"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Thursday, February 28, 2019

Yang Sama² Ingin Memperbaiki Diri Bi iznillah



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Bismillahi Masya'ALLAH,


Apabila ALLAH ﷻ yang Maha Mulia memuliakan seseorang hambaNYA, maka menjadilah hamba itu semulia²nya walaupun seluruh makhluk menghina hamba itu sehina²nya.


Namanya senantiasa mekar mewangi walaupun mereka cuba untuk mencemarinya dengan pelbagai fitnah dan tohmahan. Persandingan diantara kebathilan dan kebenaran tidak akan pernah terjadi. Sesungguhnya yang berjaya mendapatkan kebenaran pasti kerana terhidu wangian budi pekertinya yang agung... Sungguh indah, menyegarkan iman.


Maka wahai ALLAH, Dzat yang Maha Mulia, Pemilik segala kemuliaan, yang Maha Menganugerahkan kemuliaan itu kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, muliakanlah kami dengan keberkahan dan kemuliaan kekasihMU yang terkasih, Junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ agar kami memuliakan Baginda Rasulillah ﷺ dan apa² yang Engkau muliakan. Bantulah dan bimbinglah kami untuk bersungguh² dalam mengikuti dan mencontohi Baginda Rasulillah ﷺ dan segala ajaran Baginda ﷺ yang mulia.


Ampunilah dan maafkanlah kami diatas segala kecuaian kami yang telah kami perbuat secara sedar mahupun tidak, sesungguhnya Engkau tidak pernah cuai dalam pengawasanMU terhadap kami samada yang terdetik dalam hati sanubari kami, yang terlintas difikiran kami dan segala gerak dan diam kami. Curahkanlah Taufiq, Hidayah dan `InayahMU keatas kami dan juga mereka sederas²nya. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui atas segala apa yang telah terjadi dan akan terjadi maka tentukanlah ia seindah²nya, wahai yang Maha Indah, tentukanlah ia dengan kelembutanMU, wahai yang Maha Berlemah-Lembut, wahai ALLAH.


Jangan... Jangan... Jangan pernah tinggalkan kami, wahai ALLAH, tidak pada bathin, tidak pada zahir, tidak di dunia, tidak di saat sakaratul maut, tidak di alam barzakh, tidak di Akhirat, tidak dihari pertanggung-jawaban, tidak di shirat, tetaplah bersama kami dan jadikanlah RedhaMU sebagai teman sejati bagi kami, wahai ALLAH.


Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan bantuan dariMU, wahai yang Maha Agung. Inilah doa kami dan dariMU `Ijabah, wahai yang Maha Dekat, wahai yang Maha Mendengar segala doa dan Maha Mengabulkannya, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dengan keberkahan dan kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ yang Engkau Pilih dan Utuskan sebagai Rahmat untuk sekalian alam. `Ala hadzihi niyyah wa kulli niyyatin shalihah wa ila hadratin Nabiy al-Musthafa ﷺ, al-Fatihah.



Yang sama² ingin memperbaiki diri bi iznillah,
- alfaqirah fatimah nurussana' mastura



اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم إني أسألك العفو والعافية
والمعافاة الدائمة في الدين والدنيا والآخرة
برحمتك يا أرحم الراحمين


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Monday, February 25, 2019

Teruntuk Belahan Jiwa Baginda ﷺ 2019



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Bismillahi Masya'ALLAH.
Alhamdulillahil ladzi bini'matihi tatimmush-shalihat.



Berikut adalah keputusan rasmi -
Jumlah hadiah para jama'ah titipkan sempena hari kelahiran Sayyidatuna Fatimah az-Zahra' RadhiALLAHu 'Anha wa Ardhaha pada tahun ini.






ALLAHu Akbar wa lillahil Hamd ~ Marha²!


Alhamdulillah wasy-syukrulillah, diantara para kekasih ALLAH ﷻ yang sudi memperindahkan lagi gerakkan ini dengan mendoakan kita adalah,

● al-Fadhilah Hubabah Shifa' Binshahab
(Seorang sesepuh yang Shalihah)

● al-Fadhilah Ustazah Ummu Muhammad al-Musawa
(Seorang Guru yang Masya'ALLAH, Isteri kepada Al-Marhum Habibana Munzir al-Musawa)

● Al-Fadhilah Hubabah Ummu Islam al-Jailani
(Seorang Guru yang Masya'ALLAH)

● Al-Fadhilah Ustazah Halimah al-'Aydrus
(Seorang Guru yang Masya'ALLAH)

● Al-Fadhilah Ustazah Nur Alina al-Munawwar
(Seorang Guru yang Masya'ALLAH)

● Al-Fadhilah Ustazah Zulaikha
(Seorang Guru yang Masya'ALLAH, Guru Mulia al-'Allamah Sayyidil Habib Umar bin Hafiz menghadiahkan beliau dengan gelaran "Lautan 'Ilmu")

● Al-Fadhilah Ustazah Ummu as-Siddiq al-Hamid
(Seorang Guru yang Masya'ALLAH, Isteri kepada Habibana Mahdi al-Hamid)

● Al-Fadhilah Hubabah Salwa
(Seorang Shalihah, Isteri kepada Habibana Hud al-'Attas)

● Al-Fadhilah Ustazah Ummu Muhammad Bafagih
(Seorang Guru yang Masya'ALLAH)


Semoga ALLAH ﷻ senantiasa memuliakan dan menjaga mereka para kekasih²NYA, menyatukan nama² kita didalam doa munajat mereka dan bersama dengan mereka di dunia dan akhirat 💚


Beserta ini adalah diantara doa² yang sempat kami abadikan dalam bentuk poster. Dipersilakan dengan segala hormat bagi sesiapa yang ingin download, save dan share. Klik pautan INI untuk dapatkan dalam bentuk PDF.















Alhamdulillah wasy-syukrulillah, syukran jazilan diatas segala dukungan, perhatian, penyertaan, kesungguhan dan kebaikan kalian semua yang menjayakan gerakkan mulia ini untuk tahun ke-5.


Termasuk juga mereka yang sudi berkongsi gerakkan ini dimana sahaja, yang menjadi wasilah kami untuk mendapatkan doa dari para kekasih² ALLAH dan yang menterjemahkannya pula agar kita semua bisa memahami, menghayati serta mengambil manfaat dari tiap² butiran munajat yang telah dipanjatkan kehadratNYA ﷻ.


Semoga setiap satu dan kesemuanya Diterima ALLAH ﷻ, Baginda Rasulillah ﷺ dan Sayyidatuna Fatimah az-Zahra' RadhiALLAHu 'Anha wa Ardhaha.


Semoga setelah detik ini, kita semua DirezkikanNYA untuk bisa lebih mengenali Sayyidatuna Fatimah az-Zahra' RadhiALLAHu 'Anha wa Ardhaha, mencintainya, mencontohinya dan mengikutinya pada zahir dan batin.


Semoga Sayyidatuna Fatimah az-Zahra' RadhiALLAHu' Anha wa Ardhaha sudi memandang kita dan memberi syafa'atnya sehingga tersucikan hati sanubari kita dan kita kembali kepada ALLAH ﷻ dalam keadaan hati sanubari yang Disejahterakan ALLAH. Semoga kita semua bisa berkumpul bersama dengannya, Penghulu Wanita di Syurga terutama sekali bersama dengan Ayahandanya, Kekasih ALLAH yang terkasih, yang teragung, yang terpilih, Baginda Rasulillah ﷺ. Jadikan KekasihMU ﷺ gembira serta musuh²MU sedih dengan PenerimaanMU terhadap doa dan diri kami ini, ya Arhamar Rahimin, ya ALLAH, bijaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ.


Wahai Kekasihku, wahai Pemimpinku, wahai Fatimah Puteri Baginda Rasulillah ﷺ, Selawat dan Salam ALLAH yang paling sempurna keatas Ayahandamu, Ibundamu, keatasmu, Suamimu, keatas kedua Anakandamu dan keatas sesiapa yang mengikutimu kerana ALLAH 💚


RABBi fanfa'na bibarkatihim wahdinal husna bihurmatihim wa amitna fi thariqatihim wa mu'afatin minal fitani. Bisirril fatihah.


Demikian yang bisa kami sampaikan.


Sebelum dan sesudahnya, kami ucapkan syukran jazilan. Beribu ampun dan maaf diatas segala kesilapan serta kekurangan kami sepanjang mengendalikan gerakkan ini.


Yang sama² mengharapkan pandangan ALLAH ﷻ dan Baginda Rasulillah ﷺ
- alfaqirah fatimah nurussana' mastura
20hb Jamadil Akhir 1440H | 25hb Februari 2019


Jazakumullah khairal jaza' fiddarain. BarakALLAHu fikum. Fi amanillah.




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين