Monday, November 23, 2009

Mau`idhoh Hasanah Bhg2



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Wahai ALLAH yang telah Mengelompokkan kami dalam kelompok
NabiMU Muhammad صلى الله عليه وسلم, pastikan kami termasuk
orang yang didoakan Sang Nabi صلى الله عليه وسلم,
mendapatkan syafa`at Sang Nabi صلى الله عليه وسلم...



"Semoga keberkahan dan kesuksesan terus Melimpah pada anda, ketahuilah diantara kiat-kiat untuk maju nya da`wah adalah dua hal; Tawadhu` dan Mahabbah, yaitu rendah hati dan menghindari sombong, serta cinta pada ALLAH dan Rasul صلى الله عليه وسلم, jika ini ada pada jiwa seorang penggerak da`wah, maka da`wah nya akan maju pesat.


Berlemah-lembutlah wahai Saudaraku pada mereka (mad`u), kerna lemah-lembut adalah pedang cahaya yang lebih tajam dari pedang besi; pedang besi hanya merobek jantung dan membunuh, namun pedang cahaya menembus jiwa dan merubah hati benci menjadi cinta, hati musuh berbalik menjadi pendukung setia.


Maka berlemah-lembutlah pada mereka, semoga mereka berubah, lepas dari berhasil atau tidak nya, anda tetap mendapat pahala nya, yaitu bakti pada Nabi صلى الله عليه وسلم. Kalau bakti pada orang tua sahja lebih diganjar lebih dari Jihad, maka bagaimana bakti pada Rasul صلى الله عليه وسلم?" - Doa munajat dan mau`idhoh hasanah dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى


"Wahai ALLAH, Pindahkanlah kami dan orang-orang Muslim dari kecelakaan kepada keberuntungan, dari neraka ke Syurga, dari azab ke Rahmat, dari dosa kepada Keampunan, dari berbuat keburukan kepada berbuat kebaikan, dari takut kepada aman, dari miskin kepada kaya, dari hina kepada kemuliaan, dari kesempitan kepada kelapangan, dari tidak elok kepada yang bagus, dari kesusahan kepada kemudahan, dari berpaling kepada mengadap bersungguh-sungguh, dari penyakit kepada kesihatan, dari Kemurkaan kepada Keredhaan, dari kelalaian kepada ingat, dari kurang bersungguh-sungguh kepada bersemangat, dari terhalang kepada tertolong, dari bid`ah kepada Sunnah, dari tidak adil kepada keadilan...


Wahai ALLAH, Tolonglah kami atas Agama kami dengan dunia dan di dunia dengan ketaqwaan, dan Taqwa dengan amal, dan amal dengan Pertolongan, dan semua nya itu dengan KelembutanMU yang mendatangkan KeredhaanMU, yang menghantarkan ke SyurgaMU, yang disertai dengan melihat DzatMU yang Mulia, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Penolongku, wahai Penolongku, wahai Penolongku. Wahai Dzat yang paling Mulia dari yang mulia, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Dzat yang Agung dan Mulia. Wahai Dzat Pemberi Pemberian yang Agung." - Doa munajat Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad ibn `Ali Ba`alwi نفع الله تعالى به; dari kitab "Bintang Indah Cemerlang".



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails