بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
Menyingkap tirai hati
Mengintai Keampunan
Di halaman subur RahmatMU, Tuhan...
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan...
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi...
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenar nya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi...
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon ma`rifat
Moga dapat ku berteduh di rendang KasihMU...
Namun ranjau nya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti...
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati...
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar RedhaMU
Namun masihku mengharap AmpunanMU
Wahai Tuhanku, Ya ALLAH...
Munsyid : Kumpulan Mestica
"Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani حفظه الله تعالى pernah berkata:
"Mengingati maksiat itu maksiat". Maknanya, seseorang yang mengingati maksiat tanpa tujuan, setelah mana dia bertaubat nasuha, maka ia suatu perkara yang tercela kerana bisa menjadi sebab yang menariknya semula kepada melakukan maksiat tersebut kembali."
"Pemuda itu lantas berkata: "Bertaubat menurut saya ialah, melupakan dosa yang pernah dilakukan dan terus beradab di hadrah Kebersamaan dengan ALLAH yang Suci. Tidak boleh membawa kotoran (mengingati dosa) dalam hadrah yang Suci (dalam kebersamaan dengan ALLAH سبحانه وتعالى).""
Huraian nan Indah : al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis حفظه الله تعالى
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب