"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Showing posts with label Ceramah. Show all posts
Showing posts with label Ceramah. Show all posts

Wednesday, May 13, 2020

Dunia



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar




الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami keinginan sungguh² untuk mengikuti jejak langkah Junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ awalnya, akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ... 💙



أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفواً تحب العفو فأعفو عنا يا كريم

اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Friday, October 11, 2019

AIF



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته








اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Thursday, September 26, 2019

Burdahmu, Ya RasulALLAH ﷺ



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







> Catatan ini dalam versi PDF <


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami keinginan sungguh² untuk mengikuti jejak langkah Junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ awalnya, akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ 💚


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Wednesday, April 10, 2019

MATI YANG DIIDAMKAN DAN TIDAK MENYERAMKAN



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





- dapatkan versi PDF di sini -


Bismillah walhamdulillah.


● Tidak ada yang pasti kecuali kematian. Maka sesuatu yang pasti ini apakah tidak layak untuk kita mempersiapkannya?


● Kematian adalah pulangnya kita kepada ALLAH kerana semua adalah kepunyaan ALLAH ﷻ.


● Tidak berapa penting di mana dan bila kamu akan pulang tetapi jauh lebih penting adalah dalam keadaan bagaimana kamu akan pulang? Apakah yang kamu pulang kepadaNYA sedang redha kepadamu, cinta kepadamu dan suka kepadamu? Apakah berasa nyaman bagiNYA untuk kamu pulang kepadaNYA? Ataukah yang kamu pulang kepadaNYA sedang dalam keadaan marah kepadamu, tidak redha kepadamu, murka kepadamu sehingga kamu tidak akan dibukakan pintu olehNYA? Ini yang harus kita fikirkan.


● Husnul khatimah atau su'ul khatimah? Tidak ada pilihan yang ketiga.


● Husnul khatimah adalah keadaan ketika kamu pulang sedang ALLAH ﷻ membukakan pintu bagimu. Su'ul khatimah adalah keadaan ketika kamu pulang sementara ALLAH tidak akan membukakan bagimu pintu rahmat dan kasih sayangNYA tetapi pintu yang dibukakan bagimu adalah kemurkaanNYA. Ini amat merbahaya.


● Saat berta'ziah, mendoakan ruh orang yang meninggal dunia agar diterima disisi ALLAH adalah doa yang benar dan paling tepat. Yang kita harapkan kepada ALLAH ﷻ agar saat kita pulang adalah kita diterima dengan penuh keredhaanNYA, sedang DIA membukakan pintu rahmatNYA bagi kita.


● Apabila saat kematian itu datang dan ALLAH ﷻ terima diri kita, DIA bukakan bagi kita pintu rahmatNYA selebar-lebarnya, DIA sambut dengan penuh keredhaan maka tidak ada artinya segala kelemahan, kesulitan atau cabaran di atas muka bumi ini. Tidak ada artinya caci-maki atau hinaan dari sesiapa pun. Tidak ada artinya kemiskinan, rasa sakit, semua pengorbanan, menahan setengah mati rasa kantuk saat kamu bangun untuk ber'ibadah kepadaNYA atau menahan rasa lapar perutmu untuk mencari keredhaanNYA dalam berpuasa. Tidak ada artinya segala kesulitan jika disaat kematian kita, ALLAH sedang membukakan pintu rahmatNYA selebar-lebarnya bagi kita. Kematian dalam keadaan husnul khatimah, semoga ALLAH ﷻ kurniakan.


● Kematian dalam keadaan su'ul khatimah - tidak ada lagi penderitaan lebih besar daripada itu. Mengapa? Kerana ia adalah pintu gerbang dari semua penderitaan dan kesulitan.


● Saat kematian kamu datang dan dalam keadaan su'ul khatimah, menyeramkan serta ALLAH tidak ingin membukakan pintu bagimu, siapakah yang akan kamu harapkan? Cinta manusia kepadamu? Pangkat dan martabatmu? Rumah dan kereta yang kamu punya? Harta yang banyak yang kamu punya? Nilai wang yang kamu punya? Disaat itu, semuanya tidak ada arti lagi.


● Alhamdulillah, kita masih dalam modal dan kesempatan yang ALLAH ﷻ berikan kepada kita. Dunia ini sesaat maka jadikanlah ia ladang ketaatan.


● Disisa kehidupan ini, apakah langkah-langkah yang harus kita tempuhi menuju husnul khatimah, kematian yang indah dan yang diidamkan?

1. Memperbaiki kehidupan kita,
2. Doa dan dzikir,
3. Taubati dosa,
4. Mencintai orang shalih.



1. Memperbaiki kehidupan kita, dengan:


▪ Berfikiran yang baik - jika ada fikiran yang buruk langsung gantikanlah ia dengan fikiran yang baik. Berusahalah untuk 'adil dan baik dari sejak fikiran. Jangan biarkan fikiran buruk datang dalam fikiranmu. Segera tanggalkan dan hilangkan segala fikiran yang buruk yang bakal membawa penyakit dalam dirimu dan datangnya segala perkara yang tidak baik. Jangan sampai berprasangkaan buruk kerana ALLAH ﷻ seringkali akan berikan sesuai dengan prasangkaanmu. Jangan biarkan kehidupanmu yang hanya sekali ini diperbodohkan dengan segala fikiran yang buruk. Setiap kali ia datang, usirlah ia jauh-jauh. Katakan, kita tidak punya waktu untuk berfikiran hal yang buruk kerana kita tidak punya kehidupan untuk dibawa bekal menuju kematian kita melainkan kehidupan yang sekarang ini. Semua kita tidak ada masa percubaan. Masa yang ada inilah yang akan menentukan husnul khatimah atau su'ul khatimah. Ia menentukan kubur kita seperti apa dan mahsyar kita seperti apa. Masa yang ada inilah akan dihisab dan diperhitungkan oleh ALLAH, bukan hanya hari demi hari tetapi detik demi detik dari waktu kehidupanmu ini.


▪ Niat yang baik - orang yang mempunyai niat yang baik, ALLAH ﷻ akan membukakan baginya 70 pintu dari pintu kebaikan sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad ﷺ.


▪ Perbuatan yang baik - dari niat yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik.


▪ Kebiasaan yang baik - mengamalkan kebiasaan yang baik tanpa menunda waktu. Telah dikhabarkan bahawa seseorang memerlukan selama 21 hari untuk melakukan sesuatu agar ianya menjadi suatu kebiasaan. Jika seseorang kebiasaan bangun malam untuk ber'ibadah maka disaat masa berhalangan atau haidh selama 7 hari misalnya maka masa berhalangannya itu tidak memutuskan masa kebiasaannya. Setelah dia selesai berhalangan, dia dengan mudahnya akan kembali kepada kebiasaannya iaitu bangun malam untuk ber'ibadah.


▪ Kehidupan yang baik - sepertimana kamu hidup, seperti itu pulalah kamu akan meninggal dunia. Dalam keadaan yang terbanyak kamu hidup, seperti itu pulalah kamu akan meninggal dunia. Ia lebih kepada permasalahan hati, hatimu ada di mana?Hatimu condong ke mana? Orang yang cinta dengan shalat akan meninggal dalam keadaan menunaikan shalat. Orang yang cinta dengan al-Qur'an akan meninggal dalam keadaan membaca al-Qur'an dst.


▪ Kematian yang baik - persiapkan jenis kematian yang bagaimana yang kamu inginkan maka kerjakan ketaatan itu berulang-ulang kerana sekali lagi, sepertimana kamu hidup, seperti itu pulalah kamu akan meninggal dunia. Biasakan kebiasaan-kebiasaan yang baik, sangat berkemungkinan kita akan meninggal dunia dalam keadaan seperti itu, insya'ALLAH.



2. Doa dan dzikir:


▪ baca doa dari surah 'Ali Imran ayat 8.

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب

RABBana la tuzigh qulubana ba`da idz hadaitana wa hab lana milladunka rahmah innaka antal Wahhab.

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMU; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNYA.


▪ baca doa Nabi Yusuf 'alaihis-Salam dari surah Yusuf ayat 101.

توفني مسلما وألحقني بالصالحين

Tawaffani muslimaw-wa alhiqni bish-shalihin.

Wafatkanlah daku dalam keadaan Islam dan sertakanlah daku bersama orang-orang yang shalih.


▪ baca saat sujud, diantaranya sujud terakhir.

يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك وتوفني على ملتك

Ya Muqallibal qulub tsabit qalbi `ala dinik wa tawaffani `ala millatik.

Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku berada didalam keimanan kepadaMU dan wafat membawa agamaMU.


▪ baca setiap malam 7 kali, jika seseorang meninggal dunia maka meninggalnya dia dalam keadaan husnul khatimah sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad ﷺ.

يا ذا الجلال والإکرام أمتنا علی دين الإسلام

Ya Dzal Jalali wal Ikram amitna `ala dinil islam.

Wahai Dzat Pemiliki keagungan dan kemuliaan, matikan kami dengan berbekal agama Islam.


▪ baca 3 kali

ﻳﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻬﺎ ﻳﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻬﺎ ﻳﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﺤﺴﻦ ﺍﻟﺨﺎﺗﻤﺔ

Ya ALLAH biha ya ALLAH biha ya ALLAH bihusnil khatimah.

Wahai ALLAH, kami memohon dengan sangat, kurniakanlah pengakhiran yang baik.


▪ baca setiap pagi setelah solat Subuh, agar seseorang dikurniakan husnul khatimah. Disaat kematiannya ALLAH akan perintahkan Malaikat Izrail 'alaihis-Salam untuk berhati-hati dan berlemah-lembut dengannya, memastikan dia bisa mengucapkan لا إله إلا الله kerana penyaksiannya dititipkan kepada ALLAH dan ALLAH menunaikannya sehingga dia wafat membawa kalimah لا إله إلا الله. Dzikir ini diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ kepada Nabi Khidir 'alahis-Salam iaitu:

- Surah al-Baqarah ayat 1 sehingga 5,
- Surah al-Baqarah ayat 163,
- Surah al-Baqarah ayat 255 (Ayatul Kursi),
- Surah al-Baqarah ayat 284 sehingga 286,
- Surah 'Ali Imran ayat 18,
- Diakhiri dengan:

وأنا أشهد بما شهد الله به وأشهد الله على ذلك وأستودع الله هذه الشهادة وهي لي عند الله وديعة، أسأله حفظها حتى يتوفاني عليها

Wa ana asyhadu bima syahidALLAHu bihi wa usyhiduLlaha `ala dzalika wa astawdi`uLlaha hadzihisy-syahadah wahiya li `indALLAHi wadi`ah. 'As 'aluhu hifdzaha hatta yatawaffani `alaiha.

Dan daku menyaksikan apa yang ALLAH saksikan, daku menjadikan ALLAH sebagai saksinya, daku titipkan penyaksianku ini kepada ALLAH dan sebagai titipan untuk menjaganya, daku memohon kepada ALLAH agar kembalikan penyaksianku ini sehingga saat aku memerlukannya, disaat kematianku tiba.



3. Mentaubati dosa:


Segala dosa jangan pernah tidak kamu sesali kerana terkadang dosa menjadi penghalang kematian kita dalam keadaan husnul khatimah. Kita bisa mempunyai kebiasaan yang baik akan tetapi jika ada 1 perkara buruk pernah berlaku dimasa lalu kita dan kita tidak mentaubatinya, terkadang perkara buruk tersebut menjadi penghalang bagi kita untuk mendapatkan husnul khatimah. Walaupun kamu mempunyai masa lalu yang begitu kelam sekalipun jika kamu bertaubat dan menyesalinya serta kebiasaan yang baik pun mula dikerjakan dimasa sekarang ini maka insya'ALLAH, ada banyak kemungkinan kamu akan dimatikanNYA dalam keadaan husnul khatimah.



4. Mencintai orang shalih:


Kerana sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad ﷺ, bahawa seseorang akan bersama dengan yang dia cintai.


▪ Cintai orang yang kamu berharap mendapatkan syafa'at darinya dan bersamanya nanti kelak dihari akhirat. Cintai Nabi Muhammad ﷺ, para Isteri Baginda, ahli keluarga Baginda, para Sahabat Baginda, para Anbiya', para 'Alim Ulama', para Shalihin, para kekasih ALLAH yang ALLAH ﷻ akan berikan haq syafa'at itu kepada mereka untuk kita dihari akhirat. Condongkan hatimu kepada mereka.


▪ Syafa'at itu bahkan ada pada kaum faqir miskin. Sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad ﷺ agar berbuat baiklah terhadap kaum faqir miskin kerana mereka kelak akan mendapat kekuasaan dihari akhirat. Pada hari itu, mereka bisa memberi syafa'at, dengan pertolonganmu kepada mereka melahirkan pertolongan mereka kepadamu nanti sesudah kematianmu.


▪ Cintai mereka. Lakukan apa yang bisa kita khidmat dan lakukan bagi memudahkan mereka sebagai tanda cinta kita kepada mereka. Insya'ALLAH, 1 atau 2 orang diantara mereka pasti akan menyelamatkan kita kelak.



- Mafhum dari al-Fadhilah Ustazah Halimah al-'Aydrus, yang telah disampaikan di Auditorium Masjid Sultan, Singapura, pada 07hb April 2019.

Alhamdulillah wasy-syukrulillah, syukran jazilan kepada semua yang telah menjayakan program da'wah al-Fadhilah Ustazah baik secara langsung mahupun tidak, sehingga kami bisa meraih banyak manfaat darinya.

Semoga segala kebaikan dan keistiqamahan kalian selama 10 tahun ini juga pada masa-masa hadapan, ALLAH ﷻ dan RasulNYA ﷺ redha dan terima. Jazakumullah khairal jaza'. BarakALLAHu fikum fiddarain 🌹🌹🌹

Diatas segala kekurangan yang ada didalam catatan ini, kami mohon jutaan ampun dan maaf. ALLAHu wa Rasulhu 'Alam.


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Friday, June 1, 2018

17 Ramadhan



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفواً تحب العفو فأعفو عنا يا كريم

اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين


Sunday, November 27, 2016

Taushiyah Hubabah Ummu Salim - Singapura November 2016



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar




الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Insya'ALLAH, berikut sedikit perkongsian dari penyampaian yang mulia Hubabah Ummu Salim bin Umar bin Hafiz saat beliau berada di bumi Singapura kemarin dahulu. Semoga ALLAH ﷻ Memelihara beliau dan kita semuanya.

Kami mohon beribu ampun dan maaf diatas segala kekurangan dan kesilapan didalam perkongsian ini nastaghfiruLlah wa natubu iLaih.


- Demi ALLAH tidaklah disebut nama kekasih dihadapan orang-orang yang mengasihinya melainkan akan bertambah kerinduan terhadap yang dikasihinya. Demikianlah keadaan orang-orang yang mengasihi Nabi Muhammad ﷺ.

- Bagaimana para Sahabat RadhiALLAHu'anhum wa Ardhahum mencintai Nabi Muhammad ﷺ: Mereka tidak mengangkat suara mereka dihadapan Nabi Muhammad ﷺ dan bahkan tidak berani menatap mata langsung Nabi Muhammad ﷺ kerna mengagungkan dan memuliakan Nabi Muhammad ﷺ. Segala keutamaan Nabi Muhammad ﷺ sudah disebutkan didalam al-Qur'an.

- Dengarkanlah sifat Nabi Muhammad ﷺ dan hadirkanlah hati kalian maka hati kalian akan terpenuhi dengan keimanan. Ya ALLAH, Limpahkan selalu Selawat keatas Nabi Muhammad ﷺ.

- Selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ adalah petunjuk jalan ke Syurga. Disebutkan didalam sebuah hadits: Barangsiapa yang namaku disebut dihadapannya lalu dia melupakan untuk berselawat kepadaku maka dia akan salah jalan menuju ke Syurga.

- Disebutkan didalam sebuah hadits yang lain: Bahwa seseorang itu bakhil apabila disebutkan Nabi Muhammad ﷺ dihadapannya lalu tidak berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.

- Semoga ALLAH ﷻ Memandang kepada kita semuanya dengan Pandangan RahmatNYA, yang dengan Pandangan itu ALLAH Menyembuhkan segala penyakit dalam diri kita.

- Pandangan ALLAH ﷻ itu adalah pada hati. Apabila ALLAH Memberikan Pandangan RahmatNYA pada hambaNYA yang mu'min, maka ALLAH ﷻ akan Membersikan segala penyakit yang ada dalam hatinya.

- Penyakit yang dimaksudkan adalah penyakit maksiat kerna apabila penyakit maksiat sudah masuk kedalam hati maka hati akan menjadi hitam bahkan hati akan mati. Apabila hati sudah menjadi hitam maka ia akan menjadi keras bahkan menjadi lebih keras daripada batu.

- Setiap maksiat yang dilakukan akan menumbuhkan satu titik hitam dihati. Kadar ukuran hati adalah lebih kurang dari setengah panjangnya jari atau sekadar banyak seseorang mengigit sekeping daging.

- Hati dalam bahasa Arab dipanggil qalb, yang artinya berbolak-balik. Penglihatan dan pendengaran seseorang adalah pintu kepada hatinya dan hati mudah terpengaruh. Hati cepat terpengaruh terhadap apa-apa yang masuk kedalamnya, lebih cepat dari mendidihnya air diatas api.

- Orang yang berada didalam solat sedang berada dihadapan ALLAH ﷻ. Orang yang hadir hatinya didalam solat mustahil ALLAH ﷻ akan menolak doanya. Harus memaksakan hatinya untuk hadir ketika didalam solat dengan memahami apa-apa yang dia baca. Harus dia memahami apa-apa yang dia baca dari al-Qur'an baik didalam solat mahupun diluar solat.

- 'Ibadah itu memiliki ruh. Ruh itu adalah hadirnya hati kepada ALLAH saat melakukan 'ibadah beserta khusyu', adab dan rasa hormat. Jika 'ibadah seseorang tidak memiliki 4 perkara ini maka seakan-akan dia tidak ber'ibadah kepada ALLAH ﷻ. Kita memohon agar ALLAH ﷻ Menyelamatkan kita semua.

- Kalam Ulama': Segala 'ibadah yang tidak disertai dengan kehadiran hati didalamnya maka 'ibadah tersebut tidak ada gunanya.

- Al-Qur'an apabila seseorang membacanya dalam keadaan hati yang baik, tidak membuatkan seseorang merasa bosan membacanya. Segala bacaan membosankan kecuali KalamNYA ALLAH ﷻ.

- Kita maklum bahwa ALLAH ﷻ Siapkan neraka jahannam ini untuk orang-orang yang bermaksiat kepada ALLAH dan untuk orang-orang kafir. Semoga ALLAH ﷻ Melindungi kita semua dari panasnya neraka jahannam.

- Didunia ini bahan menghidupkan api adalah gas, kayu dlsb, namun diakhirat bahan menghidupkan api adalah dengan dilemparkannya manusia dan batu kedalam api maka akan semakin marak dan berkobarlah api neraka.

- ALLAH ﷻ Menciptakan para Malaikat yang dinamakan Zabaniyyah untuk neraka. Mereka didalam neraka tetapi tidak diseksa didalam neraka tetapi para Malaikat ini menyeksa dan mengazab orang-orang yang ada didalam neraka.

- Saat Isra' wal Mi'raj Nabi Muhammad ﷺ, Baginda diperlihatkan didalam neraka ada segolongan manusia dari kaum lelaki dan wanita yang kepalanya dipukul dengan batu dari api sehingga menjadi hancur kepala mereka. Kemudian dijadikan kembali kepala mereka seperti sebelumnya lalu dipukul lagi kepala mereka sehingga menjadi hancur. Maka Nabi Muhammad ﷺ bertanya kepada Malaikat Jibril 'Alaihis-Salam siapakah mereka, lalu dijawab bahwa mereka adalah segolongan manusia yang kepala mereka berat untuk mendirikan solat subuh. Baginda Nabi Muhammad ﷺ menangis melihat keadaan mereka seperti itu.

- Nabi Muhammad ﷺ juga diperlihatkan didalam neraka ada segolongan kaum wanita yang rambut mereka digantung dan ada api dari bawah sedang memanggang mereka. Maka Nabi Muhammad ﷺ bertanya kepada Malaikat Jibril 'Alaihis-Salam siapakah mereka, lalu dijawab bahwa mereka adalah segolongan wanita yang membuka aurat/rambut mereka kepada kaum lelaki yang bukan mahram mereka.

- ALLAH ﷻ tidak Memerintahkan agar menjaga diri kita sahja dari api neraka, tetapi menjaga diri kita dan ahli keluarga kita juga dari api neraka. Tidak cukup hanya kita memperbaiki diri kita sahja dari perbuatan yang buruk sedangkan ahli keluarga kita, istri kita, suami kita, anak kita semuanya dibiarkan mengerjakan keburukan.

- Disebutkan dalam sebuah hadits: Setiap dari kita adalah pemimpin. Setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan akan apa yang dia pimpin. Setiap kaum lelaki dari suami akan dipertanggungjawabkan akan keadaan istri dan anaknya. Setiap kaum wanita dari istri, akan dipertanggungjawabkan akan keadaan siapa yang dia uruskan.

- Jika seorang anak yang sudah berusia 10 tahun namun tidak diperintahkan dan tidak mendirikan solat maka telah disia-siakan haq ALLAH ﷻ didalam rumah tersebut. Jika dibiarkan bercampur pertemuan diantara lelaki dan wanita yang bukan mahram didalam sesebuah rumah maka ketua rumah tersebut telah menyediakan dirinya untuk api neraka.

- Jika seseorang memandang perkara yang haram maka dia telah memberikan jalan untuk dirinya untuk masuk kedalam api neraka. Disebutkan dalam sebuah hadits: Barangsiapa yang memenuhi matanya dari perkara yang haram, maka ALLAH ﷻ akan Memenuhi matanya dengan api neraka. Disebutkan dalam hadits yang lain: Zinanya mata adalah memandang perkara yang haram. Zinanya telinga adalah mendengar perkara yang haram. Zinanya lisan adalah berbicara perkara yang haram. Zinanya kemaluan adalah berzina.

- Jika seseorang memenuhi hatinya dengan kecintaan terhadap dunia yang mana kecintaan terhadap dunia adalah penghulu segala kesalahan. Jika seseorang membiarkan dirinya tertipu dengan kecintaan terhadap dunia maka dia telah membiarkan dirinya untuk masuk kedalam api neraka.

- Barangsiapa yang ada sebesar biji sawi kesombongan didalam hatinya maka diharamkan baginya untuk mencium bau Syurga. Barangsiapa yang ada sifat hasad dengki didalam hatinya maka akan rosak keimanannya. Demikian dengan mengambil harta orang lain, memakan perkara yang haram dan syubhat, derhaka kepada orang tua, derhaka kepada suami, membiarkan dengan tidak diajarkan kepada anak dari ajaran dan hukum-hakam Agama ALLAH ﷻ, tidak mengajak kepada kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar.

- Golongan pertama yang kita ajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran adalah ahli keluarga kita, suami kita, istri kita, anak kita, pembantu kita dst, dari menzalimi orang muslim, meremehkan orang muslim, mengejek orang muslim, buruk sangka kepada orang muslim, mencari keburukan atau 'aib orang muslim, dari perbuatan sihir yang Diharamkan ALLAH, yang semua perbuatan ini akan memasukkan seseorang kedalam api neraka. Semoga ALLAH ﷻ Melindungi kita dari api neraka, dari MurkaNYA ALLAH.

- ALLAH ﷻ Menyembunyi 3 perkara dalam 3 perkara:
● 1. RedhaNYA dalam ketaatan ~ maka kita tidak bisa meremehkan sedikit pun ketaatan kepada ALLAH.
● 2. MurkaNYA dalam kemaksiatan ~ maka kita tidak bisa menganggap kecil apapun perbuatan dosa.
● 3. RahasiaNYA dalam makhluk CiptaanNYA ~ maka kita tidak bisa meremehkan satu pun daripada makhluk CiptaanNYA.

- Termasuk dalam perbuatan dosa adalah bersangka buruk kepada orang muslim dan berniat didalam hati keburukan terhadapnya. Segalanya ini mengundang kemurkaan ALLAH. Seseorang tidak menyangka bahwa niat yang didalam hatinya akan dipertanggungjawabkan kelak dihadapan ALLAH, dan telah ALLAH Berfirman mengenainya dalam surah al-Isra' ayat 36.

- Niat; ia adalah perlakuan minimal dalam ketaatan dan juga dalam kemaksiatan. Ia tidak diucapkan pada lisan dan tidak didengar oleh manusia tetapi Disisi ALLAH ﷻ ia adalah jelas.

- Shadaqah bisa mematikan dosa-dosa kita sebagaimana air bisa mematikan api. Shadaqah yang dilakukan secara tersembunyi bisa memadamkan MurkaNYA ALLAH ﷻ. Shadaqah jariah kita dijalan ALLAH akan kita saksikan nanti DisisiNYA ALLAH dan ia tidak akan terputus bahkan sesudah kita wafat. Shadaqah dan segala perbuatan yang baik mewajibkan perlakunya untuk masuk kedalam Syurga.

- Bahan menghidupkan api neraka adalah manusia dan batu. Batu itu masuk kedalam neraka dan orang yang masuk kedalam neraka akan diseksa dengan batu tersebut. Disaat Nabi Muhammad ﷺ sedang berjalan dan terjumpa dengan seketul batu, maka terlihat dari batu tersebut mengalir dua mata air. Batu itu berbicara dengan Nabi Muhammad ﷺ sebagaimana manusia berbicara dengan Nabi Muhammad ﷺ. Bebatuan dan pepohonan bisa berbicara dengan Nabi Muhammad ﷺ dan ia adalah termasuk diantara mukjizat para Nabi 'Alaihumus-Salam. Maka Nabi Muhammad ﷺ berhenti dihadapan batu tersebut sambil bertanya mengapa ia menangis lalu dijawab bahwa ia menangis dari semenjak turunnya ayat yang mengatakan bahwa manusia dan batu akan menjadi bahan menghidupkan api neraka. Maka ia menangis kerna takut menjadi batu yang akan menjadi bahan api neraka. Maka Nabi Muhammad ﷺ merasa hairan dengan keadaan batu tersebut. Batu bisa menangis kerna takut kepada ALLAH sedangkan manusia yang mempunyai hati tidak menangis kerna takut kepada ALLAH ﷻ. Maka Nabi Muhammad ﷺ berkata kepada batu tersebut bahwa Baginda akan Memohon pertolongan untuknya dari ALLAH agar ia selamat dari api neraka. Setelah beberapa tahun, Nabi Muhammad ﷺ berjalan dijalan yang sama, maka Baginda terjumpa lagi dengan batu yang sama itu dengan terlihat mengalir dua mata air. Nabi Muhammad ﷺ berkatakan bukankah Baginda sudah mengatakan bahwa Baginda akan memohonkan pertolongan untuknya dari ALLAH agar diselamat dari api neraka, lalu dijawab bahwa dahulu ia menangis kerna takut kepada ALLAH dan menjadi batu yang akan menjadi bahan api neraka, namun ia menangis semenjak Baginda menjanjikan pertolongan untuknya dari ALLAH kerna rindu untuk bertemu dengan Nabi Muhammad ﷺ kelak dihari Kiamat. Maka Nabi Muhammad ﷺ merasa hairan dengan keadaan batu tersebut, batu tersebut menangis kerna takut kepada ALLAH dan menangis kerna rindu untuk bertemu dengan Baginda ﷺ.

- Manusia itu berada diantara 2 golongan dan tiada yang ketiganya. Samada ia termasuk dalam golongan orang yang beruntung atau orang yang rugi. Tanda orang yang rugi adalah memiliki hati yang keras, memiliki hati yang tidak bisa khusyu' kepada ALLAH dan airmata yang tidak bisa mengalir kerna takut kepada ALLAH.

- Disabdakan oleh Nabi Muhammad ﷺ bahwa airmata sekecil kepala lalat yang mengalir dari mata seseorang kerna takut kepada ALLAH itu lebih besar kebaikannya dari seseorang bershadaqah emas sebesar gunung Uhud dijalanNYA ALLAH ﷻ. Jika deras airmatanya mengalir kerna takut kepada ALLAH, maka dia akan berada dibawah Naungan 'Arasynya ALLAH dihari Kiamat. Semoga ALLAH Memandang kita semua dengan Pandangan RahmatNYA ﷻ dan Menjadikan kita manusia yang bisa mengembirakan hati Nabi Muhammad ﷺ, yang menyeru kepada ajaran Nabi Muhammad ﷺ, da'wah dan sunnah Baginda ﷺ. Semoga ALLAH Bangkitkan kita semua dibawah bendera Nabi Muhammad ﷺ, Menghidupkan dan Mematikan kita dalam Agama Nabi Muhammad ﷺ, Dikumpulkan kita kembali ditelaga Haudh Baginda ﷺ.

- Sabda Nabi Muhammad ﷺ bahwa manusia yang paling dekat denganku dihari Kiamat adalah manusia yang paling banyak berselawat kepadaku. Perbanyakkan berselawat dihari yang cerah iaitu pada hari Jum'at dan dimalam yang terang-benderang iaitu pada malam Jum'at.

- Seorang mu'min meninggalkan segala kesibukkan dunia jika sudah masuk malam Jum'at dan sehingga hari Jum'at dengan mengisikannya dengan ber'ibadah kepada ALLAH ﷻ.

- Amalan yang dilakukan seseorang pada malam Jum'at dan hari Jum'at Dilipat-gandakan oleh ALLAH ﷻ sebanyak 2 kali ganda.

- Diantara amalan yang disunnahkan pada hari Jum'at adalah solat sunnah Tasbih. Kemudian membaca surah-surah yang memiliki keutamaan, setelah itu memperbanyakkan membaca selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ. Tiada yang paling afdhal daripada membaca al-Qur'an kerna al-Qur'an merupakan KalamNYA ALLAH ﷻ. Ia menyampaikan apa-apa yang dibawa oleh Baginda ﷺ maka ambillah, maka kerjakanlah. Barangsiapa yang taat kepada Baginda ﷺ maka sungguh dia telah taat kepada ALLAH ﷻ.

- Sebagaimana pelajaran yang kita pelajari dari surah al-Kahfi, segolongan pemuda berlari dari negeri mereka untuk menyelamatkan, menjaga agamanya serta keimanannya didalam gua dari pemimpin yang kafir, yang mencegah mereka dari beriman dan ber'ibadah kepada ALLAH ﷻ. Maka ALLAH Menidurkan mereka didalam gua tersebut sepanjang 900 tahun dan ada riwayat lain mengatakan sepanjang 360 tahun.

- Disebutkan didalam surah al-Kahfi bahwa bersama segolongan pemuda tersebut adalah seekor anjing yang kita maklum sifatnya adalah najis yang amat berat, bulunya najis, air liurnya najis, kotorannya najis tetapi ALLAH ﷻ Memuliakan anjing tersebut sehingga namanya disebut didalam al-Qur'an, ini adalah sesuatu yang menghairankan. Dikatakan oleh Ulama' mengapa anjing tersebut mendapat kemuliaan seperti itu, kerna anjing tersebut menemani para Wali ALLAH, para Kekasih ALLAH. Ia menemani para Wali ALLAH sehingga ALLAH ﷻ Memuliakan ia. Maka terlebih lagi seseorang yang menenami para Wali ALLAH, ALLAH akan Memuliakan dia dan Memberikan dia keberuntungan.

- Dihari kiamat, haiwan akan dihisab sebelum manusia. Ia bisa mengambil haqnya diantara ia sesama haiwan dan diantara haiwan sesama manusia. Manusia yang zalim pada haiwan pun akan dihisab nanti dihadapan ALLAH ﷻ. Haiwan akan dibahagikan kepada 3 bahagian:

● 1. Haiwan yang berbahaya.
● 2. Haiwan yang bermanfaat.
● 3. Haiwan yang tidak berbahaya dan tidak bermanfaat.

Kesemua haiwan ini akan dihisab dan setelah dihisab, melainkan haiwan yang berbahaya, ALLAH akan Berfirman jadilah ia semua menjadi tanah. Maka semua manusia menyaksikan kejadian penghisaban itu sehingga golongan orang kafir mengatakan seandainya aku sama seperti haiwan, setelah dihisab selesai dan kemudian menjadi tanah kembali.

- Manakala haiwan yang berbahaya akan Dimasukkan ALLAH kedalam api neraka untuk menyeksa para penghuninya, menyeksa orang-orang yang bermaksiat kepada ALLAH. Sehingga binatang yang ada sengat dan nyamuk yang berbahaya dan menganggu itu pun akan dimasukkan kedalam neraka.

- Kecuali seekor haiwan ini yang tidak dihisab dan tidak dimasukkan dalam kedalam neraka. Ia adalah anjing yang bersama segolongan pemuda, yang ada didalam gua tersebut. Anjing tersebut masuk kedalam Syurga dengan pemuda-pemuda itu. Maka ini adalah pelajaran bahwa cinta itu bermanfaat jika seseorang cinta kepada seseorang yang mulia maka akan mendapatkan keberuntungan, meskipun cinta dari seekor haiwan yang berbahaya sekali pun.

- Cinta kita kepada Nabi Muhammad ﷺ ada dalilnya, dalilnya adalah kita mengikuti Nabi Muhammad ﷺ.

- Disebutkan didalam sebuah hadits: Orang yang paling dekat denganku dihari Kiamat adalah orang yang banyak membaca selawat kepadaku.

- Dihari kiamat ALLAH akan Menjadikan dunia ini rata, tiada yang rendah dan tiada yang tinggi. Dunia ini akan terbentang luas tujuannya agar ia menjadi saksi. Ditempat dahulu seseorang melakukan kebaikan, tempat itu akan bersuara dan menjadi saksi. Ia akan bersuara sebagaimana talipon bisa bersuara. Demikian ditempat dahulu seseorang melakukan kemaksiatan, tempat itu juga akan bersuara dan menjadi saksi. Kemudian setiap orang akan menerima buku catatannya, yang mana catatannya adalah dari mula dia baligh sehingga dia wafat. Yang dilihat didalam catatannya adalah perbuatannya sendiri, ALLAH tidak Menambah sedikit pun. Barangsiapa yang mendapati buku catatannya penuh dengan kebaikan maka bersyukurlah kepada ALLAH ﷻ. Jika sebaliknya, penuh dengan perbuatan yang buruk maka jangan salahkan pada sesiapa melainkan pada dirinya sendiri.

- Wail adalah nama wadi lembah yang berada ditengah neraka jahannam. Dari panasnya wail tersebut sehingga neraka jahannam pun berlindung kepada ALLAH ﷻ dari sengatan panasnya, sehari sebanyak 70 kali.

- Segala sesuatu yang kecil mahupun yang besar akan diperhitungkan kelak Dihadapan ALLAH. Sebagaimana menurut Sayyidina Ibn Abbas RadhiALLAHu'anhum wa Ardhahum: Yang paling kecil bakal diperhitungkan ALLAH adalah seperti senyumanmu, yang paling besar adalah seperti engkau tertawa terbahak-bahak. Semuanya itu tertulis dan tercatat. Ia akan hadir dihadapan mata dan ALLAH tidak Menzalimi satupun dari para hambaNYA. Semoga ALLAH ﷻ Melindungi dan Menjauhkan kita semua dari azab dan seksaanNYA.

- Makanan bagi ruh ialah dzikr dan 'ilmu. Jika ALLAH ﷻ Menghempapkan langit bersama bumi hanya orang yang berdzikr sahja yang akan terselamat.

- Orang Shalih setiap kali apabila dia mampu melakukan satu amal shalih maka dia menisbahkan kebaikan tersebut kepada ALLAH ﷻ serta mensyukurinya kerna Memudahkan dan Memberikan jalan agar dia bisa melakukan kebaikan itu. Apabila sesuatu keburukan yang terjadi kepada dirinya atau yang dia lalukan maka dia akan menisbahkan keburukan tersebut kepada dirinya, sambil memohon Pengampunan dari ALLAH ﷻ. Semoga ALLAH ﷻ Menjadikan amal kebaikan ini selalu bersama kita.

- Menurut al-Imam Syeikh Abu Bakar bin Salim, Shohibul Inat, 'Alaihi RahmatuLlah: Disaat bumi bergoncang dengan riuhnya kaum muslimin semuanya meneriak dan memanggil nama ALLAH serta dzikruLlah, disaat itulah ALLAH ﷻ Menurunkan Rahmat serta AnugerahNYA. Apabila seseorang mendapatkan Rahmat serta Anugerah ALLAH maka dia tidak akan mendapatkan kesulitan dan selalu mendapatkan kebahagiaan.

- Kebahagiaan yang haqiqi adalah ketika mana seseorang mampu untuk meninggalkan maksiat. Sebagaimana menurut Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib KaramuLlahu wajhah wa RadhiALLAHu'anhu wa Ardhah: Semalam adalah hari raya. Hari ini juga adalah hari raya. Setiap hari, yang bilamana seseorang tidak melakukan maksiat kepada ALLAH ﷻ pada hari tersebut maka hari itulah hari raya baginya. Hari raya hanya diperuntukkan bagi sesiapa yang ketaatannya bertambah. Bukan dinamakan hari raya pada mereka yang berbaju baru sahja, namun mereka yang terampuni segala dosanya.

- Menurut al-Imam Habib 'Ali bin Abu Bakar as-Sakran 'Alaihi RahmatuLlah: Kebaikan dunia dan akhirat terkumpul kepada diri kalian apabila kalian mampu meninggalkan perkara yang haram dan hanya melakukan ketaatan kepada ALLAH ﷻ. Sebaliknya keburukan dunia dan akhirat terkumpul kepada diri kalian apabila kalian melanggar Perintah ALLAH ﷻ.

- Apabila seseorang melakukan maksiat maka ternodailah hatinya dengan satu titik hitam namun jika dia bertaubat dan menyesali segala perbuatan dosanya maka akan terhapus seluruh noda hitam yang ada dihatinya itu. Jika dia tidak bertaubat dan menyesali segala perbuatan dosanya maka akan tetaplah noda itu ada dihatinya dan akan bertambah setiap kali dia melakukan perbuatan dosa. Alangkah cepatnya hati itu bisa menjadi hitam kerna dosa. Namun jika bertaubat dan menyesalinya maka akan terhapus seluruh noda tersebut. Oleh yang demikian, hendaklah kita memperhatikan hati kita melebihi kepentingan kita memperhatikan kecantikan wajah kita. Tidak ada masalah jika seseorang memperhatikan keindahan/kecantikan/keelokan zahir dirinya akan tetapi perlu dia memperhatikan lebih dan lebih lagi kecantikan batin dan hatinya.

- Setiap ruh akan kedua tempat sahja. Ia bakal naik ditempat yang paling tinggi bernama 'Illiyyin atau bahkan terhempas jatuh ditempat yang paling rendah bernama sijjin. Setiap jasad dari tanah, maka akan kembali ke tanah dan akan dibangkitkan kelak juga dari tanah.

- Dunia seisinya Dilaknat oleh ALLAH ﷻ melainkan sedikit, diantaranya: dzikruLlah, orang yang 'alim, orang yang menuntut 'ilmu dan orang yang terjalin hubungan bersama dengan orang yang 'alim dan yang menuntut 'ilmu.

- Barangsiapa yang memenuhi matanya dengan pandangan yang haram, maka kelak dihari Kiamat matanya akan dipenuhi dengan api neraka. Jika dia tidak kembali kepada ALLAH ﷻ sebelum ajal menjemputnya maka kelak dia wafat dalam keadaan su'ul khatimah kerna pandangan haram yang dia lihat dan setiap pandangan haram tersebut sudah tertuliskan dan dicatat oleh para Malaikat. Setiap pandangan haram yang dia lihat seperti dia sedang bercelak mata dengan api neraka.

- Hendaklah seorang wanita menundukkan pandangannya, menjaga kehormatannya dan tidak memperlihatkan perhiasan dirinya kecuali pada suaminya dan mahramnya. Tidak boleh memperlihatkan perhiasan dirinya kepada yang bukan mahramnya sekalipun dia diperintahkan oleh suaminya, sekalipun dirinya disumpahi oleh suaminya, ataupun orang tuanya, ataupun ibunya, maka wanita tersebut bisa untuk tidak taat dan patuh pada mereka semuanya apabila memerintahkan kepadanya untuk berbuat dosa.

- Sungguh banyak keni'matan yang telah ALLAH ﷻ Berikan kepada kita sehingga kita tidak bisa menghitung dan membilangnya. Kesalahan yang besar apabila seseorang menyalahi ALLAH dan bermaksiat dengan ni'mat Anugerah yang ALLAH Berikan padanya. Ini adalah kekufuran yang paling besar.

- Maksiat ada saat berada dijalanan sehingga orang melihat pada kita. Sungguh jangan sesekali seseorang taat patuh kepada makhluk jika dengannya seseorang harus melanggar Perintah ALLAH ﷻ. Suami kita, atau orang tua kita bukan mereka yang menciptakan tubuh badan kita namun yang Menciptakannya adalah ALLAH ﷻ sehingga yang sepatutnya kepada ALLAH kita dengar dan patuh akan PerintahNYA.

- Sesungguhnya bersama kalian adalah para Malaikat yang mulia, yang menjaga kalian dan mencatat segala perbuatan kalian. Bersama setiap kalian ALLAH ﷻ Ciptakan 2 Malaikat untuk selalu bersama kalian dalam mencatat segala kebaikan dan keburukan yang kalian lakukan. Para Malaikat inilah yang akan mencatat segala gerak-geri kalian dari makan, minum, tidur, berdiri, berjalan dan keseluruhan aktiviti kalian akan tercatat. Para Malaikat ini mengetahui apa-apa yang kalian lakukan. Sesungguhnya orang-orang yang ahli kebaikan berada didalam keni'matan.

- Setelah manusia menyelesaikan kehidupan dunia ini maka mereka akan kembali kepada 2 tempat, jika tidak ke Syurga maka akan ke neraka. Semoga ALLAH ﷻ Melindungi kita dari neraka.

- al-Abrar iaitu orang yang baik. Ruhnya akan naik ke tempat yang tinggi bernama 'Illiyyin, itulah barzakh bagi ruh-ruh yang baik dan mereka berada didalam keni'matan. al-Abrar adalah orang yang selalu tunduk patuh kepada ALLAH ﷻ dan tidak pernah keluar dari PerintahNYA ALLAH, selalu mendekatkan diri kepada ALLAH dengan berbagai amalan baik dan 'ibadah. Semoga ALLAH Menjadikan kita dari golongan tersebut.

- Adapun sebaliknya, ruh yang tidak baik ditempatkan di sijjin. Sijjin adalah tempat bawah belahan bumi. Sijjin dalam arti kata penjara. Penjara ini terbentang dari neraka. Didalamnya ada ular dan binatang buas yang besarnya seperti besarnya unta dan kuda. Dihempas dan ditinggalkan disitu ruh-ruh yang ahli maksiat, dari semenjak ruhnya diambil sehingga hari Kiamat ia akan diseksa. Maka tempat kembali ruh kita adalah diantara salah satu tempat ini, iaitu ke 'Illiyyin atau ke sijjin.

- Ulama' mengatakan: Jika seseorang meremehkan sesuatu perbuatan dosa maka ia akan menghitamkan hatinya sehingga menjadi keras kerna maksiat. Jika hati sudah menjadi hitam maka dia akan menjauh dari ALLAH ﷻ. Meskipun orang tersebut berangkat ke tanah suci Makkah. Meskipun orang tersebut mendirikan solat diantara rukun Yamani dan maqam Nabi Ibrahim 'Alaihis-Salam 70 tahun lamanya. Meskipun orang tersebut bisa masuk kedalam Ka'bah lalu wafat ditengah Ka'bah tetap dia jauh dari Rahmat ALLAH jikalau dia seorang pendosa.

- Sesungguhnya orang yang jauh dari Kasih SayangNYA ALLAH ﷻ adalah orang yang mempunyai hati yang keras. Maka taubat yang kita lakukan menghapuskan segala dosa. Tangisan kita akan takut pada Kemurkaan ALLAH bisa melembutkan hati kita. Orang yang tidak mampu menangis pertanda betapa keras hatinya.

- Pertanda orang yang rugi/binasa diakhir kehidupannya adalah orang yang memiliki hati yang keras, kerna manusia terbagi kepada 2 samada ia termasuk orang yang beruntung/bahagia lalu masuk kedalam Syurga atau orang yang rugi/binasa lalu dimasukan kedalam neraka.

- Diantara waktu/tempat/masa yang turun Anugerah dan RahmatNYA ALLAH ﷻ: didalam Majlis 'Ilmu/Dzikr, malam dan hari Jum'at, saat mendengarkan azan untuk mendirikan solat, malam dan hari Isnin, malam dan hari Khamis, setelah solat Maghrib, setiap akhir malam, setelah solat Subuh/Fajr sehingga terbitnya matahari, saat mengambil air wudhu' untuk mendirikan solat, saat bertadarus al-Qur'an, didalam Masjid, di Makkah dan Madinah, dibulan Ramadhan pagi dan malamnya, dibulan-bulan Haram dst.

- Barangsiapa yang berniat amal kebaikan dalam hatinya maka ALLAH ﷻ akan Memudahkan/Membukakan 70 pintu kebaikan setelahnya.

- Barangsiapa yang mempunyai kecantikan pada wajahnya, maka niatlah untuk menutup daripada wajahnya. Jangan dihiraukan sesiapa sahja yang akan mencaci dan mencercamu dengan tujuan agar ALLAH ﷻ Redha dan Memberikan RahmatNYA kepada kita. Apabila seseorang mencari Keredhaan ALLAH dengan ketidakrelaan manusia terhadap apa yang dia lakukan, maka ALLAH akan Membalikkan hati manusia untuk cinta dan redha kepada orang tersebut. Jika sebaliknya, seseorang mencari MurkaNYA ALLAH, maka ALLAH juga akan Membuat orang lain sesal hati pada orang tersebut sedangkan orang tersebut mencari kepuasan hati manusia. Hati manusia sesungguhnya ada Digenggaman ALLAH ﷻ dan ALLAH jualah yang akan Mengaturnya supaya ia suka atau tidak suka pada sesuatu.

- Maka sebuah pesanan yang inginku sampaikan kepada kalian sebagaimana pesanan Nabi Muhammad ﷺ, hendaknya kalian mulai berpakaian berwarna hitam atau warna yang gelap dan tanpa perhiasan saat ingin keluar rumah. Sebagaimana Firman ALLAH ﷻ: Jangan engkau perlihatkan perhiasan yang ada pada dirimu.

- Yang sudah mulai lanjut usia, tinggalkanlah berdandan dan bersolek sebagaimana para Ulama' bersepakat dalam syariat tidak dibenarkan bersolek, berkosmetik ketika ingin keluar rumah. Perhiasan termasuk celak mata, cincin, pewarna kuku. Perhiasan hanya bisa diperlihatkan pada suami dan mahram kita.

- Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah sesaat, maka jadikanlah sesaat tersebut penuh dengan ketaatan. Maka marilah kita kembali kepada ALLAH ﷻ dan bertaubat kepadaNYA.

- Ketahuilah bahwa setelah solat Asar dihari Jum'at adalah waktu yang mulia dan saat-saat mustajab. Diriwayatkan bahwa setelah solat Asar, Sayyidatina Fatimah az-Zahra' RadhiALLAHu'anha wa Ardhaha tidak berbicara pada sesiapa pun sehingga sampai solat Maghrib. Maka dinamakan waktu tersebut dengan waktu Fatimiyyah. Sayugianya kita tidak meremehkan waktu tersebut maka perbanyakkan membaca selawat. Meskipun berada dijalanan, atau kita berada dirumah ataupun ditempat berkerja perbanyakkan mengingati ALLAH ﷻ.




Diantara amalan yang dianjurkan oleh Hubabah Ummu Salim bin Umar bin Hafiz:


- Didalam solat seseorang membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali. Diluar solat pun seseorang membaca surah al-Fatihah dengan niat ALLAH ﷻ Mengabulkan hajatnya. Barangsiapa yang membaca surah al-Fatihah setiap hari sebanyak 150 kali maka ALLAH akan Mengabulkan hajat dunia dan akhiratnya. Surah al-Fatihah ini akan berterusan dibaca tanpa merasa bosan kerna ia adalah KalamNYA ALLAH ﷻ.

- Barangsiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ 1 kali maka ALLAH akan Berselawat kepadanya 10 kali. Barangsiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ 10 kali maka ALLAH akan Berselawat kepadanya 100 kali. Barangsiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ 100 kali maka ALLAH akan Berselawat kepadanya 1,000 kali. Barangsiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ 1,000 kali maka ALLAH ﷻ akan Memandangnya. Barangsiapa yang Dipandang oleh ALLAH maka dia tidak Diseksa, tidak Diazab oleh ALLAH ﷻ.

- Nabi Muhammad ﷺ menganjurkan kepada kita disaat tasyahud akhir dalam solat untuk membaca doa, اللهم إني أعوذ بك من عذاب جهنم، ومن عذاب القبر، ومن فتنة المحيا والممات، ومن شر فتنة المسيح الدجال. اللهم إني أعوذ بك من المأثم والمغرم. يا مقلب القلوب والابصار ثبت قلبي على دينك. "ALLAHumma inni 'audzubika min 'adzabi jahannam wa min 'adzaa bilqabr wa min fitnatil mahyaa wal mamat wa min sharra fitnatil masihi dajjal. ALLAHumma inni 'audzu bika minal ma'thami wal maghram. Ya Muqallibal qulub wal absar tsabbit qalbi 'ala dinik." - Wahai ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dalam hidup dan setelah mati dan juga dari fitnah masihi dajjal. Wahai ALLAH, aku berlindung kepadaMU dari perbuatan dosa dan daripada hutang. Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati dan penglihatan, Tetapkan hatiku didalam AgamaMU.

- Dimulakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم kemudian dibacakan pada air, يا ماء، ماء زمزم يقرئك السلام "Ya maa', maa'u zamzam yuqri-ukas salam" - Wahai air, air zamzam titip salam padamu. Maka air tersebut kita memohon agar ALLAH ﷻ Mengubahnya menjadi air zamzam, menjadi ubat bagi segala penyakit, 'afiah serta keselamatan.

- Diantara surah yang disunnahkan untuk dibaca dimalam Jum'at atau dihari Jum'at adalah surah al-Kahfi. Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi diwaktu tersebut maka ALLAH ﷻ akan Memberikan cahaya pada orang itu cahaya dari tempat dia membaca surah tersebut tembus sehingga ke Makkah al-Mukarramah, para Malaikat akan berselawat padanya berterusan sehingga hari Kiamat dan ALLAH ﷻ akan Mengampuni dosanya selama 3 hari 3 malam, dalam riwayat lain mengatakan bahwa ALLAH akan Mengampuni dosanya dari Jum'at itu sehingga Jum'at berikutnya. Akan tetapi harus membaca surah al-Kahfi dengan benar dan memahami maknanya. Cahaya yang dimaksudkan bukan cahaya yang kita bisa lihat ini. Cahayanya kelak akan kita Diperlihatkan oleh ALLAH ﷻ. Ketika seseorang wafat dan masuk kedalam kubur yang kita maklum gelap gulita, maka amalan-amalan kebaikan yang pernah dia kerjakan dahulu datang kepadanya dalam berupa cahaya. Datanglah cahaya dari tempat dia membaca surah al-Kahfi sehingga tembus ke Makkah al-Mukarramah, cahaya dari setiap selawat yang dia baca, cahaya dari setiap al-Qur'an yang dia baca, cahaya dari setiap dzikruLlahnya, cahaya dari setiap puasanya, cahaya dari setiap shadaqahnya, cahaya dari berbakti terhadap orang tuanya, cahaya dari perdamaian yang dia lakukan diantara orang yang sedang bertengkar, cahaya dari dia mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Setiap amalan kebaikan yang dia kerjakan dan Diterima oleh ALLAH ﷻ maka akan berubah menjadi cahaya yang akan menerangi kuburnya nanti. Semoga ALLAH ﷻ Menjadikan kubur kita nanti penuh dengan cahaya, semoga ALLAH Memberikan kita Taufiq agar bisa mengikuti Nabi Pilihannya ﷺ, semoga ALLAH Melindungi kita semua daripada menyerupai orang-orang yang kafir. Ini bahaya sekali kerna disebutkan didalam sebuah hadits: Barangsiapa yang mengikuti sesuatu kaum maka dia akan dihimpunkan bersama dengan kaum tersebut. Barangsiapa yang cinta pada sesuatu kaum maka ALLAH akan Kumpulkan dia bersama dengan kaum tersebut.

- Jika waktumu sudah terpenuhi dengan pembacaan al-Qur'an sehingga tidak bisa memperbanyak berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ, maka kadar paling minimal bagi seseorang untuk berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ pada setiap hari adalah sebanyak 300 kali, ada yang mengatakan sebanyak 600 kali, paling baik adalah sebanyak 1,000 kali. Semoga ALLAH Memberikan kita Taufiq agar bisa memperbanyak membaca selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ, dimalam Jum'at ini dan setelah malam-malam ini, selama-lamanya, selama mana ALLAH ﷻ Memberikan kita kehidupan.

- Disunnahkan juga setelah membaca surah al-Kahfi adalah membaca surah Yasin dimalam Jum'at. Membaca surah Yasin 1 kali dimalam Jum'at sama seperti membaca al-Qur'an sebanyak 10 kali. Disebutkan didalam sebuah hadits: Setiap sesuatu mempunyai intinya, mempunyai jantungnya, maka inti dari al-Qur'an terletak pada surah Yasin. Didalam hadits yang lain: Keistimewaan surah Yasin bergantung pada niat yang membacanya. Sesiapa yang membacanya dimalam hari maka malam hari itu dia dalam keadaan Diredhai oleh ALLAH ﷻ. Kemudian ditambah dengan surah adh-Dhukhan, surah al-Waqi'ah, surah as-Sajdah, surah al-Mulk, surah al-Muzammil, surah al-Buruj, surah ath-Thariq, surah adh-Dhuha, surah al-Insyirah, surah al-Qadr, surah al-Quraisy sehingga selesai surah dari al-Qur'an.

- Mendirikan dengan istiqamah, solat sunnah 4 raka'at dihari Jum'at dengan membaca surah al-Ikhlas 50 kali disetiap raka'at; jumlah 200 kali surah al-Ikhlas, maka tidaklah dia wafat melainkan ALLAH ﷻ akan Memperlihatkan tempatnya didalam Syurga.

- Disunnahkan juga pada hari Jum'at untuk menziarahi orang tua kita baik yang masih hidup ataupun yang telah wafat. Setelah Asar dihari Jum'at mengandungi waktu yang istimewa, waktu yang mustajab, yang mana hendaklah seseorang meluangkan waktu tersebut untuk ber'ibadah kepada ALLAH ﷻ.

- 1 Majlis 'ilmu/dzikr pahalanya lebih afdhal dari solat 1,000 raka'at, lebih afdhal dari melawat/menguruskan/menghantar 1,000 jenazah, lebih afdhal dari melawat 1,000 orang pesakit. Merupakan satu perkataan yang salah bilamana seseorang mengatakan bahwa panjang/lama benar syarahan/ceramah itu. Jika syarahan/ceramah itu panjang/lama pasti ada kebaikan disebaliknya, kerna para Malaikat pun turun dan menurunkan sayapnya didalam Majlis mulia ini bersama para Shalihin dan orang-orang yang baik turut hadir, sehingga yang hadir mendapatkan Pengampunan dari ALLAH akan dosa-dosanya. Semoga ALLAH ﷻ Mengolongkan kita didalam golongan orang yang baik dari kaum Shalihat.

- Setiap seorang yang menyebut kalimah tauhid ada keistimewaan didalam dirinya, terlebih lagi jika umurnya lebih tua daripada kita, yang memiliki kedudukan lebih tinggi daripada kita. Setiap seorang memiliki martabat masing-masing. Jika kita tidak sempat bersalaman, insya'ALLAH semoga kita bisa bersalaman dan bergandingan tangan bersama Sayyidatina Fatimah az-Zahra' wal Batul RadhiALLAHu'anha wa Ardhaha dihari Kiamat.

- Di waktu Asar dihari Jum'at dianjurkan kita untuk membaca selawat Ummi sebanyak 80 kali, اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم تسليما. Maka ALLAH ﷻ akan Mengampuni dosa-dosa kecil yang kita perbuat sepanjang 80 tahun, termasuk dosa kecil dari ayah kita, datuk kita, ayah dari datuk kita dst sehingga Sayyidatina Hawa 'Alaihumus-Salam. Maka kita menjaga waktu tersebut, pada setiap hari Jum'at. Apabila kita sudah mendengarkan 1 faedah maka usahakan untuk mengamalkannya sehingga hari Kiamat. Inilah yang membuat ALLAH ﷻ Redha terhadap kita kerna ingin mendengar dan mengamalkannya.

_______


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami keinginan sungguh-sungguh untuk mengikuti jejak langkah Junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ awalnya, akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ...



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Tuesday, December 29, 2015

Malam Doa & Munajat



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






BismiLlah wal HamduliLlah,


"Hadirin-hadirat, beberapa hari lagi kita akan melewati malam 1 Januari. Kita (Majelis RasuluLlahﷺ) mengadakan Tabligh Akbar di malam itu. Bukan untuk merayakan malam 1 Januari tapi untuk menandingi dengan doa dan munajat bagi saudara-saudari kita yang terjebak didalam kemaksiatan di malam itu.


Di malam itu paling banyak dosa umat Nabi Muhammad ﷺ, paling banyak perjudian, perzinahan, semuanya dimalam itu di seluruh dunia. Demikian hadirin.


Oleh sebab itu kita memahami bahwa dosa itu cepat dibersihkan oleh ALLAH ﷻ dengan musibah. Oleh sebab itu dari tahun tahun yang lalu kita lihat mulai Desember aman-aman sahja cuaca tetapi setelah selesai malam 1 Januari mulailah datang hal-hal yang sangat menyedihkan yang membuat tangis bagi kita.


Kenapa? Karena itu pembenahan dosa dari ALLAH ﷻ dan tentunya telah belasan hadits shahih riwayat Shahih Bukhari dan Muslim bahwa semua musibah yang ditimpa umat ini adalah penghapusan dosa baginya. Tapi kita tidak menginginkan datangnya musibah.


Lalu bagaimana? Maka oleh sebab itu kita akan tetap mengadakan Dzikir Akbar di malam itu.


Saudara-saudara kita tiup terompet tahun baru, kita gemuruhkan Nama ALLAH ﷻ, Nama Yang Paling berhak untuk diagungkan dari seluruh nama. Kita berdzikir dengan kalimat ALLAH ALLAH sebanyak 1,000X di malam 1 Januari itu. Tentunya bukan untuk mengagungkan malam 1 Januari tetapi untuk juga menandingi dahsyatnya maksiat di malam itu.


Kita berdoa agar muslimin muslimat dijaga oleh ALLAH ﷻ dan saat ini seluruh permukaan bumi dari segala musibah yang akan datang atau dosa-dosa yang akan terjadi di malam itu. Demikian hadirin-hadirat yang dimuliakan ALLAH.


Kenapa? Karena ALLAH ﷻ berfirman,"berdzikirlah kepada ALLAH dengan dzikir yang banyak," - QS al-Ahzab ayat 41, dan juga Rasul ﷺ bersabda riwayat shahih Muslim, "belum akan datang hari kiamat selama masih ada di muka bumi seorang muslim yang menyebut Nama ALLAH ALLAH." Selama masih ada jiwa yang berdzikir kepada ALLAH, bumi belum akan kiamat.



Kenapa? Karena ALLAH ﷻ memuliakan itu, ALLAH ﷻ memuliakan jiwa yang beriman, berdzikir menyebut Nama ALLAH. Dan tentunya berdzikir itu berada didalam sirran wa jahran, sebagaimana riwayat shahih Bukhari, "ALLAH ﷻ berfirman didalam hadits Qudsiy, "Aku bersama hamba-Ku ketika hamba-Ku mengingat-Ku dan bergetar bibirnya menyebut Nama-KU."" Kedua bibir yang bergetar menyebut Nama ALLAH itu diperhatikan oleh Rabbul 'Alamin.


Hadirin-hadirat yang dimuliakan ALLAH, oleh sebab itu kita menjadikan malam itu bukan untuk malam maksiat tetapi malam doa dan munajat. Bagi yang mampu hadir, hadirkan dirimu dan sampaikan kepada saudara dan sahabat kita.


Mulai orang-orang ditengah malam sudah riuh terompet, kita riuh bergemuruh dengan Keagungan Nama ALLAH ﷻ. Mereka gembira, kita bermunajat, berdoa kepada ALLAH ﷻ, semoga ALLAH ﷻ melimpahkan hidayah bagi mereka yang terjebak dalam kegelapan dosa, semoga ALLAH mencabut keinginan mereka untuk berbuat dosa menggantikannya dengan keinginan perbuatan yang luhur.


Ya Rahman Ya Rahim kami bermunajat kehadirat-Mu dimalam ini bersama ribuan muslimin muslimat telapak tangan kami terangkat penuh harapan kepada Nama-Mu Yang Maha Indah dan Maha Berkuasa, Ya Rabb Wahai Nama Yang membuka segenap kebahagiaan dunia dan akhirat yang dengan berdzikir menyebut Nama-Mu, Kau bersama kami dan Kasih Sayang-Mu bersama kami, wahai Rabbiy yang setiap kami menyebut Nama-Mu Kau hapuskan dan Kau jatuhkan dosa-dosa kami dan Kau angkat kami semakin dekat kehadirat-Mu. Yang dengan menyebut Nama-Mu Kau singkirkan musibah yang datang pada kami dan datangkan kebahagiaan dunia dan akhirat."



--- Wasiat Sulthanul Qulub, al-Maghfurlah Sayyidi Syarif al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa, 'alaihi RahmatuLlah. Kredit gambar kepada pemilik asal. JazakumuLlah khairal jaza'. BarakALLAHu fikum.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Monday, December 28, 2015

Amalan Yang Tidak Ditolak



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






BismiLlahi Masya'ALLAH,


"Selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ apapun bentuk dan shighahnya adalah baik dan mulia serta penuh keberkahan.


Bahkan Ulama' menyatakan bahwa 'amal 'ibadah seseorang tidak dapat dipastikan apakah diterima oleh ALLAH ﷻ atau ditolak. Karena terkadang orang yang beramal 'ibadah ada beberapa kekurangan dalam 'ibadah yang dia lakukan, baik dari syarat dan rukunnya maupun dari perkara keikhlasan dan bathinnya.


Kecuali Selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.


Selawat kepada Baginda ﷺ pasti Diterima oleh ALLAH ﷻ demi kemuliaan dan martabat RasuluLlah ﷺ di Sisi ALLAH ﷻ. Dan hal ini ada dalil dan haditsnya sebagaimana dinyatakan oleh para Ulama'.


As-Sayyid al-'Allamah Muhammad bin 'Alwi al-Maliki, menukil dari Al-'Allamah Ibnul Qayyim dan Al-Hafizh Ibnu Hajar al-Haitami, 'Alaihim RahmatuLlah, dalam kitab Syaraful Ummatil Muhammadiyyah, beliau menyebutkan tidak kurang dari 39 faedah, fadhilah dan keutamaan membaca Shalawat kepada Baginda RasuluLlah ﷺ, diantaranya:

● melaksanakan perintah ALLAH ﷻ
● diangkat sepuluh derajat
● dicatatkan sepuluh kebaikan
● sebab diampuni kesalahan dan dosa
● mendapatkan kedekatan bersama Nabi Muhammad ﷺ pada hari kiamat
● dimudahkan segala hajat dan keinginan dsb.



Luar biasa manfaat Selawat itu.


Oleh karena itu Selawat kepada Baginda Nabi Muhammad ﷺ adalah bagus dan bermanfaat serta membawa keuntungan di dunia dan di akhirat, apapun bentuk bacaan dan shighahnya.


Adapun tentang Selawat yang bagaimana yang harus kita rutinkan dan baca? Apakah yang kita pilih atau yang Guru kita pilihkan untuk kita?


Sekali lagi saya katakan, bahwa Selawat kepada Baginda Nabi Muhammad ﷺ adalah bagus, baik dan bermanfaat serta membawa keuntungan di dunia dan di akhirat, apapun bentuk dan shighahnya. Dan pastinya yang dipilihkan oleh Guru kita untuk kita adalah hal yang terbaik.


Mudah-mudahan ALLAH ﷻ Memuliakan antum hingga dapat berjumpa dengan Nabi Muhammad ﷺ dalam keadaan mimpi dan sadar dan semoga ALLAH ﷻ selalu Memberikan Taufiq dan HidayahNYA kepada antum agar dapat senantiasa meneladani Baginda RasuluLlah ﷺ dalam setiap keadaan. Amiin."



--- Wasiat al-Habib Ahmad bin Naufal bin Salim bin Ahmad bin Jindan, hafizahuLlah wa ra'ah.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Wednesday, December 23, 2015

Sujud & Syukur Baginda ﷺ



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم يا ربَّ سيدنا محمد وآل سيدنا محمد
صلِّ وسلِّم على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
وأذهِب حزنٓ قلبي في الدنيا والآخرة
وأجرِ يا رب لطفٓك الخفي في أمورِنا وأمورِ المسلمين
- Selawat yang dianjurkan oleh Guru Mulia
untuk dijadikan amalan dibulan Rabi'ul Awwal 1437H




اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






BismiLlahi Masya'ALLAH,


"Bagaimanakah agaknya kita ingin membuktikan cinta kita kepada Baginda RasuliLlah ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam?


Ia bermula dengan ikatan kita kepada Baginda RasuliLlah dengan sebanyak mana agaknya kita berselawat kepada Baginda Nabi, sedang berselawat kepada Baginda Nabi pulangannya adalah kepada kita bukan kepada Baginda RasuliLlah ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam.


Suatu ketika Baginda RasuliLlah melangkah menuju ke mihrab lalu mengangkat takbir terus bersujud, diketahuilah Sayyidina 'Abdurahman bin 'Auf dan beberapa para Sahabat lainnya RadhiALLAHu'anhum wa Ardhahum bahwa Baginda RasuliLlah sedang melakukan sujud syukur.


Namun, sujud Baginda ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam begitu dahsyat, begitu mantap dan luar biasa pada saat itu, sehingga mereka menyangka jika Baginda sudah wafat ketika itu kerna begitu mantapnya sujud Baginda dan tidak bergerak.


Sehingga setelah Baginda ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam memberi salam, mereka menghampiri Baginda lantas bertanya, "alangkah hebatnya dan luar biasanya sujudmu wahai RasuluLlah, apa yang sedang engkau syukuri?"


Maka Baginda ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam bersabda, "sebentar tadi Jibril 'Alaihis-Salam datang kepadaku dan mengatakan, "wahai RasuluLlah, barangsiapa dikalangan ummatmu yang berselawat kepadamu sekali, maka ALLAH Subhana wa Ta'ala akan Berselawat kepadanya sepuluh kali," maka aku bersyukur dengan Kurniaan ALLAH itu kepada ummatku."


Bukan yang Baginda Nabi pandang adalah selawat kepadanya tetapi yang Baginda Nabi syukur adalah kerna Balasan selawat sepuluh kali ganda dari ALLAH kepada ummat sehingga Baginda Nabi bersujud kerna bersyukur untuk kita ummatnya.


PERTANYAAN:


Apakah pernah seumur hidup kita ini, kita sujud syukur kerna bersyukur menjadi ummat Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam? Apakah pernah kita sujud syukur kerna Nabi kita adalah Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam?


Alangkah jauhnya jika cinta kita mahu dibandingkan dengan cinta Baginda RasuliLlah ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam."



— Mafhum dari penyampaian al-Habib Najmuddin bin Othman al-Khered, hafizahuLlah wa ra'ah.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Sunday, December 20, 2015

Parenting Nabawiy ﷺ



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






BismiLlahi Masya'ALLAH,


Soalan: Bagaimanakah caranya untuk kita menanamkan kecintaan kepada ALLAH ﷻ dan RasulNYA ﷺ didalam diri anak-anak sedari kecil?


Jawapan: Maka ia kembali dari konsep Baginda Rasul ﷺ, parenting Nabawiy. Kita belajar dari Baginda Rasul ﷺ, dari rumahnya Baginda Rasul ﷺ.


Jika didasari tanpa 'ilmu maka kita bakal mengatakan bahawa mempelajari al-Qur'an itu adalah suatu perkara yang amat baik bagi anak kita.


Akan tetapi, jika kita ingin melihat konsep dari Baginda Rasul ﷺ sebagaimana pernah dikatakan oleh Sayyidina Jundub bin 'AbduLlah Radhi'ALLAHu'anhu wa ardha, "Dahulu, sedari kami kecil, kami mempelajari iman sebelum kami mempelajari al-Qur'an. Dan ketika kami mempelajari al-Qur'an, setelah keimanan itu kukuh didalam hati kami, maka bertambahlah keimanan kami kepada ALLAH ﷻ."


Maka kepada yang masih mempunyai anak-anak kecil, bukan berarti tidak mengajarkan al-Qur'an kepada mereka namun yang pertama kali, perkara yang amat sangat penting, yang perlu kita perhatikan adalah menanamkan keimanan dahulu didalam hati anak-anak.


Jika kita tidak menanamkan keimanan didalam hati anak-anak, maka kita akan dengan susah payah untuk memaksa anak-anak kita untuk menghafal al-Qur'an, kerna mereka belum memahami. Sementara ketika keimanan dahulu kita letakkan maka lihatlah bagaimana Nabi Muhammad ﷺ mendidik para Sahabat Baginda Radhi'ALLAHu'anhum wa ardhum ajma'in di Makkah al-Mukarramah. Selama 13 tahun dididik mereka dengan keimanan terlebih dahulu. Bukan mengajarkan yang perkara lain namun menanamkan keimanan sehingga keimanan itu kukuh dan mengakar didalam hati anak-anak kita.


Sehingga apa yang perlu kita mengajarkan kepada anak-anak kita adalah mengucapkan segala sesuatu itu dengan menyambungkan, mengaitkan ia dengan ALLAH dan RasulNYA ﷺ.


Mungkin dalam hal yang sepele. Kita senantiasa mengajarkan kebaikan, senantiasa mengajarkan sunnah Nabi ﷺ namun suatu perkara yang mungkin kita lalaikan adalah, saat mengatakan, "Nak, makan dengan tangan kanan," atau "Nak, makanlah sambil duduk," padahal sebenarnya ajaran kesemua itu adalah ajaran Nabi ﷺ, itu adalah sunnah Nabi ﷺ.


Agak payah juga untuk mendapatkan Guru yang bisa mengajarkan kepada anak muridnya, sambil berkata, "Nak, Rasul ﷺ mengajar kita untuk makan dengan tangan kanan, atau "Nak, Rasul ﷺ itu menyisir rambut Baginda dalam keadaan duduk," atau "Nak, Rasul ﷺ jika makan duduk Baginda begini."


Ketika kita mendapatkan anak-anak sedang mengucapkan kata-kata yang keras atau kasar kepada kita, sedang marah kepada kita, maka kita katakan kepada mereka, "Nak, ALLAH berfirman didalam al-Qur'an, وبالوالدين إحسانا - kita harus berbuat baik kepada orangtua kita."


Ini adalah sesuatu hal yang sepele akan tetapi jika kita tidak mempelajari tentangnya maka kita tidakkan pernah mengetahuinya kerna sesungguhnya disinilah nilai keimanan yang bakal kita dapatkan.


Sedari anak-anak kecil kita sudah senandungkan, "telah berfirman ALLAH," atau "telah bersabda Rasul ﷺ," kita selalu meneriakan di telinga mereka dengan perkataan sedemikian sehingga pada saatnya nanti, ketika mereka sudah bisa berfikir, maka mereka akan mengambil tahu, "siapa ALLAH dan siapa RasulNYA ﷺ yang selalu mengajarkan kebaikan, yang saat Ibu saya selalu mengajarkan kebaikan selalu mengatakan, "ini Rasul ﷺ yang mengajarkan, Rasul ﷺ jika ingin tidur cara tidur Baginda begini, Rasul ﷺ jika ingin makan cara makan Baginda begini, Rasul ﷺ jika ingin berbicara cara berbicara Baginda begini, Rasul ﷺ jika sholat cara sholat Baginda begini."


Ini adalah suatu hal yang amat sangat kecil namun jika kita tanamkan didalam diri anak-anak kita sedari kecil maka insya'ALLAH keimanan itu akan jauh lebih kukuh didalam hati anak-anak kita.


Disaat anak-anak sedang berbohong, pasti kita sebagai Ibunya merasa marah. Akan tetapi pada saat kita menasihati mereka, sampaikan kepada mereka, "apakah engkau tidak mengetahui, Nak, jika Ibu tidak mengetahui, namun ALLAH Mengetahui dan ALLAH Melihat." Biasakan hal ini senantiasa keluar dari lisan seorang Ibu untuk menanamkan kecintaan kepada ALLAH dan RasulNYA ﷺ.


Juga jika anak-anak kita payah untuk mendirikan sholat, usah katakan kepada mereka, "Ini adalah dosa dan akan masuk ke neraka." Maka akan ada didalam minda mereka bahawa ALLAH akan senantiasa Memberikan hukuman. Mengapa kita tidak menanamkan perasaan kasih sayang terhadap ALLAH ﷻ didalam hati anak-anak kita?


Sampaikan kepada mereka, saat mereka ingin makan sebelum mereka membaca doa makan, sampaikan kepada mereka, "Nak, engkau tahu betapa Rahmat ALLAH ﷻ makanan ini dari ALLAH, DIA yang Memberikan kita rezki. Betapa Sayangnya, betapa Kasihnya ALLAH kepada kita." Ini ucapan-ucapan yang sepele, yang ringan, akan tetapi disinilah pengajaran keimanan yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad ﷺ didalam rumah Nabi Muhammad ﷺ.


Lihatlah bagaimana saat Rasul ﷺ mengingatkan Sayyidah Fathimah RadhiALLAHu'anha wa ardhaha, ketika Sayyidah Fathimah memanggil kedua puteranya iaitu Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain RadhiALLAHu'anhum wa ardhahum ajma'in dengan menjanjikan sesuatu, "wahai Hasan dan Husain, masuklah kalian berdua sesungguhnya aku memiliki sesuatu ditanganku," maka disaat itu Rasul ﷺ mengingatkan kepada Sayyidah Fathimah, "wahai Fathimah, ketika engkau tidak membawa sesuatu ditanganmu, maka sesungguhnya engkau telah berdusta dan dicatat sebagai seorang pendusta Disisi ALLAH ﷻ." Lihatlah Rasul ﷺ.


Sebagaimana kita mengetahui bahawa Sayyidah Fathimah RadhiALLAHu'anha wa ardhaha adalah "Pimpinan Wanita dari Ahli Syurga", akan tetapi Nabi Muhammad ﷺ tidak keluar dari membimbing beliau selangkah demi selangkah untuk senantiasa didalam Redha ALLAH ﷻ.


Maka yang paling penting sekali adalah mengenalkan dahulu kepada mereka ALLAH dan RasulNYA ﷺ sehingga yang selain itu akan datang dengan mudahnya, akan menjadi mudah untuk mengajarkan al-Qur'an kepada mereka, kerna mereka sudah memahami. Lebih kurangnya seperti itu.


---- Mafhum jawapan yang disampaikan oleh al-Fadhilah Ustazah Nur Alina al-Munawar. Foto ihsan dari Ukhtina fiLlah Fadhilah Mustapha. Semoga ALLAH Memelihara dan Menyayangi mereka serta kita semuanya.




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Cinta & Redha



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






BismiLlahi Masya'ALLAH,


"Saudariku sekalian, tahukah engkau bahawa ada yang lebih tinggi daripada cinta? Apa itu yang lebih tinggi daripada cinta?


REDHA namanya.


Dan itu yang Diminta oleh ALLAH ﷻ untuk kita lakukan terhadap ALLAH, RasulNYA ﷺ dan Agama Islam.


رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد ﷺ نبياً ورسولاً


Apa perbedaan antara cinta dan redha?


Jika cinta masih mengharapkan balasan.
Jika redha sudah tidak lagi mengharapkan balasan.



Maka meskipun orang tersebut tidak mencintai kita, kita tetap cinta kepadanya, kita tetap dekat padanya, kita tetap sepenuh hati melakukan apapun baginya - itu tingkatannya redha.


Jika cintamu tidak dibalas kemudian mungkin engkau merasa sakit hati - itu tingkatannya cinta.


Barangkali engkau terhadap anakmu redha, akan tetapi anak terhadap Ibunya mungkin masih cinta.


Anak jika diperlakukan kurang baik oleh orangtua terhadapnya, akan berkurang cintanya.


Namun, sebagai orangtua, diperlakukan apapun oleh anaknya, tetap akan menganggap anaknya sebagai Kurnia, sebagai Hadiah dari ALLAH ﷻ - itu tingkatannya redha."



- Mafhum penyampaian al-Fadhilah Ustazah Halimah al-'Aydrus, hafizahALLAH wa ra'aha.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Monday, December 14, 2015

Nabi Muhammad ﷺ Seumur Hidupnya Untuk Kita



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم يا ربَّ سيدنا محمد وآل سيدنا محمد
صلِّ وسلِّم على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
وأذهِب حزنٓ قلبي في الدنيا والآخرة
وأجرِ يا رب لطفٓك الخفي في أمورِنا وأمورِ المسلمين
- Selawat yang dianjurkan oleh Guru Mulia
untuk dijadikan amalan dibulan Rabi'ul Awwal 1437H




اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







BismiLlahi Masya'ALLAH :'(


"Wahai Akhawat, apakah pernah didalam hidup kita, kita menitiskan airmata untuk RasuluLlah ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam? Apakah pernah didalam hidup kita, kita menangis kerna rindu, kerna cinta kepada RasuluLlah? Bukankah RasuluLlah ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam menitiskan airmatanya untuk kita. Lalu apa yang kita berikan untuk Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam? Apa yang sudah kita korban untuk Nabi Muhammad?


Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam berkorban untuk kita, menyampaikan keimanan, menyampaikan AjaranNYA, menyampaikan sunnah-sunnahnya, menyampaikan Syari'atNYA agar sampai kepada kita. Perjuangan Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam begitu besar sampai Nabi dicaci & dimaki, sampai Nabi dilempari batu, sampai Nabi harus terluka & berdarah, sampai Nabi menghampiri kematian, hanya untuk menyampaikan AjaranNYA kepada kita sekalian agar kita menjalankan syari'atNYA, agar kita selamat dari api neraka. Untuk itu Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam berkorban untuk kita ummatnya.


Kasih Sayang Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam begitu meluas, Rahmatan lil 'Alamin, rahmat, kasih sayangnya begitu meluas terhadap ummatnya walaupun ummatnya menyakiti Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam - rujuk kisah di Thaif.


Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam peduli terhadap kita ummatnya walaupun kita tidak peduli terhadap Nabi Muhammad. Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam cinta kepada kita walaupun kita tidak mencintai Nabi Muhammad. Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam menyayangi kita walaupun kita tidak pernah menyayangi Nabi Muhammad.


Maka dengan pengorbanan Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam yang begitu besar, apa patut kita berkumpul, berselawat kepada Nabi Besar Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam? Apa patut kita mengadakan Majlis yang seperti ini? Bukan hanya 1 tahun 1 kali, bukan hanya 1 bulan 1 kali, bahkan kalau kita mengadakan pembacaan Maulid Nabi Muhammad setiap hari itu sudah memang wajib.


Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam seumur hidupnya untuk kita, maka bagaimana kita tidak sisakan waktu kita, hidup kita, hari kita, apa yang kita miliki untuk Baginda RasuluLlah ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam?


Berkata al-Imam al-Habib 'AbduLlah al-Haddad, Shohibul Ratib, 'Alaihi RahmatuLlah, "ketahuilah, engkau tidak bisa membalas jasa Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam walaupun engkau berjalan mendatangi Nabi Muhammad bukan hanya dengan kedua kakimu namun dengan kedua kelopak matamu, tetap jasa Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam tidak akan terbalaskan.""



- Mafhum penyampaian al-Fadhilah Ustazah Fakhriah binti Jindan, hafizahALLAH wa ra'aha.




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين