Sunday, November 1, 2009

Rakaman Haul Ustaz Syed `AbdiLlah ibn Ahmad al-Jufri رحمة الله تعالى عليه



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Lokasi : Masjid Sultan, Singapura; 31hb Oktober 2009M.

Kandungan Rakaman : Mau`idhoh hasanah dari al-Fadhil Ustaz Mohamad Ghouse ibn Khan Surattee, Habib Hassan ibn Muhammad al-Habsyi, Ustaz Hassan Saifouridzal ibn Haji Rahamat, Ustaz Muhammad Mazdiuky ibn Muhammad Ishak, Ustaz Muhammad `Abdul Shafi Nurul Anwar, Qasaid dan Asma`ul Husna dipersembahkan oleh kumpulan "Maadihul Mustafa" (anak watan Singapura yang belajar di Syria) dll, manakala Ustaz Abu Zaki ibn Mohd Yusof نفع الله تعالى بهم
sebagai perantara Majlis yang penuh Barakah, Rahmat dan Sakinah ini.

Rakaman Ihsan Dari : Akhina fiLlah Abu Mukhtaar
Insya`ALLAH, akan dikemaskini dari masa ke semasa.



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

4 Ulasan:

MasyaAllah, anti sangat pakar dalam ilmu IT. Sungguh cantik dan teratur blognya. Syabas!

Di S'pura, anti tahu tak siapa ada jual kitab-kitab dari Indonesia? Ana nak beli kitab Thariqah Alawiyah dari Hb Zein Bin Smith.

Syukran.

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu `alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...


Ya Sidi/Sidti yang Dimuliakan ALLAH,
Al HamduliLlah, syukran jazilan diatas kesudian Sidi/Sidti menziarahi pondok hamba yang serba kerdil ini, semoga bertambah barakah nya dengan ziarah Sidi/Sidti. Amiin ALLAHumma amiin. Dan al HamduliLlah, segala nya ini diatas Kuasa, Kehendak dan PertolonganNYA jua, ALLAH `Azzawajalla, justru segala Puja dan Puji hanya bagiNYA, untukNYA dan kernaNYA.

Hamba sangat menghargai komentar/ulasan dari Sidi/Sidti, akan tetapi, hamba berharap sangat agar Sidi/Sidti dapat menitipkan nama samaran setidak-tidak nya untuk menunjukkan bahwa Sidi/Sidti benar-benar bertanggungjawab diatas komentar/ulasan yang dikeutarakan, sekaligus menghormati hamba sebagai pengendali blog ini.

Thariqah `Alawiyah : Jalan Lurus Menuju ALLAH.

Al HamduliLlah, kerna Kitab tersebut bisa Sidi/Sidti dapatkan di Toko Buku Hj Hashim di cawangan Joo Chiat Compleks - tel : 6743 1787. Hamba telah reservedkan kitab tersebut untuk Sidi/Sidti atas nama hamba "Mastura" dan diharapkan dapat mengambil Kitab tersebut; yang berharga SG$38 senaskah, seawal yang mungkin.

P/s : Andai Sidi/Sidti telah mendapatkan Kitab tersebut, harap dapat maklumkan kepada hamba diruangan komentar ini.

Diatas masa serta ziarah nya hamba ucapkan, barakALLAHu fik wa jazakALLAHu khairal jaza`.
Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

Salam ukhti, ana sudah call Toko Hj Hashim tadi beritahu tentang pembatalan utk beli kitab tu.

Syukran

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu `alaika wa Rahmatuhu wa Barakatuh...


Ya Akhina fiLlah yang Dimuliakan ALLAH,
Al HamduliLlah, syukran jazilan diatas makluman serta kerjasama dari anta, dan emel anta telah hamba balas. `Afwan kerna kecil sahja bantuan yang termampu hamba berikan untuk ketika ini.

Di atas masa serta ziarah nya hamba ucapkan, barakALLAHu fik wa jazakALLAHu khairal jaza`.
Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails