بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
يا الله بها يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
يا الله بها يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة
"Suatu ketika datang kepada beliau (seorang WaliyuLlah), rombongan tetamu. Maka salah seorang murid nya diperintahkan untuk menyembelih seekor kambing untuk dimasak sebagai jamuan dan hidangan bagi tetamu.
Ketika murid menyembelih kambing tadi, ternyata salah dalam pilihan nya. Jika salah satu syarat atau salah penyembelihan; satu syarat penyembelihan tidak dipenuhi maka korban atau kambing yang dipotong, yang disembelih, akan menjadi najis, akan menjadi bangkai. Haram dimakan dan najis hukum nya.
Kerna salah dalam menyembelih dan itu kambing menjadi najis, datang itu si murid untuk memberi khabar kepada Guru,
"Guru, ternyata kambing yang kita rencanakan untuk menjadi makanan yang ni`mat, sekarang haram untuk kita ni`mati. Harus kita buang kerna najis hukum nya."
Guru menangis, menangis menjadi-jadi. Mulai ketakutan dan terhairan-terhairan. Murid menyatakan,
"Guru, aku siap untuk mengantikan dengan sepuluh ekor kambing, kalau perlu akan aku gantikan seratus ekor kambing."
Guru menerangkan,
"Wahai muridku, bukan seekor kambing yang mati menjadi bangkai yang menyebabkan aku menangis, tapi itu adalah pelajaran bagi aku. Cuba kamu fikir, kambing yang kita rencanakan bisa menjadi makanan yang ni`mat, tetapi kerna ada kesalahan pada diakhir umur kambing, maka kambing haram untuk dini`mati, menjadi najis dan menjadi bangkai.
Aku khuatir terhadap diriku, aku persiapkan untuk aku ni`mati dengan memperbanyak solat untuk aku ni`mati nanti di akhirat, pahala solat. Aku perbanyak membaca al-Quran untuk aku ni`mati pahala bacaan al-Quran nanti di akhirat. Aku perbanyak dzikr di dunia, qiyamullail di dunia untuk aku harapkan nanti di akhirat pahala nya. Aku khuatir nasibku seperti kambing diakhir umurku su`ul khatimah. Akhir nya amalanku menjadi bangkai haram untuk aku ni`mati, akhir nya amalanku ditolak oleh ALLAH kerna najis, kerna aku menjadi suul khatimah."
... Begitu banyak amalan nya, tapi tetap hati nya dalam keadaan khuatir, mati dalam keadaan su`ul khatimah. Kita semua ini, yang amalan nya banyak maksiat nya kepada ALLAH. Kita amalan nya yang banyak lupa kepada ALLAH. Siang malam kita berbuat dosa kepada ALLAH Subhana wa Ta`ala, maka apa yang akan menjamin kita, kita dalam keadaan husnul khatimah? Kerna itu, tanamkan niat dalam hati anda baik-baik, persiapkan untuk kematian anda dengan amal shalih yang banyak dengan selalu memohon kepada ALLAH, mati dalam keadaan husnul khatimah."
Sedutan Mau`idhoh Hasanah dari al-Habib Taufiq ibn `Abdul Qadir ibn Husein as-Saqqaf حفظه الله تعالى, Mudir Pondok Pesantren Sunniyah Salafiyah, Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia. Mau`idhoh Hasanah disampaikan sempena Haul al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad رضي الله عنه di Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur, Malaysia, pada tanggal 01hb November`08.
رب هب لي حكما وألحقني بالصالحين
واجعل لي لسان صدق في الآخرين
واجعلني من ورثة جنة النعيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين
واجعل لي لسان صدق في الآخرين
واجعلني من ورثة جنة النعيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين