembawa Syafa`at dan konsentrasikanlah pendengaran...


Maka simaklah akan sifat² Thaha (صلى الله عليه وسلم) Imam yang Terpilih dan hadirkanlah hatimu nescaya terpenuhilah hatimu dengan kerinduan pada nya (صلى الله عليه وسلم)...


Wahai Tuhan kami, Limpahkanlah Selawat dan Salam selalu
atas KekasihMU yang telah menyeru kami kepadaMU...


Ya ALLAH, Limpahkanlah Selawat dan Salam
serta Berkahilah atas nya dan atas keluarga nya."
- Bait² indah dari Maulid ad-Dhiya`Ullami








Taushiyah al-Habib Taufiq ibn `Abdul Qadir ibn Husein as-Saqqaf حفظه الله تعالى;
Mudir Pondok Pesantren Sunniyah Salafiyah, Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia,
sempena Haul al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad رحمة الله تعالى عليه



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب