Thursday, February 26, 2009

ياسيدي يارسول الله



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





ياسيدي يارسول الله، يامن له الجاه عند الله
إن المسيئين قد جاءوا، لذنب يستغفرون الله

ياسيدي يارسول الله، يامن له الجاه عند الله
إن المسيئين قد جاءوا، لذنب يستغفرون الله

يا سيد الرسل ياطاهر، ياغاية القصد والشأن
صلى عليك العالي القادر، في كل وقت وأحيان

ياسيدي يارسول الله، يامن له الجاه عند الله
إن المسيئين قد جاءوا، لذنب يستغفرون الله

ياسيد الرسول ياطاهر، عبدك على بابك إنحني
دائم لمعروفكم شاكر ، في كل وقت وأحيان

ياسيدي يارسول الله، يامن له الجاه عند الله
إن المسيئين قد جاءوا، لذنب يستغفرون الله

يا أهل بيت رسول الله ، يا أهل الكرم وأهل الوفا
جئت بيد أن قد هفا حائر مضيع للميعاد

ياسيدي يارسول الله، يامن له الجاه عند الله
إن المسيئين قد جاءوا، لذنب يستغفرون الله




"... Budi RasuluLlah صلى الله عليه وسلم terhadap ummat nya sungguh sangat besar sekali. Jika seseorang kamu yang datang berjalan kaki, atau merangkak dari tempat yang amat jauh di muka bumi ini untuk mengunjungi maqam Baginda صلى الله عليه وسلم yang mulia dan menziarahi Baginda, belum dapat ia membalas budi RasuluLlah صلى الله عليه وسلم itu.


Moga-moga ALLAH سبحانه وتعالى membalas Baginda صلى الله عليه وسلم bagi pihak kaum Muslimin dengan semulia-mulia balasan yang pernah dikurniakan kepada seorang Nabi kerna memimpin ummat nya. Baginda صلى الله عليه وسلم telah menyampaikan Agama Islam, telah menerangkan selok-belok nya, telah membimbing ummat nya, telah menyingkap kekeliruan dan telah meletakkan kita di tempat yang bersih-putih, dan menunjukkan kita hujjah-hujjah yang terang-benderang mengenai jalan yang benar, terang malam nya seterang siang.


Kita memohon ALLAH سبحانه وتعالى agar DIA Mencucurkan Selawat dan Salam serta BerkatNYA ke atas Baginda صلى الله عليه وسلم dan keluarga nya, Selawat dan Salam serta Berkat yang mana belum pernah dicucurkan ke atas sesiapa pun dari makhlukNYA dan moga-moga dikekalkan nya sepanjang masa, sekadar bilangan PengetahuanNYA dan timbangan PengetahuanNYA dan seluas PengetahuanNYA, setiap diingat oleh orang-orang yang ingat, dan dilupa-lalaikan dari mengingati nya oleh orang-orang yang lupa-lalai."


- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

2 Ulasan:

assalmualaikum wbt...
skadar ingin brtanya...
tausyiah dari imam haddad dlm kitab nasaih diniah tue dlm bab mane?

syukran..
wslm

BismiLlah wal HamduliLlah wa laa haula wa laa quwwata illaa biLlahil `aliyil `adzhim...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...


As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh ya Akhina al-Kareem,

Al HamduliLlah, tausyiyah tersebut termaktub didalam "Perihal Haji". Semoga anta beserta keluarga senantiasa dalam Keredhaan ALLAH `Azzawajalla dan RasulNYA ShalALLAHu`alaihiwasalam. Semoga berjaya di dunia mahupun di Akhirat dan semoga ALLAH `Azzawajalla menyertai setiap langkahmu. Amiin ALLAHumma amiin.

Di atas masa serta ziarah nya hamba ucapkan, barakALLAHu fik... JazakALLAHu khairan.

Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails