Monday, October 19, 2009

Tiada Ada Yang Menolak Qada` Kecuali Doa



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





يالطيف لم يزل ألطف بنا فيما نزل
إنك لطيف لم تزل ألطف بنا والمسلمين
"Wahai Tuhan yang Amat Mengasihani, yang sentiasa Berlemah Lembut terhadap apa² yang turun, Kasihanilah kami pada apa² yang turun (dari segala bala dan wabak). Sesungguh nya Engkau yang Amat Mengasihani terhadap apa² yang turun. (Yang Tiada Berubah) Kasihanilah kami dan sekalian kaum Muslimin."


Apa yang Tuhan Turunkan berupa takdir. Apa yang telah Ditakdirkan ALLAH pasti akan turun; tidak boleh diubah. Tetapi kita boleh memohon akan Kelembutan di atas takdir yang telah Ditetapkan oleh ALLAH kepada kita sebagaimana doa nya Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه yang masyhur :

اللهم يا لطيف نسألك اللطف فيما جرت به المقادر
"Wahai ALLAH, aku memohon kepadaMU di atas NamaMU yang Maha Lembut, Berilah kepada kami Kelembutan di atas apa yang telah Ditakdirkan (olehMU)."


Dalam sebuah Hadiths Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Tiada ada yang menolak qada` kecuali doa."

Insya`ALLAH dengan doa yang ikhlas, ALLAH تعالى akan Menghindarkan segala bala dan bencana daripada kita.


Kiyai Anwar Musaddad dan Keropok


Pada suatu masa dahulu, sedang saya makan bersama bapak Kiyai Anwar Musaddad, Pemimpin Yayasan al-Musaddadiyah, di Garut, Indonesia, keropok yang dipegang nya jatuh ke bawah.


Beliau tersenyum dan berkata الحمد لله. Saya bertanya kepada Pak Kiyai kenapa beliau berkata
الحمد لله apabila keropok nya jatuh. Beliau menjawab :
"Munkgin dalam takdir Tuhan, kapal terbang yang saya bakal naik akan jatuh. Tetapi oleh kerna saya banyak membaca doa dan wirid², ALLAH تعالى Menggantikan nya dengan keropok. Apa yang Tuhan telah Takdirkan tetap akan terjadi, cuma insya`ALLAH dengan banyak berwirid, ALLAH تعالى Mengalihkan ke barang yang lain. Jatuh tetap akan jatuh, tetapi bukankah lebih baik keropok daripada pesawat yang dinaiki!" ujar Pak Kiyai.

Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas
رحمة الله تعالى عليه" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى




وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails