Wednesday, December 23, 2015

Sujud & Syukur Baginda ﷺ



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم يا ربَّ سيدنا محمد وآل سيدنا محمد
صلِّ وسلِّم على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
وأذهِب حزنٓ قلبي في الدنيا والآخرة
وأجرِ يا رب لطفٓك الخفي في أمورِنا وأمورِ المسلمين
- Selawat yang dianjurkan oleh Guru Mulia
untuk dijadikan amalan dibulan Rabi'ul Awwal 1437H




اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






BismiLlahi Masya'ALLAH,


"Bagaimanakah agaknya kita ingin membuktikan cinta kita kepada Baginda RasuliLlah ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam?


Ia bermula dengan ikatan kita kepada Baginda RasuliLlah dengan sebanyak mana agaknya kita berselawat kepada Baginda Nabi, sedang berselawat kepada Baginda Nabi pulangannya adalah kepada kita bukan kepada Baginda RasuliLlah ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam.


Suatu ketika Baginda RasuliLlah melangkah menuju ke mihrab lalu mengangkat takbir terus bersujud, diketahuilah Sayyidina 'Abdurahman bin 'Auf dan beberapa para Sahabat lainnya RadhiALLAHu'anhum wa Ardhahum bahwa Baginda RasuliLlah sedang melakukan sujud syukur.


Namun, sujud Baginda ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam begitu dahsyat, begitu mantap dan luar biasa pada saat itu, sehingga mereka menyangka jika Baginda sudah wafat ketika itu kerna begitu mantapnya sujud Baginda dan tidak bergerak.


Sehingga setelah Baginda ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam memberi salam, mereka menghampiri Baginda lantas bertanya, "alangkah hebatnya dan luar biasanya sujudmu wahai RasuluLlah, apa yang sedang engkau syukuri?"


Maka Baginda ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam bersabda, "sebentar tadi Jibril 'Alaihis-Salam datang kepadaku dan mengatakan, "wahai RasuluLlah, barangsiapa dikalangan ummatmu yang berselawat kepadamu sekali, maka ALLAH Subhana wa Ta'ala akan Berselawat kepadanya sepuluh kali," maka aku bersyukur dengan Kurniaan ALLAH itu kepada ummatku."


Bukan yang Baginda Nabi pandang adalah selawat kepadanya tetapi yang Baginda Nabi syukur adalah kerna Balasan selawat sepuluh kali ganda dari ALLAH kepada ummat sehingga Baginda Nabi bersujud kerna bersyukur untuk kita ummatnya.


PERTANYAAN:


Apakah pernah seumur hidup kita ini, kita sujud syukur kerna bersyukur menjadi ummat Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam? Apakah pernah kita sujud syukur kerna Nabi kita adalah Nabi Muhammad ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam?


Alangkah jauhnya jika cinta kita mahu dibandingkan dengan cinta Baginda RasuliLlah ShalALLAHu 'Alaihi wa Aalihi waShahbihi waSallam."



— Mafhum dari penyampaian al-Habib Najmuddin bin Othman al-Khered, hafizahuLlah wa ra'ah.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails