Monday, March 23, 2009

Wasiat Dari Guru Yang Mulia



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Insya`ALLAH, berikut adalah sambungan dari sedutan yang lalu : "Mereka ahli bagi perasaan dan pengajaran sebegini, adalah mereka yang hidup dengan hati yang terpelihara dari dendam dan hasad. Hati terpelihara dari takabbur dan berbangga diri. Hati terpelihara dari marah dan bermusuhan. Hati terpelihara dari ria` dan pentingkan diri sendiri.


Pemeliharaan dalam hati yang sebegini menjadikan orang itu dalam kefakiran nya bertaqwa jika dia fakir miskin. Bertaqwa dalam kekayaan jika dia kaya, bertaqwa dalam pemerintahan jika dia adalah Pemimpin, bertaqwa dalam pengajaran nya jika dia seorang Guru, bertaqwa dalam pembelajaran nya jika dia seorang Pelajar, bertaqwa dalam kejuteraan nya jika dia seorang Jurutera, bertaqwa dalam penerimaan dan pemberiaan nya, jualan dan belian nya, terima dan tolak nya serta dalam semua keadaan dengan hati yang elok, maka eloklah jasad keseluruhan nya.


Semua lapisan manusia menjauhi dari kezaliman ini. Begitu juga dari kesilapan ini daripada kerosakan itu juga, iaitu yang konon nya dinamakan sebagai tamadun. Begitu juga kemajuan sepanjang lipatan sejarah daripada mereka terputus hubungan nya dengan ALLAH Ta`ala. Tamadun dan kemajuan mereka hanya berakhir dengan tersebar nya kerosakan dalam akhlaq dan pemikiran. Begitu juga tersebar nya kezaliman, sikap melampau dan permusuhan serta mengambil hak orang lain dari tanah, harta, maruah dan lain-lain nya. Kemudian nya, mereka menjadi ukuran untuk generasi seterus nya. Tetapi betapa pantas nya akal manusia untuk tertipu serta lupakan Kuasa ALLAH yang Maha Besar. Seakan-akan dia tidak mengambil apa-apa pengajaran dalam dunia ini. Dia kembali kali kedua ke dalam untuk tertipu dan dipermainkan, begitu juga membenarkan kata-kata yang dusta, begitu juga membenarkan pembohongan dan dakwaan-dakwaan. Ini semua terhasil disebabkan kelalaian di dalam hati.


Ikatan hati kita dengan `ilmu, agama dan kebaikan mengelakkan hati-hati dari kelalaian ini. Maka kita sentiasa berhubung dengan ALLAH yang Maha Tinggi, maka kita didekatkan denganNYA disebabkan dekat nya hati. Dikatakan mereka yang bersedia menerima Rahmat ALLAH dan BantuanNYA di sekitar Ka`abah al-Musyarrafah, betapa ramai orang yang jasad nya berdekatan dengan Ka`abah al-Musyarrafah menjadi jauh, betapa ramai orang yang jasad nya berjauhan dari Ka`abah al-Musyarrafah menjadi dekat. Orang-orang yang jasad nya berdekatan dengan Ka`abah al-Musyarrafah sedangkan dianya lalai dari ALLAH, redha dengan maksiat kepada ALLAH, membelakangi Syari`at ALLAH dan melengah-lengahkan Perintah ALLAH. Mereka tidak mendapat apa-apa habuan dari Rahmat yang bercucuran itu.


Sedangkan orang di tempat yang jauh dari Ka`abah al-Musyarrafah, hati nya membesarkan ALLAH. Membesarkan Ka`abah kerna ALLAH. Bercita-cita untuk tawaf sekeliling nya siang dan malam, dia walaupun di tempat nya tetap tunduk, khusyu` dan hati nya bertaut pada Tuhan. Tidaklah Rahmat itu turun ke atas Ka`abah, melainkan ALLAH menyediakan bagi nya habuan itu kerna tautan hati nya pada ALLAH dan Rumah ALLAH Ta`ala.


Telah diceritakan, kalaulah seorang hamba itu berdiri iaitu mendirikan kedua kaki nya di hadapan Ka`abah kerna beribadat pada ALLAH antara Rukun dan Maqam Ibrahim `Alaihisalam disisi Ka`abah selama 70 tahun dan kemudian nya dia meninggal dunia. ALLAH tidak akan Himpunkan nya melainkan bersama orang yang disayangi. ALLAH tidak akan Himpunkan nya melainkan bersama orang yang disayangi. Sesiapa yang hati nya sayang pada nya, sesiapa yang dirasakan dalam perasaan nya, sesiapa yang dia cenderung pada nya dalam batin nya, ini adalah perkara hati wahai orang yang beriman.


Jelaslah apa yang ada pada hati kita, peringkat kasih pada ALLAH, bagaimana kita kasihkanNYA. Pada martabat manakah kita kasihkanNYA begitu juga kasih sayang kita pada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam. Niat kita dalam Majlis ini, menyatakan sejauh manakah kita cintakan ALLAH dan RasulNYA. Keadaan dan amalan kita di rumah-rumah menerangkan kadar kasih sayang kita pada ALLAH dan RasuluLlah Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam. Iman kita adalah sekadar kasih sayang serta dekat nya kita pada ALLAH dan RasulNYA berdasarkan kasih sayang ini. Kedudukan kita di dalam Syurga pun berdasarkan kasih sayang ini. Selamat nya kita dari seksaan pun berdasarkan kasih sayang ini.


Oleh itu, orang-orang yang `Arif, ahli Taqarrub dan para Shalihin dari zaman Sahabat RadhiALLAHu`anhum wa Radhu`anh lagi sehingga ke hari ini tidak menyedari dari kebenaran kasih sayang terhadap ALLAH dan RasulNYA walaupun sedikit. Mereka menjadikan setiap amalan, martabat nya dan darjat nya berdasarkan kekuatan atau kelemahan kasih sayang ini. Perlulah bagi sesiapa yang mencari kebahagiaan hebat untuk memeriksa kasih sayang nya terhadap ALLAH dan RasulNYA di dalam hati dan sanubari nya. Kemudian, dia mendirikan nya seperti yang dikehendaki.


Sesiapa yang bermalam pada malam hari dalam keadaan lalai, nescaya ahli keluarga nya terdedah pada benda-benda yang mengharamkan. ALLAH dan RasulNYA tidak Memberi bantuan dalam rumah tersebut, dia tidak dapat meningkat kepada martabat yang baik dalam rumah sebegini, dia tidak dapat merealisasikan tuntutan iman yang sebenar nya dalam rumah ini. Sesiapa yang berpagian sedang antara anak-anak nya ada yang melewatkan solat dari waktu nya serta tidak memperdulikan nya, matahari naik dan mereka tidak menunaikan solat fardhu ataupun dari kalangan anak-anak nya ada yang bertutur dengan percakapan yang diharamkan samada mengumpat atau melaknat atau mencaci atau mencela sedang dia tidak menghiraukan nya. Ada dari kalangan mereka yang berpengetahuan nya serta pemikiran nya terpengaruh dengan perkara-perkara dari program mereka yang fasik dan kafir sedang dia tidak menghiraukan nya, nescaya ALLAH dan RasulNYA tidak akan Membantu nya dalam rumahtangga nya dan dia tidak akan bangun untuk membantu ALLAH dan RasulNYA dalam rumahtangga tersebut.


Ada seorang Ulama` terkini yang berhikmah menetap di Jordan berkata bahawa televisyen tidak dimasukkan ke dalam rumah nya kerna mengetahui bahaya dan kesan nya. Juga kerna kewajiban berjaga-jaga dan kebanyakan manusia tidak berbuat demikian. Ada beberapa anak nya berkata kepada nya :
"Wahai ayahku! Kita masukkan televisyen dengan syarat, kami tidak akan membuka nya kecuali pada waktu tertentu dan program-program tertentu."


Dia berkata :
"Wahai anak-anakku! Ayah hanya ada satu syarat sahja dan aku tidak ada halangan untuk kamu memasukkan televisyen. Masukkan televisyen itu ke dalam rumah tetapi, kamu berada dalam satu rumah dan anak-anakku ada yang lelaki sudah remaja dan perempuan pun remaja dalam rumah ini. Syaratku yang satu itu, apabila terbit nya gambar perempuan, tutuplah televisyen itu supaya anak-anak lelaki tidak mendapat fitnah dengan melihat nya. Apabila terbit nya gambar lelaki, tutuplah televisyen itu supaya saudara perempuanmu yang remaja tidak mendapat fitnah kerna melihat nya. Inilah satu-satu syarat. Tiada selain nya."


Mereka berkata :
"Jadi kami tidak akan membawa masuk televisyen itu." - "Itu sahja syarat nya. Kamu lihatlah! Aku tidak menghalang kamu. Aku tidak zalim dengan menghalangmu. Bukan juga kerna kedekut dengan kamu semua. Bukan juga kerna kurang sayang nya aku pada kamu semua, aku menghalang kamu semua sebab yang berkaitan dengan kasih sayang dan pendidikan kamu semua, bersangkut-paut dengan hati kamu dan kaitan dengan ALLAH Ta`ala."


Mereka berkata :

"Inilah syaratmu dan kamu tidak akan membawa nya serta tidak juga akan pergi kepada nya."


Sekurang-kurang nya, kita berjaga-jaga dengan apa yang berlaku.. Begitu juga kandungan dalam kaset-kaset, majalah dan buku-buku di dalam rumah. Bagaimanakah hati dan akal dapat menerima dengan apa yang dibawa nya dari dunia ini yang jahat samada fasik, kafir dan jauh dari ALLAH? Antara mereka ada yang tidak beriman dengan ALLAH. Antara mereka ada yang hanya solat satu raka`at kemudian nya dia menulis kisah atau petikan memain fikiran anak-anakku dengan nya. Aku tidak akan membiarkan mereka membaca apa sahja dan mengambil apa sahja, menonton setiap siaran yang mereka inginkan. Siapakah ayah dalam keluarga ini? Apakah agama pemilik rumah ini? Apakah dasar nya? Apakah tanggungjawab nya? Apakah peranan nya dalam kehidupan ini? Inilah kewajipan terjemahan dari kasih sayang yang sebenar pada ALLAH dan RasulNYA.


Barangsiapa yang sayangkan ALLAH dan RasulNYA, nescaya perasaan sukakan maksiat keluar dari hati nya. Begitu juga keluar nya perasaan suka nya pada menentang Larangan ALLAH, kemudian dia hidup dalam ketaqwaan, memilih kawan-kawan yang baik. YA ALLAH! Selamatkan kami dan sedarkan kami serta orang-orang Islam.


ALLAH Ta`ala tidak Menghimpunkan kita pada ketika ini, melainkan Dia mahu Mengasihani kita, Melihat kepada kita, Memberi kita dari PemberiaanNYA dan Mengampunkan kita. Ya ALLAH! Muliakan kami pada Majlis ini. Muliakan kami pada waktu ini. Muliakan kami pada tempat ini, wahai Tuhan yang Maha Pemurah.


Bersedialah wahai hadirin, bersedialah dengan niatmu dengan hala tujumu supaya ALLAH Mengkhususkan kamu dengan habuan yang hebat dari RahmatNYA dalam Majlis ini. Kamu jaga dan hatimu telah bersih, kamu sedari Dia telah memaafkan dosa-dosamu, kamu sedari Dia telah Mendekatkanmu, kamu sedari Dia telah menyediakan kemuliaan bagimu. Inilah waktu mengaut keuntungan dan waktu kemenangan. Azamlah bersungguh-sungguh untuk berjaya membesarkanNYA dan PerintahNYA. Jangan lupakan dirimu dari al-Quran supaya menghayati makna nya, begitu juga dzikr-dzikr pada pagi dan petang walaupun sedikit dan hadirkan hatimu di dalam nya.


Kemudian perhatikan dalam didikan keluargamu dan rumahtanggamu. Kemudian berwaspadalah! Kemudian berwaspadalah! Kemudian berwaspadalah! Dari mengambil hak-hak orang lain, orang Muslim dan kafir. Jangan melampaui hak-hak orang lain sesungguh nya ALLAH yang Maha Esa Menjaga hak-hak MakhlukNYA. Barangsiapa melampaui hak-hak orang lain, ALLAH akan berdendam dengan nya, ALLAH akan berdendam dengan nya.


ALLAH berfirman di dalam hadiths Qudsi :
"Akulah ALLAH. Maha Pemilik, Menguasai lagi Maha `Adil. Yang mana tidak sepatut nya seseorang ahli Syurga berkata pada hari Kiamat, yang mana tidak sepatut nya seseorang ahli Syurga memasuki nya sedang dia menzalimi seseorang dari ahli neraka walaupun satu tamparan dan yang lebih dari nya sehingga Aku mengambil dari nya (balasan). Tidak sepatut nya seseorang ahli neraka memasuki nya sedangkan dia menzalimi seseorang dari ahli Syurga walaupun satu tamparan dan yang lebih dari nya."


Maka, berjaga-jagalah dari mengambil hak-hak orang lain. Jauhilah cacian, mengumpat, melaknat, menyakiti orang yang hidup dan mati. Jadilah sepertimana ALLAH berfirman pada perihal mereka :
"Dan datang selepas mereka itu mereka berkata : "Tuhan kami ampunilah kami serta saudara-mara kami yang telah lalu sebelum kami dengan iman. Janganlah Kamu jadikan pada hati-hati kami dendam bagi orang-orang yang beriman, Tuhan kami, Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.""


Kemudian, bertolong-tolonglah pada `ilmu syari`ah bagi anak-anak kamu dan mengambil peluang ketika cuti sekolah yang rasmi untuk setiap seseorang; mereka mendapat habuan nya dan menambat setiap hati-hati dengan cahaya-cahaya itu supaya kita benar-benar cintakan ALLAH dan RasulNYA. Kita memohon dari ALLAH supaya Memberkati kita dengan TaufiqNYA. Ya ALLAH! Muliakan kami dan mereka dengan penerimaan yang sebenar nya supaya perhimpunan ini diterima. Balaslah Imam Masjid ini dengan balasan yang terbaik. Begitu juga mereka yang berkhidmat pada Masjid ini, maka panjangkan umur mereka dalam mentaatiMU dan RasulMU. Bantulah mereka dengan `afiat dan Taufiq. Lihatlah pada kami, mereka, keluarga kami, anak-anak kami dan setiap hadirin dalam Majlis ini dari kalangan lelaki dan perempuan, janganlah Engkau pisahkan mereka kecuali diterima olehMU, janganlah Engkau pisahkan mereka kecuali diterima olehMU, janganlah Engkau pisahkan mereka kecuali diterima olehMU serta ditunjukkan ke arah keredhaanMU.


Wahai Tuhan kami! Terimalah kami dan mereka. Wahai Tuhan kami! Bantulah kami dan mereka. Wahai Tuhan kami! Bersihkan hati-hati kami dan mereka. Wahai Tuhan kami! Sucikan peribadi kami dan mereka. Wahai Tuhan kami! Jadikan kami dari golongan mereka yang saling menyayangi kernaMU. Berhimpun pada sesuatu yang Engkau Redhai yang mana Engkau Serukan mereka pada hari Kiamat :
"Manakah mereka yang saling menyayangi kernaKU? Manakah mereka yang saling bermesra kernaKU? Hari ini mereka berada dalam LindunganKU pada hari yang tiada lindungan kecuali LindunganKU."


Ya ALLAH! Jadikan kami dari mereka, Ya ALLAH! Jadikan kami dari mereka, Ya ALLAH! Jadikan kami dari mereka dengan RahmatMU wahai yang Maha Pengasihani. Baiki keadaan orang-orang Islam di Malaysia dalam negeri-negeri dan setiap negara orang-orang Islam. Keseluruhan bumi ini panjang dan lebar nya, bantulah kami untuk menunaikan amanah dalam dakwah dan menyeru padaMU. Jadikan kami dari golongan yang membantuMU dan membantu RasulMU serta tulus dalam mencintaiMU dan mencintai RasulMU dengan RahmatMU wahai yang Maha Pengasihani."



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails