Friday, October 9, 2009

Sυrαtυl Kαhfi Ayαt 10 ♥ Khαsiαt & Kαifiαt Bєrαмαl



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Doa Agar Beroleh Keselamatan :


ربــنـا آتــنــا مـــن لـدنــك رحــمــة وهيئ لنا من أمرنا رشـــداً

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami Rahmat dari SisiMu dan Berilah Kemudahan² serta Pimpinan kepada kami untuk keselamatan Agama kami." - 18 : 10



Keterangan ayat :

Ketika pemuda² Ashabul khafi melarikan diri ke dalam gua (al-Kahf) itu, mereka berdoa kepada ALLAH agar mendapat Rahmat dan HidayahNYA agar terus istiqamah dalam menjaga iman mereka. Walaupun mereka berasal dari keluarga bangsawan tetapi keyakinan terhadap aqidah yang suci mengakar dalam diri menyebabkan mereka sanggup melarikan diri daripada menyertai raja dan masyarakat kafir terhadap ALLAH. Rahmat yang dimaksudkan dalam ayat ini merujuk kepada "Keampunan, Rezki dan Keselamatan". Rasyadan pula merujuk kepada "`Ilham dan Hidayah yang membawa kepada Hidayah di dunia dan Akhirat." Pemuda² itu memohon Kasih Sayang ALLAH agar Memberkati usaha mereka di dunia dan Akhirat. (Tafsir Ruhil Ma`ani, tafsir ayat 10 surah al-Kahfi)



Khasiat dan kaifiat beramal :

Justeru, kita dituntut mengamalkan doa ini untuk memperolehi Keredhaan, Keberkatan dan RahmatNYA. (Tafsir Ruhil Ma`ani, tafsir ayat 10 surah al-Kahfi) - Dari kitab "101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam al-Quran - Khasiat & Kaifiat Beramal" karangan al-Fadhil Ustaz Haji Zahazan Mohamed حفظه الله تعالى



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails