Wednesday, March 25, 2009

Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلم Bersama Guru Yang Mulia



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



Al HamduliLlah, segala Puji keatasNYA dan Syukur diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita sehari lagi untuk kita beribadah dan bertaubat kepadaNYA, yang telah memberikan kita kesihatan tubuh badan dan sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali...

Insya`ALLAH, kerinduan kita kepada kedatangan Guru Mulia bakal terubat dan terawat pada hujung minggu ini, kerna beliau al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى, akan turut sama menyerikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلم di Negera kita yang kerdil ini. Disamping itu, menyambung kembali pengajian kitab "40 Mutiara Hadiths dari 40 buah Kitab" secara bertalaqqi. Hadirkanlah diri mu ke Taman-taman SyurgaNYA ini.


Tarikh : Ahad, 29hb March Waktu : 9 pagi Tempat : Masjid Mujahidin
Tarikh : Ahad, 29hb March Waktu : selepas Isya` Tempat : Masjid al-Mukminin
Tarikh : Isnin, 30hb March Waktu : 10 pagi Tempat : Masjid Sultan (Auditorium)


Semoga ALLAH عز و جل Meredhai, Menerima dan Memberkati segala usaha baik mereka yang telah menjayakan Majlis-majlis yang mulia seperti ini secara langsung mahupun tidak, menetapkan keimanan mereka dan meningkatkan ketaqwaan mereka dan dikurniakan mereka `afiah serta Maghfirah dan juga sebaik-baik ganjaran pada zahir dan batin mereka, di dunia mahupun di Akhirat.


Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...


Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Wahai yang mempunyai Tali yang sangat kuat dan urusan yang benar, kami memohon kepadaMU keamanan di hari ancaman dan Syurga yang berkekalan beserta dengan orang-orang yang dekat denganMU juga orang-orang yang bersaksi, orang-orang yang banyak meruku` dan bersujud, dan orang-orang yang menepati janji-janji kepadaMU. Sesungguh nya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mencintai dan Engkau Melaksanakan apa-apa yang Engkau Kehendaki.


Wahai ALLAH, hidupkanlah kami diatas Agama Islam dan Sunnah dan matikanlah kami dalam keadaan Iman dan taubat. Wahai ALLAH, bukakanlah kami pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu keni`matan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu kedamaian, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu `ilmu dan bukakanlah kami pintu-pintu keampunan serta pintu-pintu Syurga wahai Dzat yang Maha Pengasih dari semua yang memiliki sifat kasih sayang.


Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka, Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka, Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka.


Wahai ALLAH, janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Wahai ALLAH, janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Wahai ALLAH, janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Wahai ALLAH, janganlah biarkan bagi kami sesuatu dosa melainkan Engkau Hapuskan, tiada kesukaran melainkan Engkau Lapangkan, tiada seseorang sakit melainkan Engkau Sembuhkan, tiada seseorang seteru melainkan Engkau kecewakan, tiada seseorang jahil melainkan Engkau ajarkan dan tiada sesuatu hajat melainkan Engkau tunaikan demi RahmatMU wahai Tuhan yang Maha Luas Rahmat dan belas KasihanNYA.



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails