"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Showing posts with label Ratib. Show all posts
Showing posts with label Ratib. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Ahlan wa Sahlan wa Marhaban wahai Guru Mulia حفظه الله تعالى



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Jadual Lengkap Guru Mulia al-Musnid al-`Allamah al-`Arif BiLlah
al-Habib `Umar bin Hafiz حفظه الله تعالى di Singapura

Wahai ALLAH, Hadirkanlah & Himpunkanlah
kami bersama-sama dengannya...



Isnin, 18hb Oktober 2010M

12.00 tengahari
- Masjid Haji Muhd Salleh
(Ziarah Maqam Habib Nuh al-Habsyi)

6.00 petang
- Masjid al-`Abdul Razak
(Halwa Telinga bersama Hadrah Baswedan)

7.20 malam
- Masjid al-Kaff Kampung Melayu
(Bacaan Maulid & Ratib, Solat Isya` berjama`ah)

8.20 malam
- Masjid al-Kaff Kampung Melayu
(Syarahan; sila lihat poster yang tertera diatas^)



Selasa, 19hb Oktober 2010M

Subuh
- Masjid al-`Abdul Razak
(Solat Subuh berjama`ah & bacaan Maulid adh-Dhiya`Ullami)



[ Sumber : Emel dari SimplyIslam.sg ]



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Monday, July 12, 2010

Menuju Mahabbah RasuluLlah ﷺ ♥ Hadirkan Kami !



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





^ klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.






Muslimin, Muslimat
& Seluruh Pencinta RasuluLlah ﷺ
dijemput hadir !



Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Hadirkanlah dan Himpunkanlah kami bersama-sama dengan mereka, jasadiy wa ruhiy, fiddunya wal Akhirah, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Tuesday, June 29, 2010

"Salam Rindu Selalu Untuk Anda Dan Jamaah Di S`pore" - Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى *

Terakhir dikemaskini - 30 / 06 / 2010




بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat al-Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Produk Terkini !




Atas : Kitab Maulid ad-Dhiya`Ullami ~ SGD $10
Kanan : Khulasoh Madad an-Nabawi ~ SGD $5
Kiri : Kenali Aqidahmu Vol.2 ~ SGD $15
Tiada dalam gambar : Buletin Majelis RasuluLlah ﷺ ~ SGD $3






Kanan : Jubah Hitam (Nisa`) Majelis RasuluLlah ﷺ berbagai saiz ~ SGD $50
Kiri : Jaket Hitam Majelis RasuluLlah ﷺ berbagai saiz ~ SGD $35






Siapakah KMRS
- Kios Majelis RasuluLlah ﷺ Singapura ?





- Kami adalah kordinator Majelis RasuluLlah ﷺ di Singapura, sebagaimana yang telah disarankan oleh Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى dan demikian pula nama untuk Toko ini.

- Kami mempromosi Produk Kios Nabawi, Kitab² terjemahan dari para Ulama` dan Habaib di bawah Tarekat `Alawiyah, Audio CD yang bersangkut paut dengan Cinta Rasul dll.

- Sebahagian dari hasil penjualan tersebut akan disalurkan ke Dana Majelis RasuluLlah ﷺ pimpinan Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى, untuk terus memperjuangkan da`wahnya.



Dapatkan Juga !





Produk : CD MP3 Qasidah
Harga : SGD $10
Munsyid : Kumpulan Hadrah Majelis RasuluLlah ﷺ
Isi kandungan : 22 buah Qasidah yang akan menyejukkan hati para pendengar
dengan bait² pujian pada RasuluLlah ﷺ.






Produk : CD MP3 Qasidah
Harga : SGD $10
Munsyid : Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى
Isi kandungan : Bacaan Maulid ad-Dhiya`Ullami.



Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi wakil mereka di talian : +65 9795 4332 atau +65 9647 4411
emel : majelisrasulullahsaw[at]yahoo[dot]com






"Semoga Kios Keluhuran semakin jaya di Singapura, Amiin." *
* Salam rindu beserta doa dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى
yang beliau sampaikan kepada wakil Kios Majelis RasuluLlah ﷺ Singapura.




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Wednesday, June 2, 2010

"Meski Telah Tiada, Tetap Ada"



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan ALLAH itu mati;
bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan Mendapat rezki."

- Surah `Ali `Imran ayat 169



صــــــــدق الله العظيم



"Orang Mu`min tidak takut mati, tidak pula cari mati
Tapi ia rindukan mati...
Sebab dia yakini mati bukanlah akhir dari kehidupan
Tapi justru mati adalah awal dari kehidupan yang sesungguhnya..."

- al-Fadhil Ustaz Muhammad `Arifin `Ilham حفظه الله تعالى


"Barang siapa menjadikan kematiaannya
sebagai pertemuan dengan Sang Kekasih (ALLAH),
maka kematian adalah hari raya baginya."

- al-Musnid al-`Allamah al-Habib `Umar bin Hafiz حفظه الله تعالى



أصــــــلح الله أمور المسلمين
صــــــــــرف الله شر المؤذين


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Tuesday, May 25, 2010

سبـכـآטּ اللـﮧ وبـכـمده ، سبـכـآטּ اللـﮧ العظيمـﮯ



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Dalam sebuah hadiths yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad ibn Hanbal رحمة الله تعالى عليهم أجمعين, Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم bersabda :
"Dua perkataan yang ringan di atas lidah, berat di atas timbangan, amat dicintai oleh al-Rahman (ALLAH) adalah : سبحان الله و بحمده، سبحان الله العظيم"

Bertasbih kepada ALLAH adalah seafdhal-afdhal zikir selepas لا إله إلا الله.



Nabi Sulaiman عليه السلام dan Tenteranya.


Imam al-Yafie رحمة الله تعالى berkata dalam kitabnya روض الرياحين (hikayat yang ke 107) bahawa Nabi Sulaiman ibn Daud عليه السلام yang juga seorang Raja, pada suatu hari telah menaiki seekor kenderaan dan diiringi di kanan dan di kirinya dengan bala tenteranya yang cukup perkasa dan hebat, yang terdiri daripada askar-askar, rakyat jelata, burung-burung, binatang-binatang buas, unta, kuda, lembu, kambing, ternakan, serangga dan sekalian makhluk. Suatu gambaran yang cukup menakjubkan.


Pasukan ini melalui di hadapan seorang hamba Bani Israel. Beliau berkata :
"Sesungguhnya ALLAH تعالى telah Memberikan kepada Sulaiman عليه السلام suatu kerajaan yang sungguh hebat!"


Kata-katanya ini didengar oleh Nabi Sulaiman عليه السلام lantas beliau berkata :
"Tasbihnya yang tertulis di kitab seorang Mukmin adalah lebih baik daripada apa yang diberikan kepada Sulaiman, kerana kerajaan akan luput dan hilang tetapi tasbih kekal dan tertulis!"

_________________


^ Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas رحمة الله تعالى عليه" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى; Imam Besar Masjid Ba`alwie, Singapura. Gambar ihsan dari : al-Khidmah SG

- Baca juga posting terkini dari Blog al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad حفظه الله تعالى; Rahsia "wa bi hamdihi." Semoga kita memperolehi manfaat darinya, dan semoga kita dapat mengamalkannya serta mendapat barakah darinya. Amiin ALLAHumma Amiin.




إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
أعطني محبتك ومعرفتك يا الله
وحسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Wednesday, November 11, 2009

۞ حسن الخاتمة ۞



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Apabila hamba membaca ayat ini : "Dalam beramal kepada ALLAH, seorang yang shalih sentiasa memohon akan RahmatNYA dalam semua hal. Kerna dia yakin benar bahawa segala kesudahan nya adalah di Tangan ALLAH سبحانه وتعالى bukan di tangan manusia. Maka dengan ini, seorang yang shalih tidak akan luput dari lidah nya dengan berdoa kepada ALLAH akan Memberi nya "حسن الخاتمة"." - Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas رحمة الله تعالى عليه" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى; Imam Besar Masjid Ba`alwie, Singapura.



يا الله بها يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة






Mengingatkan hamba akan wasiat ini :
"Suatu ketika datang kepada beliau (seorang WaliyuLlah), rombongan tetamu. Maka salah seorang murid nya diperintahkan untuk menyembelih seekor kambing untuk dimasak sebagai jamuan dan hidangan bagi tetamu.


Ketika murid menyembelih kambing tadi, ternyata salah dalam pilihan nya. Jika salah satu syarat atau salah penyembelihan; satu syarat penyembelihan tidak dipenuhi maka korban atau kambing yang dipotong, yang disembelih, akan menjadi najis, akan menjadi bangkai. Haram dimakan dan najis hukum nya.


Kerna salah dalam menyembelih dan itu kambing menjadi najis, datang itu si murid untuk memberi khabar kepada Guru :
"Guru, ternyata kambing yang kita rencanakan untuk menjadi makanan yang ni`mat, sekarang haram untuk kita ni`mati. Harus kita buang kerna najis hukum nya."


Guru menangis, menangis menjadi-jadi. Mulai ketakutan dan terhairan-terhairan. Murid menyatakan :
"Guru, aku siap untuk mengantikan dengan sepuluh ekor kambing, kalau perlu akan aku gantikan seratus ekor kambing."


Guru menerangkan :
"Wahai muridku, bukan seekor kambing yang mati menjadi bangkai yang menyebabkan aku menangis, tapi itu adalah pelajaran bagi aku. Cuba kamu fikir, kambing yang kita rencanakan bisa menjadi makanan yang ni`mat, tetapi kerna ada kesalahan pada diakhir umur kambing, maka kambing haram untuk dini`mati, menjadi najis dan menjadi bangkai.

Aku khawatir terhadap diriku, aku persiapkan untuk aku ni`mati dengan memperbanyak solat untuk aku ni`mati nanti di akhirat; pahala solat. Aku perbanyak membaca al-Quran untuk aku ni`mati pahala bacaan al-Quran nanti di akhirat. Aku perbanyak dzikr di dunia, qiyamullail di dunia untuk aku harapkan nanti di akhirat pahala nya. Aku khawatir nasibku seperti kambing diakhir umurku; su`ul khatimah. Akhir nya, amalanku menjadi bangkai haram untuk aku ni`mati; akhir nya amalanku ditolak oleh ALLAH kerna najis, kerna aku menjadi su`ul khatimah."


... Begitu banyak amalan nya, tapi tetap hati nya dalam keadaan khawatir; mati dalam keadaan su`ul khatimah. Kita semua ini, yang amalan nya banyak maksiat nya kepada ALLAH. Kita amalan nya yang banyak lupa kepada ALLAH. Siang malam kita berbuat dosa kepada ALLAH سبحانه وتعالى, maka apa yang akan menjamin kita; kita dalam keadaan husnul khatimah? Kerna itu, tanamkan niat dalam hati anda baik-baik, persiapkan untuk kematian anda dengan amal shalih yang banyak dengan selalu memohon kepada ALLAH, mati dalam keadaan husnul khatimah." - Wasiat dari al-Habib Taufiq ibn `Abdul Qadir ibn Husein as-Saqqaf حفظه الله تعالى; Mudir Pondok Pesantren Sunniyah Salafiyah, Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia.


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, sesungguh nya kami memohon kepadaMU keselamatan pada Agama, kesihatan jasad, bertambah `ilmu pengetahuan, keberkahan rezki, bertaubat sebelum mati, Rahmat ketika mati dan Keampunan setelah mati. Wahai ALLAH, Ringankanlah ke atas kami semasa sarakatil-maut, Lepaskanlah kami dari api neraka dan Berikanlah Kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau Sesatkan hati kami setelah Engkau Memberi Pertunjuk kepada kami. Berikanlah kami Rahmat dari SisiMU, sesungguh nya Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi. Wahai ALLAH, ini adalah doa kami dan dariMU `Ijabah dan inilah semua kemampuan dan atas Engkau kami Bertawakal dan sesungguh nya kepadaMU jua kami akan kembali. Tiada daya dan upaya kecuali dengan Pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung...


رب هب لي حكما وألحقني بالصالحين
واجعل لي لسان صدق في الآخرين
واجعلني من ورثة جنة النعيم
برحمتك يا أرحم الراحمين


اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, October 29, 2009

Rakaman Haul al-Imam al-Habib `AbduLlah al-Haddad رحمة الله تعالى عليه



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Tema Tahun 2009M / 1430H : Akhlaq & Adab.

Lokasi : Masjid Baitul Aman, Masjid al-Bukhary & Pondok Baitul Qurra`.

Kandungan Rakaman : Mau`idhoh hasanah dari Habib `Ali ibn Hassan al-Bahar, Habib `Abdur Rahman ibn `Ali al-Haddad, Syeikh Muhammad Fuad ibn Kamaluddin al-Maliki, Habib Hussein ibn `Alawy ibn Agil, Habib Sholeh ibn Muhammad al-Jufri, Habib `Abdur Rahman ibn Hussein as-Saqqaf, bacaan Wirdul Latif, bacaan Ratibul Haddad dengan ijazah diberikan oleh Habib Muhsin
ibn Hamid al-Haddad & Qasaid pimpinan Habib Musthaffa ibn `Ali al-Haddad نفع الله تعالى بهم

Rakaman Ihsan Dari : Akhina fiLlah Abu Mukhtaar & Azayief.
Insya`ALLAH, akan dikemaskini dari masa ke semasa.



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Monday, October 19, 2009

Tiada Ada Yang Menolak Qada` Kecuali Doa



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





يالطيف لم يزل ألطف بنا فيما نزل
إنك لطيف لم تزل ألطف بنا والمسلمين
"Wahai Tuhan yang Amat Mengasihani, yang sentiasa Berlemah Lembut terhadap apa² yang turun, Kasihanilah kami pada apa² yang turun (dari segala bala dan wabak). Sesungguh nya Engkau yang Amat Mengasihani terhadap apa² yang turun. (Yang Tiada Berubah) Kasihanilah kami dan sekalian kaum Muslimin."


Apa yang Tuhan Turunkan berupa takdir. Apa yang telah Ditakdirkan ALLAH pasti akan turun; tidak boleh diubah. Tetapi kita boleh memohon akan Kelembutan di atas takdir yang telah Ditetapkan oleh ALLAH kepada kita sebagaimana doa nya Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه yang masyhur :

اللهم يا لطيف نسألك اللطف فيما جرت به المقادر
"Wahai ALLAH, aku memohon kepadaMU di atas NamaMU yang Maha Lembut, Berilah kepada kami Kelembutan di atas apa yang telah Ditakdirkan (olehMU)."


Dalam sebuah Hadiths Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Tiada ada yang menolak qada` kecuali doa."

Insya`ALLAH dengan doa yang ikhlas, ALLAH تعالى akan Menghindarkan segala bala dan bencana daripada kita.


Kiyai Anwar Musaddad dan Keropok


Pada suatu masa dahulu, sedang saya makan bersama bapak Kiyai Anwar Musaddad, Pemimpin Yayasan al-Musaddadiyah, di Garut, Indonesia, keropok yang dipegang nya jatuh ke bawah.


Beliau tersenyum dan berkata الحمد لله. Saya bertanya kepada Pak Kiyai kenapa beliau berkata
الحمد لله apabila keropok nya jatuh. Beliau menjawab :
"Munkgin dalam takdir Tuhan, kapal terbang yang saya bakal naik akan jatuh. Tetapi oleh kerna saya banyak membaca doa dan wirid², ALLAH تعالى Menggantikan nya dengan keropok. Apa yang Tuhan telah Takdirkan tetap akan terjadi, cuma insya`ALLAH dengan banyak berwirid, ALLAH تعالى Mengalihkan ke barang yang lain. Jatuh tetap akan jatuh, tetapi bukankah lebih baik keropok daripada pesawat yang dinaiki!" ujar Pak Kiyai.

Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas
رحمة الله تعالى عليه" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى




وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, July 17, 2009

Dαhѕуαтηуα Iѕтighƒαr



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




"Katakanlah (wahai Muhammad صلى الله عليه وسلم) :
"Wahai hamba-hambaKU yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari Rahmat ALLAH, kerana sesungguh nya ALLAH Mengampunkan segala dosa; sesungguh nya DIAlah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."" - 39 : 53

_________________________



Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas (رضي الله تعالى عنه)" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى - "Pada suatu masa Sayyidina Hasan ibn `Ali ibn Abi Thalib رضي الله تعالى عنه telah didatangi beberapa orang. Seorang telah mengadu akan hal kampung nya yang mengalami kemarau, satu mengadu akan hal nya yang menghadapi kesempitan, satu mengadu akan hal nya yang tidak ada zuriat dan satu mengadu akan hal hasil tanaman nya yang berkurangan.


Kepada semua nya beliau telah menyuruh mereka memperbanyak Istighfar. Para sahabat nya رضي الله تعالى عنهم yang mendengar nya berasa hairan dan bertanya kepada nya mengapakah kepada semua nya jawaban beliau cuma satu, iaitu menyuruh mereka membaca Istighfar.


Jawab Sayyidina Hasan رضي الله تعالى عنه bagi orang yang menghadapi kemarau, kemiskinan, tidak ada zuriat dan hasil tanaman yang berkurangan, ALLAH سبحانه وتعالى berpesan dalam al-Quran disurah Nuh ayat 10 hingga 12 :
"Maka aku katakan kepada mereka: "Beristighfarlah kepada Tuhanmu sesungguh nya DIA adalah Maha Pengampun. Nescaya DIA akan Mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalam nya) untukmu sungai-sungai."


Mereka semua mengamalkan nya dan alhamduliLlah tidak lama kemudian semua nya dikurniakan ALLAH سبحانه وتعالى akan kelebihan. Yang kemarau diturunkan hujan. Yang miskin dan hasil kebun nya yang berkurangan, diberkati hidup nya. Yang tidak ada zuriat mendapat 12 orang anak hingga datang lagi kepada Sayyidina Hasan رضي الله تعالى عنه meminta nya mendoakan nya supaya jangan dapat anak lagi. Ini semua dengan berkat Istighfar.


Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Barangsiapa banyak beristighfar, nescaya dijadikan ALLAH bagi nya kelepasan daripada segala kerunsingan dan jalan keluar bagi segala kesempitan dan memberi nya rezki dari jalan yang tidak disangka-sangka.


ALLAH سبحانه وتعالى berfirman disurah Hud ayat 3 :
"Dan barangsiapa beristighfar kepada Tuhan nya kemudian bertaubat kepadaNYA nescaya dikurniakan ALLAH bagi nya segala kebaikan sehingga ke waktu yang ditentukan (atau sampi ajal nya) dan akan diberi tiap-tiap yang mempunyai kelebihan akan kelebihanNYA."


Bagi orang-orang yang beristighfar tidak akan turun bala atau bencana ke atas mereka selagi mereka tetap didalam nya. Hal ini diterangkan dalam al-Quran disurah al-Anfal ayat 33 :
"Dan tidaklah ALLAH akan mengazab mereka, sedang mereka beristighfar.""

_________________________


Dari kitab "Bintang Indah Cemerlang" susunan al-`Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-`Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ila ALLAH as-Sayyid al-Habib Zain ibn Ibrahim ibn Semait dengan terjemahan oleh al-Fadhil Ustaz Leyakat Ali ibn Mohamed Omar حفظه الله تعالى - "Ketahuilah bahawa memperbanyak pembacaan Istighfar merupakan salah satu sebab untuk memadamkan kemurkaan ALLAH سبحانه وتعالى. Andai nya seseorang hamba itu telah banyak berbuat dosa dan kesalahan maka tidak ada yang mampu untuk menyelamatkan nya melainkan dengan dia memperbanyak Istighfar.


Dari Imam `Ali ibn Abi Thalib كرم الله وجهه beliau berkata :
"Aku hairan kepada orang yang hancur padahal ada keselamatan pada diri nya."

Maka kemudian dipertanyakan :
"Apa itu kehancuran?"

Beliau كرم الله وجهه menjawab :
"Dosa."
"Apa itu keselamatan?"

Beliau كرم الله وجهه menjawab :
"Istighfar."


Istighfar Sayyidina Khidir عليه السلام - "Wahai ALLAH aku memohon Keampunan kepadaMU untuk dosa yang pernah aku bertaubat kepadaMU kemudian aku mengerjakan dosa lagi dan aku memohon KeampunanMU untuk diriku atas sesuatu yang aku ucapkan kepadaMU dari diriku (sumpah, nazar dan janji) kemudian tidak aku memenuhi nya, kemudian aku memohon KeampunanMU kerana keni`matan yang telah Engkau Berikan kepadaku lalu aku gunakan untuk beberapa kemaksiatan.


Wahai ALLAH aku memohon Keampunan kepadaMU dari setiap kebaikan yang aku harapkan untuk KeredhaanMU tapi kemudian tercampur dengan sesuatu melainkan untukMU. Aku memohon KeampunanMU atas segala sesuatu yang terlintas dalam hatiku yang tidak layak bagi KebesaranMU. Wahai ALLAH aku memohon Keampunan kepadaMU dari setiap kelalaian dan kekurangan perhatian yang terjadi padaku dalam berbuat taat kepadaMU.


Wahai ALLAH aku memohon Keampunan kepadaMU dari setiap dosa yang aku lakukan pada gelap nya malam dan terang nya siang. Wahai ALLAH jangan aku Dihukum kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang ada pada diriku dan jangan Engkau Menyiksa diriku kerana Engkau Maha Kuasa atas diriku."


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Saturday, July 4, 2009

Orαnģ Чαnģ Inģατ Aќαn Diinģατ





بسم الله الرحمان الرحيم

"... ingatlah kamu kepadaKU nescaya AKU Ingat (pula) kepadamu..." - 2 : 152


صدق الله العظيم

Wednesday, March 4, 2009

أستغفر الله ... تائبون الي الله



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين




"Wahai ALLAH, wahai Tuhanku, betapa Agung nya Ni`mat yang Kau Berikan padaku hari demi hari, tetapi aku membalas Ni`matMU dengan dosa-dosaku, betapa hina nya diriku ini... Maka wahai ALLAH, wahai Tuhanku, ampunilah segala noda dan dosaku, tiada siapa yang dapat Mengampuni diriku kecualiMU..."

_________________________


"Beristighfar kepada ALLAH سبحانه وتعالى membuka Rahmat yang besar daripadaNYA. Perintah untuk beristighfar tersemat dalam sebahagian daripada ayat 3 disurah an-Nasr ALLAH سبحانه وتعالى berfirman:
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan beristighfarlah kepadaNYA."


Pada suatu masa Sayyidina Hasan ibn Ali ibn Abi Talib رضي الله تعالى عنه telah didatangi beberapa orang. Seorang telah mengadu akan hal kampung nya yang mengalami kemarau, satu mengadu akan hal nya yang menghadapi kesempitan, satu mengadu akan hal nya yang tidak ada zuriat dan satu mengadu akan hal hasil tanaman nya yang berkurangan.


Kepada semua nya beliau telah menyuruh mereka memperbanyak istighfar. Para sahabat nya رضي الله تعالى عنهم yang mendengar nya berasa hairan dan bertanya kepada nya mengapakah kepada semua nya jawaban beliau cuma satu, iaitu menyuruh mereka membaca istighfar.


Jawab Sayyidina Hasan رضي الله تعالى عنه bagi orang yang menghadapi kemarau, kemiskinan, tidak ada zuriat dan hasil tanaman yang berkurangan, ALLAH سبحانه وتعالى berpesan dalam al-Quran disurah Nuh ayat 10 hingga 12 :
"Maka aku katakan kepada mereka: "Beristighfarlah kepada Tuhanmu sesungguh nya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan Mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."


Mereka semua mengamalkan nya dan alhamduliLlah tidak lama kemudian semua nya dikurniakan ALLAH سبحانه وتعالى akan kelebihan. Yang kemarau diturunkan hujan. Yang miskin dan hasil kebun nya yang berkurangan, diberkati hidup nya. Yang tidak ada zuriat mendapat 12 orang anak hingga datang lagi kepada Sayyidina Hasan رضي الله تعالى عنه meminta nya mendoakan nya supaya jangan dapat anak lagi. Ini semua dengan berkat istighfar.


Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Barangsiapa banyak beristighfar, nescaya dijadikan ALLAH bagi nya kelepasan daripada segala kerunsingan dan jalan keluar bagi segala kesempitan dan memberi nya rezki dari jalan yang tidak disangka-sangka.


ALLAH سبحانه وتعالى berfirman disurah Hud ayat 3 :
"Dan barangsiapa beristighfar kepada Tuhan nya kemudian bertaubat kepadaNYA nescaya dikurniakan ALLAH bagi nya segala kebaikan sehingga ke waktu yang ditentukan (atau sampi ajal nya) dan akan diberi tiap-tiap yang mempunyai kelebihan akan kelebihanNYA."


Bagi orang-orang yang beristighfar tidak akan turun bala atau bencana ke atas mereka selagi mereka tetap didalam nya. Hal ini diterangkan dalam al-Quran disurah al-Anfal ayat 33 :
"Dan tidaklah ALLAH akan mengazab mereka, sedang mereka beristighfar.""


Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas
(رضي الله تعالى عنه)" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى.


Semoga kita tergolong bersama Ahlut-Taubah dan Ahlud-Dzikr.
Amiin ALLAHumma amiin.



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Saturday, January 10, 2009

حسبنا الله ونعم الوكيل



Dengan Nama ALLAH
yang tidak mendatangkan mudarat berserta NamaNYA,
oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit
dan DIAlah yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui...



Wahai ALLAH,
Curahkanlah Selawat kepada Junjungan kami
Nabi Agung Muhammad (صلى الله عليه وسلم)
dengan Selawat tersebut Engkau berikanku
Pertolongan yang paling sempurna,
dan di atas apa yang aku kehendaki di dunia dan akhirat,
serta segenap Keluarga dan Sahabat nya,
dan curahkanlah Salam Kesejahteraan dan Keberkahan
sesuai dengan Keagungan DiriMU,
sejumlah apa yang Engkau Ketahui,
seberat apa yang Engkau Ketahui
dan sepenuh apa yang Engkau Ketahui.

Selawat Sayyidina al-Imam `AbduLlah ibn Umar ibn Yahya رضي الله عنه
dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"




"As-Sayyid Muhammad ibn `Alawi al-Maliki رضي الله عنه dalam kitab "al-Husun al-Mani`ah" menyebutkan "Dzikr ini (حسبنا الله ونعم الوكيل) bagi mereka yang membaca nya akan memelihara segala ni`mat yang dikurniakan ALLAH, menarik dan menambah kelebihan-kelebihan dan kurniaan ALLAH, aman bagi setiap orang yang takut dan petunjuk untuk mendapatkan Keredhaan ALLAH.""
Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas (رضي الله عنه)" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى



_______๑۩۞۩๑_______



Ya ALLAH,
Sesungguhnya kami memohon pertolonganMU, kami memohon keampunanMU,
tidaklah kami mengkufuriMU, kami beriman denganMU
dan kami berlepas diri daripada orang-orang yang menderhakaiMU.


Ya ALLAH,
Engkaulah yang kami sembah dan keranaMUlah kami bersholat dan bersujud,
kepadaMu kami arahkan segala usaha dan khidmat, kami mengharapkan rahmatMu
dan takut akan azabMU, sesungguhnya azabMU yang dahsyat layak
untuk ditimpakan kepada orang-orang kafir.


Ya ALLAH,
azabkanlah orang-orang kafir yang menghalangi jalanMU,
yang mendustakan para utusanMU, yang membunuh para waliMU.


Ya ALLAH,
ampunilah sekalian Mukminin dan Mukminat, Muslimin dan Muslimat,
perbaikilah hubungan antara mereka, satukanlah antara hati-hati mereka,
jadikanlah hati-hati mereka dipenuhi keimanan dan hikmah,
tetapkanlah mereka atas agama Rasulullah صلى الله عليه وسلم,
teguhkanlah mereka dalam melaksanakan janjiMU yang telah Engkau janjikan
bagi mereka, Bantulah mereka dalam menghadapi musuhMU dan musuh mereka,
wahai Tuhan yang Maha Benar, jadikanlah kami daripada kalangan mereka.

Doa Qunut Nazilah yang diriwayatkan oleh Sayyidina Umar ibn al-Khattab رضي الله عنه


Semoga ALLAH سبحانه وتعالى membantu umat Islam di Palestin khususnya,
dan seluruh umat Islam amnya. Semoga ALLAH سبحانه وتعالى menerima
usaha jihad dan doa kaum Muslimin seluruhnya. Amin...

Doa dari Ustaz Raja Ahmad Mukhlis حفظه الله تعالى



Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...




وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Wednesday, December 17, 2008

Sifat Seorang Mu`min



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين

اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Apabila iman seseorang itu bertambah,
sifat takut nya akan bertukar.
Dia mulai takut akan tidak mendapat Rahmat ALLAH.
Takut tidak dijagai ALLAH.
Takut tidak mendapat `Inayah dari ALLAH.
Lama kelamaan kalbu nya akan terus berdzikr kepada ALLAH
pada setiap detik dan pada setiap saat.
Tidak dia akan keluar dari satu tempat ke satu tempat,
tidak dia akan melakukan apa sahja
melainkan untuk mendapatkan
keredhaan ALLAH Subhana wa Ta`ala.
Dia akan sentiasa redha terhadap ALLAH
kerna jiwa, kalbu, fikiran dan amalan nya sentiasa
di hadapkan kepada ALLAH Ta`ala."



Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas
(rahimahuLlah)" karangan
al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas hafizahuLlah.


Semoga kita sentiasa dalam keladzatan iman dan taqwa di dunia dan akhirat.
Amiin ALLAHumma amiin.


والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, November 21, 2008

لا إله إلا الله



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih



As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh. Al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita sehari lagi untuk kita beribadah dan bertaubat kepadaNYA, yang telah memberikan kita kesihatan tubuh badan dan sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali...


Insya`ALLAH pada posting kali ini, hamba akan kongsikan bersama, sedikit sedutan dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas رحمه الله تعالى" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى. Semoga kita perolehi barakah serta manfaat dari nya. Amiin ALLAHumma amiin.





Semua dzikr memberi pahala yang terhad kecuali mereka yang membaca لا إله إلا الله pahala nya tidak terbatas. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda yang bermaksud, "Ajarkanlah orang-orang yang hendak kembali ke rahmatuLlah kalimat لا إله إلا الله kerna ia menghapuskan dosa." Para sahabat رضي الله تعالى عنهم bertanya bagaimana pula bagi orang-orang yang hidup. Jawab Nabi صلى الله عليه وسلم, "Ia menghapuskan dan menghapuskan! (segala dosa)."


Ibn Abbas رضي الله تعالى عنه berkata bahawa RasuluLlah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda yang bermaksud bahawa pintu Syurga terbuka dan kedengaran suatu suara bertanya dari bawah `Arasy ALLAH سبحانه وتعالى, "Bagi siapakah Syurga ini?" Jawab Syurga, "Tiada apa yang berada pada kami melainkan untuk ahli لا إله إلا الله. Dan kami diharamkan menerima sesiapa yang tidak menyebut لا إله إلا الله dan mereka yang tidak beriman kepada لا إله إلا الله." Begitu juga berkata Neraka, "Dengan apa siksaan yang disediakan, tidak akan memasuki nya melainkan mereka yang kafirkan لا إله إلا الله. Tidak aku meminta kecuali mereka yang membohongi لا إله إلا الله dan bagi aku haram mereka yang berkata لا إله إلا الله dan aku menjadi marah kepada mereka yang ingkar لا إله إلا الله."


Mereka yang melazimkan lidah nya menyebut لا إله إلا الله nescaya akan mendapat keampunan, Rahmat dan `Inayah dari ALLAH سبحانه وتعالى.


Diriwayatkan dalam suatu hadiths oleh Abu Hurairah رضي الله تعالى عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda "Sesungguh nya segala kebaikan yang diamalkan ditimbang pada hari Kiamat kecuali syahadat لا إله إلا الله tidak diletakkan di timbangan, kerna barangsiapa yang memperkatakan nya dengan ikhlas, dan kata-kata ini diletakkan nya di timbangan dan diletakkan 7 petala langit dan 7 petala bumi serta semua isi nya nescaya kalimat لا إله إلا الله adalah lebih berat."


______________________________



Semoga ALLAH سبحانه وتعالى melimpahkan anugerah-anugerah kebaikan dan kemuliaan kepada kita pada setiap nafas, dan menerbitkan matahari kebahagiaan dan ketenangan pada hari-hari kita dan tidak pernah akan terbenam hingga kita berjumpa denganNYA ALLAH سبحانه وتعالى



اللهم اجعل خير عمري آخره و خير عملي خواتمه
و خير أيامي يوم ألقاك

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Friday, September 12, 2008

بســـم الله



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم

اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Berkata para `Arifin :
"Dengan بســـم الله selamat bahtera Nabi Nuh `Alaihisalam.
Dengan بســـم الله selamat bahtera daripada angin taufan.
Dengan بســـم الله selamatlah nafsu dan ruh.
Dengan بســـم الله selamatlah para Mu`minin daripada siksa neraka.
Dengan بســـم الله kekal para Mu`minin kemuliaan nya disisi ALLAH.
Dengan بســـم الله syaitan terhalau.
Dengan بســـم الله membawa keredhaan ar-Rahman (ALLAH).
Dengan بســـم الله tertutup segala aurat
(mereka yang membaca بسم الله الذي لا إله إلا هو
apabila sedang menyalin pakaian atau tidak berpakaian
nescaya tertutup aurat nya daripada dilihat oleh jin).
Dengan بســـم الله mustajab segala doa.
Dengan بســـم الله turunlah berkat.
Dengan بســـم الله terselamat segala malapetaka.
بســـم الله adalah cahaya langit dan bumi!""



Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas
(rahimahuLlah)" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas hafizahuLlah.


والله تعالى أعلم بالصواب