Friday, October 23, 2009

Keutamaan Hari Jumaat



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Ketahuilah moga² ALLAH Membahagiakan anda, bahwasa nya hari Jumaat itu adalah Penghulu segala hari. Ia mempunyai keutamaan yang istimewa di sisi ALLAH تعالى. Padanyalah ALLAH telah Mencipta Nabi Adam عليه السلام. Pada nya juga hari Kiamat akan jatuh, dan ALLAH akan Mengizinkan ahli Syurga untuk mengunjungi Syurga. Para Malaikat menamakan hari Jumaat itu sebagai Hari Penambahan, disebabkan banyak nya pintu² Rahmat Dibuka pada hari itu. Pada hari itu juga ALLAH akan Melimpahkan KurniaNYA dan Menabur KebaikanNYA.


Pada hari itu pula ada sesaat yang mulia, di mana segala pohon dan doa akan Dikabulkan. Saat yang mulia itu Dirahasiakan, sebagaimana yang dibicarakan oleh al-Imam Ghazali dan selain nya رحمة الله تعالى عليهم أجمعين. Lantaran itu, hendaklah anda melazimkan diri berbuat amalan² yang shalih, dan kerja² yang berkaitan dengan urusan Agama pada hari itu. Janganlah hendak nya anda berbuat kerja² yang lain dari itu, kecuali kerja² yang penting yang tidak boleh tidak mesti anda lakukan. Jadikanlah hari Jumaat itu sebagai hari yang dikhususkan untuk kerja² Akhirat semata-mata. Memadailah hari² yang lain itu pula untuk kerja² dunia yang dikira sebagai sesia dan tidak menguntungkan.


Tambahan pada itu, hendaklah seseorang Mu`min itu menjadikan semua siang dan malam nya tidak terluput dari amalan² untuk Akhirat. Jika yang demikian itu tidak mungkin disebabkan tenaga nya telah habis dibolot oleh kerja² dunia, maka sekurang-kurang nya hendaklah ia peruntukkan walau sedikit masa nya untuk amalan² Akhirat pada setiap hari." - Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم






"Wahai ALLAH, aku memohon kepadaMU keni`matan yang sempurna dan daripada Perlindungan yang tidak terhenti dan aku memohon Rahmat yang menyeluruh dan daripada kesihatan yang diharapkan, kehidupan yang makmur, daripada umur yang penuh kebahagiaan dan daripada kebaikkan yang sempurna, daripada ni`mat yang menyeluruh, keutamaan yang penuh keindahan dan belas kasih yang bermanfaat dan bukan bahaya. Jadikanlah Engkau atas kami kemanfaatan dan jangan Engkau jadikan atas kami kemudharatan.


Wahai ALLAH, Akhiri hidup kami dengan kebahagiaan, nyatakanlah tambah nya amalan² kami, Temanilah pagi kami dan petang kami dengan kesihatan, Jadikanlah RahmatMU tempat kembaliku dan tempat akhirku. Dan Anugerahilah atas kami dengan memperbaiki ke`aiban kami dan Jadikanlah taqwa sebagai bekal kami di dalam AgamaMU, kesungguhan dari kami hanya kepadaMU. Kami berpasrah diri dan berpegang teguh dan tetapkanlah jalan IstiqamahMU dan kami berlindung di dunia ini dari sesuatu yang mewajibkan penyesalan pada hari Kiamat, Ringankanlah beban berat dosa kami, berilah rezki, kehidupan yang bahagia, Cukupkanlah dan Palingkanlah kami dari segala keburukkan dan Bebaskanlah kami, bapa² kami, ibu² kami, anak² kami, saudara² kami, kaum kerabat kami dan keluarga kami dari siksa kubur dan siksa Neraka. Wahai Dzat yang Maha Perkasa, yang Maha Pengampun yang penuh dengan Kemuliaan serta yang Menutupi ke`aiban. Wahai Dzat yang Maha Bijaksana, Wahai Dzat yang Maha Memaksa, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH yang Maha Penyayang." - Doa Hujjatul Islam al-Imam Ghazali رحمة الله تعالى عليه dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"



اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails