Saturday, October 31, 2009

... فاتبعوني



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Semua manusia di alam semesta ini buta, yang bisa melihat hanya Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Maka orang buta sepatut nya mengikuti orang yang melihat, maka dia akan selamat. Tapi kalau orang buta tidak mahu mengikut orang yang melihat, maka manusia tersebut akan tersesat dan dia akan masuk jurang..."
- Habib Sholeh ibn Muhammad al-Jufri حفظه الله تعالى

"Niatkanlah untuk menghidupkan sunnah nya pada pakaianmu, penampilanmu dan percakapanmu. Begitu juga dalam makan dan minummu, hidupkan sunnah nya. Adakah kamu semua perlu menghidupkan sunnah-sunnah itu? Adakah kamu dapati sesuatu yang lebih mulia dari nya? Ataupun yang lebih baik dan lebih indah? Hidupkan sunnah-sunnah Muhammad صلى الله عليه وسلم!

Pada waktu kemungkaran berleluasa. Telah datang satu berita gembira : "Barang sesiapa yang menghidupkan sunnahku ketika ummatku menjadi rosak, maka bagi nya pahala seorang syahid." Dalam riwayat yang lain : "Barang sesiapa yang menghidupkan sunnahku ketika ummatku menjadi rosak, maka bagi nya pahala seratus orang syahid."

Berdasarkan keikhlasan kita dalam menghidupkan sunnah-sunnah, kita mendapat pahala seorang syahid demi seorang syahid demi seorang syahid hingga sampai kepada seratus orang syahid. Maha Suci ALLAH yang Maha Pemberi dan Disisi ALLAH ada Penambahan nya, dan Disisi ALLAH ada Penambahan nya."
- al-`Allamah al-Musnid Habib Umar ibn Hafiz حفظه الله تعالى


_______๑۩۞۩๑_______



* Wahai ALLAH, Tuhan nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan keluarga nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم. Aku bermohon dengan hak nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, agar Engkau Berikan Rahmat yang Agung kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, dan agar Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم ada rasa cinta kepada kami dan diisikan rasa cinta kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم kepada kami, dan agar Engkau Membentuk akhlaq kami seperti akhlaq nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan agar kami Diberi rezki mengikuti ajaran dari Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan agar Engkau Mengangkat tirai penghalang diantaraku dengan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, dan agar Engkau Mengumpulkan kami dan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam permulaan hingga akhir, zahir dan batin di dalam rahsia dan secara terang-terangan dan di dalam terjaga dan tidur, hidup dan mati, di dalam dunia dan akhirat, di dalam kelembutan dan kesihatan dariNYA. - * Doa yang diriwayatkan oleh al-Imam Habib Ahmad ibn Hasan al-`Attas نفع الله تعالى به


** Wahai ALLAH, Pindahkanlah kami dan orang-orang Muslim dari kecelakaan kepada keberuntungan, dari neraka ke Syurga, dari azab ke Rahmat, dari dosa kepada Keampunan, dari berbuat keburukan kepada berbuat kebaikan, dari takut kepada aman, dari miskin kepada kaya, dari hina kepada kemuliaan, dari kesempitan kepada kelapangan, dari tidak elok kepada yang bagus, dari kesusahan kepada kemudahan, dari berpaling kepada mengadap bersungguh-sungguh, dari penyakit kepada kesihatan, dari Kemurkaan kepada Keredhaan, dari kelalaian kepada ingat, dari kurang bersungguh-sungguh kepada bersemangat, dari terhalang kepada tertolong, dari bid`ah kepada Sunnah, dari tidak adil kepada keadilan.


Wahai ALLAH, Tolonglah kami atas Agama kami dengan dunia dan di dunia dengan ketaqwaan, dan Taqwa dengan amal, dan amal dengan Pertolongan, dan semua nya itu dengan KelembutanMU yang mendatangkan KeredhaanMU, yang menghantarkan ke SyurgaMU, yang disertai dengan melihat DzatMU yang Mulia, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Penolongku, wahai Penolongku, wahai Penolongku. Wahai Dzat yang paling Mulia dari yang mulia, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Dzat yang Agung dan Mulia. Wahai Dzat Pemberi Pemberian yang Agung.
- ** Doa Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad ibn `Ali Ba`alwi نفع الله تعالى به


*** Wahai ALLAH, Hidupkanlah aku di atas Islam dan Sunnah, dan matikanlah aku dalam keadaan Iman dan Taubat. - *** Doa yang diriwayatkan oleh Abu Turob al-Nakhsyabi رضي الله تعالى عنه
- Himpunan doa dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails