"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Wednesday, September 30, 2009

Sєmogα ALLAH سبحانه وتعالى Mєmαstikαη Nαmαkυ & Nαmα Kαliαη Adα Diαηtαrα Mєrєkα...





بســـــــم الله الرحمان الرحيم


"ALLAH yang Menerangi langit dan bumi. Bandingan Nur Hidayat Petunjuk ALLAH (Kitab Suci al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu ; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari) ; hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api ; (sinaran Nur Hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda) : Cahaya berlapis Cahaya. ALLAH Memimpin sesiapa yang DikehendakiNYA (menurut undang-undang dan PeraturanNYA) kepada Nur HidayatNYA itu dan ALLAH Mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk ummat manusia dan ALLAH Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
- Suratul Nur 24 : 35


صــــــــدق الله العظيم

Tuesday, September 29, 2009

Gilirαηku Pαsti Akαη Tibα...



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar





^ Wahai ALLAH, sesungguh nya aku memohon CintaMU dan cinta orang² yang mencintaiMU, serta mencintai amal yang akan mendekatkan aku kepada CintaMU. Wahai ALLAH, sekira nya Engkau Menghendaki bala`, fitnah dan musibah dalam sesuatu kaum, maka dahulukanlah aku (wafat) dalam keadaan selamat, dan bukan dalam keadaan berduka-cita atau terfitnah. - ^ Doa Penghulu, Kekasih dan Penyelamat kita yang dirindui, Nabi Muhammad ibn `AbduLlah صلى الله عليه وسلم


يا الله بها يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة


Wahai diri, sesungguh nya kehidupan di dunia ini adalah satu kehidupan sementara yang tersangat singkat. Sedangkan kehidupan di Akhirat adalah kehidupan sebenar dan kekal abadi, untuk selama-lama nya. Lantas, bagaimanakah persiapan dirimu untuk kembali kehadratNYA? Apakah ala kadar sahja atau bersungguh-sungguh dengan perasaan takut dan harap? Wahai diri, awas! Akhirat di hadapan, giliranmu pasti akan tiba...


* Ya Rahmah Ya Rahim, Tunjukkan kami ke jalan yang lurus, Tunjukkan kami ke jalan yang indah. Kami yang masih terjebak dalam dosa, Tunjukkan untuk segera terhindar dari dosa, yang masih terjebak dalam kesulitan, Tunjukkan jalan menuju penyelesaian. Wahai Yang Maha Menerbitkan matahari dan Membenamkan nya, wahai Yang Menciptakan seluruh sel dan debu Menghamparkan ke permukaan bumi, wahai Yang Memahami segala kehidupan dan segala kematian, wahai Yang Menguasai kehidupan dunia, kehidupan barzakh dan kehidupan di Yaumil Qiyamah, kami pasrah kepadaMU Rabbiy, Sang Pemilik kehidupan. Kamilah yang menjadi MilikMU, kami adalah MilikMU di dunia, MilikMU di alam barzakh, MilikMU di Yaumil Qiyamah. Kami titipkan diri kami pada gerbang RahmatMU ya ALLAH, pada gerbang Kasih SayangMU Rabbiy. Kepada siapa pendosa ini menitipkan diri nya kalau bukan kepada gerbang PengampunanMU Yang Maha Luas...


* Wahai Yang Menguasai alam semesta, Wahai Yang selalu Mendamaikan jiwa yang selalu mengingatNYA, Wahai Yang Maha Memberikan kedamaian dunia dan akhirat, Damaikan jiwa kami, Damaikan hari² kami, Damaikan kehidupan kami, Damaikan alam barzakh kami, Damaikan kematian kami kelak, Damaikan kami di Yaumil Qiyamah. Wahai Cahaya Kedamaian dunia dan akhirat yang terbit dengan kebangkitan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, kami bertawassul demi keluhuran Cahaya risalah Sang Nabi صلى الله عليه وسلم yang menerangi jiwa dan kehidupan kami dan hari² kami dengan Keagungan NamaMU...


* Rabbiy Rabbiy kami menginginkan derajat² tertinggi di dunia dan akhirat dalam Keredhaan. Dan kami risau akan datang nya musibah di dunia, barzakh dan Yaumil Qiyamah maka Bebaskan kami dari segala kesulitan, musibah di dunia, barzah, dan Yaumil Qiyamah. Rabbiy Rabbiy kami menghendaki dan mendambakan keni`matan di dunia, keni`matan di barzakh, keni`matan di akhirat. KAUlah Sang Pemberi keni`matan maka Berilah kami keni`matan di dunia, di barzakh dan di Yaumil Qiyamah. Rabbiy Rabbiy inilah doa, inilah munajat, Jawablah segala harapan kami dan munajat kami. - * Himpunan doa Murabbina al-Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى






Sahabat...
Jika hari ini daku terlalu gembira,
Sedarkanlah daku dengan Amaran² ALLAH...

Jika daku bersedih tanpa kata,
Pujuklah daku dengan Tarbiyah Pencipta...

Jika daku lemah tiada berdaya,
Ingatkanlah daku dengan kehebatan Syurga...

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah daku untuk meruntuhkan nya segera...

Jika pernah hati mu terluka,
Luahkanlah agar daku berubah...

Dan jika esok daku terlena tanpa terjaga,
Iringilah daku dengan kalungan doa...

- Hamba ALLAH



إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
أعطني محبتك ومعرفتك يا الله

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, September 24, 2009

Ditυrυnkαηηyα Cυbααη & Aηυgєrαh



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 21hb September 2009M.
Qasaid penutup : Burdah Muhammadun dan Ya ArhamarRohimin.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.




بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, September 20, 2009

عيــــــد مبــارك




الله اكبر الله اكبر الله اكبر لا إله إلاَّ الله
الله اكبر الله اكبر الله اكبر والله الحمد


بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



* Sila rujuk diSini untuk jadual Solat `Eidul Fitri di sekitar Singapura



Disaat-saat terakhir di dalam bulan Ramadhan, hujan telah turun dengan lebat nya; seakan-akan Makhluk ALLAH سبحانه وتعالى yang Mulia ini, menangisi perpisahan nya dengan kita semua. ALLAHu ALLAH. Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Menjadikan ia tidak jemu² untuk menjadi tetamu kita dan kembali sekali lagi dan lagi dan lagi... Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram.


Di kesempatan ini juga, al HamduliLlah, tahniah hamba ucapkan kepada Ukhtina Noor Amni, Ukhtina Noor Melati, Ukhtina Nurul, Ukhtina Rahimah, beserta keluarga, diatas kelahiran cahaya mata masing². Semoga menjadi anak² yang Shalih dan Shalihah, yang kuat beribadah kepadaNYA zahir dan batin. Semoga menjadi kebanggaan Ayah Ibunda dan Rasul Junjungan صلى الله عليه وسلم di dunia dan Akhirat. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram.


Rasul Junjungan صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Berilah kemaafkan nescaya kamu dimaafkan."
- Hadiths Riwayat Imam Ahmad ibn Hanbal رحمة الله تعالى عليه


Hamba telah memaafkan antum kerna ALLAH سبحانه وتعالى; semoga ALLAH سبحانه وتعالى Memaafkan hamba. Mohon agar antum dapat memaafkan hamba kerna ALLAH سبحانه وتعالى; semoga ALLAH سبحانه وتعالى Memaafkan antum. Salinglah kita bermaaf-maafan kerna ALLAH سبحانه وتعالى; semoga ALLAH سبحانه وتعالى Memaafkan kita semua... Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram. Syukran jazilan diatas ingatan dan doa antum kepada hamba beserta keluarga sempena 1 Syawal yang Mulia ini. Akhirul kalam,


Salam `Eidul Fitri minal `Aidin wal Faizin,
Mohon Maaf Zahir dan Batin.



تقبل الله منا ومنكم كل عام وانتم بخير
وصحة وعافية وسلامه من كل شر


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Wednesday, September 16, 2009

Dυα Kєηi`mαtαη Yαηg Sєriηg Dilυpαkαη



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 14hb September 2009M.
Penutup : Qasidah Selawat Badr, Doa Habibana Hud Bagir al-`Attas حفظه الله تعالى
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Tuesday, September 15, 2009

Uηtαiαη Doα & Pυisi Rαмαdhαη



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar





Ya ALLAH, Engkau Jadikan bulan Ramadhan yang KAU Istimewakan ia,
Dari semua bulan KAU Pilih ia dari semua masa dan zaman,
KAU Lebihkan ia dari semua waktu² dalam setahun,
Dengan Ramadhan, KAU Pilih kami,
Kami berpuasa pada waktu siang nya, atas PerintahMU,
Dan kami dirikan shalat malam nya, atas PertolonganMU,
Untuk memperoleh pahala dan Ampunan dariMU...



Selama sebulan, Ramadhan berada ditengah-tengah kami,
Namun kini Ramadhan akan meninggalkan kami,
Pada akhir waktu nya, pada ujung jangka nya,
Pada kesempurnaan bilangan nya...


Ya Ramadhan, betapa banyak orang yang terbebas di dalam mu,
Betapa bahagia nya, orang yang menjaga kesucian mu,
Engkaulah bulan, yang sejahtera segala nya,
Betapa kami akan selalu merindui mu....



Ya ALLAH, kami Pencinta Ramadhan,
Dengan nya telah KAU Muliakan kami,

Dari lubuk hati kami, penyesalan paling dalam,
Dari lidah kami, permohonan maaf yang paling tulus,
Anugerahilah kami pahala, dengan segala kekurangan kami,
Memenuhi HakMU di bulan ini...


Ya ALLAH, apa sahja dosa besar dan dosa kecil,
Yang kami lakukan di bulan ini,
Atau kesilapan yang kami langgar dengan sengaja atau kerna terlupa,
Atau kezaliman pada diri kami dan kezaliman kami terhadap orang lain,
Tutuplah kami dengan MaafMU, Terimalah kami dengan AmpunanMU...



Ya ALLAH, dengan berlepas nya bulan Ramadhan ini,
Lepaskanlah pula kami dari noda² kesalahan,
Pastikan kami mendapat RedhaMU,
Pastikan kami memperoleh Ampunan dan Kasih SayangMU
Ya Arhamar-Rahimin...


Indah nya hari² terjalin dalam naungan mu ya Ramadhan,
Pada lapar dan dahaga, kami temukan mutiara kesabaran,
Bahagia menjelma, bila saat berbuka tiba,
Dan di sisiNYA, pahala telah Ditetapkan,
Kesyahduan akrab bersemayam di hati,
Sebening telaga al-Kautsar, diperciki seberkas CahayaNYA,
Mutiara dan Marjan berbinar-binar,
Segala Puja dan doa datang dan berarak ke angkasa,
Seputih merpati terbang beriringan,
Menggapai SinggahsanaNYA, megah tak terbayangkan...



Moga ia Menerima segala amal,
Mencurahkan air kesejukan pada hati yang gementar,
Mengharap saat perjumpaan...


Ku teguk manis nya setiap hening malam mu ya Ramadhan,
Yang kami lebur dalam ruku` dan sujud kami, penuh kekhusyu`an,
Mengalir pada setiap ayat al-Qur`an,
Yang dibaca di atas sejadah selebar hijau dedaunan,
Seluas biru nya lautan...



Tinggalkan semerbak wangi kasturi mu di Masjid²
Dan di rumah² kami wahai bulan Ramadhan,
Biar hati kami yang singgah tertambat di dalam nya,
Merekah iman dan amal yang berterusan...


Kan kami untai hari² yang lewat,
Seolah kau tak beranjak,
Di sini berdekatan dan kisahkanlah indah nya Taman Firdaus,
Jelita nya para bidadari yang di atas dipan duduk bertelekan...



Sampaikan salam rindu kami ya Ramadhan,
Pada mereka, permata Jakut yang menanti,
Menanti di pintu gerbang ar-Rayyan...



^ Dari tarikan nafas
al-Fadhil Ustaz Haji Burhanuddin SR حفظه الله تعالى




أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفوّ تحب العفو فاعفو عنا

ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Monday, September 14, 2009

ALLAH سبحانه وتعالى Is Oυr Rєfυgє Froм This...



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Durood ar-Ra`uf ar-Rahim


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar




"O you who Believe, abstain from many of the suspicions. Some suspicions are sins.
And do not be curious (to find out faults of others), and do not backbite one another.
Does one of you like that he eats the flesh of his dead Brother? You would abhor it.
And fear ALLAH. Surely ALLAH is Most-Relenting, Very-Merciful."
- Suratul Hujurat 49 : 12



أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفوّ تحب العفو فاعفو عنا

اللهم إني أعوذ بك من همزات الشياطين
وأعوذ بك رب أن يحضرون

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Saturday, September 12, 2009

Mαυ`idhoh Hαsαηαh



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Dari Majelis Ta`lim dan Tadzkir al-Anwar pimpinan al-Habib Muhammad Syahab حفظه الله تعالى : "Ni`mat yang begitu besar yang ALLAH سبحانه وتعالى Tumpahkan di Bulan Ramadhan yang Mulia yang penuh dengan Keberkahan, Rahmat, Cahaya Ilahi, Ampunan. ALLAH سبحانه وتعالى Menjadikan malam²nya penuh dengan ganjaran² yang sangat besar, wahai Muslimin janganlah lalai pada malam² Ramadhan ini khusus nya di akhir dari pada bulan yang Mulia ini.


Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sepuluh hari menjelang akhir di bulan Ramadhan beliau sangat meningkatkan ibadahnya kepada ALLAH تعالى, ini contoh wahai Ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, ini contoh yang beliau berikan kepada kita agar kita tidak lalai di bulan yang Mulia ini. Dan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم menganjurkan kita agar kita bisa mendapatkan malam "Lailatul Qadar", malam yang sangat Mulia.


Maka selayaknyalah bagi setiap Mu`min memanfaatkan malam² Ramadhan untuk selalu mendekatkan diri kepada ALLAH سبحانه وتعالى, mungkin saja Ramadhan tahun ini adalah akhir buat kita, bangunlah malam²nya, isilah dengan dzikir kepada ALLAH, perbanyaklah sholat sunnah, membaca ayat²nya yang indah. Khususnya sepuluh hari menjelang akhir dari pada bulan yang Mulia ini.


Dan dibulan inilah mari kita berlomba-lomba untuk mendapatkan Ampunan dari yang Mulia ALLAH, Ya Esa ALLAH, perbanyaklah amal² yang baik, memberikan sedekah kepada faqir miskin, memberikan makanan buat berbuka puasa, memberikan amal baik kepada anak yatim, menyenangkan hati anak yatim.


Dan usahakan sepuluh hari menjelang akhir di bulan Ramadhan kita I`tikaf, kerna ini pun di contohkah oleh Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, beliau selalu I`tikaf di Masjid menjelang akhir dari bulan yang Mulia ini.


Beruntunglah orang² yang mengenal kadar Kemuliaan bulan Ramadhan, dan mereka bisa memanfaatkan bulan yang Mulia ini, ALLAH سبحانه وتعالى akan Memuliakannya di dunia dan di akhirat nanti. Dan mampu menghindarkan dari diri mereka hal² yang bisa membatalkan puasa bagi mereka baik yang zahir ataupun yang batin, mereka jaga betul ibadah mereka sehingga puasa mereka tidak sia², lapar dan dahaga mereka tidak sia², dan mereka akan sangat senang nanti apa bila bertemu dengan ALLAH سبحانه وتعالى kelak.


Ya ALLAH Ampunkan dosa² kami, amal ibadah kami sangat sedikit sekali, Ya RABBi, ibadah kami kurang tenang, kurang yakin, kurang khusyu`, Ya ALLAH inilah kelemahan kami, Ya RABBi, Terimalah amal yang sedikit ini, Terimalah Ya ALLAH, Ampunkan semua dosa² kami, kalau memang ini Ramadhan kami yang terakhir, Berikan keni`matan buat kami untuk beribadah dibulan yang Mulia ini, Angkatlah nyawa kami dengan keadaan Islam Ya ALLAH. Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, Engkau yang Maha Melihat dan yang Maha Mendengar, Engkau segala-galanya buat kami ya ALLAH, Ampunkan semua kesalahan kami dibulan yang Mulia ini dengan Keberkahan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Birahmatika Ya Arhamarrahimin."



أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفوّ تحب العفو فاعفو عنا

ربنا فاغفر لنا ذنوبنا وكفر عنا سيئاتنا
وتوفنا مع الأبرار برحمتك يا أرحم الراحمين

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Wαhαi Yαηg Mαhα Sυci ♥ Sυcikαηlαh Hαti Nυrαηi Kαmi



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Ketahuilah, wahai Saudara² sekalian, moga² ALLAH Membimbing kamu, bahwasa nya sebaik-baik hati yang dikasihi oleh ALLAH تعالى, ialah hati yang suci murni dari segala macam kebatilan dan keraguan, bersih dari segala aneka rupa kejahatan, hati yang sentiasa tunduk kepada yang hak dan Petunjuk yang diliputi oleh kebajikan dan kebaikan.


Dari sebuah hadiths tersebut :
"Hati itu ada empat macam nya : 1. Hati yang tidak berselaput (dengan syak wasangka) pada nya terdapat sebuah lampu yang menerangi. Itulah hati seorang Mu`min. 2. Hati yang hitam tidak menentu tempat nya. Itulah hati seorang kafir. 3. Hati yang terbelenggu di atas kulit nya. Itulah hati seorang munafiq. 4. Hati yang mendatar, pada nya iman dan nifaq, maka perumpamaan iman yang meliputi nya, seperti sebatang sayuran yang disirami oleh air tawar, dan perumpamaan nifaq yang ada pada nya juga, seperti setumpuk kudis yang diselaputi oleh nanah dan darah busuk. Yang mana diantara kedua nya yang berkuasa, ke situlah hati akan tertarik."


Menurut pendapatku, yang nyata nya hati yang terakhir ini adalah sifat bagi hati kaum yang bercampur-aduk amalan nya dari umum kaum Muslimin sehingga kecuaian nya melebihi kesempurnaan.


Dalam sebuah hadiths yang lain :
"Bahwasa nya iman itu mula muncul di hati sebagai sinaran putih, lalu ia membesar sehingga seluruh hati itu menjadi putih. Sedang nifaq pula, mula muncul di hati seperti titik² hitam, lalu merebak sehingga seluruh hati itu menjadi hitam."


Mudah-mudahan ALLAH تعالى Pelihara kita sekalian daripada bahaya nifaq, serta diakhiri hayat kita beserta kaum Muslimin di dalam Agama Islam. Amin. Sesungguh nya iman itu akan bertambah dengan sentiasa mengerja dan membanyakkan amalan² yang shalih dengan sepenuh ikhlas kepada ALLAH تعالى. Manakala nifaq pula akan bertambah dengan bertambah nya amalan² yang jahat, seperti meninggalkan perkara² yang wajib dan melakukan perkara² yang ditegah oleh agama.


Sabda RasuluLlah صلى الله عليه وسلم :
"Sesiapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hati nya setitik hitam. Kira nya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hati nya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak, sehingga seluruh muka hati nya menjadi hitam."


Hadiths ini sesuai dengan firman ALLAH تعالى di dalam al-Quran :
"Bahkan telah termetrai di muka hati mereka apa yang mereka kerjakan." - al-Muthaffifin ayat 14


Memanglah, tiada sesuatu yang bencana dan mudharat nya lebih berat ke atas manusia di dunia dan akhirat daripada dosa. Sebab seseorang manusia tidak akan disentuh kecelakaan atau ditimpa kesusahan, melainkan tersebab oleh dosa nya sendiri.


Firman ALLAH تعالى :
"Dan tiada akan menimpa kamu oleh sesuatu kecelakaan, melainkan disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri..." - asy-Syura ayat 30


Oleh itu, maka hendaklah setiap Mu`min itu berjaga-jaga supaya tiada melakukan dosa, malah sentiasa menjauhkan diri daripada nya. Andai nya telah terlanjur melakukan sesuatu dosa, maka hendaklah menyegerakan taubat kepada ALLAH تعالى. Sesungguh nya ALLAH سبحانه وتعالى sentiasa Menerima taubat hamba²NYA serta Mengampunkan segala dosa mereka, sedang DIA Maha Mengetahui apa yang kita lakukan.


Firman ALLAH تعالى :
"...Barangsiapa yang tiada bertaubat, maka mereka itu adalah orang² yang aniaya." - al-Hujurat ayat 11


Maksud nya, mereka telah menganiaya diri sendiri dengan mendedahkan nya kepada Kemurkaan ALLAH تعالى, disebabkan mereka telah tercebur ke dalam maksiat, malah terus melakukan maksiat itu tanpa bertaubat. Padahal ALLAH تعالى telah Menganjurkan kepada mereka untuk bertaubat serta Berjanji akan Menerima taubat mereka.


Firman ALLAH تعالى Mensifatkan DzatNYA sebagai Maha Penerima taubat dan Maha Pengampun:
"(Tuhan) Pengampun dosa, Penerima Taubat, sangat keras siksaNYA, dan amat besar KurniaNYA, tiada Tuhan melainkan DIA, kepadaNYA kesudahan segala tujuan." - al-Mu`min (al-Ghafir) ayat 3


Cubalah renungkan ayat ini dan perhatikan maksud yang terkandung di dalam nya dari pengertian yang mulia dan rahasia yang amat berkesan, yang boleh membangkitkan perasaan takut dan harapan serta gemar dan gerun dan sebagai nya.


FirmanNYA yang lain :
"Dan tidaklah yang mengambil peringatan, melainkan orang yang kembali (ke pangkal jalan). Maka serulah Tuhan dengan penuh tulus-ikhlas, beragama kepadaNYA..." - al-Mu`min (al-Ghafir) ayat 13-14


- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم



أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفوّ تحب العفو فاعفو عنا

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, September 11, 2009

Mαlαм Jυмααt, 21 Rαмαdhαη Di Mαsjid Bα`αlwiє



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Sedutan taushiyah serta doa al-Mukarram
al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى

klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
^ Mohon maaf diatas rakaman yang tidak memuaskan.


Kemuliaan Ramadhan, Kesucian Rahmat, Pengampunan, Pembebasan dari neraka, Cahaya Lailatul Qadr dan `Ijabah pada hari² 10 malam terakhir semoga senantiasa Menaungi hari² antum. Al HamduliLlah `ala kulli hal. Turut kelihatan hadir adalah Ibunda Habibana. Sungguh kehadiran beliau menambahkan lagi kesyahduan dan keberkahan malam tersebut. Semangat beliau untuk turut hadir bersama² walaupun dalam keadaan yang agak uzur, membuatkan diri ini teruja dan insaf. ALLAHu ALLAH.


Beliau sangat murah dengan senyuman serta senantiasa sudi untuk mendoakan sesiapa sahja yang memohon dan berhajat. BarakALLAHu fiki ya Ummi diatas doa yang telah dipanjatkan. Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Memakbulkan doa Ummi yang baik hati, suci lagi mulia, dan semoga setiap nafas kita Diberikan Kemuliaan Lailatul Qadr. Sehingga kita bersua lagi. Fi amaniLlah.


أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفوّ تحب العفو فاعفو عنا

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, September 10, 2009

Qαsidαh Lαηtuηαη Sαyyidul Mursαliη صلى الله عليه وسلم Sααt Pєrαηg Khαηdαq




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة


والله لولا الله ما اهتدينا
ولا صمنا ولا صلينا

"Dan demi ALLAH, kalau bukan kerna ALLAH, kita tidak akan mendapat Petunjuk,
dan tidak pula kita Puasa, dan tidak pula kita Solat...


فأنزلن سكينة علينا
وثبت الأقدام إن لاقينا

Maka Turunkanlah Ketenangan pada kami,
dan Kuatkan langkah² kami jika menemui musuh² kami...


والمشركون قد بغوا علينا
إذا أرادوا فتنة أبينا

Dan musyrikin telah murka serta benci pada kami,
mereka menginginkan pertempuran serta fitnah; kami tidak menginginkan nya."
- Shahih Imam al-Bukhari رحمة الله تعالى عليه


Munsyid : Akhina Muhammad Irfan aka Muhammad Qolby
Muat-Turun MP3 : diSini
Ihsan : Majelis RasuluLlah صلى الله عليه وسلم


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Wednesday, September 9, 2009

Thє Rαмαdhαη Addrєss Of Hαbibαηα `Ali αl-Jifri حفظه الله تعالى



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



"The second issue pertains to the approach of the last ten days of this blessed month of Ramadhan; the days in which your Prophet, صلى الله عليه وسلم used to roll up his sleeves, worship by night, and wake up his family for prayer. It is absolutely necessary that you increase your aspiration to draw nearer to God in these last ten days, because God, the Mighty, the Sublime, has hidden in these days some of HIS special divine gifts, which necessitates your desire for God to Bless you with a great portion of these gifts. If you are sincere in drawing closer to your Lord, you will be able to reap the benefits of these final days of Ramadhan until the next year, as well as the rest of your life."


- Habibana `Ali Zain al-`Abideen ibn `Abd al-Rahman al-Jifri حفظه الله تعالى
To read more please click HERE



أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفوّ تحب العفو فاعفو عنا

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Tuesday, September 8, 2009

Lαilαtυl Qαdr



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد السابق للخلق نوره
ورحمة للعالمين ظهوره عدد من مضى من خلقك ومن بقى
ومن سعد منهم ومن شقى صلاة تستغرق العد وتحيط بالحد
صلاة لا غاية لها ولا منتهى ولا أنقضاء صلاة دائمة بدوامك
وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً مثل ذلك
- Selawat Sultanul Auliya as-Syeikh `Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




"Semoga aku dan kalian selalu menerima Lamaran kedekatan ALLAH Jalla Wa `Alaa dunia wal akhirah, dan semoga ALLAH Memberi kemudahan bagiku dan kalian untuk selalu dalam keluhuran Cahaya kedekatan ke hadirat ALLAH. Jangan selalu berputus asa berdoa dan bermunajat jika kita merasa lemah dan rentan maka berdoalah karena ALLAH Membimbing mu dan Mempermudah mu membuka jalan kemudahan untuk sampai kepada pintu² keluhuran dan kesucian hidup, yang dengan itu kita sampai kepada rahasia kebahagiaan yang kekal, Keridhaan ALLAH, Cinta ALLAH, Kasih Sayang ALLAH. Betapa beruntung mereka yang menerima Lamaran ALLAH untuk dapat menjadi pencintaNYA, dan betapa ruginya mereka dengan segala apa yang mereka lewati dalam kehidupan di muka bumi, jika mereka lepas dan menolak Lamaran ALLAH untuk menjadi kekasihNYA.


Semoga aku dan kalian Diterangi jiwa kita dengan Cahaya kerinduan berjumpa dengan Yang Maha Indah, dengan Pencipta kita dari tiada, dengan Yang Maha Dermawan dan Menyingkirkan kita dari segala kesulitan dan musibah, demi Cahaya kerinduan ke hadirat ALLAH Ya Dzal Jalaali Wal Ikram.


...Memperbanyak ibadah bagusnya di setiap malam Ramadhan, malam kesatu, malam kedua, malam ketiga, malam keempat karena sebagian Ulama` mengatakan Malam dengan Tahajjud, doa, cinta , dan rindu kepada ALLAH adalah Lailatul Qadr baginya. Maka semoga setiap malam kita adalah Lailatul Qadr, lebih lagi kalau di setiap malam Ramadhan kita dalam cinta, rindu dan tangis kepada ALLAH, lebih lagi jika setiap malam maka salah satu malamnya adalah Lailatul Qadr kalikan dengan 1000 bulan, 83 tahun... Semoga ALLAH Memuliakan aku dan kalian dengan kemuliaan Lailatul Qadr.


RABBi.. RABBi.. Halalkan seluruh wajah kami mendapatkan Cahaya kemuliaan Nuzulul Qur`an, Pastikan kami semua kelak dalam kelompok Ahlul Badr, ketika Dipanggil di Yaumul Qiamah wahai Ahlul Badr berdirilah, Pastikan kami berdiri diantara para pencinta Ahlul Badr. Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzal Jalali Wal Ikram... Jika kelak di Yaumul Qiamah masing² kelompok Dipanggil dengan pencintanya, kelompok pezina, kelompok pemabuk, masing² berdiri dengan kelompoknya, maka di saat itu akan Dipanggil pula dimana kelompok Ahlul Badr, semoga aku dan kalian berdiri dalam kelompok Ahlul Badr. Semoga aku dan kalian tidak berdiri saat Dipanggil mana kelompok penggunjing, mana kelompok pendusta, mana kelompok pencaci, mana kelompok pendosa, RABBi.. Jangan Engkau Berdirikan (kami) diantara mereka. Pastikan ketika Ahlul Badr Dipanggil kami ikut berdiri diantara mereka para pecinta Ahlul Badr, yang telah disabdakan oleh Nabi kami : "Seseorang bersama dengan orang yang dicintainya." RABBi.. Kami rindu wajah² Ahlul Badr al-Kubra, kami rindu melihat wajah² damai, kami rindu melihat wajah Khulafaa` ar-Rasyidin, kami rindu melihat wajah Muhajirin dan Anshar, kami rindu memandang wajah Sayyidina `Ali bin `Abi Thalib KarramALLAHu Wajhah, melihat wajah² mulia.


Ya Dzal Jalali Wal Ikram Ya dzaa At Thawli Wal In`aam Ya Rahman Ya Rahim... Pastikan kami di dalam Keberkahan dunia dan akhirat dalam Kebahagiaan dunia dan akhirat. Demi kemuliaan Badr al-Kubra Jawablah seluruh doa kami, Hapuskan seluruh dosa kami, Singkirkan segala kesulitan kami, Jauhkan musibah dari kami sejauh-jauhnya, Jauhkan dari kami kemurkaan sejauh-jauhnya. Ya Rahman Ya Rahim... Damaikan kami, Damaikan masyarakat kami, Damaikan bumi Jakarta, Damaikan bangsa kami, Tenangkan jiwa Muslimin-Muslimat (agar terhindar) dari perbuatan² yang hina dan mungkar. Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzal Jalali Wal Ikram... Jadikan jiwa kami dan jiwa Saudara² kami Muslimin-Muslimat selalu risau jika ingin berbuat dosa, dan selalu tenang dan senang jika ingin berbuat pahala.


Hadirin-Hadirat yang dimuliakan ALLAH, semoga malam² berikutnya kita semakin indah dan mulia, semoga di malam² berikutnya kita semakin mencintai dan dicintai ALLAH Subhana wa Ta`ala, Ya Rahman Ya Rahim."


Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 07hb September 2009M.
Qasaid penutup : Selawat Badr dan ALLAH ALLAHu AnALLAHu.



* Rakaman Khas *





Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, September 6, 2009

17 Rαмαdhαn ♥ Hαυl Ahlυl Bαdr





بســـــــم الله الرحمان الرحيم


Limpahan Selawat ALLAH, Limpahan Salam Sejahtera dari ALLAH kepada Thaha (Muhammad صلى الله عليه وسلم) RasuliLlah Utusan ALLAH سبحانه وتعالى, Limpahan Selawat ALLAH dan Limpahan Salam Sejahtera dari ALLAH kepada Yasin (Muhammad صلى الله عليه وسلم) RasuliLlah Kekasih ALLAH سبحانه وتعالى...


Kami bertawassul dengan بسم الله dan dengan Sang Penyampai Hidayah, RasuliLlah صلى الله عليه وسلم, dan demi semua para Mujahid di jalan ALLAH, Demi Ahlul Badr wahai ALLAH...


Wahai Tuhanku, Selamatkanlah Ummat dari kejahatan dan KemurkaanMU, dan dari kegundahan serta kesusahan, demi Ahlul Badr wahai ALLAH...


Wahai Tuhanku, Selamatkanlah kami dan Tolonglah kami dari segala gangguan dan Singkirkanlah siasat² musuh dan Berlemah-lembutlah kepada kami, demi Ahlul Badr wahai ALLAH...


Wahai ALLAH, Singkirkanlah bencana² dari para pendosa dan kebinasaan dan segala musibah dan wabah penyakit, demi Ahlul Badr wahai ALLAH...


Betapa banyak nya Rahmat yang telah Tercurah dan betapa banyak nya kesulitan yang telah Tersingkir dan betapa banyak keni`matan yang sampai, demi Ahlul Badr wahai ALLAH...


Betapa banyak nya Engkau Cukupkan usia² (dengan Hidayah) dan betapa banyak nya Engkau Santuni orang² faqir (dengan Kemuliaan dan Pengampunan) dan betapa banyak nya Engkau Sembuhkan orang yang sakit (dengan tawassul dan keberkahan), demi Ahlul Badr wahai ALLAH...


Kami datang mengemis Kasih Sayang dan Munculkanlah Kebaikan dan Kebahagiaan, maka Luaskanlah Anugerah dikedua tangan kami, demi Ahlul Badr wahai ALLAH...


Maka janganlah Engkau Tolak (wahai ALLAH سبحانه وتعالى) hingga membawa kekecewaan dan Jadikanlah kami selalu dalam Kebaikan dan Dilimpahi Kehormatan dan Kewibawaan, demi Ahlul Badr wahai ALLAH...


Jika Engkau Menolak (wahai ALLAH سبحانه وتعالى) maka pada siapa kami meminta untuk mendapatkan semua hajat² kami dan tersingkir segala kesedihan, demi Ahlul Badr wahai ALLAH...


Wahai Tuhanku, Ampunilah dan Muliakanlah kami dengan mendapatkan apa² yang kami minta dan terhindar nya keburukan dari kami, demi Ahlul Badr wahai ALLAH...


Wahai Tuhanku, Engkau Pemilik Kasih Sayang, Pemilik segala Anugerah dan Pemilik segala Kelembutan dan betapa banyak nya kesusahan yang sirna, demi Ahlul Badr wahai ALLAH...


Dan Limpahan Selawat semoga Tercurah pada Nabi yang Mulia, tiada hitung dan tiada terbatas, beserta keluarga Beliau para Pembesar yang Bercahaya, demi Ahlul Badr wahai ALLAH.
- Selawat Badr / Selawat Badriyyah



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, September 4, 2009

Wαhαi ALLAH, Mαkbυlkαηlαh Pєrmohoηαη Kαmi Pαdα Bilα² Mαsα Kαmi Mєmohoη...



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




"Ketahuilah tiada yang lebih Mencintai kita melebihi ALLAH سبحانه وتعالى, hanya DIAlah سبحانه وتعالى yang Mengasuh kita dengan Sabar, mulai kita di alam rahim, lalu lahir dan mewakilkan Kasih SayangNYA kepada ibunda kita, DIA سبحانه وتعالى terus Mengasuh kita, jika dosa bertumpuk maka DIA سبحانه وتعالى Menaruhkan penyuci nya yaitu musibah, penyakit, gundah, dll yang kesemua nya itu penghapus dosa sebagaimana belasan Hadits Shahih riwayat Imam Bukhari dalam Shahih nya dan Imam Muslim dalam Shahih nya, bahwa semua musibah bahkan kegundahan hati pun merupakan penghapusan dosa.


Lihatlah bagaimana ALLAH سبحانه وتعالى Membayar semua kesedihan kita dengan Penghapusan dosa, DIA tak Menyisakan sesuatu yang tidak kita sukai pun kecuali DiberiNYA ganti yang termahal, yaitu menghapus dosa, agar hambaNYA bisa meni`mati SyurgaNYA yang abadi kelak.


Lalu DIA ALLAH سبحانه وتعالى Melihat kita yang lemah dan malas-malasan beribadah, maka DIA سبحانه وتعالى Memanjakan kita dengan Mengganjar setiap pahala menjadi 10 kali-lipat nya, dan setiap dosa hanya ditulis 1 dosa.


Lalu DIA ALLAH سبحانه وتعالى Bersabar menahan Diri dari kejahatan kita kepadaNYA, DIA ALLAH سبحانه وتعالى terus Mengharap cinta kita yang tak kunjung datang padaNYA سبحانه وتعالى..


Ketika seorang hamba shalat lalu dalam shalat nya ia berpaling / melirik sesuatu, maka ALLAH سبحانه وتعالى berkata : "Kau palingkan pada siapa pandanganmu wahai hambaKU..?"


Demikian Cemburu nya ALLAH سبحانه وتعالى kepada kita, DIA ALLAH سبحانه وتعالى terus Bersabar pada perbuatan kita yang tidak pernah perduli pada PerasaanNYA, dan tak pernah mau merindukanNYA.


Rasul صلى الله عليه وسلم bersabda : "Tiada yang lebih Sabar dan Baik dari ALLAH; difitnah, didustakan, dan dikatakan mempunyai anak, namun DIA سبحانه وتعالى masih Memberi rezki dan tidak Merenggut AnugerahNYA pada mereka."


Hingga ketika datang hari kiamat, ALLAH Menyeru hamba²NYA sebagaimna dijelaskan pada surat al-Infithar : "Wahai hamba²KU, apa yang membuat kalian meninggalkan Tuhanmu yang Pemurah? Yang Menciptamu dan Memberi tubuh?..."


Nah..., ketika seseorang mempunyai kebutuhan, yang tentu nya tak ada arti nya Disisi ALAH, maka sering ALLAH سبحانه وتعالى Cemburu, "Mengapa hambaKU tak ingin dekat padaKU?, mengapa hambaKU tak meminta agar didekatkan padaKU?" Maka ketika sangat dahsyat nya hambaNYA memaksa dan meminta dengan shalat hajat dlsb, maka ALLAH سبحانه وتعالى semakin tak ingin Memberi, seakan akan berkata : "Betapa hebat nya semangat dan cintamu pada hajatmu itu, dan teruslah kau tak terlintas untuk menjawab cintaKU..?"


Lalu kita harus bagaimana....?


Mudah saja, boleh saja lakukan shalat hajat dan berdoa meminta sesuatu, namun jangan jadikan semangat kita terlalu besar akan hal itu hingga menggebu-gebu, santai saja, barengi dengan memenuhi jiwa kita dengan rindu pada ALLAH سبحانه وتعالى.." - Resep dari Murabbina al-Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى




Wahai ALLAH, Tuhan nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan keluarga nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم. Aku bermohon dengan hak nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, agar Engkau berikan Rahmat yang Agung kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, dan agar Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم ada rasa cinta kepada kami dan diisikan rasa cinta kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم kepada kami, dan agar Engkau membentuk akhlaq kami seperti akhlaq nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan agar kami diberi rezki mengikuti ajaran dari Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan agar Engkau mengangkat tirai penghalang diantaraku dengan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, dan agar Engkau mengumpulkan kami dan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam permulaan hingga akhir, zahir dan batin di dalam rahsia dan secara terang-terangan dan di dalam terjaga dan tidur, hidup dan mati, di dalam dunia dan akhirat, di dalam kelembutan dan kesihatan dariNYA. - Doa riwayat dari al-Imam al-Habib Ahmad ibn Hasan al-`Attas نفع الله تعالى به


Wahai ALLAH, Sesungguh nya aku lemah, maka kuatkanlah kelemahan diriku dalam KeredhaanMU, Ambillah diriku menuju kebaikan, Jadikanlah Islam puncak keredhaanku. Wahai ALLAH, sesungguh nya aku lemah, maka kuatkanlah aku, aku hina maka Muliakanlah aku dan aku faqir, maka Cukupkanlah dan Berilah aku rezki. - Doa riwayat dari `AbduLlah ibn Umar رضي الله تعالى عنه


Wahai ALLAH, Sesungguh nya aku adalah seorang hamba yang lemah, Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang. Aku tidak mampu memaksa diriku untuk selalu mengikuti PerintahMU ataupun menjauhi LaranganMU, maka tidak ada kemampuan bagi diriku kecuali dengan PertolonganMU, wahai Tuhan yang Menciptakan langit dan bumi, wahai Tuhan yang Maha Agung, aku memohon kepadaMU Pertolongan untuk selalu mengerjakan kebajikan, menjauhi kemungkaran, dan memenuhi semua hak sesuai dengan jalan yang Engkau Cintai dan yang Engkau Redhai, wahai ALLAH, wahai Tuhan Penolongku, wahai Tuhanku, wahai Tuhan yang Maha Penyayang dari kalangan yang penuh kasih sayang. - Doa al-Habib Muhammad ibn Hadi as-Saqqaf نفع الله تعالى به


Wahai ALLAH, Sesunggh nya kami memohon kepadaMU kesihatan di dalam Taqwa, panjang umur di dalam kebaikan amal. Rezki yang luas yang tidak dijadikan azab. Jagalah kami dimana kami berada, dan janganlah Engkau Serahkan kami pada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. - Doa riwayat dari al-Imam Ja`far as-Shaddiq رضي الله تعالى عنه


Wahai ALLAH, Bersihkanlah hati kami dari sifat bergantung dengan sesiapa pun melainkan Engkau dan Jadikanlah kami termasuk dari kalangan orang² yang Engkau Cintai dan mencintaiMU. - Doa Sayyidina al-Imam `Abdir Rahman ibn Muhammad al-Jufri (Maula A`rasy) نفع الله تعالى به


Wahai ALLAH, Sayangilah aku dengan Kasih Sayang yang mencakupi lagi sempurna yang nyata dan tersembunyi, dengan Kasih Sayang yang bisa membuat ketenangan hati, Kasih Sayang yang dapat menghilangkan yang karat, Kasih Sayang yang dapat melunasi hutang, Kasih Sayang yang dapat membenarkan semua urusan, Kasih Sayang yang dapat membendung semua keburukan dan Kasih Sayang yang menjadikan kami termasuk di kalangan orang² yang berada dekat dengan ALLAH serta kami di beri rezki keyakinan yang sempurna. - Doa Sayyidina Khidir عليه السلام


Wahai ALLAH, Pindahkanlah kami dan orang² Muslim dari kecelakaan kepada keberuntungan, dari neraka ke Syurga, dari azab ke Rahmat, dari dosa kepada Keampunan, dari berbuat keburukan kepada berbuat kebaikan, dari takut kepada aman, dari miskin kepada kaya, dari hina kepada kemuliaan, dari kesempitan kepada kelapangan, dari tidak elok kepada yang bagus, dari kesusahan kepada kemudahan, dari berpaling kepada mengadap bersungguh² , dari penyakit kepada kesihatan, dari Kemurkaan kepada Keredhaan, dari kelalaian kepada ingat, dari kurang bersungguh² kepada bersemangat, dari terhalang kepada tertolong, dari bid`ah kepada Sunnah, dari tidak adil kepada keadilan...


Wahai ALLAH, Tolonglah kami atas Agama kami dengan dunia dan di dunia dengan ketaqwaan, dan Taqwa dengan amal, dan amal dengan Pertolongan, dan semua nya itu dengan KelembutanMU yang mendatangkan KeredhaanMU, yang menghantarkan ke SyurgaMU, yang disertai dengan melihat DzatMU yang Mulia, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Penolongku, wahai Penolongku, wahai Penolongku. Wahai Dzat yang paling Mulia dari yang mulia, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Dzat yang Agung dan Mulia. Wahai Dzat Pemberi Pemberian yang Agung. - Doa Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad ibn `Ali Ba`alwi نفع الله تعالى به


Wahai Tuhanku, Lapangkanlah dadaku sebagaimana Engkau telah Melapangkan dada hamba²MU yang Shalih. Mudahkanlah urusanku sebagaimana Engkau telah Memudahkan kepada hamba²MU yang Shalih. Berikanlah Hidayah kepadaku sebagaimana Engkau telah Memberi Hidayah kepada hamba²MU yang Shalih. Perbaguskanlah lisanku sebagaimana Engkau telah Membaguskan lisan hamba²MU yang Shalih, aku memohon dengan hak nya Penghulu kami Muhammad صلى الله عليه وسلم. - Doa riwayat dari al-Imam al-Habib Ahmad ibn Hasan al-`Attas نفع الله تعالى به


Wahai ALLAH, Hidupkanlah aku di atas Islam dan Sunnah, dan matikanlah aku dalam keadaan Iman dan Taubat. - Doa riwayat dari Abu Turob al-Nakhsyabi رضي الله تعالى عنه - Himpunan doa dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, September 3, 2009

Pєηdυdυk Ahli Syυrgα



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Abu Sufyan berkata : "Aku selalu terusir dari hidayah",
maka Rasul صلى الله عليه وسلم berkata :
"Kau yang mengusir dirimu dari hidayah.
Hidayah Ditawarkan kepada semua hamba ALLAH...
""



Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 31hb August 2009M.
Qasaid penutup : Marhaban ya Ramadhan dan ALLAH ALLAHu AnALLAHu.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Wednesday, September 2, 2009

اللـهم أجـــعل الدنيــا فـــي أيـــدينا ولا تـــجعلها فــــي قــــلوبنا





بســـــــم الله الرحمان الرحيم

"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, KAMI akan Segerakan kepada nya
dalam dunia apa yang KAMI Kehendaki, bagi sesiapa yang KAMI Kehendaki; kemudian KAMI Sediakan bagi nya Neraka Jahannam (di Akhirat kelak), untuk membakar nya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari Rahmat ALLAH. Dan sesiapa yang menghendaki Akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk Akhirat dengan usaha yang layak bagi nya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaan nya,
Diberi pahala akan amal usaha nya."
- Suratul Isra` 17 : 18 - 19


صــــــــدق الله العظيم