Wednesday, October 28, 2009

P.H.D



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Penyakit Hasad Dengki : "Di antara bencana yang membinasakan lagi, ialah : sifat hasad dan dengki terhadap kaum Muslimin, suka melihat seseorang mendapat kesusahan, memendam permusuhan, dengki, busuk hati terhadap orang lain, tidak mempunyai perasaan rahmat dan belas-kasihan serta suka menyangka buruk terhadap orang lain; semua sifat-sifat ini adalah termasuk bencana yang membinasakan.


Adapun sifat hasad dan dengki itu, maka memadailah gambaran cela dan buruk nya, bahwasa nya ALLAH تعالى telah Memerintahkan RasulNYA صلى الله عليه وسلم supaya senantiasa Berlindung diri daripada bencana orang yang mendengki, dan Berlindung diri daripada bencana syaitan.


ALLAH تعالى telah Berfirman :
"Dan dari bencana pendengki, apabila ia mendengki." - Suratul Falaq ayat 5


Sabda RasuluLlah صلى الله عليه وسلم :
"Awas diri kamu dari sifat dengki, kerna sesungguh nya dengki itu memakan kebajikan, sebagaimana api membakar kayu api.


Sabda nya صلى الله عليه وسلم lagi :
"Tidak akan berkumpul di dalam batin seseorang hamba itu, iman dan dengki."


Hadiths ini amat berat kesan nya pada diri seorang Mu`min. Sabda صلى الله عليه وسلم lagi :
"Jangan kamu dengki-mendengki, jangan benci-membenci, dan jangan musuh-memusuhi."


Erti hasad atau dengki, ialah apabila seseorang itu merasa sempit dan serba salah di dada dan hati nya, sambil kurang senang terhadap ni`mat yang Dikurniakan ALLAH kepada salah seorang hambaNYA, sama ada di dalam urusan agama mahupun urusan dunia. Sebalik nya, ia mengharap-harapkan agar ni`mat itu terhapus dari orang itu, dan kalau boleh biarlah dia sahja yang mendapat ni`mat itu, meskipun hal itu mustahil akan berlaku. Itulah kemuncak nya keburukan hasad dan dengki. Barangsiapa mendapati di dalam diri nya ada sesuatu dari sifat hasad terhadap seseorang dari kaum Muslimin, maka hendaklah ia membenci serta menyembunyikan nya di dalam batin nya. Jangan sampai ia melahirkan nya kepada orang lain, sama ada dengan ucapan mahupun dengan kelakuan. Moga-moga ia akan terselamat dari bencana sifat hasad itu, kira nya ia mengikut nasihat ini.


Di dalam sebuah hadiths tersebut :
"Tiga perkara tiada seorang pun yang boleh terlepas daripada nya, iaitu : Hasad, sangkaan buruk dan memandang celaka terhadap sesuatu. Mahukah kamu saya tunjukkan jalan keluar daripada nya? Jika anda mendengki, jangan melampui batas. Jika anda menyangka buruk, jangan anda benarkan. Dan jika anda merasa celaka, hendaklah anda teruskan."


Yakni, jangan anda batalkan perkara yang anda mencita-citakan itu kerna semata-mata menganggap nya celaka. Tugas seorang pendengki, hendaklah melawan perasaan hati nya yang diselaputi oleh sifat hasad itu, dengan memuji-muji orang yang didengki nya itu, berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memuliakan nya atau membantu nya. Kalau ia boleh lakukan demikian, itu memanglah lebih baik, kerna ia merupakan penawar yang paling mujarrab untuk menghapuskan perasaan dengki di hati, atau mengurangkan nya.


Adapun perasaan irihati pula, maka itu tiadalah salah. Tidak menjadi salah, jika anda mencita-citakan sesuatu ni`mat yang sama, yang kini ALLAH تعالى sedang Menganugerahkannya kepada saudaramu. Lebih-lebih lagi, jika ni`mat itu ada kaitan nya dengan urusan Agama, seperti `ilmu pengetahuan, amal ibadat, maka irihati serupa itu malah dikira terpuji. Tetapi jika ni`mat itu berkaitan dengan urusan dunia, seperti banyak harta dan mempunyai kedudukan dan pangkat, maka irihati terhadap yang demikian menjadi harus dan mubah.


Adapun mencita-citakan kecelakaan terhadap seseorang Muslim, ataupun menyimpan perasaan penipuan, permusuhan atau dengki, maka larangan keras terhadap nya memadai dengan sabda-sabda Nabi صلى الله عليه وسلم berikut :
"Tiada sempurna iman seseorang kamu, sehingga ia mencintai saudara nya sebagaimana ia mencintai diri sendiri."

"Barangsiapa yang menipu kaum Muslimin, maka ia bukanlah dari golongan mereka."

"Kira nya anda boleh berpagi dan berpetang, sedang hati anda tiada menyimpan perasaan tipu dan khianat kepada seseorang, maka hendaklah anda kekalkan perilaku itu, kerna yang demikian itu adalah dari sunnahku (perjalananku).""

- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم


"Aku memohon Keampunan ALLAH yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkanNYA, yang Maha Hidup dan Maha Pengatur, Maha Mengampuni dosa-dosa, Maha Agung dan Mulia, dan aku bertaubat kepadaNYA dari segala kemaksiatan dan dosa-dosa dan dari dosa yang aku lakukan dengan sengaja atau tidak, zahir dan batin, ucapan dan perbuatan, dalam semua gerakkan dan diam, angan-angan dan hembusan nafasku semua nya secara terus-menerus, selama nya dan sampai bila-bila pun. Dan dosa yang aku ketahui, dan yang tidak aku ketahui, dengan hitungan yang tercakup dalam `Ilmu ALLAH dan terhimpun dalam buku catatan amal, terguris oleh pena, dengan hitungan apa pun yang telah wujudkan oleh Qudrat dan `Iradat ALLAH, dan dengan hitungan tinta yang dibuat menulis Kalimat-Kalimat ALLAH, sebagaimana layak nya Keagungan Dzat Tuhanku, Keelokan dan KesempurnaanNYA. Dan sebagaimana yang Dicintai oleh Tuhanku dan DiredhaiNYA."
- Istighfar yang diriwayatkan oleh Sayyid al-Imam al-Arif BiLlah Ahmad ibn Idris al-Maghribi رضي الله عنه



اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك
وحسن عبادتك برحمتك يا أرحم الراحمين
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails