بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله
- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله
- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
"Dan apabila hambaKU bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah, bahwasa nya Aku Dekat. Aku Mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila mereka memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala PerintahKU) dan hendaklah mereka beriman kepadaKU, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." - 2 : 186
"ALLAH سبحانه وتعالى Mengabulkan doa pada masa² tertentu, sepanjang tahun. Antara saat² yang baik ialah selepas solat, selepas azan, antara dua azan, sewaktu hujan lebat, sewaktu peperangan apabila askar Islam bertempur dengan tentera kafir dalam perang sabil, sewaktu sakit, pada bulan Ramadhan dan sewaktu berpuasa. Maka rendahkanlah diri pada waktu itu.
Tidak ada rugi orang yang berdoa. Usah memperkecilkan doa atau berkata doa itu membuang masa dengan ungkapan seperti "buat apa doa tanpa usaha" atau "asyik doa sahja!"
Doa adalah ibadah. Sebagai Mu`minin, kita perlu berusaha dengan melakukan kerja, yang penting kerja itu halal. Jangan lupa Akhirat dan peranan doa. Usah lupa bahwa apa yang kita dapat adalah atas RestuNYA dan Rahmat bagi kita. Kadangkala orang yang derhaka juga mendapat rezki, malah lebih. Namun, yang penting ialah apa yang kita peroleh, ia disusuli dengan Rahmat dan bukan azab. (Nakmah adalah ni`mat yang disusuli dengan azab) - wal `iyadzubiLlah
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud bahwa ALLAH سبحانه وتعالى Malu kalau hambaNYA menadah kedua-dua tangan lalu ditolak begitu sahja. Biasa nya, jika kita meminta pertolongan dari manusia budiman dan mulia hati, mereka tidak menolak nya. Sedikit sebanyak mereka akan memberi. Ini hanya manusia. ALLAH سبحانه وتعالى Maha Pemberi dan Pemurah dan tidak akan Mensia-siakan orang yang mengangkat tangan. Cara berdoa ada syarat nya seperti memakan makanan yang halal dan dengan mengangkat tangan.
Dalam sebuah hadiths, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda bermaksud seorang hamba harus berdoa kepada ALLAH سبحانه وتعالى dengan sesuatu doa yang tidak ada dosa (jangan berdoa perkara dosa seperti meminta menang dalam loteri) dan tidak pula dia berdoa untuk memutuskan silaturrahim atau mendoakan bala daripada seseorang yang tidak sepatut nya. Maka itu, kalau ada orang yang menyakiti kita, kita dibenarkan berdoa pembelaan, tetapi dinasihati jangan sampai doa melebihi apa yang dibuat kerna jika dikabul oleh ALLAH سبحانه وتعالى, ini bermakna kita berhutang kepada nya. Serahkan perkara itu kepada ALLAH سبحانه وتعالى.
Jika kita berdoa perkara baik, ALLAH سبحانه وتعالى akan Memberi satu daripada tiga - pahala doa; sama ada apa yang diminta Diberi (Diperkenankan), atau ALLAH سبحانه وتعالى tidak Memberi, tetapi Disimpan di Akhirat (misal nya dia ingin kesenangan dunia, tetapi tidak dikabulkan). Jangan susah hati kerna ada hikmah nya. Ada manusia yang rosak apabila kaya dan ALLAH سبحانه وتعالى Mahu Melindungi orang itu daripada kerosakan kekayaan. Sebalik nya, ALLAH سبحانه وتعالى Mengurniakan nya dengan kesenangan Akhirat.
Dalam sejarah, ada manusia miskin dan meminta kaya. Setelah Diberi kekayaan, mereka rosak. Karun asal nya miskin. Dia akrab dengan Nabi Musa عليه السلام. Tetapi apabila doa kaya nya Diperkenankan, dia mula menentang Nabi Musa عليه السلام. Dalam zaman Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, ada sejarah seorang miskin yang datang berjumpa Baginda صلى الله عليه وسلم dan meminta Baginda صلى الله عليه وسلم mendoakan agar dia kaya. Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda adalah lebih baik dia bersyukur dengan sedikit yang dimiliki daripada tidak bersyukur langsung apabila dia mempunyai banyak. Dia pun berjanji akan bersedekah dan beribadah apabila kaya kelak. Malang nya, setelah kaya, dia menjadi bakhil, tidak mahu berzakat dan menjadi munafik. Inilah fitnah dunia. - wal `iyadzubiLlah
Hidup Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم amat sederhana dan hidup Baginda صلى الله عليه وسلم di dunia amat berpada. Pakaian Baginda hanya beberapa helai. Mintalah kepada ALLAH سبحانه وتعالى sesuatu yang baik. Orang sufi tidak meminta dan hanya menerima apa sahja yang ALLAH سبحانه وتعالى Beri. Mereka tidak risau pada dunia. Sebalik nya, mereka risau jika tidak dapat beribadah." - Tafsir ini dipetik daripada Tafsir al-Quran yang disampaikan oleh al-Marhum Ustaz Syed `AbdiLlah ibn Ahmad al-Jufri رحمة الله تعالى عليه di Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah, semasa hayat nya.
Beserta posting kali ini adalah jadual Haul Ustaz Syed `AbdiLlah ibn Ahmad al-Jufri dan Haul al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad رحمة الله تعالى عليهم أجمعين. Untuk pengetahuan bersama, tanggal Haul Ustaz Syed `AbdiLlah al-Jufri (1 Dzulqa`idah) dengan Haul al-Imam al-Habib `AbduLlah al-Haddad (7 Dzulqa`idah) sebenar nya tidaklah begitu jauh. Kecintaan al-Marhum Ustaz Syed `AbdiLlah al-Jufri kepada al-Imam al-Habib `AbduLlah al-Haddad adalah diantara asbab musabab tanggal Haul diantara mereka saling berdekatan, demikian menurut Sultanul Ulama` al-`Alim al-`Allamah al-Habib Salim ibn `AbduLlah ibn Umar asy-Syathiri حفظه الله تعالى, pada Haul al-Marhum Ustaz Syed `AbdiLlah al-Jufri tahun lalu di Masjid Sultan, Singapura. ALLAHu ALLAH. Sungguh Maha Pemurah Tuhan kita, ALLAH سبحانه وتعالى, yang RahmatNYA Meliputi segala sesuatu. Mengingatkan hamba kepada sabdaan Baginda RasuluLlah صلى الله عليه وسلم bahwa seseorang akan bersama orang yang ia cintai... ♥
Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Memuliakan ruh beliau bersama RasuluLlah صلى الله عليه وسلم, para Shalihin dan Muqarrabin. Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Menguatkan hubungan ruh kita khusus nya dengan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم, Menyatukan ruh kita bersama para Pencinta ALLAH سبحانه وتعالى dan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم serta turut merasakan manis nya kekhusyu`an dan mahabbah cinta mereka pada ALLAH سبحانه وتعالى dan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم zahiran wa batinan, fid dunia wal Akhirah. Semoga Majlis yang mubarakah ini Diterima, Diredhai dan Diberkahi ALLAH سبحانه وتعالى. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram.
اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب