Monday, November 30, 2009

أن اشكر لي ولوالديك إلى المصير



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"...Bersyukurlah kepadaKU dan kepada dua orang Ibu Bapakmu,
hanya kepadaKUlah kembalimu."

- Surah Luqman ayat 14



صــــــــدق الله العظيم



Puji dan Syukur yang tidak terhingga hamba rafa`kan kehadratNYA ALLAH `Azzawajalla diatas segala Limpahan KurniaanNYA zahiran wa batinan, secara sedar mahupun tidak. Tiada daya dan upaya kami kecuali dengan PertolonganMU ya ALLAH ya Tuhan kami, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dengan IzinNYA jualah, pada tanggal 30hb November `09; hari ini, genaplah usia 31 Tahun Perkahwinan Ayahbundaku yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH `Azzawajalla.


Semoga mereka Dipanjangkan usia dalam keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA ALLAH `Azzawajalla dan sihat senantiasa dalam Rahmat, `Inayah, Kasih Sayang dan Cahaya KeredhaanNYA ALLAH `Azzawajalla dan RasuluLlah ShalALLAHu `alaihiwasalam. Semoga mereka senantiasa dalam Kemuliaan, Ketenangan, Kebahagiaan dunia dan Akhirat, zahiran wa batinan. Amiin ya ALLAH, ya Rabb, ya Rahman, ya Rahim, ya Hayyu, ya Qayyum, ya Dzal Jalali wal Ikram. Semoga antum juga sudi untuk mendoakan kesejahteraan mereka berdua dunia dan Akhirat. BarakALLAHu fikum.


"Wahai ALLAH, Sucikanlah bacaan al-Quran yang kami baca, Terimalah solat yang kami tunaikan, Redhailah perbuatan baik yang kami kerjakan, dan Tumbuhkanlah harta yang kami sedekahkan.


Wahai ALLAH, kami memohon kepadaMU agar Engkau Menjadikan bahagian mereka dari hal itu lebih besar dari bahagian kami, bahagian yang mereka terima dari kami lebih banyak dibandingkan bahagian kami, bahagian mereka dari pahala nya lebih Melimpah dibandingkan bahagian kami. Kerna, sesungguh nya Engkau telah Memesankan kepada kami untuk berbakti kepada mereka dan Menyuruh kami untuk berterima kasih kepada mereka. Engkaulah yang paling Berhak untuk Menerima bakti dari orang-orang yang berbakti, dan yang paling Berhak untuk Dihubungi (dalam segala hal) oleh orang-orang yang Diperintahkan." - Doa Birrul Walidain



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم اغفر لنا ولوالدينا وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

2 Ulasan:

Salam ukhwah :o)
saya ada mengirimkan email pada Ukthi27

- simpleplainjane

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaiki wa Rahmatuhu wa Barakatuh...


Saudariku FiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
Al HamduliLlah, syukran jazilan diatas kesudian Anti menziarahi pondok hamba yang serba kerdil ini, semoga bertambah barakah nya dengan ziarah Anti. Amiin ALLAHumma amiin.

Emel dari Anti telah hamba balas. `Afwan kerna kecil sahja bantuan yang termampu hamba berikan untuk ketika ini, semoga kita sama-sama memperolehi manfaat dari nya. Amiin ALLAHumma amiin.

Diatas masa serta ziarah hamba ucapkan, barakALLAHu fiki wa jazakiLlahu khairal jaza`.
Fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails