بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
Bismillah walhamdulillah.
● Tidak ada yang pasti kecuali kematian. Maka sesuatu yang pasti ini apakah tidak layak untuk kita mempersiapkannya?
● Kematian adalah pulangnya kita kepada ALLAH kerana semua adalah kepunyaan ALLAH ﷻ.
● Tidak berapa penting di mana dan bila kamu akan pulang tetapi jauh lebih penting adalah dalam keadaan bagaimana kamu akan pulang? Apakah yang kamu pulang kepadaNYA sedang redha kepadamu, cinta kepadamu dan suka kepadamu? Apakah berasa nyaman bagiNYA untuk kamu pulang kepadaNYA? Ataukah yang kamu pulang kepadaNYA sedang dalam keadaan marah kepadamu, tidak redha kepadamu, murka kepadamu sehingga kamu tidak akan dibukakan pintu olehNYA? Ini yang harus kita fikirkan.
● Husnul khatimah atau su'ul khatimah? Tidak ada pilihan yang ketiga.
● Husnul khatimah adalah keadaan ketika kamu pulang sedang ALLAH ﷻ membukakan pintu bagimu. Su'ul khatimah adalah keadaan ketika kamu pulang sementara ALLAH tidak akan membukakan bagimu pintu rahmat dan kasih sayangNYA tetapi pintu yang dibukakan bagimu adalah kemurkaanNYA. Ini amat merbahaya.
● Saat berta'ziah, mendoakan ruh orang yang meninggal dunia agar diterima disisi ALLAH adalah doa yang benar dan paling tepat. Yang kita harapkan kepada ALLAH ﷻ agar saat kita pulang adalah kita diterima dengan penuh keredhaanNYA, sedang DIA membukakan pintu rahmatNYA bagi kita.
● Apabila saat kematian itu datang dan ALLAH ﷻ terima diri kita, DIA bukakan bagi kita pintu rahmatNYA selebar-lebarnya, DIA sambut dengan penuh keredhaan maka tidak ada artinya segala kelemahan, kesulitan atau cabaran di atas muka bumi ini. Tidak ada artinya caci-maki atau hinaan dari sesiapa pun. Tidak ada artinya kemiskinan, rasa sakit, semua pengorbanan, menahan setengah mati rasa kantuk saat kamu bangun untuk ber'ibadah kepadaNYA atau menahan rasa lapar perutmu untuk mencari keredhaanNYA dalam berpuasa. Tidak ada artinya segala kesulitan jika disaat kematian kita, ALLAH sedang membukakan pintu rahmatNYA selebar-lebarnya bagi kita. Kematian dalam keadaan husnul khatimah, semoga ALLAH ﷻ kurniakan.
● Kematian dalam keadaan su'ul khatimah - tidak ada lagi penderitaan lebih besar daripada itu. Mengapa? Kerana ia adalah pintu gerbang dari semua penderitaan dan kesulitan.
● Saat kematian kamu datang dan dalam keadaan su'ul khatimah, menyeramkan serta ALLAH tidak ingin membukakan pintu bagimu, siapakah yang akan kamu harapkan? Cinta manusia kepadamu? Pangkat dan martabatmu? Rumah dan kereta yang kamu punya? Harta yang banyak yang kamu punya? Nilai wang yang kamu punya? Disaat itu, semuanya tidak ada arti lagi.
● Alhamdulillah, kita masih dalam modal dan kesempatan yang ALLAH ﷻ berikan kepada kita. Dunia ini sesaat maka jadikanlah ia ladang ketaatan.
● Disisa kehidupan ini, apakah langkah-langkah yang harus kita tempuhi menuju husnul khatimah, kematian yang indah dan yang diidamkan?
1. Memperbaiki kehidupan kita,
2. Doa dan dzikir,
3. Taubati dosa,
4. Mencintai orang shalih.
1. Memperbaiki kehidupan kita, dengan:
▪ Berfikiran yang baik - jika ada fikiran yang buruk langsung gantikanlah ia dengan fikiran yang baik. Berusahalah untuk 'adil dan baik dari sejak fikiran. Jangan biarkan fikiran buruk datang dalam fikiranmu. Segera tanggalkan dan hilangkan segala fikiran yang buruk yang bakal membawa penyakit dalam dirimu dan datangnya segala perkara yang tidak baik. Jangan sampai berprasangkaan buruk kerana ALLAH ﷻ seringkali akan berikan sesuai dengan prasangkaanmu. Jangan biarkan kehidupanmu yang hanya sekali ini diperbodohkan dengan segala fikiran yang buruk. Setiap kali ia datang, usirlah ia jauh-jauh. Katakan, kita tidak punya waktu untuk berfikiran hal yang buruk kerana kita tidak punya kehidupan untuk dibawa bekal menuju kematian kita melainkan kehidupan yang sekarang ini. Semua kita tidak ada masa percubaan. Masa yang ada inilah yang akan menentukan husnul khatimah atau su'ul khatimah. Ia menentukan kubur kita seperti apa dan mahsyar kita seperti apa. Masa yang ada inilah akan dihisab dan diperhitungkan oleh ALLAH, bukan hanya hari demi hari tetapi detik demi detik dari waktu kehidupanmu ini.
▪ Niat yang baik - orang yang mempunyai niat yang baik, ALLAH ﷻ akan membukakan baginya 70 pintu dari pintu kebaikan sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad ﷺ.
▪ Perbuatan yang baik - dari niat yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik.
▪ Kebiasaan yang baik - mengamalkan kebiasaan yang baik tanpa menunda waktu. Telah dikhabarkan bahawa seseorang memerlukan selama 21 hari untuk melakukan sesuatu agar ianya menjadi suatu kebiasaan. Jika seseorang kebiasaan bangun malam untuk ber'ibadah maka disaat masa berhalangan atau haidh selama 7 hari misalnya maka masa berhalangannya itu tidak memutuskan masa kebiasaannya. Setelah dia selesai berhalangan, dia dengan mudahnya akan kembali kepada kebiasaannya iaitu bangun malam untuk ber'ibadah.
▪ Kehidupan yang baik - sepertimana kamu hidup, seperti itu pulalah kamu akan meninggal dunia. Dalam keadaan yang terbanyak kamu hidup, seperti itu pulalah kamu akan meninggal dunia. Ia lebih kepada permasalahan hati, hatimu ada di mana?Hatimu condong ke mana? Orang yang cinta dengan shalat akan meninggal dalam keadaan menunaikan shalat. Orang yang cinta dengan al-Qur'an akan meninggal dalam keadaan membaca al-Qur'an dst.
▪ Kematian yang baik - persiapkan jenis kematian yang bagaimana yang kamu inginkan maka kerjakan ketaatan itu berulang-ulang kerana sekali lagi, sepertimana kamu hidup, seperti itu pulalah kamu akan meninggal dunia. Biasakan kebiasaan-kebiasaan yang baik, sangat berkemungkinan kita akan meninggal dunia dalam keadaan seperti itu, insya'ALLAH.
2. Doa dan dzikir:
▪ baca doa dari surah 'Ali Imran ayat 8.
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب
RABBana la tuzigh qulubana ba`da idz hadaitana wa hab lana milladunka rahmah innaka antal Wahhab.
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMU; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNYA.
▪ baca doa Nabi Yusuf 'alaihis-Salam dari surah Yusuf ayat 101.
توفني مسلما وألحقني بالصالحين
Tawaffani muslimaw-wa alhiqni bish-shalihin.
Wafatkanlah daku dalam keadaan Islam dan sertakanlah daku bersama orang-orang yang shalih.
▪ baca saat sujud, diantaranya sujud terakhir.
يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك وتوفني على ملتك
Ya Muqallibal qulub tsabit qalbi `ala dinik wa tawaffani `ala millatik.
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku berada didalam keimanan kepadaMU dan wafat membawa agamaMU.
▪ baca setiap malam 7 kali, jika seseorang meninggal dunia maka meninggalnya dia dalam keadaan husnul khatimah sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad ﷺ.
يا ذا الجلال والإکرام أمتنا علی دين الإسلام
Ya Dzal Jalali wal Ikram amitna `ala dinil islam.
Wahai Dzat Pemiliki keagungan dan kemuliaan, matikan kami dengan berbekal agama Islam.
▪ baca 3 kali
ﻳﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻬﺎ ﻳﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻬﺎ ﻳﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﺤﺴﻦ ﺍﻟﺨﺎﺗﻤﺔ
Ya ALLAH biha ya ALLAH biha ya ALLAH bihusnil khatimah.
Wahai ALLAH, kami memohon dengan sangat, kurniakanlah pengakhiran yang baik.
▪ baca setiap pagi setelah solat Subuh, agar seseorang dikurniakan husnul khatimah. Disaat kematiannya ALLAH akan perintahkan Malaikat Izrail 'alaihis-Salam untuk berhati-hati dan berlemah-lembut dengannya, memastikan dia bisa mengucapkan لا إله إلا الله kerana penyaksiannya dititipkan kepada ALLAH dan ALLAH menunaikannya sehingga dia wafat membawa kalimah لا إله إلا الله. Dzikir ini diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ kepada Nabi Khidir 'alahis-Salam iaitu:
- Surah al-Baqarah ayat 1 sehingga 5,
- Surah al-Baqarah ayat 163,
- Surah al-Baqarah ayat 255 (Ayatul Kursi),
- Surah al-Baqarah ayat 284 sehingga 286,
- Surah 'Ali Imran ayat 18,
- Diakhiri dengan:
وأنا أشهد بما شهد الله به وأشهد الله على ذلك وأستودع الله هذه الشهادة وهي لي عند الله وديعة، أسأله حفظها حتى يتوفاني عليها
Wa ana asyhadu bima syahidALLAHu bihi wa usyhiduLlaha `ala dzalika wa astawdi`uLlaha hadzihisy-syahadah wahiya li `indALLAHi wadi`ah. 'As 'aluhu hifdzaha hatta yatawaffani `alaiha.
Dan daku menyaksikan apa yang ALLAH saksikan, daku menjadikan ALLAH sebagai saksinya, daku titipkan penyaksianku ini kepada ALLAH dan sebagai titipan untuk menjaganya, daku memohon kepada ALLAH agar kembalikan penyaksianku ini sehingga saat aku memerlukannya, disaat kematianku tiba.
3. Mentaubati dosa:
Segala dosa jangan pernah tidak kamu sesali kerana terkadang dosa menjadi penghalang kematian kita dalam keadaan husnul khatimah. Kita bisa mempunyai kebiasaan yang baik akan tetapi jika ada 1 perkara buruk pernah berlaku dimasa lalu kita dan kita tidak mentaubatinya, terkadang perkara buruk tersebut menjadi penghalang bagi kita untuk mendapatkan husnul khatimah. Walaupun kamu mempunyai masa lalu yang begitu kelam sekalipun jika kamu bertaubat dan menyesalinya serta kebiasaan yang baik pun mula dikerjakan dimasa sekarang ini maka insya'ALLAH, ada banyak kemungkinan kamu akan dimatikanNYA dalam keadaan husnul khatimah.
4. Mencintai orang shalih:
Kerana sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad ﷺ, bahawa seseorang akan bersama dengan yang dia cintai.
▪ Cintai orang yang kamu berharap mendapatkan syafa'at darinya dan bersamanya nanti kelak dihari akhirat. Cintai Nabi Muhammad ﷺ, para Isteri Baginda, ahli keluarga Baginda, para Sahabat Baginda, para Anbiya', para 'Alim Ulama', para Shalihin, para kekasih ALLAH yang ALLAH ﷻ akan berikan haq syafa'at itu kepada mereka untuk kita dihari akhirat. Condongkan hatimu kepada mereka.
▪ Syafa'at itu bahkan ada pada kaum faqir miskin. Sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad ﷺ agar berbuat baiklah terhadap kaum faqir miskin kerana mereka kelak akan mendapat kekuasaan dihari akhirat. Pada hari itu, mereka bisa memberi syafa'at, dengan pertolonganmu kepada mereka melahirkan pertolongan mereka kepadamu nanti sesudah kematianmu.
▪ Cintai mereka. Lakukan apa yang bisa kita khidmat dan lakukan bagi memudahkan mereka sebagai tanda cinta kita kepada mereka. Insya'ALLAH, 1 atau 2 orang diantara mereka pasti akan menyelamatkan kita kelak.
- Mafhum dari al-Fadhilah Ustazah Halimah al-'Aydrus, yang telah disampaikan di Auditorium Masjid Sultan, Singapura, pada 07hb April 2019.
Alhamdulillah wasy-syukrulillah, syukran jazilan kepada semua yang telah menjayakan program da'wah al-Fadhilah Ustazah baik secara langsung mahupun tidak, sehingga kami bisa meraih banyak manfaat darinya.
Semoga segala kebaikan dan keistiqamahan kalian selama 10 tahun ini juga pada masa-masa hadapan, ALLAH ﷻ dan RasulNYA ﷺ redha dan terima. Jazakumullah khairal jaza'. BarakALLAHu fikum fiddarain 🌹🌹🌹
Diatas segala kekurangan yang ada didalam catatan ini, kami mohon jutaan ampun dan maaf. ALLAHu wa Rasulhu 'Alam.
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين