Thursday, June 19, 2008

Taushiyah Serta Doa Dari Habibana


بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين

اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



"Ini dzikruLlah adalah ubat yang paling besar kepada qalbu, adalah ubat yang paling besar untuk membentukkan akhlak, adalah ubat yang paling besar untuk menghilangkan segala kesusahan kita, adalah ubat yang paling besar untuk menghilangkan segala kerisauan, segala kebimbangan, segala apa yang kita susahkan hati kita ini. Dengan dzikruLlah, insya`ALLAH Ta`ala akan mengampunkan dosa kita, menghilangkan kesusahan kita dan akan menukarkan segala kejadian dan segala apa itu kepada kebahagiaan dan kegembiraan..."
- Sedutan taushiyah Habibana mengenai DzikruLlah – Muat-turun diSini *



"Sadaqah ini apa? Kita gembirakan orang lain... Apabila kita gembirakan hati orang lain, ALLAH akan gembirakan kita. Semoga ALLAH Subhana wa Ta`ala memberikan barakah kepada umur kita yang sedikit ini... Semoga ALLAH Subhana wa Ta`ala memberikan kita husnul khatimah dengan barakah RasulALLAH ShalALLAHu`alaihiwasalam."
- Sedutan taushiyah mengenai Sadaqah dan doa Habibana – Muat-turun diSini *



"Sebelum kita membuat apa-apa, mahu jaga niat kita. Apa amal yang baik atau tidak itu bergantung kepada niat. Kalau niat kita tidak baik, tidak akan sampai, tidak akan sampai sama sekali... Kalau kita keturunan yang Soleh, kita keturunan`alim dan Ulama`, harus kita jaga baik-baik, apa itu? Iaitu, kita jaga diri kita. Janganlah kita bermegah dengan keturunan kita, kalau kita tidak mengikut jalan-jalan apa yang dirancangkan, yang diajarkan oleh datuk nenek kita. Semoga ALLAH Subhana wa Ta`ala memberikan Rahmat kepada kita semua."
- Sedutan taushiyah dan doa Habibana di Majlis Haul al-Imam al-Qutub `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad `06 – Lihat video diSini




* Harap maaf diatas rakaman audio yang kurang memuaskan.

** Gambar diambil seusai Forum anjuran Belia Masjid Ba`alwie yang bertajuk
"Hubungan RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dengan Isteri, Anak dan Keluarga"
yang berlangsung di auditorium, RELC International Hotel pada tanggal 30hb April `08.

Shohibul Fadhilah al-Habib as-Sayyid Hasan ibn Muhammad ibn Salim al-`Attas
adalah diantara mereka yang hadir pada malam itu. Turut kelihatan juga adalah
Habibana Hud Bagir al-`Attas, asy-Syeikh Ali Qaddur dll.

Barisan ahli panel terdiri daripada Habibana Dr. `Abdul Qadir al-Habsyi, Habibana Osman Shihab dan Kiyai Syukran Makmun, hafizakumuLlah. Untuk muat-turun, sila rujuk posting yang lalu ini.



اللهم آمين والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails