Tuesday, May 25, 2010

سبـכـآטּ اللـﮧ وبـכـمده ، سبـכـآטּ اللـﮧ العظيمـﮯ



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Dalam sebuah hadiths yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad ibn Hanbal رحمة الله تعالى عليهم أجمعين, Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم bersabda :
"Dua perkataan yang ringan di atas lidah, berat di atas timbangan, amat dicintai oleh al-Rahman (ALLAH) adalah : سبحان الله و بحمده، سبحان الله العظيم"

Bertasbih kepada ALLAH adalah seafdhal-afdhal zikir selepas لا إله إلا الله.



Nabi Sulaiman عليه السلام dan Tenteranya.


Imam al-Yafie رحمة الله تعالى berkata dalam kitabnya روض الرياحين (hikayat yang ke 107) bahawa Nabi Sulaiman ibn Daud عليه السلام yang juga seorang Raja, pada suatu hari telah menaiki seekor kenderaan dan diiringi di kanan dan di kirinya dengan bala tenteranya yang cukup perkasa dan hebat, yang terdiri daripada askar-askar, rakyat jelata, burung-burung, binatang-binatang buas, unta, kuda, lembu, kambing, ternakan, serangga dan sekalian makhluk. Suatu gambaran yang cukup menakjubkan.


Pasukan ini melalui di hadapan seorang hamba Bani Israel. Beliau berkata :
"Sesungguhnya ALLAH تعالى telah Memberikan kepada Sulaiman عليه السلام suatu kerajaan yang sungguh hebat!"


Kata-katanya ini didengar oleh Nabi Sulaiman عليه السلام lantas beliau berkata :
"Tasbihnya yang tertulis di kitab seorang Mukmin adalah lebih baik daripada apa yang diberikan kepada Sulaiman, kerana kerajaan akan luput dan hilang tetapi tasbih kekal dan tertulis!"

_________________


^ Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas رحمة الله تعالى عليه" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى; Imam Besar Masjid Ba`alwie, Singapura. Gambar ihsan dari : al-Khidmah SG

- Baca juga posting terkini dari Blog al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad حفظه الله تعالى; Rahsia "wa bi hamdihi." Semoga kita memperolehi manfaat darinya, dan semoga kita dapat mengamalkannya serta mendapat barakah darinya. Amiin ALLAHumma Amiin.




إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
أعطني محبتك ومعرفتك يا الله
وحسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails