Saturday, November 21, 2009

Di Antara Tidur & Jaga, Di Antara Syurga & Neraka



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






اللهم أجعل لسانى عامرا بذكرك وقلبى مليئا بخشيتك
إِنك على كل شئ قدير



Daripada Abu Hurairah رضي الله تعالى عنه kata nya, RasuluLlah صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Aku tidak pernah melihat kedahsyatan siksa seperti api neraka, tetapi sungguh hairan, orang yang lari menggeruni nya boleh tidur nyenyak, dan aku tidak juga melihat keni`matan yang seperti ni`mat Syurga, tetapi sungguh hairan, orang yang menuntut nya boleh tidur lena."
- Hadiths riwayat Imam al-Baghawi رحمة الله تعالى عليه; dari kitab "40 Mutiara Hadis dari 40 Buah Kitab" karangan asy-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى



Seorang Wali Quthub; al-Faqih al-Muqaddam ats-Tsani Habib `Abdurahman as-Saqqaf رحمة الله تعالى عليه, selalu berta`abbud (mengabdikan diri kepada ALLAH) di sebuah Syi`ib pada setiap sepertiga terakhir setiap malam. Setiap malam ia membaca al-Quran hingga dua kali khatam dan setiap siang hari ia membaca nya juga hingga dua kali khatam. Makin lama, kesanggupan nya tambah meningkat hingga dapat membaca al-Quran empat kali khatam di siang hari dan empat kali khatam di malam hari. Ia hampir tidak pernah tidur. Menjawab pertanyaan mengenai itu ia berkata :
"Bagaimana orang dapat tidur, jika miring ke kanan melihat Syurga dan jika miring ke kiri melihat neraka?"
- "Menelusuri Silsilah Suci Bani `Alawi" karangan Syed `Aidarus `Alwi al-Masyhur حفظه الله تعالى






"Wahai ALLAH, wahai yang Menamakan DiriNYA ALLAH, wahai yang Menginginkan NamaNYA dipanggil ALLAH, wahai yang Menginginkan lidahku memanggil DzatNYA dengan panggilan ALLAH, wahai yang Menginginkan aku mengharapkanNYA dengan mengingat Nama ALLAH, wahai yang Menciptakan lidahku bergetar menyebut Nama ALLAH, wahai yang Memberikan kemampuan pada jemariku menuliskan Nama ALLAH, maka dengan KemauanMU ku sebut NamaMU ALLAH, dengan KeinginanMU ku rindukan Engkau ALLAH, dengan KeinginanMU aku ingin dekat kepadaMU wahai ALLAH, salahkah aku berkeinginan, salahkah aku merindukan, salahkah aku ingin dekat, sedangkan semua getaran kalbuku itu adalah KeinginanMU, wahai ALLAH?


Maka sebagaimana Engkau Jadikan cacing merangkak tanpa tangan dan kaki, maka Jadikan aku merangkak kepadaMU tanpa hambatan, sebagaimana Engkau Jadikan anjing najis bertasbih mensucikanMU, maka Jadikan aku pendosa hina yang mendambakanMU, sebagaimana Engkau Jadikan air mengalir menjadi beku, maka Jadikan harapanku mengalir kearahMU dan membeku dipintuMU, sebagaimana Engkau Jadikan gunung batu menjadi debu, maka Jadikan seluruh kesalahanku menjadi debu dihadapan KeagunganMU, sebagaimana Engkau Jadikan bumi perkasa terinjak-injak, maka Jadikan hawa nafsuku terinjak-injak kerinduanku kepadaMU...


Sebagaimana Engkau Jadikan Raja berwibawa terkalahkan dan terhinakan, maka Jadikan kesombonganku terhinakan oleh KewibawaanMU, sebagaimana Engkau Jadikan sesuatu yang bergerak menjadi diam, maka Jadikan tubuhku yang bergerak berubah diam dari segala yang tak Engkau Redhai, sebagaimana Engkau Jadikan semua yang ada menjadi fana, maka Jadikanlah gunung dosa ini fana dalam KelembutanMU, sebagaimana Engkau Jadikan yang tak mungkin menjadi kepastian, maka Jadikan semua ketidak-mungkinanku untuk dekat menjadi janji Kepastian." - Doa munajat Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم اغفر لنا ولوالدينا وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails