Friday, July 17, 2009

Dαhѕуαтηуα Iѕтighƒαr



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




"Katakanlah (wahai Muhammad صلى الله عليه وسلم) :
"Wahai hamba-hambaKU yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari Rahmat ALLAH, kerana sesungguh nya ALLAH Mengampunkan segala dosa; sesungguh nya DIAlah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."" - 39 : 53

_________________________



Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas (رضي الله تعالى عنه)" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى - "Pada suatu masa Sayyidina Hasan ibn `Ali ibn Abi Thalib رضي الله تعالى عنه telah didatangi beberapa orang. Seorang telah mengadu akan hal kampung nya yang mengalami kemarau, satu mengadu akan hal nya yang menghadapi kesempitan, satu mengadu akan hal nya yang tidak ada zuriat dan satu mengadu akan hal hasil tanaman nya yang berkurangan.


Kepada semua nya beliau telah menyuruh mereka memperbanyak Istighfar. Para sahabat nya رضي الله تعالى عنهم yang mendengar nya berasa hairan dan bertanya kepada nya mengapakah kepada semua nya jawaban beliau cuma satu, iaitu menyuruh mereka membaca Istighfar.


Jawab Sayyidina Hasan رضي الله تعالى عنه bagi orang yang menghadapi kemarau, kemiskinan, tidak ada zuriat dan hasil tanaman yang berkurangan, ALLAH سبحانه وتعالى berpesan dalam al-Quran disurah Nuh ayat 10 hingga 12 :
"Maka aku katakan kepada mereka: "Beristighfarlah kepada Tuhanmu sesungguh nya DIA adalah Maha Pengampun. Nescaya DIA akan Mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalam nya) untukmu sungai-sungai."


Mereka semua mengamalkan nya dan alhamduliLlah tidak lama kemudian semua nya dikurniakan ALLAH سبحانه وتعالى akan kelebihan. Yang kemarau diturunkan hujan. Yang miskin dan hasil kebun nya yang berkurangan, diberkati hidup nya. Yang tidak ada zuriat mendapat 12 orang anak hingga datang lagi kepada Sayyidina Hasan رضي الله تعالى عنه meminta nya mendoakan nya supaya jangan dapat anak lagi. Ini semua dengan berkat Istighfar.


Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Barangsiapa banyak beristighfar, nescaya dijadikan ALLAH bagi nya kelepasan daripada segala kerunsingan dan jalan keluar bagi segala kesempitan dan memberi nya rezki dari jalan yang tidak disangka-sangka.


ALLAH سبحانه وتعالى berfirman disurah Hud ayat 3 :
"Dan barangsiapa beristighfar kepada Tuhan nya kemudian bertaubat kepadaNYA nescaya dikurniakan ALLAH bagi nya segala kebaikan sehingga ke waktu yang ditentukan (atau sampi ajal nya) dan akan diberi tiap-tiap yang mempunyai kelebihan akan kelebihanNYA."


Bagi orang-orang yang beristighfar tidak akan turun bala atau bencana ke atas mereka selagi mereka tetap didalam nya. Hal ini diterangkan dalam al-Quran disurah al-Anfal ayat 33 :
"Dan tidaklah ALLAH akan mengazab mereka, sedang mereka beristighfar.""

_________________________


Dari kitab "Bintang Indah Cemerlang" susunan al-`Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-`Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ila ALLAH as-Sayyid al-Habib Zain ibn Ibrahim ibn Semait dengan terjemahan oleh al-Fadhil Ustaz Leyakat Ali ibn Mohamed Omar حفظه الله تعالى - "Ketahuilah bahawa memperbanyak pembacaan Istighfar merupakan salah satu sebab untuk memadamkan kemurkaan ALLAH سبحانه وتعالى. Andai nya seseorang hamba itu telah banyak berbuat dosa dan kesalahan maka tidak ada yang mampu untuk menyelamatkan nya melainkan dengan dia memperbanyak Istighfar.


Dari Imam `Ali ibn Abi Thalib كرم الله وجهه beliau berkata :
"Aku hairan kepada orang yang hancur padahal ada keselamatan pada diri nya."

Maka kemudian dipertanyakan :
"Apa itu kehancuran?"

Beliau كرم الله وجهه menjawab :
"Dosa."
"Apa itu keselamatan?"

Beliau كرم الله وجهه menjawab :
"Istighfar."


Istighfar Sayyidina Khidir عليه السلام - "Wahai ALLAH aku memohon Keampunan kepadaMU untuk dosa yang pernah aku bertaubat kepadaMU kemudian aku mengerjakan dosa lagi dan aku memohon KeampunanMU untuk diriku atas sesuatu yang aku ucapkan kepadaMU dari diriku (sumpah, nazar dan janji) kemudian tidak aku memenuhi nya, kemudian aku memohon KeampunanMU kerana keni`matan yang telah Engkau Berikan kepadaku lalu aku gunakan untuk beberapa kemaksiatan.


Wahai ALLAH aku memohon Keampunan kepadaMU dari setiap kebaikan yang aku harapkan untuk KeredhaanMU tapi kemudian tercampur dengan sesuatu melainkan untukMU. Aku memohon KeampunanMU atas segala sesuatu yang terlintas dalam hatiku yang tidak layak bagi KebesaranMU. Wahai ALLAH aku memohon Keampunan kepadaMU dari setiap kelalaian dan kekurangan perhatian yang terjadi padaku dalam berbuat taat kepadaMU.


Wahai ALLAH aku memohon Keampunan kepadaMU dari setiap dosa yang aku lakukan pada gelap nya malam dan terang nya siang. Wahai ALLAH jangan aku Dihukum kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang ada pada diriku dan jangan Engkau Menyiksa diriku kerana Engkau Maha Kuasa atas diriku."


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails