Thursday, February 28, 2019

Yang Sama² Ingin Memperbaiki Diri Bi iznillah



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Bismillahi Masya'ALLAH,


Apabila ALLAH ﷻ yang Maha Mulia memuliakan seseorang hambaNYA, maka menjadilah hamba itu semulia²nya walaupun seluruh makhluk menghina hamba itu sehina²nya.


Namanya senantiasa mekar mewangi walaupun mereka cuba untuk mencemarinya dengan pelbagai fitnah dan tohmahan. Persandingan diantara kebathilan dan kebenaran tidak akan pernah terjadi. Sesungguhnya yang berjaya mendapatkan kebenaran pasti kerana terhidu wangian budi pekertinya yang agung... Sungguh indah, menyegarkan iman.


Maka wahai ALLAH, Dzat yang Maha Mulia, Pemilik segala kemuliaan, yang Maha Menganugerahkan kemuliaan itu kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, muliakanlah kami dengan keberkahan dan kemuliaan kekasihMU yang terkasih, Junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ agar kami memuliakan Baginda Rasulillah ﷺ dan apa² yang Engkau muliakan. Bantulah dan bimbinglah kami untuk bersungguh² dalam mengikuti dan mencontohi Baginda Rasulillah ﷺ dan segala ajaran Baginda ﷺ yang mulia.


Ampunilah dan maafkanlah kami diatas segala kecuaian kami yang telah kami perbuat secara sedar mahupun tidak, sesungguhnya Engkau tidak pernah cuai dalam pengawasanMU terhadap kami samada yang terdetik dalam hati sanubari kami, yang terlintas difikiran kami dan segala gerak dan diam kami. Curahkanlah Taufiq, Hidayah dan `InayahMU keatas kami dan juga mereka sederas²nya. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui atas segala apa yang telah terjadi dan akan terjadi maka tentukanlah ia seindah²nya, wahai yang Maha Indah, tentukanlah ia dengan kelembutanMU, wahai yang Maha Berlemah-Lembut, wahai ALLAH.


Jangan... Jangan... Jangan pernah tinggalkan kami, wahai ALLAH, tidak pada bathin, tidak pada zahir, tidak di dunia, tidak di saat sakaratul maut, tidak di alam barzakh, tidak di Akhirat, tidak dihari pertanggung-jawaban, tidak di shirat, tetaplah bersama kami dan jadikanlah RedhaMU sebagai teman sejati bagi kami, wahai ALLAH.


Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan bantuan dariMU, wahai yang Maha Agung. Inilah doa kami dan dariMU `Ijabah, wahai yang Maha Dekat, wahai yang Maha Mendengar segala doa dan Maha Mengabulkannya, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dengan keberkahan dan kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ yang Engkau Pilih dan Utuskan sebagai Rahmat untuk sekalian alam. `Ala hadzihi niyyah wa kulli niyyatin shalihah wa ila hadratin Nabiy al-Musthafa ﷺ, al-Fatihah.



Yang sama² ingin memperbaiki diri bi iznillah,
- alfaqirah fatimah nurussana' mastura



اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم إني أسألك العفو والعافية
والمعافاة الدائمة في الدين والدنيا والآخرة
برحمتك يا أرحم الراحمين


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails