Wednesday, March 4, 2009

أستغفر الله ... تائبون الي الله



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين




"Wahai ALLAH, wahai Tuhanku, betapa Agung nya Ni`mat yang Kau Berikan padaku hari demi hari, tetapi aku membalas Ni`matMU dengan dosa-dosaku, betapa hina nya diriku ini... Maka wahai ALLAH, wahai Tuhanku, ampunilah segala noda dan dosaku, tiada siapa yang dapat Mengampuni diriku kecualiMU..."

_________________________


"Beristighfar kepada ALLAH سبحانه وتعالى membuka Rahmat yang besar daripadaNYA. Perintah untuk beristighfar tersemat dalam sebahagian daripada ayat 3 disurah an-Nasr ALLAH سبحانه وتعالى berfirman:
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan beristighfarlah kepadaNYA."


Pada suatu masa Sayyidina Hasan ibn Ali ibn Abi Talib رضي الله تعالى عنه telah didatangi beberapa orang. Seorang telah mengadu akan hal kampung nya yang mengalami kemarau, satu mengadu akan hal nya yang menghadapi kesempitan, satu mengadu akan hal nya yang tidak ada zuriat dan satu mengadu akan hal hasil tanaman nya yang berkurangan.


Kepada semua nya beliau telah menyuruh mereka memperbanyak istighfar. Para sahabat nya رضي الله تعالى عنهم yang mendengar nya berasa hairan dan bertanya kepada nya mengapakah kepada semua nya jawaban beliau cuma satu, iaitu menyuruh mereka membaca istighfar.


Jawab Sayyidina Hasan رضي الله تعالى عنه bagi orang yang menghadapi kemarau, kemiskinan, tidak ada zuriat dan hasil tanaman yang berkurangan, ALLAH سبحانه وتعالى berpesan dalam al-Quran disurah Nuh ayat 10 hingga 12 :
"Maka aku katakan kepada mereka: "Beristighfarlah kepada Tuhanmu sesungguh nya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan Mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."


Mereka semua mengamalkan nya dan alhamduliLlah tidak lama kemudian semua nya dikurniakan ALLAH سبحانه وتعالى akan kelebihan. Yang kemarau diturunkan hujan. Yang miskin dan hasil kebun nya yang berkurangan, diberkati hidup nya. Yang tidak ada zuriat mendapat 12 orang anak hingga datang lagi kepada Sayyidina Hasan رضي الله تعالى عنه meminta nya mendoakan nya supaya jangan dapat anak lagi. Ini semua dengan berkat istighfar.


Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Barangsiapa banyak beristighfar, nescaya dijadikan ALLAH bagi nya kelepasan daripada segala kerunsingan dan jalan keluar bagi segala kesempitan dan memberi nya rezki dari jalan yang tidak disangka-sangka.


ALLAH سبحانه وتعالى berfirman disurah Hud ayat 3 :
"Dan barangsiapa beristighfar kepada Tuhan nya kemudian bertaubat kepadaNYA nescaya dikurniakan ALLAH bagi nya segala kebaikan sehingga ke waktu yang ditentukan (atau sampi ajal nya) dan akan diberi tiap-tiap yang mempunyai kelebihan akan kelebihanNYA."


Bagi orang-orang yang beristighfar tidak akan turun bala atau bencana ke atas mereka selagi mereka tetap didalam nya. Hal ini diterangkan dalam al-Quran disurah al-Anfal ayat 33 :
"Dan tidaklah ALLAH akan mengazab mereka, sedang mereka beristighfar.""


Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas
(رضي الله تعالى عنه)" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى.


Semoga kita tergolong bersama Ahlut-Taubah dan Ahlud-Dzikr.
Amiin ALLAHumma amiin.



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails