Saturday, September 12, 2009

Wαhαi Yαηg Mαhα Sυci ♥ Sυcikαηlαh Hαti Nυrαηi Kαmi



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Ketahuilah, wahai Saudara² sekalian, moga² ALLAH Membimbing kamu, bahwasa nya sebaik-baik hati yang dikasihi oleh ALLAH تعالى, ialah hati yang suci murni dari segala macam kebatilan dan keraguan, bersih dari segala aneka rupa kejahatan, hati yang sentiasa tunduk kepada yang hak dan Petunjuk yang diliputi oleh kebajikan dan kebaikan.


Dari sebuah hadiths tersebut :
"Hati itu ada empat macam nya : 1. Hati yang tidak berselaput (dengan syak wasangka) pada nya terdapat sebuah lampu yang menerangi. Itulah hati seorang Mu`min. 2. Hati yang hitam tidak menentu tempat nya. Itulah hati seorang kafir. 3. Hati yang terbelenggu di atas kulit nya. Itulah hati seorang munafiq. 4. Hati yang mendatar, pada nya iman dan nifaq, maka perumpamaan iman yang meliputi nya, seperti sebatang sayuran yang disirami oleh air tawar, dan perumpamaan nifaq yang ada pada nya juga, seperti setumpuk kudis yang diselaputi oleh nanah dan darah busuk. Yang mana diantara kedua nya yang berkuasa, ke situlah hati akan tertarik."


Menurut pendapatku, yang nyata nya hati yang terakhir ini adalah sifat bagi hati kaum yang bercampur-aduk amalan nya dari umum kaum Muslimin sehingga kecuaian nya melebihi kesempurnaan.


Dalam sebuah hadiths yang lain :
"Bahwasa nya iman itu mula muncul di hati sebagai sinaran putih, lalu ia membesar sehingga seluruh hati itu menjadi putih. Sedang nifaq pula, mula muncul di hati seperti titik² hitam, lalu merebak sehingga seluruh hati itu menjadi hitam."


Mudah-mudahan ALLAH تعالى Pelihara kita sekalian daripada bahaya nifaq, serta diakhiri hayat kita beserta kaum Muslimin di dalam Agama Islam. Amin. Sesungguh nya iman itu akan bertambah dengan sentiasa mengerja dan membanyakkan amalan² yang shalih dengan sepenuh ikhlas kepada ALLAH تعالى. Manakala nifaq pula akan bertambah dengan bertambah nya amalan² yang jahat, seperti meninggalkan perkara² yang wajib dan melakukan perkara² yang ditegah oleh agama.


Sabda RasuluLlah صلى الله عليه وسلم :
"Sesiapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hati nya setitik hitam. Kira nya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hati nya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak, sehingga seluruh muka hati nya menjadi hitam."


Hadiths ini sesuai dengan firman ALLAH تعالى di dalam al-Quran :
"Bahkan telah termetrai di muka hati mereka apa yang mereka kerjakan." - al-Muthaffifin ayat 14


Memanglah, tiada sesuatu yang bencana dan mudharat nya lebih berat ke atas manusia di dunia dan akhirat daripada dosa. Sebab seseorang manusia tidak akan disentuh kecelakaan atau ditimpa kesusahan, melainkan tersebab oleh dosa nya sendiri.


Firman ALLAH تعالى :
"Dan tiada akan menimpa kamu oleh sesuatu kecelakaan, melainkan disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri..." - asy-Syura ayat 30


Oleh itu, maka hendaklah setiap Mu`min itu berjaga-jaga supaya tiada melakukan dosa, malah sentiasa menjauhkan diri daripada nya. Andai nya telah terlanjur melakukan sesuatu dosa, maka hendaklah menyegerakan taubat kepada ALLAH تعالى. Sesungguh nya ALLAH سبحانه وتعالى sentiasa Menerima taubat hamba²NYA serta Mengampunkan segala dosa mereka, sedang DIA Maha Mengetahui apa yang kita lakukan.


Firman ALLAH تعالى :
"...Barangsiapa yang tiada bertaubat, maka mereka itu adalah orang² yang aniaya." - al-Hujurat ayat 11


Maksud nya, mereka telah menganiaya diri sendiri dengan mendedahkan nya kepada Kemurkaan ALLAH تعالى, disebabkan mereka telah tercebur ke dalam maksiat, malah terus melakukan maksiat itu tanpa bertaubat. Padahal ALLAH تعالى telah Menganjurkan kepada mereka untuk bertaubat serta Berjanji akan Menerima taubat mereka.


Firman ALLAH تعالى Mensifatkan DzatNYA sebagai Maha Penerima taubat dan Maha Pengampun:
"(Tuhan) Pengampun dosa, Penerima Taubat, sangat keras siksaNYA, dan amat besar KurniaNYA, tiada Tuhan melainkan DIA, kepadaNYA kesudahan segala tujuan." - al-Mu`min (al-Ghafir) ayat 3


Cubalah renungkan ayat ini dan perhatikan maksud yang terkandung di dalam nya dari pengertian yang mulia dan rahasia yang amat berkesan, yang boleh membangkitkan perasaan takut dan harapan serta gemar dan gerun dan sebagai nya.


FirmanNYA yang lain :
"Dan tidaklah yang mengambil peringatan, melainkan orang yang kembali (ke pangkal jalan). Maka serulah Tuhan dengan penuh tulus-ikhlas, beragama kepadaNYA..." - al-Mu`min (al-Ghafir) ayat 13-14


- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم



أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفوّ تحب العفو فاعفو عنا

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails