"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Friday, February 27, 2009

Janganlah Memaksakan Perjalanan Kecuali Pada Tiga Masjid



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Masjidil Haram adalah tempat lahir nya RasuluLlah صلى الله عليه وسلم, Masjid Nabawi adalah makam nya RasuluLlah صلى الله عليه وسلم, Masjidil Aqsa adalah tempat Isra` dan Mi`raj nya RasuluLlah صلى الله عليه وسلم. DijadikanNYA (oleh ALLAH سبحانه وتعالى) tempat yang didatangi Nabiyunna Muhammad صلى الله عليه وسلم dan mencatat sejarah agung itu sebagai tempat-tempat suci dan mulia."


Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 23hb Februari 2009M.


Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, February 26, 2009

ياسيدي يارسول الله



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





ياسيدي يارسول الله، يامن له الجاه عند الله
إن المسيئين قد جاءوا، لذنب يستغفرون الله

ياسيدي يارسول الله، يامن له الجاه عند الله
إن المسيئين قد جاءوا، لذنب يستغفرون الله

يا سيد الرسل ياطاهر، ياغاية القصد والشأن
صلى عليك العالي القادر، في كل وقت وأحيان

ياسيدي يارسول الله، يامن له الجاه عند الله
إن المسيئين قد جاءوا، لذنب يستغفرون الله

ياسيد الرسول ياطاهر، عبدك على بابك إنحني
دائم لمعروفكم شاكر ، في كل وقت وأحيان

ياسيدي يارسول الله، يامن له الجاه عند الله
إن المسيئين قد جاءوا، لذنب يستغفرون الله

يا أهل بيت رسول الله ، يا أهل الكرم وأهل الوفا
جئت بيد أن قد هفا حائر مضيع للميعاد

ياسيدي يارسول الله، يامن له الجاه عند الله
إن المسيئين قد جاءوا، لذنب يستغفرون الله




"... Budi RasuluLlah صلى الله عليه وسلم terhadap ummat nya sungguh sangat besar sekali. Jika seseorang kamu yang datang berjalan kaki, atau merangkak dari tempat yang amat jauh di muka bumi ini untuk mengunjungi maqam Baginda صلى الله عليه وسلم yang mulia dan menziarahi Baginda, belum dapat ia membalas budi RasuluLlah صلى الله عليه وسلم itu.


Moga-moga ALLAH سبحانه وتعالى membalas Baginda صلى الله عليه وسلم bagi pihak kaum Muslimin dengan semulia-mulia balasan yang pernah dikurniakan kepada seorang Nabi kerna memimpin ummat nya. Baginda صلى الله عليه وسلم telah menyampaikan Agama Islam, telah menerangkan selok-belok nya, telah membimbing ummat nya, telah menyingkap kekeliruan dan telah meletakkan kita di tempat yang bersih-putih, dan menunjukkan kita hujjah-hujjah yang terang-benderang mengenai jalan yang benar, terang malam nya seterang siang.


Kita memohon ALLAH سبحانه وتعالى agar DIA Mencucurkan Selawat dan Salam serta BerkatNYA ke atas Baginda صلى الله عليه وسلم dan keluarga nya, Selawat dan Salam serta Berkat yang mana belum pernah dicucurkan ke atas sesiapa pun dari makhlukNYA dan moga-moga dikekalkan nya sepanjang masa, sekadar bilangan PengetahuanNYA dan timbangan PengetahuanNYA dan seluas PengetahuanNYA, setiap diingat oleh orang-orang yang ingat, dan dilupa-lalaikan dari mengingati nya oleh orang-orang yang lupa-lalai."


- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Saturday, February 21, 2009

إن الله لطيف خبير





بســم الله الرحمــن الرحيــم


"(Luqman menasihati anak nya dengan berkata) :
"Wahai anak kesayanganku, sesungguh nya jika ada sesuatu perkara
(yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi
serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi,
sudah tetap akan dibawa oleh ALLAH (untuk dihakimi dan dibalasNYA)
;
kerna sesungguh nya ALLAH Maha Halus PengetahuanNYA;
lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.""
- 31:16


صدق الله العظيم

Thursday, February 19, 2009

Berhati-hati dengan material...



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم


اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Berikut adalah sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh al-`Allamah al-Hafiz al-Musnid al-Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim ibn Hafiz HafizahuLlahu Ta`ala. Sahja hamba paparkan kembali posting ini sekali lagi agar kita sama-sama dapat mengambil peringatan serta pengajaran dari nya, insya`ALLAH Ta`ala.


"Ada di antara mereka itu yang kaya dan fakir miskin. Ada di antara mereka pegawai, jurutera, peniaga, pemerintah dan yang diperintah. Antara mereka siapa yang hidup di negara maju dan ada yang di negara yang miskin.


Jadi, semua sifat-sifat ini tidak dikira pada nya. Betapa cepat nya ia berakhir dan dikeluarkan daripada nya ahli nya serta ianya lenyap dari mereka. Semua keadaan-keadaan ini tidak diambil kira yang mana orang-orang yang dimuliakan disisi ALLAH berkongsi perkara ini bersama orang-orang yang celaka pada hari itu (akhirat).


Dengan apakah ianya diambil kira? Dengan apakah ianya terjadi?


Orang mukmin yang berakal semesti nya tidak tertipu dengan penipuan dalam perkara yang material ini. Semua perkara yang material ini pada dzat nya tidak membawa kemuliaan tidak juga kehinaan. Begitu tidak juga kenikmatan dan tidak juga keseksaan. Tidak juga Syurga dan tidak juga neraka. Tetapi, dzat dirimu wahai manusia! Begitu juga hatimu! Kecenderunganmu! Niatmu! Kehendakmu dan maksudmu! Serta hubunganmu bersama Tuhanmu Yang Mencipta.


Perkara inilah yang terdapat pada nya kebahagiaan ataupun kesengsaraan yang abadi. Dekat nya dengan ALLAH ataupun berjauhan dariNYA. Berada dalam Syurga ataupun dalam neraka. Jadi, bahaya yang dahsyat bukan kerana manusia itu memakai pakaian yang mahal ataupun yang murah. Bukan kerana dia hidup kaya-raya ataupun miskin. Bukanlah kerana dia menaiki kereta yang mewah ataupun menunggang motosikal atau basikal yang dikayuh dengan kaki nya ataupun dia berjalan kaki di jalanan. Tiada apa-apa bahaya pada nya. Tiada apa-apa kekurangan pada nya. Terdapat pada nya segala daripada yang bertaqarrub atau yang berjauhan (dari ALLAH). Yang disayangi dan yang dibenci di sisi ALLAH. Tiada apa-apa.


Jadi... apakah perkara itu? Perkara itu adalah hatimu! Perkara itu adalah maksudmu! Perkara itu adalah kehendakmu! Perkara itu adalah hubunganmu dengan Tuhanmu dan bagaimanakah kamu ingin bersamaNYA?


Ambil beratlah padaNYA. Berbesar hatilah untukNYA. Berjaga-jaga denganNYA. Hadapkan pandanganmu ke arahNYA. Begitu juga pandangan keluargamu, anak-pinakmu, sahabat handai serta rakan taulanmu. Janganlah jadikan pandangan mereka mengambil kesilapan-kesilapan yang menipu kebanyakan manusia dalam kehidupan ini. Maka mereka tidak berhasil apa-apa selepas nya melainkan kesedihan dan penyesalan dengan sebab terputus nya mereka dari ALLAH disebabkan nya. Kita mohon perlindungan dari ALLAH Subhana Tabaraka wa Ta`ala.


Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RadiALLAHu`anhu adalah peniaga di Makkah al-Mukarramah. Dia memiliki sembilan gedung di Makkah yang mana dia berurus-niaga dalam nya. Terdapat banyak usahawan di Makkah dan diluar nya ketika itu. Adakah semua mereka itu adalah usahawan seperti Abu Bakar As-Siddiq?


Sayyidina Zulbijadain RadiALLAHu`anhu dan Sayyidina Abu Hurairah RadiALLAHu`anhu adalah dua orang dari fakir miskin di kalangan sahabat. Pada masa mereka terdapat banyak fakir miskin. Adakah semua fakir miskin seperti mereka? Mereka mendapat tempat dan kemuliaan didunia dan akhirat.


Sayyidina Sa`ad Bin Mu`az RadiALLAHu`anhu adalah seorang pemerintah kaum nya serta ketua untuk masyarakat nya. Dia menerima kepimpinan. Adakah semua pemimpin masyarakat mendapat tempat seperti Sayyidina Sa`ad Bin Mu`az yang mana `Arasy ALLAH bergegar ketika dia meninggal dunia? Apakah yang diperolehi nya ketika dia menjadi pemerintah bagi masyarakat nya?


Tetapi dia mendapat nya hasil dari kasih nya pada ALLAH dan RasulNYA Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam. Dia mendapat nya kerana dia benar-benar bersama ALLAH dan RasulNYA yang mana dia berkata di hari Perang Badar:
"Ambillah wahai RasuluLlah dari hartaku apa yang kamu mahukan dan tinggalkan seperti yang kamu kehendaki. Apa yang kamu ambil dari kami adalah lebih disayangi dari apa yang kamu tinggalkan. Sambungkan pertalian sesiapa yang kamu kehendaki dan putuskan talian sesiapa yang kamu tidak kehendaki nya. Perangilah sesiapa yang kamu kehendaki atau berdamai dengan sesiapa yang kamu kehendaki nya. Kami berperang terhadap sesiapa yang kamu perangi dan kami berdamai dengan sesiapa yang kamu berdamai dengan nya."

Antara balasan nya disisi ALLAH ialah kematian nya ketika umur nya kurang dari 40-an dan `Arasy ALLAH bergegaran kerana kematian nya... `Arasy ALLAH bergegaran kerana kematian nya RadiALLAHu`anhu.


Malaikat Jibril `alaihisalam keluar berkata kepada Nabiyyi Musthofa:
"Siapakah hamba shalih yang mana `Arasy ALLAH bergegaran dengan kematian nya? `Arasy gembira dengan ketibaan ruh Sa`ad Bin Mu`az seorang sahabat Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam."

Sayyidina Bilal RadiALLAHu`anhu pula adalah seorang diperintah di Makkah al-Mukarramah. Beliau adalah seorang hamba yang dimiliki. Adakah semua hamba-sahaya pada zaman nya sepertimana Bilal? Mereka mendapat kedudukan seperti Bilal?


Tetapi beliau dengan keimanan dan ketulusan nya serta keikhlasan nya menjadi seseorang yang mempunyai kedudukan yang hebat. Jadi, bukanlah setiap kedudukan itu berdasarkan keadaan material duniawi semata-mata.


Orang yang tertipu dengan dunia adalah orang yang lemah akal nya, keimanan dan pandangan nya punah dalam memerhatikan hakikat setiap perkara dan masa depan yang jauh.


Sesungguh nya, betapa mulia nya Bilal ketika diseksa kerana ALLAH.


Dia menyebut:
"Maha Esa. Maha Esa."

Dikatakan pada nya:
"Ingkarlah pada ALLAH."

Dia menyebut:
"Maha Esa. Maha Esa."

... "Sekutukanlah dengan ALLAH"


Dia menyebut:
"Maha Esa. Maha Esa."

Dia dipukul sambil melaungkan:
"Maha Esa. Maha Esa."

Ditarik. Maka dia melagukan:
"Maha Esa. Maha Esa."

Diletakkan batu diatas belakang nya dan perut nya, dia menyebut:
"Maha Esa. Maha Esa."

Beliau ditanya selepas itu:
"Kamu terus melaung sedangkan kamu diseksa. Adakah kamu tidak merasa pedih diseksa?"


Beliau menjawab:
"Aku mencampurkan nya dengan kemanisan iman, kemanisan iman telah mengalahkan kepahitan seksaan itu."

Dia melaungkan dengan asyik nya dalam mengingati sifat Yang Tunggal lagi Maha Esa. Dia menyebut:
"Maha Esa. Maha Esa."

Ini adalah suara yang lantang dan laungan yang berkualiti. Maka dia mengulangi laungan ini. Dia mengulangi laungan dalam keadaan rindu, memerhatikan sifat ALLAH. Memerhatikan keindahan ALLAH dan kebesaran ALLAH. Maka, azab menjadi kecil bagi nya.




Tidak beberapa lama sehingga pembukaan Makkah, dia naik ke atas Kaabah. Bilal melaungkan:
"ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH, Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan ALLAH."

Di manakah orang yang pernah menyeksa nya? Di manakah orang yang pernah menyakiti nya? Di manakah orang yang pernah menghalang nya untuk menyebut perkataan ini? Mereka telah memasuki dalam salah satu dari lubang-lubang neraka. Dalam api yang menyala-nyala. Inilah orang mendapat nikmat di dunia, bermegahan lagi dimuliakan. Kemudian nya, ketika kematian nya, tibalah maut lalu isteri nya berteriak:
"Betapa pilu nya, betapa pilu nya."

Bilal membuka mata nya. Lalu berkata Bilal:
"Betapa gembira nya, betapa gembira nya. Esok aku akan temui para sahabat. Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam dan kumpulan nya."

ALLAH memberikan untuk hati hamba nya untuk mendapatkan kebahagiaan yang sebenar nya. Orang-orang yang memandang pada material dunia, ada dikalangan mereka yang kaya dan miskin. Ada di kalangan mereka pemimpin, raja dan yang dimiliki. Tetapi semua yang berbahagia dengan hubungan nya dengan Nabi Muhammad ShalALLAHu`alahiwasalam dan Tuhan kepada Sayyidina Muhammad serta kemenangan bagi Sayyidina Muhammad. Sesiapa yang hendak berbahagia pada hari ini, tiadalah pintu kebahagiaan melainkan pintu yang dimasuki oleh Nabi. Moga-moga ALLAH membahagiakan kita dengan ketulusan dan ALLAH menjadikan kita dari sebaik-baik makhluk..."


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Siwak Membawa Keredhaan ALLAH سبحانه وتعالى



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Hadirin-hadirat yang dimuliakan ALLAH, inilah kemuliaan siwak dan bagi kita yang ingin mendapatkan pecahan dari keredhaan ALLAH. Ini bukan pecahan berlian, bukan pecahan emas. Kalau pecahan berlian dan emas sahja bisa diperebutkan oleh manusia, bagaimana pecahan keredhaan ALLAH yang ada di sebatang siwak yang tidak seberapa harga nya."


Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 16hb Februari 2009M.


Insya`ALLAH, ziarahi ana juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, February 13, 2009

الدعاء



Segala Pujian bagi ALLAH,
Tuhan yang Mentadbir seluruh alam iaitu Puji-pujian yang menyamai
segala Ni`matNYA dan sebanding dengan segala tambahanNYA.


Wahai Tuhan kami,
BagiMU segala Kepujian sebagaimana yang selayak nya
dengan Kebesaran DzatMU dan dengan Kebesaran KekuasaanMU.
Maha Suci Engkau kami tidak mampu menghitung Puji-pujian atasMU,
Engkau adalah sebagaimana Engkau telah Memuji-muji akan DzatMU.

Tiada Tuhan Melainkan ALLAH dan Muhammad adalah Utusan ALLAH
pada setiap kerlipan dan nafas menurut hitungan
yang tercakup dalam `Ilmu ALLAH.



Wahai ALLAH,
Limpahkanlah Selawat dan Salam serta Keberkahan keatas
Penghulu kami Muhammad (صلى الله عليه وسلم),
Pembuka bagi yang telah tertutup,
Penutup risahlah yang telah berlalu,
Penolong kebenaran dengan kebenaran,
dan Penunjuk ke jalanMU yang lurus.
Semoga ALLAH Melimpahkan Selawat keatas nya (صلى الله عليه وسلم)
dan keatas Keluarga nya dan para Sahabat nya
sesuai dengan darjat dan kedudukan nya
(صلى الله عليه وسلم) yang Agung.

- Selawat Fatih


Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...



- Himpunan doa dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"


Wahai ALLAH, Tuhan nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan keluarga nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم. Aku bermohon dengan hak nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, agar Engkau berikan Rahmat yang Agung kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم,
dan agar Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم ada rasa cinta kepada kami dan diisikan rasa cinta kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم kepada kami, dan agar Engkau membentuk akhlaq kami seperti akhlaq nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan agar kami diberi rezki mengikuti ajaran dari Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan agar Engkau mengangkat tirai penghalang diantaraku dengan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, dan agar Engkau mengumpulkan kami dan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam permulaan hingga akhir, zahir dan batin di dalam rahsia dan secara terang-terangan dan di dalam terjaga dan tidur, hidup dan mati,
di dalam dunia dan akhirat, di dalam kelembutan dan kesihatan dariNYA.

Doa riwayat dari al-Imam al-Habib Ahmad ibn Hasan al-`Attas رضي الله عنه


Aku memohon keampunan ALLAH yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkanNYA,
yang Maha Hidup dan Maha Pengatur, Maha Mengampuni dosa-dosa, Maha Agung dan Mulia,
dan aku bertaubat kepadaNYA dari segala kemaksiatan dan dosa-dosa dan dari dosa yang aku lakukan dengan sengaja atau tidak, zahir dan batin, ucapan dan perbuatan, dalam semua gerakkan dan diam, angan-angan dan hembusan nafasku semua nya secara terus-menerus, selama nya dan sampai bila-bila pun. Dan dosa yang aku ketahui, dan yang tidak aku ketahui, dengan hitungan yang tercakup dalam `Ilmu ALLAH dan terhimpun dalam buku catatan amal, terguris oleh pena, dengan hitungan apa pun yang telah wujudkan oleh Qudrat dan `Iradat ALLAH, dan dengan hitungan tinta yang dibuat menulis Kalimat-Kalimat ALLAH,
sebagaimana layak nya Keagungan Dzat Tuhanku, Keelokan dan KesempurnaanNYA.
Dan sebagaimana yang di cintai oleh Tuhanku dan diredhaiNYA.

Istighfar riwayat dari al-Imam al-Arif BiLlah Ahmad ibn Idris al-Maghribi رضي الله عنه


ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Dua Kaki Yang Diharamkan Dari Neraka



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"... Tentu yang dimaksud bukanlah berjalan langkah-langkah nya tapi adalah usaha nya untuk mencapai tempat yang diredhai ALLAH. Sampai nya kita ke tempat ini semoga kita semua diharamkan oleh ALLAH dari api neraka. Amin... Hadirin-hadirat, jangan bosan-bosan nya menggetarkan bibirmu menyebut Nama ALLAH سبحانه وتعالى, tetapkan jiwa dan ruhmu untuk selalu bermunajat kepada ALLAH سبحانه وتعالى kerna semakin kita merindukan dan mengingat ALLAH سبحانه وتعالى semakin berjatuhan keinginan-keinginan buruk didalam jiwa kita dan semakin jauh dari kita segala musibah dan cubaan."


Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 09hb Februari 2009M.


Insya`ALLAH, ziarahi ana juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, February 8, 2009

Panjang Umur Dalam Ketaatan



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم


اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Sabda RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam :
"Sebaik-baik kamu orang yang panjang umur nya dan baik amalan nya."


Setiap panjang umur itu dihabiskan dalam taat dan bakti kepada ALLAH Ta`ala, maka kebajikan-kebajikan akan bertambah dan darjat pun akan meningkat tinggi. Sebalik nya, jika panjang umur itu dihabiskan kepada maksiat dan menderhakai ALLAH Ta`ala, maka yang demikian itu adalah bala` dan kecelakaan, kerna ia akan menambah kejahatan dan memperbanyakkan dosa.


Siapa yang mendakwa suka panjang umur di dunia untuk memperbanyakkan amal shalih yang boleh mendekatkan diri kepada ALLAH Ta`ala, lalu ia benar dalam dakwaan nya; setiap hari ia mengerjakan amal dan bakti dan berkecimpung di dalam nya, serta menjauhkan diri dari urusan dunia yang boleh menghalang nya dari beramal, maka terhitunglah ia sebagai seorang yang benar.


Sebalik nya, jika ia malas dan selalu mengabaikan segala amal shalih, maka jelaslah ia terhitung seorang yang dusta, yang mendakwa sesuatu tanpa ada faedah. Sebab seseorang yang cintakan sesuatu perkara, tentulah ia akan mengambil berat dengan perkara itu. Ia khuatir kalau perkara itu akan terlepas dari tangan nya, ataupun ia akan terhalang dari perkara yang dicintai nya itu. Lebih-lebih lagi amal shalih itu tidak boleh dikerjakan, melainkan di dunia sahja, kerna di Negeri Akhirat, tidak boleh mengerjakan nya lagi, kerna Negeri Akhirat itu adalah tempat balasan, bukan tempat amalan.


Ingatlah perkara ini, wahai anda yang budiman, mudah-mudahan nasihat ini akan memberi manfaat kepadamu. Pohonkanlah Pertolongan dari ALLAH Ta`ala dalam menjalani amal yang shalih dengan penuh tekun dan sabar. Berusaha dan bersungguh-sungguhlah mengerjakan nya. Mulakanlah beramal shalih dari sekarang sebelum terlambat. Gunakanlah peluang hidup ini sebelum ajal datang dengan mengejut. Sebab anda sentiasa terdedah oleh malapetaka dan bencana, dan pada bila-bila masa sahja anda boleh terperangkap dalam pelukan maut. Modal untuk membolehkan anda membeli kebahagiaan yang abadi dari ALLAH Ta`ala ialah umur anda. Waspadalah, jangan sampai anda membelanjakan masa anda, hari anda, saat anda dan nafas anda pada sesuatu yang tidak berguna dan tidak bermanfaat, kelak anda akan menyesal dan berdukacita sesudah mati. Ketika itu barulah anda sedar, bahwa anda telah mensia-siakan umur anda di masa hidup di dunia dahulu.


Adalah diriwayatkan, bahwasa nya di Akhirat kelak, setiap manusia akan ditunjukkan amal hari-hari nya, dari waktu siang hingga waktu malam dalam bentuk peti-peti, sehari semalam sebanyak dua puluh empat peti, setiap satu jam satu peti. Maka ia akan melihat masa yang telah ia habiskan dengan taat kepada ALLAH Ta`ala dalam peti-peti yang dipenuhi dengan cahaya. Dan masa yang telah ia habiskan dengan maksiat pula dalam peti-peti yang dipenuhi oleh gelap-gulita. Manakala masa yang disesiakan tanpa apa-apa amal yang baik atau yang jahat didapati peti-peti nya kosong, tiada berisi apa-apa pun. Maka merasa kesallah ia ketika melihat peti-peti yang kosong itu. Mengapat tidak ia terisi dengan ketaatan supaya ia dipenuhi oleh cahaya.


Adapun peti-peti yang dipenuhi oleh gelap-gulita disebabkan perbuatan maksiat di dunia dahulu, sekira nya boleh ditakdirkan ia mati ketika melihat nya, lantaran dukacita dan rasa kesal yang tidak kesudahan itu, nescaya ia akan memilih mati sahja. Tetapi malang nya di Akhirat tidak ada mati lagi. Yang ada ialah balasan Tuhan yang Maha Adil. Siapa yang beramal shalih dan sentiasa taat kepada ALLAH Ta`ala, berbahagialah hidup nya dalam keadaan ria dan gembira sepanjang waktu. Setiap hari berlalu, semakin bertambah ria dan gembira nya. Dan siapa yang berbuat dosa dan sentiasa dalam maksiat, akan kecewalah hidup nya dalam keadaan susah dan dukacita, semakin hari semakin bertambah susah dan dukacita nya, sehingga tiada kesudahan lagi.


Wahai anda yang budiman! Pilihlah mana yang berguna dan yang mendatangkan manfaat bagi dirimu, selagi anda masih dapat memilih. Mudah-mudahan ALLAH Merahmatimu dan Meningkatkan darjatmu! Sebab jika anda sudah mati, anda tidak akan dapat memilih lagi ketika itu.


- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم


Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...


Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Wahai yang mempunyai Tali yang sangat kuat dan urusan yang benar, kami memohon kepadaMU keamanan di hari ancaman dan Syurga yang berkekalan beserta dengan orang-orang yang dekat denganMU juga orang-orang yang bersaksi, orang-orang yang banyak meruku` dan bersujud, dan orang-orang yang menepati janji-janji kepadaMU. Sesungguh nya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mencintai dan Engkau Melaksanakan apa-apa yang Engkau Kehendaki.


Wahai ALLAH, hidupkanlah kami diatas Agama Islam dan Sunnah dan matikanlah kami dalam keadaan Iman dan taubat. Wahai ALLAH, bukakanlah kami pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu keni`matan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu kedamaian, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu `ilmu dan bukakanlah kami pintu-pintu keampunan serta pintu-pintu Syurga wahai Dzat yang Maha Pengasih dari semua yang memiliki sifat kasih sayang.


Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka, Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka, Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka.


Wahai ALLAH, janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Wahai ALLAH, janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Wahai ALLAH, janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Wahai ALLAH, janganlah biarkan bagi kami sesuatu dosa melainkan Engkau Hapuskan, tiada kesukaran melainkan Engkau Lapangkan, tiada seseorang sakit melainkan Engkau Sembuhkan, tiada seseorang seteru melainkan Engkau kecewakan, tiada seseorang jahil melainkan Engkau ajarkan dan tiada sesuatu hajat melainkan Engkau tunaikan demi RahmatMU wahai Tuhan yang Maha Luas Rahmat dan belas KasihanNYA.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Wednesday, February 4, 2009

Lima Kelompok Golongan Syuhada



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"... Manusia yang paling ingin menyelamatkan manusia dari Kemurkaan ALLAH adalah Nabiyyuna Muhammad صلى الله عليه وسلم, manusia yang paling ingin menyelamatkanmu dari api neraka. Bukan Ayahmu, bukan Ibumu, bukan gurumu, bukan temanmu tapi Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم."


Taushiyah terbaru ini dihimpun bersama dengan Taushiyah sebelum nya,
oleh Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 02hb Februari 2009M.


Insya`ALLAH, ziarahi ana juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

You Are NEVER Alone...




He Who Has No One... Has الله


والله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين