Dengan Asma` ALLAH dan Segala Puji bagi ALLAH
sebanyak bilangan CiptaanNYA di langit,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di bumi,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di antara keduanya
dan Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA.
Wahai ALLAH, limpahkanlah Selawat keatas Junjungan kami
Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم);
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau lepaskan kami dari segala huru-hara dan bala bencana;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tunaikan bagi kami segala hajat;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sucikan kami dari segala kesalahan;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tinggikan kedudukan kami di sisiMU;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sampaikan segala matlamat kami
dari sekalian kebajikan dalam hidup ini dan selepas kematian;
Limpahkanlah juga Selawat ke atas ahli Keluarga
dan para Sahabat Baginda (صلى الله عليه وسلم)
dengan disertai Salam Sejahtera.
- Selawat Munjiyyah.

As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh wa Maghfiratuh. Al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita, memberi kesihatan tubuh badan, memberi kita peluang untuk kembali dan bertaubat kepadaNYA, sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali. Semoga curahan Kasih Sayang dan RahmatNYA ALLAH `Azzawajalla senantiasa menyejukkan sanubari antum beserta keluarga hingga senantiasa dalam `InayahNYA setiap saat. Amiin ALLAHumma amiin.
Kehadiran al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى dan Sultanul Ulama` al-`Alim al-`Allamah al-Habib Salim asy-Syathiri حفظه الله تعالى ke Singapura, merupakan saat-saat yang amat dirindui dan dinanti-nantikan. Al Hamdulillah diatas kesempatan yang telah diberikan untuk dapat menghadirkan diri dan berhimpun bersama-sama dengan para Pembela AgamaNYA dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم. Sungguh, tiada kata yang dapat diungkapkan diatas PemberianNYA ini. Walaupun pada mula nya agar sukar untuk memilih kerna jadual Kuliah dan Ceramah oleh kedua-dua Ulama` ini seringkali jatuh pada hari yang sama tetapi akhir nya hamba redha dan bersyukur diatas PemilihanNYA kerna Dia Maha Bijaksana, Maha Adil lagi Maha Mengetahui. - Gambar : Sultanul Ulama` (kiri), Tuan Guru (kanan)
al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى hadir bersama-sama dengan Isteri beliau yang tercinta, Ummi Husna. Mengajian kitab "40 Mutiara Hadiths dari 40 buah Kitab" bersama Guru Mulia sungguh berkesan. Beliau cukup bertenaga, penuh bersedia dan sangat pemurah didalam mencurahkan `ilmu beliau. ALLAH. Sungguh, mengaji bersama seorang Guru secara online tidak akan pernah sama dengan mengaji secara live! Suasana nya, Ruh nya. ALLAH. Indah nya sungguh luar biasa! Hadirlah agar antum juga dapat merasai nya!
Suka cita dimaklumkan bahwa mengajian kitab bersama Tuan Guru akan terus bersambung selagi ALLAH `Azzawajalla Mengizinkan; setiap 2 bulan Tuan Guru akan hadir ke Singapura. ALLAHu Akbar wa liLlahil Hamd! Peluang keemasan sudah diberi hanya tinggal kita untuk merebut nya. Al HamduliLlah, Maha Memiliki, Maha Kasih Sayang dan Maha PemberiNYA Dia. - Gambar : Suasana di Masjid al-Mukminin bersama Tuan Guru seusai pengajian.
Turut sama memberkahi Negera kita yang kerdil ini adalah Sultanul Ulama` al-`Alim al-`Allamah al-Habib Salim asy-Syathiri حفظه الله تعالى. Sungguh berkarisma dan tawadhu` nya beliau. SubhanALLAHu wa biHamdih. Insya`ALLAH, diakhir posting kali ini akan hamba sertakan juga rakaman-rakaman yang telah sempat hamba rakamkan untuk manfaat kita bersama. Hamba memohon jutaan ampun dan maaf diatas rakaman yang tidak memuaskan. Kepada yang telah menjayakan nya, barakALLAHu fikum diatas segala usaha dan niat yang murni. Semoga Cahaya Istiqamah senantiasa membimbing kita untuk terus sejiwa dengan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم dan para pembela Baginda صلى الله عليه وسلم sepanjang zaman, di mana sahja mereka berada yang senantiasa memikirkan keadaan ummat. Amiin ALLAHumma amiin.
"Wahai ALLAH, aku memohon kepadaMU keni`matan yang sempurna dan daripada perlindungan yang tidak terhenti dan aku memohon Rahmat yang menyeluruh dan daripada kesihatan yang diharapkan, kehidupan yang makmur, daripada umur yang penuh kebahagiaan dan daripada kebaikkan yang sempurna, daripada ni`mat yang menyeluruh, keutamaan yang penuh keindahan dan belas kasih yang bermanfaat dan bukan bahaya. Jadikanlah Engkau atas kami kemanfaatan dan jangan Engkau jadikan atas kami kemudharatan.
Wahai ALLAH, akhiri hidup kami dengan kebahagiaan, nyatakanlah tambah nya amalan-amalan kami, temanilah pagi kami dan petang kami dengan kesihatan, jadikanlah RahmatMU tempat kembaliku dan tempat akhirku. Dan Anugerahilah atas kami dengan memperbaiki ke`aiban kami dan jadikanlah taqwa sebagai bekal kami di dalam AgamaMU, kesungguhan dari kami hanya kepadaMU. Kami berpasrah diri dan berpegang teguh dan tetapkanlah jalan IstiqamahMU dan kami berlindung di dunia ini dari sesuatu yang mewajibkan penyesalan pada hari Kiamat, ringankanlah beban berat dosa kami, berilah rezki, kehidupan yang bahagia, cukupkanlah dan palingkanlah kami dari segala keburukkan dan bebaskanlah kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, kaum kerabat kami dan keluarga kami dari siksa kubur dan siksa Neraka. Wahai Dzat yang Maha Perkasa, yang Maha Pengampun yang penuh dengan Kemuliaan serta yang Menutupi ke`aiban. Wahai Dzat yang Maha Bijaksana, Wahai Dzat yang Maha Memaksa, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH yang Maha Penyayang." - Doa Hujjatul Islam al-Imam Ghazali رحمه الله تعالى dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"
_____________________
al-Fadhil Tuan Guru Syeikh
Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى
Di Masjid al-Iman
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Di Masjid al-Mukminin
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Di Masjid Mujahidin
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
_____________________
Sultanul Ulama` al-`Alim
al-`Allamah al-Habib Salim asy-Syathiri حفظه الله تعالى
Di Masjid Kassim
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Tajuk : "Azam 1430 Hijrah - Perjalanan Ihsan"
_____________________
al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Affandi حفظه الله تعالى
Di Masjid al-Khair
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Tajuk : "Iblis Delima Dengan Masyarakat Islam Singapura Jika..."
_____________________
al-Fadhil Ustaz Muhammad Mazdiuky, Ustaz Abu Zaki Yusof,
Ustaz Hassan Saifouridzal, Ustaz Ghouse Khan Surattee
dan Ustaz Tengku Mohamad Fouzy حفظه الله تعالى
Di Singgahsana Hall,
Kampung Melayu Geylang Serai
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Mengandungi Mau`idzoh Hasanah, Qasidah, Burdah, Selawat, Doa Munajat
dan Ceramah bertajuk "Depression (Kemurungan)?
Tiada Bagi Orang-Orang Mukmin!"
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين